Thursday, May 14, 2015

SPAGETTI CARBONARA HOMEMADE MUDAH

Anak-anak pasti suka bila ibu mula memasak dirumah kan? Anak saya Nuraini memang happy sangat bila ajak memasak bersama.

Saya paham semua ibu pun sibuk, terutama ibu-ibu yang berkerja sepenuh masa!
Memang penat kalau nak masak hari-hari dengan banyak hidangan. Kalau dapat masak sarapan dan makan malam pun dah cukup bagus sebenarnya.


Nak memenuhi selera semua orang dalam rumah memang agak payah tapi, pasti ada menu yang disukai semua ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. Bila kita masak masakan tersebut, memang menggembirakan hati mereka.

Anak saya Nuraini memang suka makan spagetti carbonara dan saya nak kongsikan resepi spagetti carbonara homemade yang mudah untuk dimasak dengan anda semua. 

Bahan-bahan yang diperlukan seperti dibawah :

sepeket spagetti
2 bj ubi kentang
1/4 bunga kobis
brokoli
minyak zaitun
1-2 bj bawang kecil
3 ulas bawang putih
4- 5 cendawan butang (optional)
250 ml susu segar
1/2 cawan whipping cream
keju

gambar hiasan

Cara untuk memasak spagetti carbonara homemade ni sangat mudah.

Firstly, rebus spagetti sehingga lembut dan ketepikan.
Secondly, kukus dan blend ubi kentang & bunga kobis. Ketepikan
Next, panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang kecil, bawang putih dan brokoli.
Then, masukkan susu segar dan whipping cream.

Next, masukkan ubi kentang dan bunga kobis yang sudah dikukus tadi.
Boleh masukkan cheese untuk lebih sedap.
Tambah telur jika suka.

Tips :
Masukkan minced chicken untuk sumber protein.
Makan bersama ikan salmon yang dikukus pun lazat juga.

Mudah je kan resepi ni. Selamat mencuba. Kalau risau cholesterol tinggi, apa lagi, cepat-cepat telan Phytocol ST Shaklee tau :)


WorkingMomWhoLoveToCook


Sunday, April 12, 2015

3 TIPS BEBAS HUTANG KAD KREDIT SUPAYA HIDUP LEBIH TENANG

Anda mempunyai kad kredit?
Anda berjaya melangsaikan hutang kad kredit setiap bulanan dengan jayanya atau hanya sekadar mampu membayar bayaran minimum sahaja?

Mungkin ramai yang memang mampu melangsaikan hutang kad kredit setiap bulan tanpa meninggalkan sebarang baki, tetapi saya juga percaya golongan yang mampu ini ada juga yang hanya membayar bayaran minimum sahaja :)

Dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada zaman sekarang, logik pada akal jika sesetengah pengguna kad kredit hanya mampu membayar bayaran minimum sahaja atau pun tidak ma. Tambahan pula dengan penangan GST yang bermula april 2015, cita-cita untuk menabung lebih banyak seakan begitu kabur:)

Saya sendiri juga pernah menggunakan kad kredit dan mengamalkan tabiat buruk membayar hanya bayaran minimum walaupun bukanlah selalu tetapi ternyata tabiat tersebut menjerat diri sendiri.

Pengalaman tersebut membuatkan saya terfikir untuk berkongsi 3 tips yang saya lakukan sehingga saya berjaya selesaikan hutang kad kredit dan akhirnya kini saya bebas dari hutang kad kredit!

Sebenarnya saya memiliki 2 kad kredit, dan  saya berazam untuk melangsaikan kedua-dua hutang kad kredit tersebut sebelum saya bersalinkan anak kedua. Masa tu saya ada lebih kurang 3 bulan sebelum due. Memang kesedaran keinsafan sangat tinggi pada masa tu. Hihi takut mati bersalin kot..hehe

Apa yang saya buat untuk bebaskan diri daripada hutang kad kredit tersebut?

1)  TAMBAH PENDAPATAN
Saya memang mempunyai pendapatan sampingan sejak tahun 2012 lagi, tetapi saya tak pernah menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang kad kredit. Hanya sejak 3 bulan sebelum bersalin, saya memperuntukkan sebahagian hasil bisnes online saya untuk membayar hutang kad kredit.

Saya memilih untuk memulakan bisnes online untuk menambah pendapatan kerana ia mudah dan flexible. Asalkan line internet elok, bisnes online kita itu pasti berjalan. Mudah bukan?

Mungkin ada yang rasa, susah la nak online, nak uruskan bisnes online ni, balik rumah dah lewat, baru nak bukak laptop, anak pulak merengek nak tengok Frozen. Apa pun tak boleh...memang betul ada halangan sebegitu...

Bagi mereka yang mengalami masalah begini, saya cadangkan uolls dengar tips daripada wanita dalam video ni. Apa rahsia beliau boleh berbisnes online walaupun anak dah 3, lelaki pulak tu :)


Bestkan tips beliau bagi. mudah je tu nak settle!

Jika betul-betul nak bebas hutang kad kredit dengan pantas, memang perlukan pendapatan tambahan kerana interest kad kredit memang sangat tinggi. 

Lagi lama masa yang diambil untuk menjelaskan bayaran, lagi besar untung bank tu tau, lagi bertambah la hutang kad tu.

2) BAYAR KAD YANG PALING SEDIKIT HUTANG DULU

Ok, since dah ada 2 punca pendapatan untuk bayar hutang kad kredit ni, korang peruntukan jumlah tertentu setiap bulan dan bayar lebih pada kad kredit yang jumlahnya kecil.
Contoh :
Peruntukan sebulan RM 1000
Kad A (hutang RM 2400 - bayaran minimum RM70) dan Kad B (hutang RM 5000 - bayaran minumum RM 200)
Bayar Kad A RM 800 dan Kad B bayar hanya RM 200.

Nampak tak, dalam masa lebih kurang 5 bulan je, hutang Kad A selesai. Untuk bulan seterusnya, peruntukan RM 1000 itu digunakan untuk membayar Kad B. InshaAllah, selepas 4 bulan lebih, anda akan bebas hutang kad kredit.

Tetapi, harus diingatkan, tips ini hanya akan berjaya sekiranya tips no 3 dipenuhi.

3) BERHENTIKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT

Tips no 3 ini memang wajib dipatuhi dengan keazaman yang tinggi. Apabila anda memutuskan untuk bebas daripada hutang kad kredit, terus tamatkan penggunaan kad kredit tersebut. Jika tidak, misi bebas hutang kad kredit anda akan tergendala atau pun jika anda bernasib baik, proses bebas hutang kad kredit tertangguh beberapa bulan sahaja daripada target asal.

dan...
sebaik sahaja hutang kad tersebut dilunaskan, segera ke bank untuk memulangkan kad kredit tersebut dan jangan sesekali cuba untuk memohon kad kredit lagi.

Alhamdulillah, saya bebas dari hutang kad kredit saya dalam masa 3 bulan setelah mempraktikkan cara di atas. Paling best, hutang PTPTN pun terlangsai sekali :)

Saya yakin, anda juga boleh melakukannya. Memang sangat tenang hidup bebas daripada hutang ini. Kini saya boleh menikmati duit yang saya peruntukkan untuk membayar kad kredit tersebut dengan menunaikan wish list saya yang banyak itu :)

Semoga tips yang dikongsikan dapat membantu anda semua :)
suhaileymohdnoor

9 ADAB-ADAB MENZIARAHI PESAKIT | NO 2 SELALU LUPA

Samada meziarahi pesakit di rumah atau pun dihospital, aktiviti ini memang menjadi kebiasaan. Bagi saya yang berkerja di hospital ni, memang selalu lah menjadi wakil mak untuk melawat sanak saudara atau pun kenalan beliau yang masuk hospital di tempat saya bekerja. 

Korang semua pasti pernah walaupun sekali, melakukan aktiviti menziarahi pesakit kan? Tak kisahlah, pesakit yang telah tenat atau pun pesakit biasa.

Ramai yang tak tahu, menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh islam. Amalan ini selain menimbulkan rasa syukur di atas nikmat kesihatan yang Allah beri, juga dapat mempereratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga dan sesama muslim.

Walau pun menziarahi orang sakit adalah sunat, aktiviti ini tidak boleh dilakukan mengikut suka hati kita sahaja, kita masih perlu mematuhi adab-adab menziarahi pesakit seperti yang digariskan oleh agama kita iaitu islam.

Kali ini saya nak berkongsi tentang 9 adab-adab menziarahi pesakit menurut perspektif islam supaya kita menjadi salah seorang penziarah yang baik^^^

9 adab menziarahi orang sakit yang saya maksudkan adalah seperti berikut,

1) Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW

2) Membersihkan tangan sebelum bersalam dengan pesakit
Penting untuk kita tidak menyebarkan kuman dan jangkitan kepada pesakit itu sendiri sebenarnya.

3) Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi.
Sangat elok bila kita boleh mudahkan pesakit sebenarnya, nanti kalau duduk jauh sangat, tak berapa nak dengar apa yang dibualkan. Kesian pulak nak kena ulang banyak kali.

4) Mendoakan pesakit agar cepat sembuh

5) Keluar dari bilik sekiranya doktor atau jururawat memeriksa keadaan pesakit

6) Sesuaikan waktu ziarah dan memendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat

7) Mengetahui keadaan sebenar pesakit, sama ada dia mempunyai harapan untuk sembuh, kritikal atau sekadar sakit biasa

8) Digalakkan membawa buah tangan yang sesuai

9) Perlahankan nada dering telefon bimbit atau menukar mod diam atau getaran.

Antara 9 adab yang dah saya senaraikan di atas, rasanya yang no 2 tu memang selalu lupa. Lepas ni kena selalu beringat. Kesian pesakit, tak pasal-pasal dapat kuman dari kita.

Sebenarnya, saya memang suka menziarahi orang sakit. Ia buat saya rasa begitu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Bersyukur memang boleh buat kita tenang walau apa jua dugaan yang kita hadapi. Bersyukur juga buatkan hidup kita lebih gembira dan happening.

Sekiranya menziarahi orang sakit masih tidak membuatkan  anda rasa cukup bersyukur sangat. Saya cadangkan anda menonton video dibawah. Beliau ada cara untuk buat hidup lebih gembira dan happening. 


Macamana? Membantu tak? saya suka cara ke 2 tu. Mudah. Hari-hari buat hidup saya lebih bermakna.

Apapun, nikmat kesihatan yang Allah bagi tu, memang nikmat paling besar patut kita syukuri..dengan kesihatan yang baik, bermacam aktiviti dan urusan kita boleh buat..

Tapi...untuk mereka yang sakit, terbantut urusan mereka...apa yang kita boleh buat ialah hanya dengan mendoakan kesihatan mereka juga menziarahi mereka

Dah tahu tentang adab menziarahi pesakit dan dah tengok pun video yang best tu, jangan lupa untuk amalkan ye.

Nikmat kesihatan yang dikurniakan memang sangat patut untuk disyukuri. Jangan sampai dah sakit terlantar baru nak mula bersyukur tau...

suhaileymohdnoor
pengedarshakleeseluruhmalaysia
012 921 4064

Tuesday, March 31, 2015

3 TIPS ATASI SEMBELIT SEMASA PANTANG SUPAYA SUAMI TAK STRESS

Setiap kali ibu berpantang nak membuang, suami kena jaga anak!
Asal jek nak membuang, suami kena tengokkan anak-anak!

Mahu tak stress suami kalau setiap kali isteri berpantang nak membuang, suami kena stop segala aktiviti...
Lagi bertambah stress bila berjam-jam duduk dalam toilet, sampai suami nak membuang pun, kena guna toilet jiran!!!

Sebelum saya kongsikan tips atasi sembelit semasa berpantang, jom tonton pengalaman ibu yang sembelit teruk semasa berpantang dan bagaimana beliau menyelesaikan masalah sembelit tersebut.

Berikut adalah 3 tips atasi sembelit semasa berpantang :

1) Minum banyak air
Bagi melancarkan proses pembuangan, tips paling penting ialah minum banyak air putih. Air putih boleh membuatkan najis anda lembut dan senang untuk dilepaskan.
Air putih tau, bukan air teh. Ini kerana, sesetengah ibu berpantang boleh mengalami sembelit teruk jika mengamalkan pengambilan teh semasa berpantang.

2) Makan buah-buahan kaya serat
Oleh kerana bukan semua jenis buah-buahan boleh dimakan oleh ibu berpantang, ibu berpantang harus mengenalpasti buah-buahan kaya serat yang biasa dimakan oleh ahli keluarga semasa berpantang. Buah oren merupakan buah yang biasa dimakan oleh ibu berpantang untuk elak sembelit teruk.

3) Berjalan
Jika anda hanya untuk atau berbaring sahaja selepas bersalin, ini boleh membuatkan sembelit anda menjadi lebih teruk. Ibu berpantang disarankan untuk berjalan secara dekat tetapi kerap untuk mengurangkan sembelit.

Mudah bukan untuk mengamalkan tips di atas!

Walaubagaimana pun, ibu berpantang boleh mengambil Ostematrix shaklee untuk mengatasi masalah sembelit semasa berpantang.

Istimewanya Ostematrix shaklee ini selain membekalkan kalsium kepada ibu, ia juga mengandungi magnesium yang berperanan dalam melancarkan proses membuang.

Sembelit semasa berpantang, memang menyakitkan dan menggerunkan!

Order Ostematrix sekarang sebelum sembelit anda memudaratkan. Sembelit yang teruk boleh menyebabkan buasir yang teruk sehingga pembedahan perlu dilakukan.

Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk sebarang pesanan Ostematrix Shaklee. Konsultasi percuma eksklusif dengan sebarang pembelian.

Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,
KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
ID 886589

JUST DO IT

Hai dearest bloggers,
Segmen monday motivation freak bersiaran di hari selasa kali  ni, sorry for the late :)
By the way, kali ni nak share tentang satu perasaan yang boleh membuatkan hidup kita..STATIK.

Perasaan tersebut ialah perasaaan TAKUT :)
Pernah tak korang rasa gini?

takut nak berimpian?
takut nak berusaha?
takut nak berangan?
takut nak buat keputusan?

haaa..jom tonton video pendek ini untuk menjawab persoalan segala macam takut tuh!!


Semoga berguna dan menjadi panduan kepada kita semua^^^
Buang perasaan TAKUT and JUST DO IT!

Allah kan ada.

MotivationMakeMeWakeUp,
SuhaileyMohdNoor



Monday, March 30, 2015

4 TIPS ELAK SAKIT SENDI SUPAYA SUAMI LEBIH SAYANG

ouch!!!
sopan sangat kalau sakit sendi bunyi gitu yek... macam tak sakit pun..
argh!!! argh!!
ni baru real bunyi orang sakit sendi! Bagi mereka yang sering sakit sendi, pasti bersetuju dengan jeritan argh....ni kan?
sangat la menderita bila sakit sendi ni datang menyerang!

Kali ini, saya nak kongsikan 4 tips elak sakit sendi supaya suami lebih sayang?

Sebelum saya kongsikan tips elak sakit sendi, saya nak kongsi satu video bagaimana beliau atasi sakit sendi dan secara tak langsung buat suami beliau lebih sayang.


Berikut adalah 4 tips elak sakit sendi supaya suami lebih sayang^^^

1) Kurangkan Berat Badan

Ramai yang tak tahu sebenarnya. berat badan berlebihan boleh memberi tekanan yang cukup kuat untuk membuatkan sendi terutama sendi lutut kita sakit.

Maka, bagi mereka yang sakit sendi lutut yang berpunca daripada masalah berat badan yang kian meningkat, anda sangat disarankan untuk mengurangkan berat badan anda.

Lihat bagaimana beliau menurunkan berat badan sebanyak 20 kg selepas bersalin.

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

2) Elak senaman yang ekstrem

Bukan tak boleh langsung membuat senaman ekstrem, tetapi untuk elakkan sakit sendi, memadailah kita elakkan senaman ekstrem seperti kickboxing. Bermain bola sepak juga sekiranya dilakukan dengan begitu kerap boleh mendatangkan kesakitan kepada sendi pemain.

3) Berjalan menggunakan tongkat

Penggunaan tongkat sebenar memang membantu kerana memandangkan ia dapat mengurangkan tekanan yang diberikan kepada sendi semasa berjalan.

Jangan pulak malu untuk menggunakan tongkat sekiranya anda masih muda remaja. It is a kind of fashion what???

4) Makan makanan yang bagus untuk kesihatan lutut

Contoh makanan yang baik untuk kesihatan sendi adalah seperti madu. Selain itu, mengamalkan minum soya juga dapat mengelakkan sakit sendi.
Ikan juga merupakan salah satu makanan yang bagus untuk kesihatan sendi.

Jangan dilupa suplemen yang baik untuk elak sakit sendi ye!

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya mengamalkan pengambilan vitamin shaklee yang khusus untuk kesihatan sendi yang berpanjangan. 

Vitamin sakit sendi yang dimaksudkan adalah Advance Joint Health Tablet (AJHT), Omega Guard dan Ostematrix.

Hubungi saya sekarang ditalian 012 921 4064 untuk order vitamin berkenaan sebelum sakit sendi anda menjadi lebih kronik. Tak kan nak tunggu sendi dah kronik baru nak cari penyelesaian kan?

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna :). Konsultasi PERCUMA hanya untuk pelanggan saya :)
Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
ID 886589

Monday, March 23, 2015

TIPS MENJADI MANUSIA PRODUKTIF SUPAYA HIDUP LEBIH BAHAGIA

Salam isnin bloggers,

as usual, monday motivation freak segment will share tips, qoute or anything to motivate us to do the best in our life.

sometimes, we might feel, why we are not like them...why they have that but we dont...let us watch this short video to have tips on how we can actually do better in life.

everyone can, so why not us?


Tip Menjadi Manusia Produktif & Tak Kesal Dengan Apa Yg Ada from iReach HD on Vimeo.
last but least,
stay positive!
work on our dream!
Focus on them!

we will definitely more happier :)

xoxo
suhaileymohdnoor
motivationmakemewakeup

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...