Tuesday, September 22, 2015

7 Aktiviti Rapatkan Hubungan Dengan Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri khas untuk ibu bapa yang super busy dan tiada masa untuk anak-anak. Ibu bapa berkerjaya kan. Biasa la tu,. Tapi, kena jugak cari masa untuk anak-anak ni.

Luangkan masa berkualiti dengan mereka supaya mereka gembira. Anak-anak ni nak perhatian je, boleh luangkan 30 minit yang berkualiti pun ok dah. 
Berikut adalah aktiviti yang boleh dibuat bersama anak bagi merapatkan lagi hubungan.

Fun time together la ni kiranya :)

1. Mewarna 
Salah satu hobi kesukaan kanak-kanak ialah mewarna. Kalau tak percaya, cuba tanya ibu-ibu, berapa set pensil kaler anak dia ada. Confirm lebih dari satu.

Firstly, korang print la gambar kartun cantik-cantik dari internet. Sekeping pun boleh. Nak awesome lagi? Print gambar kartun atau karakter dalam cerita kesukaan diaorang.
7 aktiviti rapatkan hubungan dengan anak

Kalau boy, print la gambar ultraman ke, superman ke, batman pun boleh. Any hero kegemaran they all la.

Untuk girl pulak, trend sekarang ni, elsa and anna karakter dalam Frozen tu lah. Barbie and princess pun boleh.

Happy sangat la they all bila kita as parent duk melayan depa mewarna :)


2. Memasak
Khas untuk kaum ibu atau bapa yang suka memasak.Apakata masak sekali ngan anak-anak. Umur 4,5 tahun ok dah nak ajak masak sama-sama.
Just bagi task yang simple macam tukang decorate ke, kasi can kacau gulai ke. Any task yg tak berbahaya la.

Then, kalau baking kek, buat la kek yang involve colouring.Happy sangat budak-budak ni mix kaler.


3. Bawa pergi ke playground
Next, we all as parent boleh bawak anak-anak bersiar-siar kat playground.
Playground kecik pun takpe, yang penting ade slides, ade buaian, cukup dah tu.

Kadang-kadang singgah 15 minit pun depa ni puas hati dah daripada tak pergi langsung. 

Boleh buat lepas balik kerja on the way balik rumah tu. Cuba ok. Anak mesti suka sangat.

4. Bermain sama-sama
Luangkan masa bermain bersama mereka. Kan banyak permainan yang boleh dimain bersama. Contoh, main teng-teng dan galah panjang. Macam kita main masa kecik-kecik dulu.

Tapi, kalau parents rasa tak larat nak melompat dan lari tu, pilih je mainan yang mudah seperti congkak dan lego.

5. Hide and seek
Aktiviti hide and seek ni memang budak-budak suka. Tapi kan, korang jangan la pulak menyorok kat tempat yang susah they all nak cari, karang menangis pulak budak tu. Sekali sekala kasi they all menang, apa salahnya.

6. Swimming
Kalau anak korang suka berenang, memang patut bawak mereka pergi berenang. Berenang semestinya aktiviti yang menyihatkan.
Buat la aktiviti sikit semasa di kolam renang tu, macam, main bola dalam air ataupun lumba renang. Anak-anak pasti suka dan gembira


7. Mandikan Anak

Korang tahu tak? Anak-anak suka sangat kita mandikan mereka. Masa tu la dia boleh cerita macam-macam kat kita tau. Nak pergi sekolah rasa semangat nak bangun pagi, sebab ummi nak mandikan.

Kami memang kurang masa dengan anak dan itulah antara aktiviti yang kami mampu buat untuk rapatkan hubungan dengan anak kami Nuraini. Qamarulhuda kecik lagi. Nanti dah besar, mungkin kami kena main bola sepak dengan dia, :)

Walaubagaimanapun, 7 aktiviti di atas mungkin juga kurang sesuai untuk semua orang. Ikut kelapangan dan keperluan anak masing-masing jugak kan?
Maka, berkreatiflah kita dalam meluangkan masa yang sedikit itu dengan anak-anak supaya mereka rasa begitu dihargai.


SuhaileyMohdNoor
Chendor, Kuantan
16 September 2015

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...