Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan esklusif disarankan diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.
Berikut adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusu bagi memastikan kesihatan bayi dan ibu tersebut.
- Multi vitamin
- Protein
- Vitamin C
- Vitamin B Kompleks
- Kalsium
- Alfalfa
- Asid Lemak Omega 3
Nutrien-nutrien ini membekalkan keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat.
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much