Friday, September 11, 2015

Apa Itu MLM, Apa Sebenarnya MLM?

Bila sebut je pasal MLM, most people akan mencebik. Macam la berdosa sangat MLM tu kan. Yang tak tahan tu, dah mencebik, mengutuk pasal MLM, tapi sebenarnya, dia sendiri pun tak tahu MLM tu apa. 

Ni selalunya kes dengar cakap-cakap orang la, ntah siapa yang mulakan (sumber asal) pun tak tahu, tapi sibuk viralkan. mmmm kena hati-hati tau. Jangan sampai memfitnah!

MLM ni apa sebenarnya? Kenapa ramai sangat orang duk anti bebenor dengan MLM ni? Punye lah anti, sampaikan kalau dengar pasal MLM dari jauh pun, terus larikan diri. 

Kalau boleh, tak nak dengar lah pasal MLM ni. Dahsyat sungguh penangan MLM ni, kalah populariti K-POP tau. hihi.
apa itu mlm
MLM adalah singkatan kepada multi level marketing iaitu network marketing atau pun dalam bahasa melayu 'pemasaran jaringan'. MLM ini telah lama berkembang di Malaysia.

Bila baca definisi MLM tu, takde la pulak anything yang boleh buat 'orang' menyampah dengan MLM ni kan? 

Korang tau tak? 
Kalau korang 'google' syarikat MLM kat Malaysia, selain Shaklee, korang akan jumpa nama-nama syarikat besar lain seperti Avon, Cosway, Amway, Tupperware dan lain-lain. Siap ada carta Top 10, Top 30 dan Top 50 lagi tau. 

Syarikat-syarikat ini digelar syarikat MLM kerana mereka mengamalkan strategi pemasaran secara jaringan. So, apa masalahnya dengan kaedah pemasaran MLM ni?

Sebenarnya, tak salah pun sistem pemasaran MLM ni, yang salah adalah orang memanipulasikan sistem ini sehingga ada yang tertindas dan tertipu. Itu yang sampai ada orang, anti bebenor dengan MLM!
multi level marketing

Dalam sistem pemasaran MLM, kita sebenarnya memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian (network) perniagaan kita sendiri.

Pada asasnya perlu ada produk dan produk itu digerakkan dan bukan hanya bersifat head hunting sahaja tanpa penjualan produk.

Harus diingatkan dalam sistem MLM yang sebenar, komisen tidak dibayar berdasarkan 'jumlah rekrut ahli /pengedar baru' setiap bulan tetapi berdasarkan jualan produk. 

Proses rekrut ahli/pengedar baru diperlukan bertujuan untuk menggerakkan produk kepada lebih ramai orang. Dengan kata lain, untuk meluaskan rangkaian perniagaan kita. 

Tiada istilah goyang kaki dalam sistem MLM yang benar. Setiap bonus/komisen yang diterima harus ada usaha. Kalau goyang kaki, confirm takde hasil!

Apa pun, korang perlu berhati-hati jika ada bisnes MLM yang memerlukan pinjaman untuk menjadi ahli/pengedar kerana modal yang besar diperlukan, asyik mementingkan head hunting tetapi penjualan produk tidak dititikberatkan. Itu mungkin skim cepat kaya yang bertopengkan MLM.

Jangan tertipu!

Jika ada pengedar atau ahli syarikat MLM yang menyalahgunakan pelan syarikat dengan mempengaruhi ahli dibawahnya untuk melabur beribu-ribu atau  membuat hutang berpuluh ribu untuk membeli pangkat, pengedar itu yang patut disalahkan dan bukannya syarikat MLM tersebut. 

Kesian syarikat tu tau, pelan pemasaran dah bagus, pengedar pulak yang keladak. 
multi level marketing
Sistem MLM ni best sebenarnya, Bill Gates pun, kalau diberi peluang untuk bermula balik, beliau akan memilih pemasaran jaringan seperti tau. Kenapa? Sebab, beliau nampak potensi pemasaran ini dapat memberi manfaat yang bagus untuk bisnes beliau.

Alhamdulillah, setakat ini shaklee merupakan syarikat MLM yang mematuhi strategi pemasaran MLM yang sepatutnya. Tak terbeban langsung dengan pelan syarikat ini dan sangat bersyukur ditemukan dengan bisnes semudah shaklee. :)

Alhamadulillah, dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan orang lain dalam pada masa yang sama ada hasil untuk dikongsikan dengan orang lain juga.

Paling best, peluang yang sama dan harga produk yang sama untuk semua pengedar disamping tawaran hebat setiap bulan dan cycle.
vitalea free
Hubungi saya :
SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
Pengedar Shaklee Kuantan



No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...