Holla everyone,
uih, masing-masing sibuk dengan promosi ESP shaklee yang sedang hangat diperkatakan sekarang ye. Gosip hangat bulan Mac 2014, sama pulak dengan gosip hangat Hanez Suraya dan pasangan kekasihnya Romie tu ye..
By the way, tak nak cerita pasal promosi ESP yang super hot tu, jugak bukan gosip hangat artis Malaysia tau. Sue nak cerita tentang... resepi ESP. Bukan resepi buat masker dengan ESP shaklee ke apa, tapi resepi bancuh ESP shaklee dengan pelbagai cara terutama bukan pengemar ESP shaklee bancuh dengan air suam.
Resepi-resepi bancuh ESP shaklee dengan lebih mengancam ini telah dicuba ye kawan-kawan. Hanya resepi bancuh ESP shaklee yang terbukti sedap dan lazat dan mempunyai peminat setia yang tersendiri sahaja dimasukkan dalam entri kali ini. Eksklusif kau!!
Baiklah semua, kali ini, sue akan kongsikan 5 resepi utama bancuhan ESP yang mantap lagi lazat berkrim disuka ramai.
Resepi 1 : ESP dan Susu Dutch Lady perisa Strawberi
Resepi ini paling ringkas la sebab susu tu memang tak perlu bancuh pun. Memang ready made pun kan. Mungkin ini juga menjadikan ia adalah antara pilihan utama mengapa penggemar ESP, rajin bancuh ESP bersama susu dutch lady ni. Cepat dan mudahkan. Caranya, tuang susu dutch lady dalam shaker sebanyak mana yang anda suka. (sejuk lagi best la kan!). Selepas itu, ambil 1-3 sudu ESP dan masukkan ke dalam shker berisi susu dutch lady itu tadi. Next, goncangkan sehingga sebati dan siap!. Sedia untuk dinikmati. Memandangkan susu kaya dengan kalsium, selain dapat sumber protin, anda juga telah membekalkan kalsium kepada badan anda ;).
p/s : susu dutch lady coklat pun boleh juga, tetapi menurut survey yang dibuat, rata-rata memilih susu dutch lady berperisa strawberi ;)
Resepi 2 : ESP Shaklee dan Sunquick
Setiap rumah kat Malaysia ini, rata - rata menyimpan stok Sunquick di dapur mereka. Not matter what flavour, either it is Tropika or Mandarin, the Sunquick is always there in every kitchen. Lagi la sekarang, Sunquick ade macam-macam perisa. Namun, kajian secara rambang mendapati, rakyat Malaysia lebih menggemari Sunquick berperisa OREN. Maka, sunquick pilihan saya juga merupakan pilihan rakyat Malaysia. Mula-mula, bancuh sunquick oren bersama air suam. No sugar added ok. Just plain sunquick oren. Then, add 1-3 spoon of ESP shaklee. Mine, i love to mix with 2 spoon of ESP Shaklee. Then, kacau or shake for those yang ESP Shaklee ini dalam shaker. Ok, siap!. Ready to be digest by our gut.
Resepi 3 : ESP Shaklee dan Milo
Milo of course la minuman kegemaran setiap peringkat umur. For some people, Milo is the must have beverage for breakfast. Mereka yang tak sempat sarapan berat pun memang menggantikan sarapan mereka dengan MILO ni, lagi bagus dibancuh dengan ESP Shaklee untuk membekalkan tenaga segera kepada penggemar milo. Sempat la untuk alas perut sementara menunggu waktu minum pagi.
Caranya, bancuh air milo, tanpa gula tau, selepas itu, ambil 1-3 sudu ESP Shaklee dan kacau bersama air milo tadi. Nak lagi sedap? sejukkan dalam peti ais sampai sejuk.
Resepi 4 : ESP Shaklee dan Jus Buah
Jus buah tu, kalau malas nak buat, sila beli je kat kedai. Bagitahu je nak jus tanpa gula. setakat ni, jus epal dan lobak susu yang paling lazat untuk dinikmati bersama ESP shaklee ni. Jus epal hijau sangat baik untuk pengidap kencing manis, dengan Glisemik Index ESP Shaklee yang rendah (39), lagi la bagus gabungan jus epal hijau dan ESP shaklee ni dalam mengawal paras gula dalam darah.
Resepi 5 : ESP Shaklee dan Nestle Yogurt Bliss
Resepi kelima memang menjadi pujaan ramai tetapi, harus diingatkan, Nestle Yogurt Bliss ni agak manis dan resepi ini tidak disarankan kepada pengidap kencing manis. Resepi yang sangat mudah, kerana 1-3 sudu ESP shaklee boleh dimasukkan terus ke dalam botol Nestle Yogurt Bliss tu. Sila beli botol saiz kecil ye. Senang, untuk satu hidangan.
Alhamdulillah, selesai berkongsi resepi bancuh ESP shaklee dengan anda semua. selamat mencuba!
Tiada stok ESP shaklee dirumah?? ESP shaklee dah habis???
meh hubungi saya 012.921.4064
Pengedar Shaklee Anda
suey yang suka ESP
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much