Friday, August 8, 2014

ikan singgang ala suey

Hari ni nak share resepi salah satu kegemaran orang Terengganu iaitu ikan singgang! Penduduk negeri lain pun suka jugak masakan ni barangkali, tapi tak pasti pulak masakan ni dipanggil ikan singgang jugak or nama lain. 

Resepi ni turun temurun daripada keluarga mak dan diamalkan oleh kami adik beradik. Saje share resepi ni kat blog so that senang nak buat rujukan dikemudian hari. Kalau tulis kat buku, confirm hilang, takpun kena koyak dengan cik nuraini sayang! 

ikan singgang ala suey


Jom tengok apa yang diperlukan untuk masakan ikan singgang resepi suey ini ye!

Ikan
Boleh guna samada ikan selayang or ikan aye a.k.a ikan tongkol! Both ikan pun sedap tapi ikan selayang lagi senang nak manage tau. Berapa banyak nak kena guna ni? Ok, kalau ikan selayang, untuk makan 2-4 orang, separuh pun dah ok, kalau ikan tongkol pulak, sekeping dah cukup. Tapi, kalau anda jenis yang suka ratah ikan dalam kuah ni, letak la lebih. Macam kami ni, kami lebih prefer makan ikan goring daripada ikan dalam kuah singgang tu, maka memang kami letak seminimum yang mungkin dalam kuah singgang tuh. Selebihnya kami goreng je ikan tu.

Seterusnya, 

bahan-bahan lain
Kita perlukan lengkuas, kunyit (serbuk pun boleh), asam keping, bawang putih dan cili padi (nak bagi kit sikit!) lengkuas tu 2-3 hirisan dah cukup. Kunyit pulak, kalau guna kunyit serbuk, agak2 dah kuning sikit kuah tu cukuplah, dan jika guna kunyit hidup, setengah inci dah cukup tau! Asam keping pulak sekeping dah cukup. Cili padi ikut tahap kepedasan yang anda mahu ye! Suey letak 2 biji je.

Ok, macamana nak masak???

Sonang ajo…letak semua bahan termasuklah ikan dalam periuk berisi air dan letak atas dapur gas, masak la..masukkan garam untuk bagi rasa tau!. Masak sehingga mendidih. 

Siap!!!

Senang sangat kan??

p/s : masakan ikan singgang ini sangat best dihidangkan bersama ikan goreng, kangkung celur dan juga budu!

Jom masak-masak!


No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...