Samada meziarahi pesakit di rumah atau pun dihospital, aktiviti ini memang menjadi kebiasaan. Bagi saya yang berkerja di hospital ni, memang selalu lah menjadi wakil mak untuk melawat sanak saudara atau pun kenalan beliau yang masuk hospital di tempat saya bekerja.
Korang semua pasti pernah walaupun sekali, melakukan aktiviti menziarahi pesakit kan? Tak kisahlah, pesakit yang telah tenat atau pun pesakit biasa.
Ramai yang tak tahu, menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh islam. Amalan ini selain menimbulkan rasa syukur di atas nikmat kesihatan yang Allah beri, juga dapat mempereratkan lagi hubungan silaturrahim sesama keluarga dan sesama muslim.
Walau pun menziarahi orang sakit adalah sunat, aktiviti ini tidak boleh dilakukan mengikut suka hati kita sahaja, kita masih perlu mematuhi adab-adab menziarahi pesakit seperti yang digariskan oleh agama kita iaitu islam.
Kali ini saya nak berkongsi tentang 9 adab-adab menziarahi pesakit menurut perspektif islam supaya kita menjadi salah seorang penziarah yang baik^^^
9 adab menziarahi orang sakit yang saya maksudkan adalah seperti berikut,
1) Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah SAW
2) Membersihkan tangan sebelum bersalam dengan pesakit
Penting untuk kita tidak menyebarkan kuman dan jangkitan kepada pesakit itu sendiri sebenarnya.
3) Disunatkan duduk berdekatan dengan kepala pesakit bagi memudahkan komunikasi.
Sangat elok bila kita boleh mudahkan pesakit sebenarnya, nanti kalau duduk jauh sangat, tak berapa nak dengar apa yang dibualkan. Kesian pulak nak kena ulang banyak kali.
4) Mendoakan pesakit agar cepat sembuh
5) Keluar dari bilik sekiranya doktor atau jururawat memeriksa keadaan pesakit
6) Sesuaikan waktu ziarah dan memendekkan masa lawatan agar pesakit dapat berehat
7) Mengetahui keadaan sebenar pesakit, sama ada dia mempunyai harapan untuk sembuh, kritikal atau sekadar sakit biasa
8) Digalakkan membawa buah tangan yang sesuai
9) Perlahankan nada dering telefon bimbit atau menukar mod diam atau getaran.
Antara 9 adab yang dah saya senaraikan di atas, rasanya yang no 2 tu memang selalu lupa. Lepas ni kena selalu beringat. Kesian pesakit, tak pasal-pasal dapat kuman dari kita.
Sebenarnya, saya memang suka menziarahi orang sakit. Ia buat saya rasa begitu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Bersyukur memang boleh buat kita tenang walau apa jua dugaan yang kita hadapi. Bersyukur juga buatkan hidup kita lebih gembira dan happening.
Sekiranya menziarahi orang sakit masih tidak membuatkan anda rasa cukup bersyukur sangat. Saya cadangkan anda menonton video dibawah. Beliau ada cara untuk buat hidup lebih gembira dan happening.
Macamana? Membantu tak? saya suka cara ke 2 tu. Mudah. Hari-hari buat hidup saya lebih bermakna.
Apapun, nikmat kesihatan yang Allah bagi tu, memang nikmat paling besar patut kita syukuri..dengan kesihatan yang baik, bermacam aktiviti dan urusan kita boleh buat..
Tapi...untuk mereka yang sakit, terbantut urusan mereka...apa yang kita boleh buat ialah hanya dengan mendoakan kesihatan mereka juga menziarahi mereka
Dah tahu tentang adab menziarahi pesakit dan dah tengok pun video yang best tu, jangan lupa untuk amalkan ye.
Nikmat kesihatan yang dikurniakan memang sangat patut untuk disyukuri. Jangan sampai dah sakit terlantar baru nak mula bersyukur tau...
suhaileymohdnoor
pengedarshakleeseluruhmalaysia
012 921 4064
boleh tak doa ini di baca kepada ahli keluarga? (tidak menziarahi tetapi menjaga pesakit)
ReplyDelete