Monday, September 8, 2014

KEK KUKUS CHOCOLATE MOIST

Holla! Happy weekend everyone!

It is sunday evening and of course kemalasan sedikit demi sedikit melanda... esok nak keje kan! haha

Petang-petang macam ni syok kalau baking kek kukus chocolate moist ni. Resepi kek kukus chocolate moist ni baru je dapat semalam daripada kawan sekolah yang bernama Suzi Martini.

Not sure where she get the resepi of kek kukus chocolate moist, but since dia kata sangat senang nak bake kek kukus chocolate moist ni, maka jom kita cuba.

Dia dah cuba buat kek kukus chocolate moist ni untuk hidangan petang anak-anak dia. She got 4 daughters, sebiji already enough for their tea time. and the kids love it so much too!!!

Thanks suzi for the resepi kek kukus chocolate moist!


resepi kek kukus chocolate moist
gambar hiasan : decoration boleh buat sesuka hati


BAHAN - BAHAN UNTUK KEK KUKUS CHOCOLATE MOIST 


1 CAWAN KOKO
1 CAWAN GULA
1 CAWAN MARJERIN CAIR/BUTTER
1 CAWAN SUSU CAIR
1/2 CAWAN SUSU PEKAT 
1 1/4 TEPUNG
I SUDU KECIL SERBUK PENAIK
I SUDU KECIL BAKING SODA
3 BIJI TELUR (DIPUKUL)


CARA MEMBUAT KEK KUKUS CHOCOLATE MOIST

Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.

Masak koko, gula, marjerin/mentega, susu cair dan susu pekat hingga cair. Masak pada api sederhana. Jangan sampai hangus tau!

Sejukkan bahan yang dah dimasak tadi.

Masukkan telur dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Tambah tepung sikit-sikit dan gaul sehingga sebati. 

Dah siap pun, adunan kek kukus chocolate moist.


kek kukus


Kukus adunan kek kukus chocolate moist tersebut. Kukus selama 1 jam. 

Siap!

Boleh deko kek kukus chocolate moist anda sesuka hati ye!


Mudahnya resepi kek kukus chocolate moist ni! Tak perlu guna mixer dan oven. Itu yang best tu.


TIPS BEST :

1. Nak lagi mudah, guna tepung naik sendiri macam tepung 'blue key', so tak perlu ayak tepung dengan baking soda dan baking powder lagi. Jimat masa.

2. Masak bahan-bahan dalam periuk untuk elakkan tertumpah sekiranya guna kuali.

3. Potong sejuk semasa kek kukus chocolate moist ni dah sejuk sikit. 

4. Budak-budak sangat suka chocolate, so boleh letak chocolate ganache kat atas kek kukus chocolate moist anda.


Selamat mencuba!

Ibu baking, anak pun sangat happy!

Suey yang suka baking jugak!

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...