Friday, August 29, 2014

mee rebus chendor perdana

alahai tajuk entri...tak menahan tu! idea dari encik husband la tu, semua nama masakan pun dia nak letak 'chendor perdana' kat belakang. so inspired with this place i guess!

mee rebus chendor perdana atau pun nama pendek dia, mee rebus, asalnya dimasak untuk encik husband tersayang memandangkan sudah bosan makan nasi setiap hari dan juga disebabkan kesibukan yang melanda encik husband yang asyik tak sempat balik makan tengahari kat rumah!
So, kita masak mee rebus aje.

actually, nak masak mee rebus ni senang je, tapi sokmolah lupa resepi, resepi sebenar sebelum diubah sesuka hati saya berasal daripada kawan saya, kak azma, tak pasti la pulak dia ceduk kat mana resepi ni, yangpasti, saya dah ubah ikut selera kami..hehe jangan marah ye kakakku sayang!

mee rebus chendor perdana
Mee Rebus Chendor Perdana

Here is the recipe!

Korang perlukan bahan-bahan ni ye..

1. Mee kuning (sila celur ye!)
2. Udang / ayam /daging (kalo ada semua sekali, cantik!!)
3. Sos tomato & Sos cili
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Bawang blend/tumbuk
7. Cili blend
8. Gula & garam
9. Cuka
10. Telur Ayam
11. Sayur (sawi & lobak merah pun dah cukup)
12. Serbuk lada hitam

Dah cukup semua bahan-bahan??? ok jom mula masak!

Tumis bawang blend, cili blend & lada hitam, cili blend tu letak sikit sudah sekiranya hidangan ini akan dihidangkan kepada budak-budak jugak.

Agak-agak dah garing, masukkan ayam/daging/udang dan seangkatan dengannya dan reneh sampai masak.

Sambil-sambil tu, masukkan sos tiram, sos tomato,sos cili dan kicap. Banyak mana nak letak tu, terpulang kepada banyak mana mee yang korang nak masukkan nanti, biasanya untuk 1/2 paket mee kuning tu, sos-sos ni letak je 1-2 sudu, sos cili tu kalau nak pedas, sila letak lebih ye.

Air kena la masukkan sekali kan untuk kuah. Agak-agak amaun air tu setimpal la dengan mee dan bahan-bahan tadi.

Sekarang dah tiba masa nak letak gula dan garam secukup rasa korang! Pandai-pandai tambah bahan-bahan kat atas sekiranya kuah tu rasa kekurangan ye.

Dah boleh masukkan sayur dan sila masukkan telur sekiranya berminat. sebenarnya letak telur ni lagi best tau, tapi kalau tak nak letak pun takpe je.

Last sekali, boleh masukkan mee kuning yang dah dicelur tadi, tapi kalau nak asingkan kuah dan mee pun boleh.

Tadaaa..siap dah Mee Rebus Chendor Perdana  korang!

mee rebus
mee rebus ni cik nuraini punye...udang je yang banyak!


Tips :

1. Guna bawang yang ditumbuk lebih best daripada bawang blend sebab lebih terasa jus bawang tu berbanding bila blend/kisar.

2. Guna cili blend yang dimasak dan dikisar sendiri lagi best daripada beli cil boh kat kedai. terasa lebih 'kit' masakan tu tau!

3. Mee rebus chendor perdana ni lagi bertambah best bila dimakan dengan keropok goreng!

Sila cuba dan jangan segan-segan untuk ubah/tambah apa yang patut mengikut selera korang. selamat mencuba dan terima kasih kerana membaca!

suey yang kini hebat memasak!

saya jual shaklee jugak tau,

suhailey mohd noor


No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...