Thursday, January 5, 2017

VIVIX SHAKLEE UNTUK KULIT CANTIK DAN AWET MUDA

Ade ke kaum wanita yang tak nak kulit cantik?
I am sure takde. Semua orang nak kulit yang cantik,termasuklah kaum lelaki. Jangan ingat kaum wanita je suka kulit cantik tau.
Kalau dapat kulit cantik dengan kombinasi awet muda sekali, memang untung.

kulit cantik
Cantiknye kulit dia.......

Tapi, kena la usaha untuk dapat kulit cantik dan awet muda ni.
Bimbang takkan dapat kulit cantik dan awet muda sebab kulit sekarang memang rosak, kusam bagai?

Jangan bimbang, semua orang pun boleh dapat kulit cantik dan awet muda. Yang penting, usaha kan dengan produk yang betul. 



Kalau guna produk salah , lagi teruk jadi kulit tu atau pun sekejap je kulit elok then continue macam sebelum tu. Naya..



Produk yang salah termasuklah produk yang ada bahan kimia terlarang dan berbahaya. Silap haribulan, boleh dapat kanser!


Oh..itu kita tak nak. Kita nak produk yang boleh bantu kulit kita sihat dari dalam, bila kita tengok dari luaran, nampak cantik dan sihat. Nampak awet muda lagi bagus.




Shaklee ada satu produk yang boleh bantu selesaikan masalah kulit ni. Untuk dapatkan kulit cantik dan awet muda,  kena konsisten minum vivix.

kulit cantik

Kenapa mesti vivix?

Sebab kandungan vivix yang istimewa dan semulajadi:


kulit cantik
Vivix adalah tonik ajaib dalam bentuk cecair yang dirumuskan khas daripada 4 bahan tinggi aktioksidan iaitu

Polyganum Cuspidum
Anggur Muscadim
Lobak Ungu &
Elderberi Eropah

Kandungan campuran unik botanik ini kaya dengan Polifenol & Resveratrol yang terbukti sangat baik bukan sahaja untuk kecantikan kulit malah kesihatan badan secara keseluruhan.

Dari segi kecantikan kulit, polifenol dan resveratrol memainkan peranan yang tersendiri.

Polifenol dan resveratrol ini lah yang penting melindungi sel daripada penuaan.


Bagaimana cara vivix ini bertindak?

kulit cantik

4 mekanisma tindakan vivix termasuklah:
Baiki sel 
Beri tenaga kepada sel
Lindungi sel daripada rosak
Tingkatkan prestasi sel

Dengan cara ini, vivix memperbaiki sel kulit kita yang mengalami kerosakan dan melindungi kulit daripada tindakan radikal bebas yang menyebabkan kulit rosak dan kelihatan kusam, dan tidak berseri.

Bahan dalam vivix memberi tenaga yang disalurkan melalui mitokondria, maka kulit nampak bertenaga dan tidak lesu lagi. Kulit kusam tiada lagi :)

Dari segi melambatkan penuaan, vivix membantu dalam menghalang telomeres yang terlibat dalam penuaan sel daripada terus memendek.

Telomeres memendek menyebabkan penuaan, maka vivix membantu maintain kan saiz telomeres supaya penuaan lambat berlaku.

Haa..begitulah cara vivix membuatkan kulit anda cantik berseri dan bertenaga.

Tiada lagi wajah yang kusam, lesu tidak bermaya dengan konsisten minum vivix.

Testimoni Vivix beri kesan kulit cantik


kulit cantik
Testimoni Vivix Kulit Moist dan nampak halus. Rambut kurang gugur.

kulit cantik
Testimoni Vivix Kulit lebih Flawless dan Glowing


kulit cantik
Testimoni Vivix Kulit makin halus, lubang bekas jerawat kurang ketara dan kulit lebih anjal


Hubungi saya segera untuk dapatkan vivix dengan harga diskaun dan saya akan bantu puan untuk kelihatan cantik, kulit tidak kusam lagi dengan vivix. 

Klik ikon dibawah untuk order vivix :



Suhailey Mohd Noor
sueymn@yahoo.com
COD di kawasan Kemaman/Kuantan
Penghantaran dengan Pos Laju/Gedex ke seluruh negeri dalam Malaysia
Penghantaran ke luar negara juga disediakan

*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.

Wednesday, January 4, 2017

3 VITAMIN SHAKLEE UNTUK KURANGKAN KOLESTROL

Assalamualaikum wbt

Kolesterol? 
Biasa tak dengan perkataan 'kolesterol' ni?

Ramai yang beranggapan, kolesterol hanya tinggi bacaannya pada mereka yang berbadan besar atau gemuk. Mereka yang kurus pulak dianggap mempunyai paras kolesterol yang rendah.

Tanggapan tersebut sebenarnya sangat tidak tepat. Orang yang gemuk tak semestinya bacaan kolesterol mereka tinggi dan orang yang kurus tidak semestinya kolesterol mereka rendah.

Paras kolesterol dalam badan tidak berkadar langsung dengan berat badan ye. 


Ada 2 jenis kolesterol iaitu High Density Lipoprotein (HDL) dan Low Density lipoprotein (LDL).                         
HDL yang juga dikenali sebagai Kolesterol Baik berfungsi untuk mengangkut kolesterol keluar daripada salur darah dan di bawa ke hati untuk disingkirkan.

LDL pula boleh mengakibatkan pembentukan plak yang menghalang dan menghentikan peredaran darah. 

Oleh sebab itu, LDL juga dikenali sebagai Kolesterol Jahat.
Kolesterol jahat ini lah yang kita nak hapuskan supaya salur darah tidak tersumbat.


Bagaimana paras kolesterol dalam badan boleh meningkat?

Ada banyak punca kenapa kolesterol dalam badan boleh meningkat. Nak meningkat memang mudah, tapi nak turunkan kolesterol, tak semudah tu. 

Kena elakkan punca-punca kolesterol meningkat, baru kolesterol cepat turun.

5 punca yang menyebabkan kolesterol meningkat di dalam badan kita termasuklah:

1. Stress/tekanan
2. Pemakanan yang kurang sihat
3. Merokok
4. Minum minuman keras
5. Hati yang tidak sihat

Jika rasa susah nak kawal punca-punca yang menyebabkan kolesterol meningkat, boleh amalkan pengambilan vitamin shaklee yang boleh membantu kurangkan kolesterol dalam badan.

Ada 3 vitamin shaklee yang boleh membantu turunkan kolesterol dalam badan kita. 

Vitamin shaklee yang dimaksudkan adalah :

1. Vivix
Vivix shaklee kaya dengan anthocyanin iaitu sejenis antioksida yang membantu menurunkan paras kolesterol LDL disamping melindungi sistem saraf terutama dalam otak yang mudah rosak akibat oksidasi.

Testimoni Vivix Kurangkan Kolesterol

2. Phytocol ST

NIH (National Institute of Health) mencadangkan pengambilan 2,000 mg phytosterol setiap hari untuk mengawal paras kolesterol dalam darah.
Bagaimana Fitosterol bertindak menghalang kolesterol masuk ke dalam salur darah. 

Testimoni Phytocol St Kurangkan Kolesterol

3. Omega Guard

Omega guard atau pun minyak ikan ini berfungsi untuk menurunkan paras kolesterol LDL dengan cara menghantar LDL kepada hati untuk disingkirkan. 

Minyak ikan ini juga, 
Testimoni Omega Guard Kurangkan Kolesterol

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 3 VITAMIN SHAKLEE UNTUK KURANGKAN KOLESTEROL ini, hubungi sahaja : 

Suhailey Mohd Noor
sueymn@yahoo.com
COD di kawasan Kemaman/Kuantan
Penghantaran dengan Pos Laju/Gedex ke seluruh negeri dalam Malaysia
Penghantaran ke luar negara juga disediakan


*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.

Tuesday, January 3, 2017

VITAMIN SHAKLEE UNTUK IBU MENGANDUNG SUPAYA TAK CEPAT PENAT DAN BERTENAGA

TAHNIAH! ANDA MENGANDUNG
TAHNIAH! ANDA MENGANDUNG
TAHNIAH! ANDA MENGANDUNG

Wah...seronok kan dengar ungkapan ni. Especially anak pertama. Memang teruja. Susah nak describe perasaan tu macam mana.


Bila mengandung, keperluan nutrien secara keseluruhannya akan berubah. Ibu mengandung memerlukan nutrien yang cukup untuk diri sendiri dan anak yang dikandung.

Tak cukup dengan hanya makan makanan berkhasiat, ibu mengandung perlu mengambil suplemen / vitamin / makanan tambahan untuk memastikan anak dalam kandungan dan diri sendiri cukup nutrien yang diperlukan.

Pelbagai masalah akan timbul bila mana ibu mengandung kurang nutrisi. Salah satu kesan jelas pada ibu mengandung yang tidak mendapat nutrien yang mencukupi ialah ibu mengandung mudah penat dan kurang bertenaga.



Semakin meningkat fasa kandungan ibu, semakin banyak tenaga diperlukan. Nak sampai 9 bulan tu, memang semakin banyak tenaga diperlukan. Anak dalam kandungan semakin membesar kan.

Jika ibu mengandung mengalami alahan teruk, keadaan akan bertambah parah. Letih lesu akan menjadi peneman setia ibu mengandung. Disaat ini, vitamin sangat membantu.

Bukan sahaja membantu membekalkan tenaga kepada ibu mengandung, malah pengambilan vitamin dapat membantu mengelakkan kesan buruk kekurangan nutrien kepada anak dalam kandungan.

Vitamin shaklee untuk ibu mengandung terdiri daripada ESP, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix dan Omega Guard.

Vitamin C, selain membuatkan ibu mengandung kelihatan berseri, vitamin C juga sangat diperlukan untuk menguatkan sistem imun ibu mengandung. Ini penting untuk mengelakkan ibu mengandung jatuh sakit sepanjang kehamilan.

vitamin ibu mengandung


Sebarang penyakit hatta demam sekalipun adalah perlu dielakkan memandangkan ia tidak baik untuk kesihatan anak dalam kandungan.

Sebolehnya, jaga la kesihatan semasa ibu sedang mengandung. 

Jangan lupa pengambilan vitamin C setiap hari. Vitamin C kan tinggi antioksidan, sifat ini lah yang membantu melindungi ibu mengandung daripada sebarang jangkitan.

Gabungan ESP, Vitalea dan B complex membantu memberikan tenaga segera kepada ibu mengandung. Pengambilan ketiga-tiga vitamin ini, membantu ibu mengandung menghadapi saat-saat alahan / morning sickness yang biasanya terjadi pada awal kehamilan.

B Complex tu wajib makan tau, ada asid folik sekali untuk menghalang terjadinya spina bifina pada anak dalam kandungan. 

Multivitamin atau Vitalea sangat wajib diambil sepanjang ibu mengandung. Daripada vitalea inilah, bekalan vitamin yang diperlukan oleh badan ditop up. Tak cukup sekadar mendapat vitamin daripada makanan yang dimakan. Jangan lupa, anak dalam kandungan memerlukan vitamin jugak.

Vitalea shaklee didatangkan bersama zat besi. Untuk mendapatkan bacaan Hb yang cantik, kenalah makan vitalea ni. Lengkap dengan mineral sekali.

vitamin ibu mengandung



Omega guard adalah sejenis minyak ikan yang mana sangat baik untuk perkembangan otak anak adalah kandungan.

Bekalan kalsium sepanjang ibu mengandung boleh didapati dengan pengambilan Osteomatrix. Bukan sahaja melindungi ibu mengandung daripada kekurangan kalsium, malah, ostematrix juga bagus untuk perkembangan  tulang dan gigi anak dalam kandungan.

Ostematrix juga membantu ibu mengandung mengatasi sembelit dan kekejangan sepanjang kehamilan. Sangat penting kan, osteomatrix ni. 

Memang melegakan ibu mengandung. Seksa tau sembelit. Kekejangan pun sama, especially tengah malam. Haru bila kena.

Last but least, ibu mengandung jangan culas makanan vitamin tau. Mesti kena makan. 
Pilih vitamin shaklee untuk ibu mengandung memandangkan vitamin shaklee adalah semulajadi, berkesan dan selamat untuk dimakan.

Paling best, vitamin shaklee ibu mengandung ini boleh diambil pula ketika pantang. Jimat. 


Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung ini, hubungi sahaja : 

Suhailey Mohd Noor
sueymn@yahoo.com
COD di kawasan Kemaman/Kuantan
Penghantaran dengan Pos Laju/Gedex ke seluruh negeri dalam Malaysia
Penghantaran ke luar negara juga disediakan



*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.

Monday, January 2, 2017

3 PRODUK UNTUK KULIT KUSAM KEMBALI BERSERI SERI

Stress tau bila tengok cermin, muka nampak kusam!
Paling stress, bila orang tegur muka kita nampak kusam.

"Apsal muka nampak kusam?"
"Period ke? Tak cukup tidur? Kusam sangat nampak muka tu."

Ayat ayat macam ni, bikin sentap u. huhu

Bukan orang perempuan je yang rasa macam ni, orang lelaki pun sama. 
Mereka pun suka kecantikan tau, kalau tak, takde la lelaki lelaki ni berebut nak usha perempuan cantik. 

kan kan kan?

Basically, kenapa kulit kusam ni terjadi? Mesti la nak kena tahu punca kulit kusam dulu sebelum kita cuba untuk mengatasi masalah kulit kusam ini.

Salah satu punca kenapa kulit kusam boleh berlaku adalah disebabkan radikal bebas. Penimbunan radikal  bebas seterusnya menyebabkan kulit kelihatan kusam. 

Stress pun sama. Memang salah satu punca kulit jadi kusam. Bila kulit kusam ni berlaku, memang level konfiden pun boleh turun. Especially kalau kulit muka yang memang ketara nampak kusam.

Bertambah stress.

Muka kan aset penting.Bukan untuk dipertontonkan kepada masyarakat tapi untuk diri sendiri, memang tak suka nak tengok kulit kusam. 

Kulit biar nampak segar, energetik, baru semangat. Rasa lebih konfiden.

Produk shaklee untuk kulit kusam ni beberapa yang kita boleh amalkan.

3 produk shaklee untuk kulit kusam kembali berseri-seri adalah seperti berikut :

1. VIVIX


Tinggi dengan aktioksidan, vivix memang terkenal dengan fungsinya yang mampu melawan radikal bebas.

Kandungan resveratrol dalam vivix membantu dalam menyebabkan kulit kusam kembali berseri.

Kajian klinikal membuktikan, resveratrol mampu melindungi kerosakan sel setinggi 95% berbanding vitamin E dan vitamin C.

Selain itu, vivix juga bukan sahaja baik untuk kulit, malah pengambilan vivix secara konsisten meningkatkan tahap kesihatan malah nampak lebih awet muda berbanding usia.

Vivix juga salah satu ikhtiar dalam membantu menurunkan kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes, menurunkan kolesterol jahat dan lain lain penyakit.

2. KOLAGEN

Kolagen shaklee merupakan kolagen yang sangat berkualiti tinggi dan tulen. Kolagen ini sebenarnya diekstrak daripada sisik ikan merah yang didapati dari laut dalam.

Kenapa laut dalam? Kurang pencemaran kat sana, jadi kolagen yang diambil tu, bagus la kan.



Bagaimana kolagen ini membantu membuatkan kulit kusam kembali berseri?
Sebenarnya, bahan dalam kolagen shaklee ni, ada bahan-bahan seperti Camellia Japonica, vitamin c, vitamin b, ekstrak pfafia, ekstrak kerang-kerangan dan lactobacillus acidophilus yang membantu menjadikan kulit anjal, berseri dan bertenaga.

3. VITAMIN C

Korang tahu tak? Pengambilan vitamin c setiap hari mampu mengurangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari.

Kulit yang cukup vitamin pastinya nampak berseri dan tidak kusam. 


vitamin c

Istimewanya vitamin c shaklee ni, sebiji vitamin c shaklee mampu membekalkan vitamin c yang cukup selama 5 jam berturut-turut. Sifat sustained release yang ada pada vitamin ni memudahkan kita untuk memastikan bekalan vitamin c cukup untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah dan melambatkan proses penuaan.

Nak atasi masalah kulit kusam kan, kena la makan makanan tambahan yang sepatutnya.

Ketiga-tiga produk ni memang menjadi pilihan ramai.

Paling mudah nak makan adalah vivix. Minum terus je kan. Mudah. Ramai yang prefer vivix ni.

Bulan ni ade promosi shaklee untuk suplemen vivix. Jimat banyak. Boleh beli untuk stok setahun pun.hihi

Boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064 sekiranya berminat untuk mendapatkan vitamin bagi mengatasi masalah kulit kusam ini.

COD di sekitar Kemaman dan Kuantan disediakan. Penghantaran melalui Poslaju dan Gedex disediakan di seluruh Malaysia.

Jumpa lagi dilain entri.Semoga masalah kulit kusam yang dialami segera berlalu.

Suhailey
Kuantan
2 Jan 2017

Sunday, January 1, 2017

5 CARA CARI DUIT LEBIH SUPAYA CEPAT BEBAS HUTANG

Assalamualaikum...

Duit lebih?? Siapa nak????

Tak perlu tunggu duit lebih, duit itu sendiri, memang ramai yang nak.betul tak? 

Especially duit tu boleh dapat dengan cara yang mudah. 
Bayangkan tiba tiba ada orang kasi duit RM 1000 macam tu je, tak perlu buat apa apa, siapa pun tak tolak. 

Jangan cerita pasal RM1000, RM 10 pun tiada siapa yang tolak. 
Betul tak?


Hutang???

Hutang pulak adalah MIMPI NGERI untuk semua orang dalam dunia ni. Walaupun memang ada hutang baik, tapi hutang masih tetap hutang.

Terutama dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik sekarang, memang hutang patut sangat dielakkan. Tak buat hutang baru pun dah cukup bagus tau.

Bebas hutang memang sangat diimpikan oleh semua orang. Lega nak mati bila dah bebas hutang.
Lepas satu beban dan seksaan yang dahsyat kat sana nanti.

Hidup memang sangat tenang bila bebas hutang. Serius best.

Hari ni saya nak berbicara tentang 5 cara cari duit lebih supaya cepat bebas hutang.

Harus diingatkan, cara cari duit lebih yang saya bakal kongsikan ini adalah pandangan dari saya sendiri dan mungkin juga daripada pengalaman sahabat sahabat saya yang terdekat. 

Kiranya cara cari duit lebih ni dah memang dipraktikan dan terbukti berjaya oleh mereka mereka yang berkenaan.

Mungkin korang boleh cuba salah satu cara duit lebih tersebut mengikut kesesuaian cara hidup dan masa korang.

Jangan bimbang, cara cari duit lebih yang saya maksudkan ini bukanlah kerja haram dan tidak patuh undang-undang mana-mana negara pun,dan bukan jugak mlm haram jadah. Bukan juga skim cepat kaya aka cepat lingkup. Hihi

5 Cara Cari Duit Lebih Supaya Cepat Bebas Hutang adalah seperti berikut :

1. Servis menghantar barang

Servis menghantar barang atau pun kini popular dengan panggilan runner, sesuai untuk kita cari duit lebih secara part time atau fulltime.

Bergantung kepada masa masing-masing. Tak strict. Ikut waktu lapang kita. 


Walaupun pendapatan tak seberapa sehari bagi yang menjalankan secara part time, let say rm20/sehari, sebulan dah ada rm600 kan?

Tak ke banyak tu, takkan la dapat rm20 je, mungkin lebih dan berkurang tapi sekurang-kurangnya memang ada la duit lebih untuk korang kan?

Antara servis penghantaran yang sahabat saya terlibat ialah servis menghantar barang dari kemaman ke kuantan dan sebaliknya. 

Since dia kerja kat kuantan dan tinggal kemaman, memang sesuai servis ini untuk dia.

Sahabat lain pulak, ambil upah ambil anak kawan-kawan masa rehat tengahari. Servis ini dia provide untuk parents kawan-kawan anak dia. 
Kerja beliau, ambil anak anak tersebut dari sekolah dan hantar ke transit mereka. 

Alang-alang memang nak hantar anak sendiri, ambil upah untuk hantar anak orang lain sekali. Lumayan jugak hasilnya, lepas la duit makan dan duit minyak sebulan tu. Beliau memang korbankan waktu rehat beliau untuk cari duit lebih dengan cara ni.

Korang mungkin boleh ikut cara sahabat saya ini atau boleh adjust perniagaan seumpama ini. Khidmat hantar dan beli setiap minggu ke? Mana mana yang sesuai dengan waktu yang korang ada.

2. Tuisyen

Jika korang ada tahap pendidikan yang tertentu, maksud saya memang habis sekolah la, boleh buat tuisyen dirumah atau buat personal tuisyen. 
Boleh jugak join pusat tuisyen.


Pilih subjek yang korang konfiden nak mengajar, buat part time, mungkin 3 minggu sekali. 
Zaman sekarang, tuisyen dah jadi keperluan tau, rebut peluang ni.
Budak tadika pun dihantar ke tuisyen tau.

Jika memang pandai bab mengaji dan berkelayakan, memang parents mencari sangat pengajar al quran untuk waktu hujung minggu.

Adik saya sendiri memang jurusan usuludin, dia tak berniat pun nak buat part time, kawan-kawan pulak mintak ajar anak mereka mengaji. 

Malam kan free, ok je nak mengajar, bukan sehari pun, ajar iqra. Ter 'dapat' duit lebih pulak dia. Rezeki. 

Kalau dia memang komited buat, memang banyak dapat income kat situ. 
Kalau kat kemaman ni, sebulan parents bayar dalam rm50-100 sebulan untuk ajar anak mereka mengaji dan kafa sekali.Hujung minggu je tau.

Ni contoh la, boleh apply untuk subjek lain. Rate ikut tempat.

3. Menjalankan bisnes jualan langsung secara part time

This one, i love it so much. Saya pilih shaklee. Tak semestinya strictly shaklee je. Banyak lagi peluang lain jugak, Tupperware, Amway, Cosway, CNI dan lain-lain.

Saya pilih shaklee sebab saya tertarik dengan pelan pemasaran shaklee dan sistem jualan shaklee ni. Pada saya bisnes ni mudah sangat nak buat. 


Modal rendah dan boleh je nak stop bila-bila saya suka dan start balik bila bila yang saya nak. Takde stress kat situ. Saya tak minat bisnes yang akan buat saya stress. I need an element of joy dan pada masa yang sama saya nak duit lebih jugak.

Saya jugak boleh tetapkan sendiri berapa income saya nak. Best tak?
Kalau korang nak join jugak, whatsapp saya di talian 012 921 4064. Kita bincang details tau. :)

Mana la tahu, korang pulak dapat lebih daripada apa yang saya dapat sekarang. Syok tak?

4. Drop ship online

Trend zaman sekarang bisnes online buat dropship. Jual kat facebook.

Sesuai sangat untuk mereka yang takde modal tapi nak bisnes. 


Sahabat saya buat dropship pakaian kanak-kanak dan barang mainan. Masyuk...
Settle duit makan dan belanja harian. Tak usik duit gaji pun. Best kan.

5. Berniaga depan rumah secara kecil kecilan

Siapa yang duduk kawasan perumahan sesuai cari duit lebih cara ni. 
Macam macam perniagaan modal rendah boleh mulakan. 

Berniaga air ataupun makanan. Buah buahan potong pun boleh. 
Mungkin  boleh cari duit lebih cara ni masa hujung minggu atau pada malam hari. 

Sediakan khidmat cod atau cash on delivery sekali, laju jalan bisnes tu.

Zaman minyak mahal, tak berbaloi nak masak sikit. 
Nak tapau pulak, tak berbaloi dengan masa dan minyak yang mahal. 

Ade khidmat delivery memang win win situation untuk both pembeli dan penjual.

Sahabat saya buat kek, kuih muih dan western food. Buat delivery sekali. Senang untuk saya tempah dan mintak hantar ke sekolah anak. Time jamuan diaorang especially. 


Ramai je parents macam saya ni, tempah je dan mintak penjual deliver sekali. Jimat masa kami tau. Untung mereka yang buat bisnes macam ni.

Sekian, entri 5 cara cari duit lebih supaya cepat bebas hutang. Diharap entri ni dapat memberi idea kepada korang untuk menjana pendapatan extra supaya korang ada duit lebih bagi melunaskan hutang dan seterusnya korang dapat bebas hutang awal.

Doakan saya jugak tau, saya ada hutang kereta dan rumah untuk dibayar. Sedang berusaha untuk melunaskan lebih cepat dari sepatutnya. Doakan tau.

Kalau korang nak settlekan hutang kredit kad, boleh baca entri kat link ni, insha Allah sangat membantu.


Best of luck semua. Till we meet again ni next entry k.

Bersama Bangunkan Ekonomi Ummah.

Suhailey
Kuantan,Pahang
1 Januari 2017

Thursday, December 22, 2016

MEE REBUS MUDAH SEDAP

Assalamualaikum swt

Semalam balik kerja pun dah lambat. Perut dah lapar. Nak masak nasi, karang lambat pulak. So, kita buat mee rebus je.  

Mee rebus versi terengganu tau. Korang pernah cuba?
Resepi mee rebus versi terengganu ni mudah sangat, ambil masa yang cepat pulak tu. Bahan untuk menumis pun tak banyak. 


Bukan tak nak masak menu lain, tapi cili blend dah habis. Kita masak apa yang ada je lah. Asal berkhasiat dan banyak sayur.hihi

Menu mee rebus ni sesuai untuk mereka yang bujang, sebab senang nak sediakan serta sesuai jugak untuk ibu-ibu yang busy, memandangkan cara masak mee rebus ni sangat la mudah dan cepat.
Lama sikit daripada masak maggi segera je.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk masak mee rebus versi Terengganu adalah seperti berikut :

Mee Kuning - 1 bungkus
Ayam (bahagian isi) - 2 ketul potong dadu
Bawang besar - separuh
Bawang putih -  6 ulas
Lada hitam -  separuh genggam (dalam 20-25 biji)
Sayur
Telur
Air

Cara masak mee rebus ni senang sangat. Firstly, kisar bawang putih, bawang besar dan lada hitam. Kisar sampai lumat. Kalau stok bawang besar dah habis, boleh guna bawang merah.
Kalau nak kuah banyak, perbanyakkan kuantiti bahan untuk kisar ni.

Then, tumis bahan kisar dalam kuali besar. Guna periuk pun boleh, tapi saya lagi suka masak mee rebus ni guna kuali sebab bukaan kuali yang besar berbanding periuk.

Masukkan air dan ayam yang dah dipotong dadu. Biar ayam masak dahulu sebelum masukkan sayur. Kitaorang sangat suka sayur, jadi sayur tu memang pelbagai dan banyak.


Ikut suka nak letak sayur apa pun, tapi biasanya, sayur yang sesuai ialah seperti sawi, lobak merah, kubis, bunga kubis, cili benggala dan saderi.

Agak-agak sayur dah nak masak tu, masukkan telur. Siap.

Hidangkan bersama mee kuning yang dah dicelur tadi.

Selain untuk dinner, best jugak mee rebus ni kalau buat sarapan atau makan petang. Makan tengahari memang nak cari nasi je.

Thanks korang, sudi baca sampai habis!

Boleh jugak nak cuba resepi mee rebus versi chendor perdana, Boleh klik link kat bawah ni:

Suhailey
Kuantan, Pahang
012 921 4064

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...