Thursday, September 4, 2014

8 KHASIAT HALIA YANG MUNGKIN ANDA TIDAK SEDAR TELAH MENGHANTUI ANDA!

Tajuk pun dah terang terang pasal halia kan?
Sudah pasti lah entri kali ini berkenaan halia. Korang makan halia? 

Sedar tak sedar, sesungguhnya hampir setiap hari kita ni makan halia tau, secara langsung atau pun tak langsung. Kat Malaysia ni, memang segala jenis masakan (lauk) menjadikan halia sebagai salah satu bahan resepi masakan.  Tidak mengira kaun, halia sentiasa mendapat tempat di hati peminat masakan tempatan.

Jom tengok apa bagusnya halia kepada kesihatan kita! Teringinn jugak nak tahu apa yang  dah halia buat kat badan kita kane?? Al maklumlah setiap hari pun makan makanan yang diadun dengan halia ni kan…

Halia
Halia


1. Halia membuang angin dalam badan!

oo patut la setiap kali makan halia, especially dalam kuantiti yang lebih sedikit, asyik keluarkan angin je. hihihi. 

2. Halia mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Menurut Perubatan Cina (Chinese Medicine), teh halia mampu mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Bagaimana nak buat teh halia ni? 
rebus halia dalam 2/3 cawan air selama 5-10 minit. Tambah gula perang secukup rasa. 

Teh Halia

3. Halia merangsang penghadaman yang baik dan merawat cirit birit.

Halia dikatakan melancarkan pergerakan makanan melalui upper digestive track (trak penghadaman atas) bagi mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Ia juga dipercayai mampu merawat cirit birit. 
Maka, lepas ni kalau makan sampai perut pun penuh, selepas makan tu, boleh la makan halia tau, boleh elakkan cirit birit, semput akibat perut penuh jugak.
4. Halia sumber antioksidan

Kajian mendapati, halia aktiviti antioksidan yang tinggi dan ia merupakan salah satu herba tradisional untuk mencegah kanser. halia mengandungi gingerol (antioksidan kuat) yang membantu membersihkan bahan kimia berbahaya yang dihasilkan oleh tubuh apabila kita bimbang.
  
6. Halia melegakan loya pada ibu mengandung!

Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh University of Maryland medical Center, wanita mengandung yang mengambil halia 650 mg - 1 gram halia mampu mengurangkan rasa loya yang dialami semasa mengandung. Walau bagaimanapun, wanita hamil dinasihatkan tidak mengambil halia lebih daripada 1gram sehari.

7. Halia menguatkan sistem imun

Bagaimana halia menguatkan sistem imun? Terdapat 2 antibiotik semulajadi dijumpai terkandung dalam halia. halia juga dapat  mengurangkan demam dan selsema. Selain itu, halia juga mencegah penghasilan sitokin ynag menyebabakan rasa sakit dan bengkak. Sifat anti radang yang terdapat pada halia menyebabkan ia baik untuk mencegah keradangan daripada berlaku.                     

Sumber : Seabuckthorn, Journal Food Chemistry & Technology.

Bagus kan, halia ni? Jom amalkan makan halia. Nak mudah, dapatkan Peppermint Ginger Plus daripada Shaklee sebagai bekalan keperluan halia harian anda.

Sihat untuk menjalankan ibadah dengan lebih cemerlang!

Pengedar Shaklee Kemaman
Pengedar Shaklee Kuantan

Suhailey Mohd Noor
012 921 4064


No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...