Wednesday, December 3, 2014

KETAM MASAK LEMAK CILI PADI | SEKALI CUBA NAK LAGI

Holla..its december already!

Sebelum berpantang ni, nak share resepi ketam masak lemak cili padi dulu...
Satgi dh berpantang, terliur pulak kalau tulis entri masak memasak ni^^^

Ketam masak lemak cili padi ni memang resepi kegemaran kami sekeluarga tau! Nuraini memang peminat setia ketam..mr crab kata dia!

Jom masak ketam masak lemak cili padi!
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Resepi turun temurun sudah pasti!

Firstly, kita perlukan :
Bawang merah
Kunyit
Halia
Lengkuas
Serai
Cili boh
Cili padi
Santan
Ketam


Macamana nak masak??

Blend bawang merah, kunyit, cili padi, halia dan lengkuas!
Panaskan santan, masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau.
Masukkan serai yang dh di ketuk-ketuk terlebih dahulu...
Then, masukkan cili boh!
Masukkan ketam yang telah dibersihkan! 
Kacau sehingga ketam tu masak. 
As usual, masukkan garam secukup rasa.

Siap! Mudahkan?

Tips memasak Ketam Masak Lemak Cili Padi 
1) Sekiranya kunyit hidup tu not available, boleh ganti dengan kunyit serbuk!
2) Gantikan cili boh ready made dengan cili kering yg diblend homemade lebih 'kit' rasa dia tau.
3) Make sure sentiasa kacau santan tu tau..nanti pecah2..tak cantik dipandang mata^^^
4) Santan fresh lagi best daripada santan kotak tau! Tp kalau dah ada santan kotak je..pun boleh.
KETAM MASAK LEMAK CILI PADI
Ketam Masak Cili Padi bersama Nasi dan Ikan Goreng
Selamat mencuba ye kawan-kawan semua!
Dah makan makanan lemak - lemak tu, meh roger saya untuk dapatkan vitamin shaklee untuk cegah kolesterol bertapak di dalam salur darah anda.

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKemaman
012 921 4064

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...