Friday, August 14, 2015

5% Ini Akan Buat Anda Kaya.

Bila tanya siapa nak KAYA, semua orang nak kaya. Tapi bagaimana?

Ada yang kata kena bisnes. Ada yang kata kena join MLM. 

Ada yang kata kalau nak kaya kena tipu orang! Ada jugak yang kata, kena menabung dari kecik! (eh, macam kenal pulak siapa yang kata macam ni...)

Bercakap pasal tabung ni, geng-geng yang pergi IMKK ada cerita pasal 6 tabung yang kita perlu wujudkan untuk pecahkan hasil pendapatan kita.
mmm sedih pulak bila sebut pasal IMKK ni, belum rezeki agaknya, dah pernah daftar tapi tak berkesempatan pula nak hadir. 

Dua kali pulak tu. InshaAllah ada la rezeki tu nanti (ayat sedapkan hati! :))

Berbalik kepada kisah 6 tabung tu, ada 1 tabung yang sangat menarik sebab tabung ni boleh buat kita jadi kaya walaupun isi tabung ni kita perlu habiskan atau dengan kata lain, kita wajib kosongkan setiap bulan.wow!

Best ke best?
Keikhlasan hati kena ada la tau:) Baru murah rezeki.

Sebelum tu jom kita tengok apa dia sebenarnya 6 tabung yang dimaksudkan tu.
Memang wajib ada ke macamana?

Basically, tabung-tabung ini semua hanyalah guideline untuk kita menguruskan kewangan kita seharian.

Bila dah dapat gaji, terus asingkan duit mengikut pecahan tabung-tabung yang disebut di atas.

Selain nampak teratur peruntukan tu, kewangan kita juga semakin terurus sebenarnya jika kita ikut cara ni. Tapi, memang kena konsisten la.

Jom tengok apa isi tabung-tabung tersebut.

1.Tabung Keperluan (Necessity)
55% daripada duit gaji diperuntukkan untuk tabung keperluan ni.
Nak bayar rumah, kereta, makan, duit minyak, taska anak dan segala perbelanjaan keperluan harian asingkan dalam tabung ni.


2. Tabung Bebas Kewangan
10% daripada gaji kena masukkan dalam tabung ni. Kiranya tabung ni untuk masa depan la. 
Tak boleh usik duit dalam tabung ni tau. Kalau takde duit dalam tabung ni, umpama kita tak bersedia untuk masa depan. 


3. Tabung Jangka Panjang
Tabung Jangka Panjang ni khas untuk dibelanjakan apabila perlu. 

Contoh nak raya, nak kena tukar sofa baru ke? Boleh guna duit dalam tabung ni. Nak buat deposit kereta baru ke. Pun boleh.

10% wajib untuk tabung ni tau.


4.Tabung Seronok
Dah nama pun tabung seronok,of course la tabung ni disediakan untuk menabung demi keseronokan masa depan. aha

Tabung seronok atau tabung Fun atau apa je nama yang uolls nak letak diperuntukan untuk reward diri sendiri, ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang berkaitan.

Nak bercuti ke? Nak hadiahkan diri sendiri ipad baru ke? Guna peruntukan yang ada dalam tabung ni.

Jangan usik tabung lain pulak.

10% dari hasil pendapatan masuk dalam tabung ni. 


5. Tabung Pendidikan
Tabung ni kena ada. Kita mesti nak upgrade ilmu pengetahuan kita kan. 

Nak join kursus motivasi ke or sny course yang membangunkan diri. Pakai duit dari tabung ni.
10% jugak untuk tabung pendidikan ni.


6. Tabung Kebajikan
Haaa.Tabung ni kena isi at least 5% dari hasil pendapatan. Wajib konsisten. Wajib habiskan setiap bulan. 

Duit dalam tabung kebajikan ni perlu dihabiskan untuk sedekah, zakat atau derma.
Bukan untuk shopping bag tau.

Magic 5% ni la yang akan buat kita kaya. Bukan didunia, malah akhirat juga.

Allah dah janji, setiap sedekah pasti dapat pahala. Niat nak sedekah pun dah dapat pahala, apatah lagi memang sedekah. 

Menunaikan hak orang lain melalui zakat juga besar pahalanya. Tabung akhirat ni, bukan khairat.hehe

5% je kan, bukan banyak pun..apala sangat berbanding 95% duit yang kita boleh belanja tu. 

Bukan ke dari setiap hasil pendapatan kita ada hak orang lain juga kan?

Yang penting kita konsisten dengan tabung 5% ni, inshaAllah murah rezeki kita.
Mungkin ada yang kata, kalo banyak duit boleh la nak buat macam ni, 10 tabung pun boleh. Duit gaji yang ada, nak isi tabung keperluan pun tak cukup.

Huhu, saya paham, dan seperti saya mention di atas, tiada paksaan untuk memenuhi dan memiliki tabung-tabung ini. Tetapi, jika anda ada kesemua tabung tersebut dan anda konsisten dan berdisiplin, memang menguntungkan DIRI ANDA SENDIRI. Bukan saya yang untung tau.hehe


Sekian untuk entri kali ini. Semoga kita konsisten dengan amalan ini.


Terima kasih kerana membaca.

SuhaileyMohdNoor
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
Pengedar Shaklee

Thursday, August 13, 2015

Set Penjagaan Rambut Shaklee Prosante

Assalamualaikum wbt.

Nak tulis pasal rambut lagilah hari ni. Stress sebenarnya sebab Nuraini tak suka sikat rambut. Tahu la rambut tu halus jek. Tapi kalau tak jaga, nanti rambut rosak baru tahu. Bebel pulak ummi nuraini ni yek.

Korang nak tak rambut cantik. Sihat dan menawan pulak tu. Mesti best kan kalau rambut macam dalam gambar kat bawah ni. shiny gitu!

Bukan tak boleh nak dapat rambut macam rambut dia tu, tapi kena la rajin. Rajin jaga rambut. Kena syampu, make sure rambut kering sebelum bertudung, sapu pelembap dan lain-lain keperluan untuk rambut kekal cantik!.

Makan pun of course la kena jaga. Jangan nak makan mengarut sangat dan jangan pulak tak tahu memang ada certain makanan yang kena elak untuk elak masalah tertentu pada rambut dan kulit kepala.

Macam cerewet pulak nak jaga rambut ni kan! Botak aci? hehe jangan gitu, kita kan perempuan, rambut tu mahkota wanita tau. Memang kena jaga. Kan ke best rambut cantik. Tahap konfiden pun meningkat. Betul tak???
pengedar shaklee kuantan
cantik kan rambut dia? (jeles pulak)
Maka dengan itu, nak cerita sikit tentang set penjagaan rambut prosante shaklee. Best sangat ke produk shaklee ni?

Baca sini : FAKTA YANG BUATKAN ANDA TAK NAK PILIH BRAND LAIN SELAIN SHAKLEE

Dah baca? Kagum tak dengan produk shaklee ni ke masih ragu-ragu?

Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee
Jom, nak cerita lagi tentang Set Penjagaan Rambut Prosante Shaklee ni.
Basically, shaklee keluarkan 5 produk khas untuk menjaga kesihatan rambut tak termasuk vitamin untuk rambut la.

5 produk penjagaan rambut sahklee dihasilkan khas untuk masalah rambut tertentu dan tak semestinya ke pakai/guna kelima-lima produk tersebut dalam 1 masa. Kena ikut kesesuaian la kan.

Produk yang dimaksudkan adalah :

Syampu

1. Revitalizing Shampoo
shaklee

2. Purifying Shampoo

prosante

Conditioner

3. Lightweight Conditioner
prosante

4. Replenishing Conditioner
prosante


Penjagaan Kulit Kepala

5. Nourishing Scalp Treatment
prosante



Korang mesti tertanya-tanya kan, nak kena guna semua produk ni ke?

Actually, bukan semua produk pun kena guna. Ikut masalah rambut kita la. Macam contoh, kalau uolls ada masalah rambut gugur, produk yang terbaik untuk uolls adalah gabungan Revitalizing Shampoo, Lightweight Conditioner dan Nourishing Scalp Treatment.

Same goes to masalah rambut lain seperti rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut berminyak ataupun rambut rosak, gabungan produk spesifik membantu mengurangkan masalah tersebut.

dan... bukan semua produk ini perlu digunakan setiap hari. Ikut keperluan pengguna itu sendiri, memang kena bincang dulu dengan tuan punye rambut sebelum nak cadangkan set mana yang sesuai dan kekerapan untuk menggunakan produk penjagaan rambut shaklee ni. 

Bukan apa, supaya produk yang uolls bakal guna tu sememang fit the best dengan masalah yang uolls hadapi. Elak dari membazir membeli produk yang tak sepatutnya jugakkan?
lagi parah kalau tersalah pilih produk.

Kesian rambut. Lagi rosak ada la...hihi
So, sangat patut untuk konsult dulu sebelum beli.


Untuk konsultasi pembelian Set Penjagaan Rambut Shaklee Prosante ini, boleh hubungi saya Suhailey ditalian 012 921 4064. Hubungi Sekarang sebelum rambut anda gugur lebih banyak! 


suhaileymohdnoor
pengedarshakleekuantan

Wednesday, August 12, 2015

Benarkah Makan Pisang Boleh Kurus dan Cantik?

Saya yakin sangat, ramai yang menggemari pisang. Mudah didapai, murah dan sedap.

Pisang memang sedap dimakan. Banyak menu berasaskan pisang kita boleh buat. Mudah je. Tak perlu susah payah, kalau malas, pisang ni boleh dimakan begitu sahaja.

Bukan sahaja sedap, pisang memang banyak berkhasiat.
cantik sihat kurus

Benarkah makan pisang boleh buat kita kurus dan cantik? 

Nak tahu lebih lanjut, kena baca entri ni sampai habis tau. Bukan setakat kurus dan cantik je tau. Lepas baca fakta berikut, mesti rasa rugi kalau tak makan pisang.

10 Kebaikan Makan Pisang, bukan sahaja bolek kurus, tapi boleh cantik, sihat dan bertenaga lagi.

Menurut website eathealthylivefit.com, pisang boleh memberikan kebaikan - kebaikan seperti berikut:

1. Membekalkan Tenaga Segera dan Kurus

Pisang ni boleh bekalkan tenaga segera.
Kalau tak sempat nak sarapan, lunch atau dinner, grab je pisang. Untuk cover tenaga sebelum dapat sarapan, lunch or dinner yang betul-betul. :)

Korang yang nak kurus tu, boleh masukkan pisang dalam diet harian tau. Pisang kan kaya dengan vitamin B, vitamin ni akan tukarkan makanan kepada tenaga. Boleh tukarkan lemak kepada tenaga jugak tau bila glucose dah takde, kan time diet tu memang makan sikit....hehe


2. Bersifat Antioksida

Bukan sahaja membekalkan tenaga segera, pisang juga bersifat antioksida dimana ia melawan radikal bebas.

Radikal bebas ni, kalau banyak sangat kat dalam badan kita, boleh mempengaruhi tahap penuaan sel badan kita tau. of course la wajah akan nampak lebih tua dari usia sebenar bila radikal bebas ni dah konker badan kita ni.

Salah satu sebab wajah kusam tak berseri pun, sebab radikal bebas ni la. Badan kalau senang dapat penyakit pun, radikal bebas ni memang ada memainkan peranan penting.

Tak nak muka kusam? Baca entri ni : MAKANAN RAWAT KULIT KUSAM

Nak cantik? Sila makan pisang selalu!
kulit cantik makan pisang
3. Membantu Cegah Ulser

Korang boleh cadangkan kat kawan-kawan/ adik beradik/ saudara mara yang selalu sangat kena ulser pada sistem pencernaan tu, suruh they all makan pisang.

Actually, tekstur pisang ni kan lembut dan licin, so memang mesra sangat pada sistem penghadaman kita


4. Mantapkan Fungsi Otak

Siapa yang tak nak pandai kan? Salah satu makanan untuk boostkan fungsi otak adalah pisang.

Para penyelidik mendapati, kandungan potassium dalam pisang boleh membantu proses pembelajaran kerana membantu para pelajar lebih peka.


5. Kurangkan PMS

Bila cik period nak datang je, cuba korang makan pisang. Tengok apa jadi. Berkurang tak PMS korang tu? Haaa jangan tak cuba. Berkesan tau.

Actually, pisang kan mengandungi vitamin B6, vitamin ni yang kawal atur paras gula dalam darah yang memberi kesan pada mood/emosi kita.

So, sebelum PMS datang, makan pisang dulu tau. Boleh suggest kat kawan jugak, so takde la korang kena tempias PMS they all kan? :)

Suami tak nak stress dengan PMS isteri? Kasi isteri makan pisang banyak-banyak.


6. Kurangkan Sembelit

Pisang kaya dengan serat. Sila makan pisang jika anda sembelit.

Tapi, kalau sembelit jugak lepas makan pisang. Boleh cuba klik entri ni. MAKANAN KURANGKAN SEMBELIT


7. Kurangkan Tekanan/Stress

Bila kita stress/tertekan, sila makan pisang.

Menurut survey yang dijalankan oleh MIND, didapati, pesakit yang mengalami tekanan menunjukkan perubahan emosi yang baik selepas diberi makan pisang.

Ini sebenarnya disebabkan oleh kandungan triptofan iaitu sejenis protin yang akan ditukarkan kepada serotonin. Serotonin ini akan membuatkan korang rasa lebih tenang, relaks dan lebih gembira.

Time sedih-sedih tu, boleh la eh makan pisang. Happy sikit :)


8. Kurangkan Anemia

Kandungan zat besi yang tinggi dalam pisang membantu merangsang penghasilan hemoglobin (Hb) dalam darah. So, mereka yang anemia tu, sangat dicadangkan makan pisang.

Ibu hamil, take note tau.


9. Kurangkan Risiko Strok

Menurut penyelidikan yang diterbitkan oleh The New England Journal of Medicine, diet yang melibatkan pisang boleh mengurangkan risiko mendapat strok sebanyak 40%.

Menarik kan?


10. Melegakan Gigitan Nyamuk

Rasanya ramai yang tak tahu pasal ni.

Bila kena gigit dengan nyamuk, gosok tempat yang digigit nyamuk dengan kulit pisang. InshaAllah, bengkak dan iritasi yang disebabkan oleh gigitan nyamuk tu akan berkurang.

Then, boleh makan pisang tu untuk mendapatkan khasiat lain pisang seperti di atas. :)


Best tol makan pisang kan? Dah la sedap, murah, banyak khasiat pulak tu. Tak rugi makan.

Pada mereka yang tak suka makan pisang, boleh ganti dengan Vitamin B. 
Perasan tak, kandungan Vitamin B dalam pisang yang membuatkan pisang begitu banyak kebaikan untuk kita. 
Lagi mudah, telan je sebiji sehari. :)

Nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin B?
Klik VITAMIN B,FUNGSI DAN TESTIMONI


suhaileymohdnoor

Notaniaga:
Berminat untuk mendapatkan Vitamin Shaklee?
Hubungi saya ditalian 012 921 4064. Konsultasi Percuma hanya khas untuk customer saya.


Monday, August 10, 2015

Benarkah Berhijab Sebabkan Rambut Mudah Rosak?

Wanita mana yang tak bimbang bila rambut tak cantik, rosak dan bercabang. Kalau dah berkelemumur   tu, lagi sedih. Kasi la produk apa pun, mesti akan cuba sampai jadi.

Wanita-wanita sekalian, jangan ambil mudah soal penjagaan rambut tau. Kena pilih syampu dan pelembap yang sesuai, rambut boleh rosak kalau salah pilih produk. Boleh dapatkan pendapat dan nasihat pakar jika kurang pasti.

Menggayakan rambut mengikut stail terkini, memang tak salah. Tapi, penggayaan rambut secara berlebihan tanpa disusuli dengan perawatan akan menyebabkan rambut cepat rosak.
berhijab

Bagi yang berhijab pula, pilih tudung atau skaf dari fabrik yang mudah serap peluh. Jika dirumah, elakkan perap rambut sebaiknya, lepaskan. Biar rambut mendapat udara. 

Sebenarnya, bekalan oksigen yang mencukupi dibahagian kepala akan membantu rambut mendapat nutrien dan menggalakkan pertumbuhan berlaku.

Antara Punca rambut rosak adalah disebabkan :
  • Stress
  • Pengaruh Hormon
  • Cuaca panas
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Gaya hidup tidak sihat

Tips Penjagaan Rambut supaya Tak Mudah Rosak :

  • Potong hujung rambut sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
  • Ketika mencuci rambut, gosok secara perlahan bagi mengelakkan kulit kepala cedera
  • Sapu pelembap dibahagian bawah rambut, usah sapu di akar rambut. Ia akan menyebabkan kulit kepala berminyak.
  • Sapu serum khas, bagi rambut yang kering.
  • Jangan mengikat rambut terlalu kuat.
  • Sebelum bertudung/hijab, pastikan rambut benar-benar kering.

So, sebenarnya, tak semestinya bertudung atau berhijab akan sebabkan rambut rosak. Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi rambut rosak. Bila dah rambut betul-betul kering, pastu pakai tudung/hijab, takde la masalah rambut rosak.

Yang penting kena tahu macamana nak jaga rambut biar tak rosak walaupun berhijab 24 jam :)

Sebaiknya, bagi saya la, guna syampu dari bahan semulajadi. Memang konfiden selamat untuk rambut. Boleh cuba rangkaian penjagaan rambut Shaklee sebab ia semulajadi, mesra alam dan selamat.

Jangan tak tahu yang set pengjagaan rambut shaklee ni, bebas bahan kimia yang merbahaya kepada manusia dan alam sekitar. 

Kajian klinikal juga menunjukkan, rangkaian penjagaan rambut shaklee ini membantu mengurangkan masalah rambut gugur sehingga 65% dalam masa 3 bulan dan 46% daripada mereka yang menggunakan produk ini mendapati rambut mereka lebih lebat dalam masa 1 bulan.

Sememangnya ia fleksibel mengikut keperluan setiap individu. Ye lah kan, lain orang, lain masalah rambut yang dihadapi.


berhijab sebabkan rambut mudah rosak
set penjagaan rambut shaklee

Nak cuba rangkaian set penjagaan rambut shaklee?

Order sekarang di talian 012 921 4064. Takkan nak tunggu suami komplen rambut tak cantik baru nak bertindak kan?

Eh, boleh share dengan suami jugak tau!


Suhailey Mohd Noor
Pengedar Shaklee Kuantan
Cod : Kuantan kemaman


Rujukan : Majalah Wanita April 2014

Friday, August 7, 2015

Resepi Spagetti Bolognese Mudah dan Sedap

Menu italian pulak hari ni. Dah la free, sedap la pulak. Eh, ke sebab lapar!

Walaupun tekak melayu, sekali sekala, nak makan masakan italian pulak. Pasta yang mudah dimasak. Kalau ikut selera cik Nuraini, dia memang suka spagetti cabonara.
Mak dia nak layan spagetti bolognese pulak. Ikut selera mak la pulak ye nak.
bolognese mudah

Kat rumah ni, bila sebut bab nak masak spaggeti, mesti ada perebutan antara 3 manusia. Nuraini, incik suami dan ummi. Selera lain-lain. Nuraini suka cabonara, incik suami lebih gemar aglio olio manakala diriku lebih menggemari bolognese.

Kali ni ummi menang, maaf la uolls :).

Untuk korang yang membaca, here is the recipe :

Things to buy :

1. Spagetti
spagetti bolognese mudah


2. Ayam atau daging kisar

daging dan ayam kisar
3. Tomato puree
tomato puree
4. Prego Italian Sauce
prego
5.Cendawan Butang (optional)
spagetti bolognese mudah
6. Saderi
saderi
7.Minyak Zaitun
spagetti bolognese mudah
8. Bawang Holland
spagetti bolognese sedap
9.Oregano
10. Lada hitam. garam dan gula.

Cara untuk memasak Spagetti Bolognese Sedap dan Mudah ini :
  1. Rebus spagetti dalam periuk. Tambah beberapa sesudu minyak zaitun. Biarkan sampai masak.Toskan
  2. Goreng daging atau ayam kisar. Suka hati nak guna daging ke ayam. Ikut selera masing-masing.
  3. Tumis bawang putih dan bawang holland yang dah dipotong dadu. Nak potong macam biasa pun boleh. Tumis guna minyak zaitun. Boleh guna minyak masak biasa kalau takde minyak zaitun!
  4. Masukkan sos prego dan sos tomato. Kuantiti sos - sos ni mengikut kuantiti yang korang nak. Pandai-pandai sendiri la nak buat banyak mana. Ada orang suka sos banyak.
  5. Bila nampak macam dah masak je sos tersebut, masukkan cendawan butang dan saderi. Kalau tak suka nak letak pun takpe.
  6. Masukkan oregano. Mmm sedapnya bau oregano ni.
  7. Then, masukkan daging/ayam kisar yang dah digoreng tadi.
  8. Tambah black pepper, garam dan gula secukup rasa.
  9. Siap.
Mudah sangatkan. Kalau malas nak masak banyak kali, buat banyak-banyak pastu frozenkan. Frozen ikut saiz hidangan. Boleh makan ulang-ulang.Osem betul. 
Yummy.

Pesanan dari penaja : Jangan lupa dapatkan Lecithin untuk mengemulsikan segala lemak-lemak yang telah dimakan :) 

Klik : Lecithin Kuruskan Badan

Selamat memasak uolls.

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKemaman

Thursday, August 6, 2015

Betul Ke Tak Boleh Bercakap Dalam Tandas?

Pernah tak korang berborak dalam tandas? Eh, takde topik lain ke nak sembang ni?
Baru dapat mesej melalui whats app dari sepupu. Cerita pasal pesanan Nabi Muhammad saw kepada semua umat Baginda. Suka sepupu iolls sembang pasal mesej forward ni.

Maka, iolls yang tak berapa nak busy ni pun, search la online pasal bercakap dalam tandas ni. Kena selidik betul-betul dulu kan. Jangan main forward jek. 
toilet

Tandas kan tempat yang kita melepaskan 'hajat'. Tandas yang bersih memang satu keperluan. Sebab tu orang tak berapa gemar tandas awam. Kotor sikit kan. Kebanyakannya la.

Untuk tandas dirumah, kalau boleh, bina tandas yang berasingan dengan tempat mandi. Bukan apa, senang nak ambik wuduk dan kebersihan daripada najis tu lebih terjamin.

Tapi itulah, rumah siap zaman sekarang memang kebanyakannya, tandas dan bilik mandi disatukan sekali. Kalau macam tu, kita kena lebih berhati-hati dengan kebersihan tandas supaya kotoran najis tak dibawa keluar dari tandas tersebut.

Bagi menjawab persoalan berkenaan bercakap dalam tandas tu, jom kita tengok adab-adab ketika berada di dalam tandas.

Bagus jugak timbul isu pasal bercakap dalam tandas ni, boleh simpan maklumat ni untuk panduan Nuraini dan Qamarulhuda tu. Senang nak refer 10 keturunan pun.hihi.

Antara adab-adab ketika berada di dalam tandas.
tandas

  • Baca doa masuk tandas
  • Masuk tandas dimulakan dengan kaki kiri
  • Jangan bawa apa-apa kertas, buku, kain yang ada tulisan ayat-ayat al quran
  • Tidak menghadap atau membelakangi kiblat ketika melepaskan 'hajat'
  • Tidak bercakap ketika berada berada di dalam tandas (melepaskan 'hajat')
  • Pakai selipar atau alas kaki
  • Pakai tutup kepala
  • Jangan makan dan minum
  • Tidak meludah pada najis
  • Tidak memandang najis
  • Baca doa selepas keluar dari tandas
  • Keluar tandas dengan kaki kanan
Demikianlah, 12 adab-adab ketika berada dalam tandas dan menggunakan tandas. Jadi memang betul lah tak boleh bercakap dalam tandas!
bercakap dalam tandas

Kena pesan kat anak-anak. Dalam senarai 40 pesanan Nabi Muhammad saw pun ada mention tentang larangan bercakap dalam tandas ni.

Pada dasarnya, jumhur ulama' memakruhkan bercakap, termasuklah menyanyi di dalam tandas.
Sebaik-baiknya, usahlah kita bercakap-cakap atau pun menyanyi di dalam tandas.
Sekian, entri untuk hari ni. Terima kasih kerana membaca.

Jika anda sembelit, entri ini mungkin membantu anda : CARA KURANGKAN SEMBELIT

Sampai berjumpa lagi di lain entri.

    SuhaileyMohdNoor
    IlmuItuPerluDikongsiBersama








    Wednesday, August 5, 2015

    10 Makanan Bagus Untuk Otak Pintar Cerdas

    Terima kasih kerana masih setia mengunjungi blog daku ini.

    Dah lama nak sembang pasal otak manusia ciptaan Allah swt yang superb best ni, tapi sokmo la lupa :)

    Maka, dikesempatan ini (eh, macam nak mintak maaf raya pulak), daku nak kongsikan tentang 10 makanan yang bagus dan boleh buatkan otak uolls yang superb hebat itu berfungsi dengan lebih hebat dan mantap!

    Cerdas dan pintar gitu.
    omega guard

    Osem sangat kan? Sape yang tak nak mantapkan IQ they all beb? Tak perlu bersusah payah pulak tu. 
    Makan je beb, orang yang tak tahu apa itu IQ pun suka makan tau :)

    Sebelum bebelan bertambah panjang, nak bagitahu yang info yang bakal dibekalkan berikutnya bukanlah rekaan diriku ini, tetapi hasil pembacaan dan sumber-sumber yang boleh dipercayai.

    Sila percaya. Tak nak percaya sudahlah..hihi


    10 Makanan Bagus Untuk Otak Cerdas Pintar

    1. Sarapan Pagi

    Dah agak dah, mesti ramai yang tak ambik sarapan pagi ni. Rugi betul uolls ni tau.

    Menurut kajian, mereka yang bersarapan pagi yang seimbang secara konsisten, menunjukkan peningkatan keupayaan daya ingatan yang bagus, lebih fokus, lebih kreatif dan peningkatan prestasi dalam apa jua bidang yang diceburi.

    Jom kita konsisten sarapan pagi seimbang!

    2. Ginkgo Biloba

    Para saintis mendapati, ginkgo biloba meningkatkan tempoh short term memory, daya fokus dan mengurangkan risiko nyanyuk.

    Ini kerana, ginkgo biloba bertindak melancarkan perjalanan darah ke otak.

    3. Minyak Ikan

    Minyak ikan ni favourite kami sekeluarga. Incik suami biasalah, culas sikit nak makan, anak dia pulak terlebih eksited makan minyak ikan.
    minyak ikan

    Kajian para penyelidik mendapati, asid lemak omega 3 dalam minyak ikan diperlukan untuk fungsi otak.


    4. Matcha

    Sejenis teh hijau yang baik untuk kesihatan, teh ini juga dikatakan baik untuk otak. 

    Penggemar teh harus tahu bahawa ia adalah makanan terbaik untuk meningkatkan mental alertness.

    5. Vitamin B

    Vitamin B memperbaiki tahap ingatan dan mood kita hari-hari. 
    Nak ingatan yang kuat dan mood yang baik, sila lah makanan vitamin B.

    Boleh baca kebaikan lain Vitamin B kat sini : KEBAIKAN VITAMIN B

    Kajian jugak mendapati, mereka yang kekurangan vitamin B have greater mental decline.

    6. Avocado

    Dulu masa Nuraini start makan solid, selalu buatkan puri avocado untuk dia. Bila dah besar ni, tak nak pulak.
    Nasib baik ada pilihan lain untuk tingkatkan fungsi otak dia.
    avocado
    Avocado ni melancarkan pengaliran darah ke otak. Otak memerlukan darah untuk berfikir. 
    Sesuai lah, avocado menjalankan fungsi begitu.

    7. Antioksida

    Antioksida bertindak melawan radikal bebas yang mengganggu fungsi otak.

    Boleh makan kacang merah, blueberi dan kranberi untuk memperbaiki tahap ingatan dan 

    8. Ikan dan Daging

    Siapa yang tak suka ikan dan daging memang rugi.

    Kretin (creatine)  yang terkandung di dalam daging dan ikan diperlukan untuk untuk kecerdasan dan menguatkan ingatan.

    9. Ginseng

    Ginsing juga salah satu makanan yang baik untuk ingatan dan fungsi otak.

    Chinese suka ginseng ni.

    10. Vitamin E

    Biasanya vitamin E diambil untuk kecantikan. Tak sangka pulak boleh jadi bijak.

    Osem sangat la makan vitamin E ni, dah la cantik, bijak pulak tu. Gabungan mantap rebutan bakal mak mertua ni :)

    Vitamin E yang bersifat antioksida diperlukan untuk kesihatan otak.
    makanan bagus untuk otak

    Hasil penyelidikan mendapati, konsiten pengambilan vitamin E membantu melambatkan penyakit Alzheimer.

    Nak cuba vitamin E shaklee? Rujuk sini. VITAMIN E Shaklee

    Selesai sudah perkongsian pada hari ini. Jangan lupa amalkan tau. Kalau ada lagi maklumat tambahan, uolls boleh letak dekat komen.

    Nak dapatkan vitamin shaklee, hubungi saya ditalian 012 921 4064.


    SuhaileyMohdNoor
    Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...