Monday, September 1, 2014

8 KELEBIHAN ZINK KOMPLEKS YANG PATUT ANDA NIKMATI!

Zink?? Ye zink! bukan zink atap tuh, zink suplemen la..vitamin!!

Zink merupakan elemen surih yang sangat diperlukan oleh manusia, tumbuhan dan juga haiwan untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat kepentingan zink si elemen surih ini kepada tubuh badan. Kenapa zink begitu penting kepada badan walhal kuantiti yang diperlukan tidak lah begitu banyak seperti protein?? Klik ESP.

Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi badan dan juga lebih 300 enzim di dalam badan kita memerlukan zink untuk memberi fungsi yang sempurna. Tanpa kehadiran zink, enzim-enzim ini ada yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

zink
zink kompleks

Tanpa membuang masa, jom kita terokai kenapa zink penting untuk badan kita! 8 kelebihan zink yang perlu anda nikmati!


KELEBIHAN ZINK 1 : ZINK MENCEGAH BUTA, RABUN MALAM & KATARAK

zink


Kajian mendapati, kandungan zink yang tinggi dijumpai pada retina mata kita. 

Faktor usia menyebabkan kandungan zink ini semakin berkurang pada retina dan seterusnya boleh menyebabkan Age-related macular degeneration (AMD) yang secara tidak langsung akan menyebabkan kehilangan penglihatan. 

Zink juga melindungi mata daripada rabun malam dan juga pembentukan katarak.


KELEBIHAN ZINK 2 : ZINK SANGAT PENTING KEPADA IBU MENGANDUNG!

Ramai ibu mengandung yang tidak menyedari yang mereka sangat memerlukan zink sepanjang kehamilan mereka. 

Biasanya ibu hamil hanya tertumpu kepada vitamin lain seperti zat besi dan b kompleks juga asid folik. 

Tahukah ibu mengandung sekalian bahawa dengan mengambil suplemen zink yang mencukupi ibu-ibu hamil dapat mengelak daripada kelahiran pra-matang dan juga kecacatan sejak lahir (congenital abnormalities). 

Zink diperlukan oleh bayi fetus dalam kandungan untuk berkembang dengan jayanya!


KELEBIHAN ZINK 3 : ZINK DAN KESUBURAN

Terdapat perbezaan fungsi di antara kesan zink untuk wanita dan lelaki apabila bercerita tentang kesan zink terhadap kesuburan.

Ya, memang tidak dinafikan lagi zink mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita. 

zink dan kesuburan


Bagaimana tu? 

Sebenarnya, zink berfungsi dalam mengekalkan jumlah dan pergerakan sperma selain mengekalkan tahap normal testosterone serum. 

Bilangan sperma dan pergerakan sperma yang konsisten diperlukan oleh lelaki untuk memastikan ada diantara berjuta-juta sperma milik mereka dapat bergerak dilandasan yang betul kearah ovum untuk disenyawakan. 

Maka, persenyawaan bakal berlaku. 

Bagi wanita pula, zink membantu dalam masalah kitaran haid dan juga sindrom pra menstrual atau PMS.


KELEBIHAN ZINK 4 : ZINK MENJAGA PROSTAT LELAKI

zink dan prostat


Jangan main-main dengan zink ni tau, walaupun ia nya hanya elemen surih sahaja, tetapi zink diperlukan untuk melindungi prostat daripada jangkitan (PROSTATITIS) dan juga mencegah pembesaran tidak normal prostat (PROSTATIC HYPERTROPHY).



KELEBIHAN ZINK 5 : ZINK HAPUSKAN JERAWAT

Zink merupakan salah satu suplemen/vitamin yang bagus dalam membantu menghapuskan jerawat dan kajian juga mendapati zink memberi impak positif dalam rawatan psoriasis dan neurodermitis.


KELEBIHAN ZINK 6 : ZINK UNTUK KULIT, RAMBUT DAN KUKU YANG CANTIK & SIHAT

Tidak ramai yang tahu tentang peranan zink dalam kecantikan & kesihatan kulit, rambut dan juga kuku. Zink sebenarnya mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit. 

Apabila proses pembaharuan sel kulit kita berlaku dengan pantas, kulit akan sentiasa nampak baru atau dengan kata lain kulit kita tampak berseri lah.

Zink juga terkenal sebagai agen anti radang (anti-inflammatory agent) dan dapat membantu melegakan tisu kulit terutamanya dalam kes sunburn, (lepuh) blisters dan sesetengah penyakit gusi. 

Bagi rambut pula,  kekurangan zink akan menyebabkan rambut gugur, rambut tidak bermaya dan meningkatkan kebarangkalian untuk rambut menjadi uban lebih awal. Zink juga bertindak membantu menghalang kelemumur berlaku.


KELEBIHAN ZINK 7 : ZINK UNTUK PERTUMBUHAN DAN PEMBAHAGIAN SEL BADAN!!

Di sini zink memainkan peranan penting dalam pertumbuhan yang berterusan seperti pada pertumbuhan tulang, ketinggian dan berat badan individu terutama kanak-kanak yang sedang membesar dan juga remaja.


KELEBIHAN ZINK 8 : ZINK DAN SISTEM IMUN

Bagaimana zink bertindak dan kenapa ia begitu penting untuk system imun kita?? 

Dalam melawan penyakit atau pun sebarang jangkitan, system imun badan memerlukan T-Cell yang kuat untuk melawan kerintangan terhadap penyakit dan juga jangkita yang sedang dihadapi. 

Kekurangan zink menyebabkan T-cells ini lemah dan berkurang. Apabila T-cells berkurang, badan sukar untuk mencegah jangkitan terhadap penyakit dan sukar untuk melawan jangkitan yang sedang dihadapi. 

Dalam kuantiti yang tinggi, zink dipercayai efektif untuk melawan radang paru-paru (pneumonia). Zink juga dapat membantu memulihkan cirit birit jika diambil dalam dos yang tinggi. Selain itu, zink membantu dalam mempercepatkan dan mengurangkan demam yang teruk.


Tak sangka kan, begitu banyak manfaat zink yang sememangnya penting untuk badan kita. Walaupun kuantiti yang diperlukan hanya sedikit berbanding vitamin lain, tetapi peranan yang dimainkan sangat besar! Ayuh kita jangan lupakan zink dalam diet harian kita.


Shaklee ada menyediakan suplemen zink dalam bentuk tablet iaitu ZINC COMPLEX Shaklee. Harganya begitu murah (RP: RM33.75/120 biji) berbanding khasiat yang diberikan. 

Hubungi saya SUHAILEY di talian 012 921 4064 untuk mendapatkan ZINC COMPLEX SHAKLEE. Konsultasi cara makan mengikut kesesuaian akan diberi secara PERCUMA. 


zink kompleks


Nak keahlian Shaklee secara PERCUMA? klik sini Keahlian Percuma Shaklee.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah!

Pengedar Shaklee Kemaman

Pengedar Shaklee Kuantan

suey
886589
012 921 4064



1 comment:

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...