Tuesday, November 18, 2014

5 TIPS MUDAH BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG UNTUK ELAK LUKA PEMBEDAHAN 7 LAPIS | TIPS NO 4 PALING MUDAH

Bayi songsang memang merisaukan...
Ibu hamil kalau boleh, memang tak nak bayi songsang. Bukan apa,takut kena lahirkan anak secara pembedahan. Tak nak luka pembedahan 7 lapis lor!

Ramai yang cakap, kalau bersalin secara pembedahan  sebab bayi songsang ni, susah nak jaga masa berpantang. Batuk pun kena hati-hati. Saya tak pernah ada pengalaman bersalin secara pembedahan ni, jadi saya pun tak tahu sangat sejauh mana kesusahan atau keremehan nak jaga luka pembedahan semasa pantang tu. 
TIPS MUDAH BALIKKAN BAYI SONGSANG UNTUK ELAK LUKA PEMBEDAHAN 7 LAPIS
KEDUDUKAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Adik beradik dan saudara mara terdekat pun tiada pengalaman tersebut. Agak menakutkan jugak pembedahan ni since abdomen ada 7 lapisan kan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tips mudah balikkan kedudukan bayi songsang yang boleh ibu hamil amalkan untuk memperbetulkan kedudukan bayi songsang tersebut. Ramai yang dah cuba, inshaAllah berjaya.

Di sini saya senaraikan 5 tips mudah balikkan kedudukan bayi songsang.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 1 | SOLAT HAJAT 
Amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi songsang kembali kepada kedudukan yang betul untuk elak luka bersalin secara pembedahan. Solat  hajat bagus dilakukan sepanjang hamil untuk memudahkan proses kehamilan dan bersalin.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 2 | DOA
TIPS MUDAH BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG
DOA BAYI SONGSANG
Amalkan Doa membalikkan bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Ingat je baca tau! InshaAllah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 3 | MINUM AIR SOLAT HAJAT

Lebih afdal sekiranya air solat hajat untuk membalikkan kedudukan bayi songsang tersebut dibuat oleh ibu bapa sendiri. Amalkan setiap hari sehingga kedudukan bayi songsang kembali normal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 4 | BERCAKAP DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN

Tips ke 4 ni paling mudah, sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa^^^

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 5 | BANYAKKAN BERADA DI DALAM KEADAAN BERSUJUD

Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat. 
5 TIPS MUDAH BALIKKAN KEDUDUKAN BAYI SONGSANG UNTUK ELAK LUKA PEMBEDAHAN 7 LAPIS | TIPS NO 4 PALING MUDAH
POSISI SUJUD
Alhamdulillah, dari pengalaman sendiri, selepas mengamalkan kelima-lima tips mudah balikkan kedudukan bayi songsang ni, bayi saya kembali ke kedudukan normal ketika usia bayi dalam kandungan 36 minggu. 

Kepada ibu - ibu mengalami masalah kedudukan bayi songsang, boleh amalkan 5 tips di atas. Dengan izin Allah, kedudukan bayi songsang kembali normal.

Sekiranya ibu memerlukan SET BERPANTANG SHAKLEE, boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064. Penghantaran PERCUMA diuruskan di sekitar KEMAMAN. 

 
BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

suhaileymohdnoor
012 921 4064


2 comments:

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...