Thursday, October 23, 2014

Endless Motivation^^^

Entri pendek untuk tatapan semua pembaca...

Semoga yang tengah down dalam bisnes, perkahwinan, hubungan hatta kehidupan sekalipun....yang rasa dah tak tahu nak buat ape dah tu....

Hayati kata-kata ini^^^

Khas untuk anda semua....


InshaAllah more motivation qoute will be share in this blog...

Happy Blogging^^^
suhaileymohdnoor

Wednesday, October 22, 2014

KISAH CLASS SWIMMING CIK NURAINI

Hobi si cilik comel kesayangan kami ni adalah berenang aka swimming. Minat betul dia dengan swimming, entah dari mana la minat tu datang pun kami tak tahu.

Ummi Nuraini ni memang tak pandai swimming dan tak berminat nak attend class swimming pun. Abi Nuraini pandai la swimming, rumah dekat dengan pantai, lelaki pulak tu, biasanya memang akan pandai swimming lah. Tapi tak attend  class swimming la macam anak kesayangan abi ni.


Dalam kereta


First time Nuraini swimming adalah masa dia umur 8 bulan. Kebetulan masa tu, ummi ade course di Bukit Gambang Resort City. So, untuk elakkan dia kebosanan, we all kasi dia swimming lah. Nak main kat waterpark macam tak sesuai pulak sebab Nuraini kecil sangat lagi. Memang dah stand by pelampung leher untuk baby tu.

Since that first time, everytime pergi kursus and stay kat hotel, wajib stay kat hotel yang ada kolam. At least ada bathtub dalam shower room pun dah ok. She really enjoy main air, kami pun layan je lah.
Until one day, dalam tahun 2013, before ummi sambung master degree, we stay kat Hotel Quality, Kuala Lumpur and of course la she excited dengan swimming pool kat situ. 


First Suit
Nak dijadikan cerita, on that day, ada sorang budak perempuan umur dalam 8 years old kot, siap berswimming suit lengkap swimming kat swimming pool yang sama. Nuraini perhati je kakak tu, and she asked me la, why that kakak wearing like that, having google and all. She said she want the same things also. Keep on asking, why that kakak pandai berenang and she dont know how to. Penat jugak kadang-kadang nak melayan soalan Nuraini ni. Jawapan tu kena sediakan sampai she puas hati. 

Bila dia tahu je pasal actually ade class if we nak belajar swimming, excited sangat dia nak attend class swimming tu. Ummi pulak yang pening, mana pulak nak cari class swimming kat Kemaman ni. 


Ready to swim
Selagi tak attend class swimming yang dia nak tu, selagi tu la hampir setiap hari dia tanya. Kesian pulak. 

Finally, opismate ummi berjaya la carikan instructor swimming untuk Nuraini. Kebetulan, kawan husband dia. Class swimming Uncle Steven ni, untuk kanak-kanak umur 5 tahun ke atas je sebenarnya, tapi disebabkan uncle steven ni tengok kesungguhan Nuraini nak belajar swimming, he terima jugak Nuraini as his student. Student paling muda la ni, umur 3 tahun dah attend class swimming. 
swimming
At first kami risau jugak Nuraini ni main-main je, tapi alhamdulillah she attend the class sampai sekarang. Belum hari sabtu pun dah sibuk tanya, bila class swimming lagi. 

Macam -macam la Nuraini ni. So determine dengan class swimming  dia tu. 

Jom tengok koleksi gambar class swimming Nuraini. Abi yang excited siap rekod video lagi.


Nuraini & Sir
With Friends


Time rehat - swim kat kolam kecik pulak
Setakat itu dahulu, kisah class swimming Nuraini. Next time boleh boleh update lagi pasal ni^^^

Terima kasih kerana membaca blog ini. 

Suhailey

Tuesday, October 21, 2014

7 Testimoni Alfalfa Kompleks 18 SX

Wallah...

Nak cerita pasal testimoni Alfalfa Kompleks pulak hari ni.

Normal la kan bila kita mula nak amalkan sesuatu produk termasuklah Alfalfa Kompleks ni, sudah pasti kita nak tahu dahulu apa kesan pengambilan Alfalfa Kompleks kan?

Testimoni pengguna yang dah mengamalkan Alfalfa Kompleks sudah pasti menjadi rujukan apabila kita nak membeli Alfalfa Kompleks tersebut.

Maka, saya bawakan testimoni Alfalfa Kompleks 18 sx ni untuk panduan mereka yang berminat dengan Alfalfa Kompleks ni. 

Entri selepas ni saya  akan bawakan testimoni Alfalfa Kompleks yang lain pulak. Alfalfa Kompleks ini kan banyak fungsi dan kebaikan.


Testimoni Alfalfa Kompleks 1
Testimoni Alfalfa Kompleks
Pn. Dilla Jalil cakap, lepas sebulan makan Alfalfa Kompleks :
1) senang nak membuang
2) suami puji makin sedap dan bersih^^^
3) masalah keputihan berkurang

Testimoni Alfalfa Kompleks 2
Testimoni Alfalfa Kompleks
Pengalaman Pn Rashidah pulak,Alfalfa Kompleks buat :
1) mengembalikan tisu-tisu dalaman faraj (makin ketat)
2) keputihan hilang

Testimoni Alfalfa Kompleks 3
Testimoni Alfalfa Kompleks


Pn Jaja Joe kata, kesan Alfalfa Kompleks untuk dia :
1) macam pengantin baru masa 'bersama'
2) detoks badan dia
3) kurangkan keputihan


Testimoni Alfalfa Kompleks 4
Testimoni Alfalfa Kompleks

Bagi Pn. Norsaritanaini pulak, kesan selepas 2 bulan makan Alfalfa Kompleks :

1) milk booster (tujuan sebenar dia makan Alfalfa Kompleks)
2) Keputihan berkurang
3) Ekzema dan gatal-gatal berkurang

4) suami puji macam anak dara walaupun dah bersalin 

Testimoni Alfalfa Kompleks 5
Testimoni Alfalfa Kompleks
Pn Fatin ni makan Alfalfa Kompleks baru 5 hari, suami dah tak tahan kuasa 'grip' yang Alfalfa Kompleks bagi.

Buah dada & punggung pulak makin mantap dan anjal.

Testimoni Alfalfa Kompleks 6

Testimoni Alfalfa Kompleks
Pn Fauzi Lizar pulak cerita, masalah keputihan dia berkurang dan tak perlukan pantiliner lagi. Jimat tu..

Testimoni Alfalfa Kompleks 7
Testimoni Alfalfa Kompleks

Alfalfa Kompleks membuatkan Pn. Noor Aishah tak perlu risau lagi untuk makan seafood, dah tak gatal-gatal lagi, malahan masalah keputihan berkurang serta kesihatan dalaman beransur positif.

Semua testimoni Alfalfa Kompleks yang dinyatakan adalah kisah benar tau. Bukan rekaan semata-mata. Testimoni yang diberikan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi bertujuan untuk menyebarkan kebaikan yang telah mereka rasai apabila mengamalkan Alfalfa Kompleks. Berkongsi pengalaman supaya orang lain juga dapat merasai kebaikan yang telah mereka kecapi.
Nak menikmati juga kebaikan Alfalfa kompleks yang mereka rasai? Order Alfalfa Kompleks di talian 012 921 4064 atau ikuti langkah ini :
Testimoni Alfalfa Kompleks

Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR
KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL
Daftar Ahli Shaklee
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor
ID 886589



Monday, October 20, 2014

3 Petua Kurangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

Parut Jerawat terutama di bahagian muka memang menyakitkan hati dan memalukan. Ada ke petua kurangkan parut jerawat?

Kalau boleh, nak halang jerawat daripada tumbuh supaya parut jerawat tu tiada. Tapi, itu kan proses semulajadi untuk sesetengah orang terutamanya ketika menjelang cik Period datang menjelma. Maka, apa yang boleh dibuat adalah, berusaha untuk kurangkan parut jerawat tersebut. 

Di sini saya serta 3 petua kurangkan parut jerawat dengan cepat. Petua kurangkan parut jerawat ini saya dapat hasil pembacaan di internet.


Petua Kurangkan Parut Jerawat
Parut Jerawat
Secara realistiknya, kita tidak menghilangkan parut jerawat dalam masa sehari, tetapi inshaAllah dengan petua kurangkan parut jerawat ini, parut jerawat dapat dikurangkan dengan lebih cepat.

Ketiga-tiga petua kurangkan parut jerawat dengan cepat ini menggunakan bahan semulajadi, senang dapat dan mudah untuk disediakan.


Petua Kurangkan Parut Jerawat 1

Petua kurangkan parut jerawat yang pertama adalah dengan menggunakan Jus Lemon. Tahukah anda, jus lemon sebenarnya mempunyai sifat natural skin bleaching yang mana dapat membantu kurangkan parut jerawat anda.

Bagaimana cara kurangkan parut jerawat dengan jus lemon?


petua kurangkan parut jerawat
Jus lemon

Campurkan 1 bahagian jus lemon  dan 1 bahagian air. Seterusnya, sapu campuran tersebut pada parut jerawat selama 15-20 minit. Bilas dan sapu sedikit pelembap pada bahagian parut jerawat itu.

Mudah bukan???


Petua Kurangkan Parut Jerawat 2

Petua Kurangkan Parut Jerawat kedua ini lebih mudah kerana hanya menggunakan baking soda! Baking soda ni memang mudah nak dapat dan selalunya ada di setiap rumah yang suka buat buat kuih atau kek.

Ramai yang tak tahu sebenarnya, baking soda boleh kurangkan parut jerawat dengan cepat dan hanya mengambil masa 2 minit sahaja.

Bagaimana cara kurangkan parut jerawat dengan baking soda ni?


petua kurangkan parut jerawat
Baking soda
Campur 1 sudu teh baking soda bersama 2 sudu teh air dan jadikan ia paste cecair. Sapukan paste ini ke seluruh bahagian muka dan fokus pada bahagian parut jerawat tersebut. Bilas dengan air selepas 2 minit. Lap bahagian muka sehingga kering.

Harus diingatkan petua kurangkan parut jerawat menggunakan baking soda ini tidak sesuai untuk menghapuskan jerawat yang tengah aktif tau.


Petua Kurangkan Parut Jerawat 3


petua kurangkan parut jerawat
Madu
Untuk petua kurangkan parut jerawat nombor 3, kita gunakan madu. Caranya mudahnya sahaja iaitu gunakan putik kapas untuk sapu madu pada parut jerawat tersebut.   

Buat pengetahuan semua, madu adalah pilihan terbaik untuk kulit sensitif kerana madu tidak merosakkan kulit dan berfungsi untuk melembapkan kulit. Madu juga bersifat anti bakteria dan membantu dalam mengurangkan inflamasi.


Mudah je kan, petua kurangkan parut jerawat yang saya kongsikan hari ini. Bagi yang mencuba tu, jangan lupa tinggalkan komen keberkesanan petua-petua di atas ye. Ada yang cepat betul dapat hasilnya, ada jugak yang lambat. Itu semua bergantung kepada tahap konsistensi amalan petua-petua ini dan usia parut jerawat itu juga.

Untuk Vitamin Shaklee, saya cadangkan Zink dan Vitamin E bagi menyelesaikan masalah parut jerawat ini. Zink dan Vitamin E adalah vitamin shaklee yang sesuai untuk kurangkan parut jerawat. Zink dan Vitamin E Shaklee sememangnya diformulasikan untuk kurangkan parut jerawat dan parut jenis lain juga. 

Baca tentang Zink dan Vitamin E di sini :

Nak order Zink atau Vitamin E??? Hubungi saya ditalian 012 921 4064 atau ikuti langkah berikut :
Pengedar Shaklee Kemaman
Order Vitamin E & Zink
Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL


daftar ahli shaklee

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
ID 886589

Sunday, October 19, 2014

Vitamin Shaklee | 3 Fakta Buat Anda Tak Nak Pilih Vitamin Jenama Lain Selain Shaklee!!

ish ish ish..apalah yang hebat sangat tentang vitamin shaklee ni sampai famous sungguh!

Kalau dekat facebook tu, bersepah cerita tentang kebaikan vitamin shaklee disebarkan!

Hebat sangat ke vitamin shaklee ni? 

Buat mereka yang masih ragu-ragu, musykil atau tidak yakin dengan vitamin shaklee ni, anda pasti berubah fikiran selepas membaca entri ini.^^^

Bagi yang belum mencuba sebarang vitamin shaklee, lepas baca entri ni inshaAllah teringin nak cuba vitamin shaklee ni. 

vitamin shaklee
Vitamin Shaklee

Saya sudah merasai kebaikan vitamin shaklee ini, maka sudah pasti saya ingin berkongsi kebaikan vitamin shaklee ini dengan anda semua.

Selain fakta bahawa vitamin shaklee telah bertahan selama lebih 50 tahun dan masih bertahan sehingga sekarang, saya bawakan 3 fakta tentang vitamin shaklee yang buat anda tak nak pilih vitamin jenama lain selain shaklee.^^^


Fakta 1 | Vitamin Shaklee Sentiasa Selamat untuk dimakan

vitamin shaklee sentiasa selamat

Kenapa saya begitu yakin tentang vitamin shaklee selamat dimakan?

Tahukah anda, terdapat lebih 100 000 ujian kualiti tahunan dijalankan ke atas vitamin shaklee untuk memastikan vitamin shaklee sentiasa selamat untuk dimakan.

Terdapat lebih 350 ujian dijalankan kepada setiap bahan mentah baru (raw material) hanya untuk tujuan saringan bahan berbahaya. Teliti sungguh proses penghasilan vitamin shaklee ini kan???

Tambahan pula, vitamin shaklee ini selamat dimakan kerana vitamin shaklee :

  • Tiada Perasa Tiruan
  • Tiada Pemanis Tiruan
  • Tiada Bahan Perwarna
  • Tiada Lemak Trans
  • Tiada bahan tersembunyi
  • Tiada diuji pada binatang
  • Tiada bahan terlarang
  • Tiada Paraben
  • Tiada Peluntur Klorin
  • Tiada Petroleum Sulingan dan lain-lain
Yakin tak yang vitamin shaklee memang selamat untuk dimakan??? 

Boleh tinggalkan diruang komen sekiranya anda mengetahui mana-mana brand/jenama vitamin yang begitu teliti dalam penghasilan vitamin mereka.


Fakta 2 | Vitamin Shaklee Sentiasa Berkesan

vitamin shaklee sentiasa berkesan

Tahukah anda, pihak Shaklee telah memperuntukkan USD 300 juta hanya khas untuk Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) vitamin shaklee sahaja.

Budget khas hanya untuk memastikan vitamin shaklee sentiasa berkesan. Kagum betul saya!

Terdapat lebih daripada 65 saintis yang berkerja untuk memastikan vitamin shaklee yang dihasilkan bermutu tinggi dan berkesan apabila diambil oleh pengguna.

Apa yang lebih menyakinkan saya tentang vitamin shaklee ini adalah, keberkesanan vitamin shaklee disokong oleh kajian saintifik dan klinikal yang diterbitkan dalam lebih 100 saintifik jurnal!

Ingat senang ke nak terbitkan kajian dalam jurnal, sebagai seorang yang juga dalam bidang sains, memang saya tahu, proses untuk terbitkan 1 artikel dalam jurnal memang sangat banyak proses dan mencabar! Nak terbit dalam jurnal saintifik lagilah susah, macam-macam requirement diperlukan.

Disebabkan itulah saya begitu yakin dengan vitamin shaklee ini. Bukan sebarang vitamin, vitamin shaklee ni tau!

Apa yang lebih membuatkan vitamin shaklee ini lebih mantap adalah vitamin shaklee melalui Kajian Unggul.

Kajian Unggul ini atau pun landmark study adalah satu jenis kajian dimana ia dijalankan oleh pihak ketiga yang tidak ada kena mengena dengan pihak shaklee.

Kajian unggul ini akan mengkaji tahap keberkesanan vitamin shaklee dengan menjalankan ujian ke atas subjek yang telah lama mengamalkan vitamin shaklee. Ujian ini akan membandingkan tahap kesihatan mereka yang mengamalkan vitamin shaklee, yang mengamalkan vitamin jenama lain dan subjek yang tidak mengambil apa-apa vitamin. 

Hasil Kajian Unggul mendapati, mereka yang mengambil vitamin shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain dan mereka yang tidak mengambil sebarang vitamin.

So, kenapa saya nak pilih vitamin jenama lain bila dah tahu vitamin shaklee boleh bagi yang lebih baik!!


Fakta 3 | Vitamin Shaklee Sentiasa Mesra Alam

vitamin shaklee sentiasa mesra alam

Sebagai salah seorang pencinta alam, sudah pasti saya akan memilih vitamin yang mesra alam kan!.

Tahukah anda, produk shaklee merupakan produk mampan yang selamat untuk anda, rumah anda dan bumi anda!

Produk Shaklee bebas daripada bahan pencemar seperti Paraben dan SLS.

Tahukah anda, Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi menyekat pengeluaran gas sepenuhnya daripada rumah hijau! Gila bagus ni!!!

Pihak Shaklee juga menjalankan projek menanam pokok untuk setiap penggunaan sumber alam sekitar. Setakat ini, sudah lebih 1 juta pokok telah ditanam untuk menggantikan sumber alam sekitar yang telah digunakan. Sudah pastilah ianya bertujuan untuk mengimbangi kembali ekosistem bumi kita.

Boleh bagitahu saya mana-mana syarikat vitamin yang buat macam shaklee dah buat ni??? 
Tinggal nota kat komen kalau ada ye. At least saya ada pilihan vitamin lain apabila vitamin shaklee ni out of stock kan!^^^

Tahu tak siapa lagi antara yang mengamalkan vitamin shaklee ini??
Semak senarai dibawah :


  • Pendaki Gunung Everest - Pendaki Amerika pertama, Larry Nielson, mendaki tanpa bekalan oksigen pada 1983.
  • Ekspedisi Pelayaran - Jacques Cousteau Calypso & Alcyone.
  • Will Steger yang memecahkan tiga rekod ekspedisi polar bersalji di kutub utara.
  • Atlet Olimpik - ramai atlet terkenal dunia bergantung dengan produk shaklee dan telah memenangi lebih 100 pingat di Sukan Olimpik pada musim panas dan sejuk. 
  • Angkasawan - Shaklee menyokong setiap angkasawan di setiap misi NASA dengan minuman penghidratan semula, sejak 1983

Macamana? 

Teruja tak dengan 3 fakta yang saya bongkarkan di atas?? 

Mana nak cari syarikat vitamin yang begitu teliti dalam penghasilan produk mereka dan kajian-kajian yang dijalankan itu memang membuatkan kita terasa yang vitamin shaklee ini at least sangat selamat untuk dimakan. 

Vitamin yang terjamin selamat itu sangat penting untuk memastikan badan kita selamat daripada bahan berbahaya. Tak pasal pulak badan berpenyakit disebabkan vitamin yang tidak selamat dimakan, betul tak?

Itu sahaja perkongsian saya pada entri kali ini. Terima kasih kerana membaca.

Sekiranya anda memerlukan vitamin shaklee, hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk maklumat lanjut.

vitamin shaklee


Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL



Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
ID 886589












Saturday, October 18, 2014

3 HOBI BUAT SAYA KAYA RAYA

Cerita pasal hobi ni, memang menyeronokkan!

Saya ada banyak hobi tau, bukan sebab saya ada banyak masa lapang, tetapi sebab saya mencari masa untuk melaksanakan hobi saya.

Walau sibuk macamana pun, saya akan pastikan hobi saya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap tahun, biasanya saya akan ada hobi baru untuk upgrade diri saya^^^

Entri kali ni saya nak fokus kepada 3 Hobi Buat Saya Kaya Raya.

Eh jangan salah faham, saya tak cakap pasal kaya duit semata-mata. 3 hobi buat saya kaya raya ni melibatkan kaya ilmu, kaya sedekah, kaya kawan dan boleh dikatakan kaya duit jugak. Dapat extra money la^^^

Hobi 1 : Menjahit 

3 Hobi Buat Saya Kaya Raya
Hasil Jahitan : Baby Quilt 

Hobi menjahit ni bermula 4 tahun lepas, selepas saya melahirkan anak sulung saya Nuraini Mohd Ezanni. Kehadiran Nuraini membuatkan saya berkobar-kobar untuk menjahit memandangkan baju baby girl sangat cantik dan macam-macam fashion kita boleh buat.

Maka, bermulalah episod google tutorial berkaitan seni jahitan dan episod mengorder kain sampai nun jauh si United State (US) dan sempat la buat group buy pembelian kain dan panel dari US. 

Dengan hobi menjahit ini, saya berjaya menjana pendapatan sampingan disamping menambah kenalan baru. Semua group jahitan di facebook saya join.^^^ 

Mana yang tak pandai saya buat tu, saya belajar hands on daripada sifu bab jahitan ni iaitu sahabat saya Nurin, Najwa dan Kak Atie. Mereka ni sangat membantu saya. Seronok berguru dengan they all, dah la free of charge, baik pulak tu.

Barang yang paling suka nak jahit adalah baby quilt, dah banyak baby quilt yang saya jahit dan jual. Segala hasil jahitan yang pernah saya jahit, saya simpan dalam blog ni sueysignature


Hobi 2 : Bisnes

Bermacam-macam bisnes saya jalankan, jual baju baby, jual mainan budak-budak, jual hasil jahitan, ambik tempahan jahitan, jual kain dan macam-macam lagi. Saya memang suka dengan bisnes, dan kalau saya bosan nak bisnes barang yang saya hasilkan, saya tolong kawan-kawan, adik beradik atau sedara mara jual hasil jualan diaorang.

Of course hobi ke 2 ni beri saya lebih income dan kepuasan kerana dapat lebih memberi dan dapat meluaskan  kenalan. Kaya macam-macam dengan berbisnes ni. Duit, kawan,ilmu, amalan, dan lain-lain.

Hobi bisnes ni, paling saya suka, sebab bisnes membuatkan saya kaya dengan pengalaman hidup. Masa ni la macam-macam orang saya kenal. Buat saya lebih matang juga.

3 Hobi Buat Saya Kaya Raya
ID 886589

Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes Shaklee yang paling saya gemari. Its really upgrade myself. Tak dapat nak describe macamana. Nak order vitamin shaklee boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064 ye.


Hobi 3 : Baca Novel

Dah dapat duit extra dari berbisnes macam-macam termasuk jual vitamin shaklee, sedikit hasil keuntungan saya reward diri dengan membeli novel. Nak beli guna duit gaji memang agak rasa bersalah la, mana tak rasa bersalah, sebulan beli novel beratus-ratus, memang kaya MPH dan POPULAR ada pelanggan setia macam saya ni. 

Dah start baca novel, join pulak group kaki novel. Bertambah kawan lagi, itu belum termasuk geng susu ibu lagi.hehe

Selain kaya dengan kawan-kawan, hobi membaca novel membuatkan saya kaya dengan amalan. Bagaimana tu??? 

Setiap novel yang berlambak saya beli tu, saya pinjamkan kepada kawan-kawan tanpa sebarang caj, so kawan saya tak perlu beli novel, baca je novel yang saya beli tu. Buat amal jariah sambil tolong jimatkan duit kawan-kawan.^^^

Penulis novel yang saya suka termasuklah Melur Jelita, E-man Sufi, Sophie Kinsella, Acik Lana, Evelynn Rose dan ramai lagi.

Novel yang paling saya suka ialah hasil tulisan Sophie Kinsella, iaitu semua buku The Shophalic Series.
3 Hobi Buat Saya Kaya Raya
Shophaholic Series

Itulah 3 hobi yang buat saya kaya raya, Memang kaya dengan kawan betul sejak menceburkan diri dengan hobi-hobi di atas. Kaya dengan ilmu tu of course la, macam-macam saya belajar dari ketiga-tiga hobi ini. Yang penting, hobi-hobi tersebut buat saya kaya dengan pengalaman hidup.

Begitulah sedikit perkongsian daripada saya.
Sebelum berundur diri, terima kasih kerana melawat blog saya dan membaca entri ini. Semoga informasi dalam blog ini berguna untuk anda.

p/s : hobi baru saya ialah blogging!^^^ 

#IbuBakalAnak2
suhaieymohdnoor

AISKRIM PADDLE POP HOMEMADE BY CIK NURAINI

Hujung minggu hatta hari biasa-biasa pun memang ada masa tertentu yang dikhaskan untuk si cilik comel Nuraini...

Kali ni our bonding time, we spend together buat aiskrim paddle pop homemade!

Nuraini suka sangat makan aiskrim, so we decide to make aiskrim paddle pop homemade untuk mengisi bonding time kami. Abi tukang beli bahan-bahan je. Bonding time dengan abi selalunya setiap hari jumaat dan setiap pagi dan petang.

Aiskrim paddle pop homemade ni, kami dapat resepi dari internet, serius dah lupa kat mana! Apa yang penting, Nurain sangat happy dan enjoy the moment.

Bahan - bahan untuk buat aiskrim paddle pop homemade ni adalah seperti berikut :

Aiskrim Paddle Pop Homemade

1 tin Susu cair/susu segar
3 sudu Susu pekat
2 sudu Gula
1 sudu Ovalette
Pewarna

Macamana nak buat aiskrim paddle pop homemade ni???

Mix semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. kami guna mixer, tapi bila lambat sangat nk sebati tu, kami blend je guna blender. hehe^^^

Then, asingkan adunan kepada 4 bahagian (sebab kami guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.

Aiskrim Paddle Pop Homemade
4 warna Aiskrim Paddle Pop Homemade 
Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah nak start with yellow dulu ke, green ke, yang penting, last sekali nampak macam pelangi (paddle pop).

So, dah siap. Boleh masukkan acuan aiskrim tu ke dalam tempat beku peti ais rumah anda.

Tunggu sehingga beku, then dan boleh start makan!

Aiskrim Paddle Pop Homemade
Aiskrim Paddle Pop Homemade
Nuraini look so enjoy buat aiskrim paddle pop homemade ni dan lepas habis je aiskrim paddle pop homemade ni, kami cuba pulak buat aiskrim lain. So far dah buat aiskrim oren dan aiskrim hot chocolate cadbury.

Nampak simple je aktiviti macam ni,tetapi ia memang merapatkan hubungan ibu anak.
Bila dah dari usia kanak- kanak ni dah diajar masuk dapur, diharap dah besar nanti bakat memasak tu sebati dalam diri^^^

Apa pun, terima kasih kerana membaca entri resepi aiskrim paddle pop homemade ni^^^

Selamat mencuba!

Ibu bakal anak dua...
Suhailey


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...