Tuesday, March 25, 2014

Mealshake Membantu Meningkatkan Selera Makan

Anak tak nak makan?
Tak suka makan?
Susah nak makan?
Memilih makan sangat?
Picky eater ke?

Keluhan biasa para ibu abad ini.
Eh masalah ini telah lama berlaku lah. Memang ada segelintir kanak-kanak yang kurang gemar untuk makan dan ada pulak kanak-kanak yang suka sangat makan.

Faktor gentik barangkali. Apa pun, niat utama hari ini adalah untuk berkongsi tentang makanan tambahan untuk membantu meningkatkan selera kanak-kanak iaitu Mealshake.

Pengedar shaklee kemaman
Mealshake
Apa Mealshake ni?
Sedap ke Mealshake ni?

Jom kenali mealshake dengan lebih terperinci.

Mealshake shaklee ni hanya sesuai diambil oleh kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas je tau.
Pihak shaklee memang tidak mencipta suplemen untuk kanak-kanak dibawah usia 1 tahun.

Untuk info berkenaan mealshake, boleh klik entri terdahulu fakta mealshake.

Memandangkan fakta berkenaan mealshake dan sedikit telah dikongsikan pada entri tersebut, maka jom kita tengok testimoni mealshake dalam membantu menaikkan selera makan kanak-kanak.

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4



Itulah antara testimoni ibu-ibu yang berikhtiar dengan memberi mealshake kepada anak mereka untuk meningkatkan selera makan anak-anak mereka.

Alhamdulillah terbukti Mealshake dapat membantu meningkatkan selera anak-anak mereka. Menarik bukan?

Jika puan/tuan ingin mencuba untuk anak Tuan/Puan, boleh hubungi saya SUHAILEY ditalian 012 921 4064 untuk sebarang pesanan Mealshake shaklee ini.
Konsultasi percuma diberikan untuk setiap pembelian.

Sebelum terlupa, nak share tentang resepi bancuh mealshake, macam kawan saya ni..klik RESEPI MEALSHAKE 

credit kepada tuan punya gambar (seperti watermark diatas gambar)

vitamin story teller
suey
0129214064
nak jadi ahli shaklee pun boleh!

5 Vitamin Anti Penuaan?

NAK CANTIK, NAK SIHAT, TAK NAK CEPAT TUA.

Baiklah. saya cerita tentang 5 vitamin anti penuaan cap Shaklee, yang bukan sahaja melambatkan penuaan malah mampu membantu anda semua sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan seharian dan juga dalam beribadah.

Semoga entri ini berguna untuk mereka yang tercari-cari cara yang selamat dan efektif dalam melambatkan penuaan serta menghalang penuaan sebelum usia yang sepatutnya sambil tampil cergas dan sihat.

Cara yang selamat adalah penting agar kita tidak merosakkan diri dalam mencapai matlamat untuk sihat dan cantik. Jom terokai 5 vitamin anti penuaan dari shaklee. Nak tahu apa itu penuaan? klik PENUAAN untuk maklumat lanjut.

Perbandingan kiri dan kanan (beza kulit yang mengalami penuaan dan tidak)

5 vitamin anti penuaan yang saya maksudkan itu adalah Sustained Released Vitamin C, Vivix, Vitamin A (caratomax), Vitamin E dan CoQ Health.

Kelima-lima vitamin anti penuaan ini mampu untuk membantu menghalang penuaan sebelum usia dan juga membantu dalam kesihatan dalaman. Jom terjah maklumat lanjut berkenaan kelima-lima vitamin anti penuaan shaklee ini. Jemput baca kawan-kawan.

Sustained Release Vitamin C


Vitamin C melindungi daripada kerosakan pada kulit dan juga mengurangkan kesan 'sunburn' pada kulit dengan bertindak melawan radikal bebas dan terlibat dalam penghasilan kolagen. Vitamin C juga membantu menghalang tindakan bahan kimia yang mempercepatkan proses penuaan.

Selain itu, bekalan Vitamin C yang mencukupi menguatkan sistem imun selain membantu badan menyerap zat besi dan asid folik dengan lebih baik serta membantu dalam penukaran makanan kepada bentuk tenaga.

Untuk pengetahuan semua, setiap tablet sustained release vitamin c shaklee bersamaan hidangan 7.5 biji buah oren.

 Vivix


Vivix merupakan suplemen anti penuaan anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan oleh shaklee. Kajian klinikal  menunjukkan, ramuan aktif vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.

Vivix memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap selular iaitu melindungi dan memperbaiki sellular DNA , memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria dan melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End Products).

Seterusnya, vivix juga membantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sendi, sistem imun, perlindungan antioksida dan juga  peningkatan tenaga pada tahap sellular.


 Vitamin A ( Caratomax )

vitamin A

Caratomax shaklee mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata, kulit dan membran mukosa yang sihat.

Kandungan lycopene di dalam  caratomax yang bersifat antioksidan, membantu menghalang penuaan organ.

Selain lycopene, caratomax juga mengandungi alpha carotene, beta carotene, astaxantin, lutein dan zeaxanthin dari sumber semulajadi yang penting dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan tubuh.


Vitamin E

Satu tablet vitamin E sehari mampu membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan.

Vitamin E mengandungi antioksidan yang kuat untuk menghalang kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Selain daripada itu, vitamin E juga brfungsi untuk melindungi jantung, mempertingkatkan kemampuan reproduktif dan membantu memperbaiki arthritis.

Vitamin E shaklee lengkap dengan selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E dengan lebih baik selain memelihara sel-sel membran, sel darah merah dan tisu-tisu otot.


CoQHealth

salah satu fungsi CoQHealth adalah untuk membaiki peredaran darah dengan membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda. Dengan ini, kulit kelihatan lebih cerah dan berseri. Fungsi utama CoQHealth ialah untuk kesihatan jantung.


Begitulah secara ringkas tentang 5 vitamin anti penuaan shaklee. semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk berbincang dengan lebih lanjut sekiranya anda berminat untuk mencuba salah satu atau kesemua 5 vitamin anti penuaan shaklee tersebut.

pengedar shaklee

Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman

Penghantaran ke seluruh Malaysia melalui Poslaju.


Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Sah Anda
suey

Monday, March 24, 2014

5 PUNCA PENUAAN BUAT ANDA NAMPAK LEBIH TUA DARI USIA

Topik menarik nak dikongsikan bersama hari ini.

Bila sebut je pasal kecantikan, petua mudah nak cantik la terutamanya, pasti kakak-kakak, adik-adik jugak makcik-makcik teruja untuk mengetahui rahsia untuk cantik bukan? Namun, kita sering lupa akan proses penuaan yang menyebabkan kecantikan semakin merosot.

Maka, kita perlu mengkaji punca penuaan berlaku untuk mengekalkan tahap kecantikan kulit kita.

Hari ini saya nak fokus tentang PUNCA PENUAAN berlaku. Kita kaji dahulu punca penuaan berlaku. Apa yang kita semua inginkan pastilah sesuatu yang mampu dalam melambatkan penuaan iaitu produk yang bersifat ANTI PENUAAN. Dengan kata lain, nak melambatkan penuaan la ni. Nak awet muda lor.


Firstly, kita wajib tahu dulu, apakah punca yang mendorong kepada PENUAAN. Kita kaji kenapa dan bagaimana penuaan boleh berlaku, apa punca dan seterusnya apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang penuaan ini berlaku.

Boleh ke kita menghalang penuaan? Jom kita selidik 5 punca penuaan buat anda nampak lebih tua dari usia.

Sinaran Ultraviolet

Tidak dinafikan, sinaran ultraviolet memainkan peranan penting menjadi faktor penyumbang kepada penuaan kulit. Pendedahan berlebihan pada pada sinar gelombang panjang radiasi ultra lembayung (UVA) dan gelombang sederhana radiasi ultra lembayung (UVB) boleh merosakkan kulit. Menurut satu kaji selidik yang dilakukan, penduduk di negara yang beriklim tropika akan terdedah dengan sinaran UV dan menerima 95 peratus pancaran terus matahari sepanjang hari yang boleh merosakkan kulit dan kerana kurang prihatin mengenai hal ini, risiko untuk mendapat kanser kulit adalah sangat tinggi. Sinar UV menyebabkan wajah lebih terdedah dengan garisan halus, kedutan dan juga pigmentasi.

Radikal Bebas
Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak dan ini sudah pasti mempercepatkan penuaan dan juga mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Merokok
Ya, merokok membuatkan anda nampak lebih tua daripada usia sebenar. Satu kajian dari Case Western Reserve University di Cleveland baru-baru ini telah membuktikannya dengan  kajian ke atas pasangan kembar identikal. Untuk keperluan tersebut, kajian yang dipimpin oleh Dr Bahman Guyuron dari University Hospital di Cleveland menghadiri Festival Hari Kembar di Twinsburg, Ohio. Di sana mereka merekrut 79 pasangan kembar di mana salah satu kembar merokok sedangkan yang lainnya tidak merokok atau setidaknya merokok 5 tahun lebih singkat daripada kembarnya. Perbezaan rata-rata dalam riwayat merokok di antara pasangan kembar yang sama-sama merokok adalah 13 tahun. Hasil kajian mendapati para perokok menunjukkan kelopak mata atas yang lebih kendur dan kelopak mata bawah yang lebih berkantung. Mereka juga memiliki skor yang lebih buruk untuk keriput wajah, kerutan di bibir atas dan bawah, dan kulit di pipi, dan garis-garis penuaan lebih jelas di dahi dan di antara hidung dan mulut.

Stress Oksidatif 
Punca utama dan pertama masalah penuaan dengan ditandai pengeriputan kulit adalah Stress Oksidatif, yakni ketidakmampuan tubuh dalam menetralkan radikal bebas yang ada dalam tubuh.
 
Faktor Pemakanan
Kurang pengambilan air putih juga boleh punca yang mempercepatkan penuaan kulit. Kulit yang terhidrasi mudah mengalami kedutan walaupun usia anda masih muda remaja.

Pengambilan makanan yang kurang berkhasiat dan bekalan zat nutrien yang kurang mencukupi menyebabkan sel tidak mendapat nutrien yang cukup dan seterusnya kulit kelihatan tidak bermaya.

Hormon
Kekurangan hormon dan juga ketidakstabilan hormon di dalam badan juga merupakan punca penuaan berlaku. Hormon yang berkurang dan tidak stabil boleh mempercepatkan penuaan.

Seseorang yang kurang hormon akan letih, lesu dan kurang gembira. Bagi wanita,  kegagalan fungsi hormon seks mengakibatkan menopaus yang merupakan satu gangguan hebat bagi tubuh. Gangguan ini punca yang mempercepatkan penuaan berlaku.

Sebenarnya, terdapat lagi punca lain yang mampu mempercepatkan penuaan seperti pangambilan alkohol, kehidupan yang stress, pencemaran, genetik dan juga cara penjagaan diri.


Bagaimana untuk melambatkan proses penuaan ini? Kita sambung di entri seterusnya.


Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah
suey
shaklee independent distributor
886589



cc Utusan Malaysia, Info Kesihatan, MajalahKesehatan.com


Friday, March 21, 2014

MANFAAT TEH HIJAU

Holla everyone!!

Masih berkisar tentang Teh Hijau! Semalam dah cerita tentang Teh Hijau dan kaitannya dengan penurunan berat badan. Baca di sini untuk akses kepada artikel tersebut ye. Kurus dengan Teh Hijau
 Teh Hijau

Jom kita tengok manfaat lain yang TEH HIJAU mampu beri kepada kita. Segala info saya petik dari beberapa laman web yang saya google. InshaAllah informasi yang dipaparkan adalah dari sumber yang sahih. Manfaat yang Teh Hijau boleh bagi adalah seperti berikut :

1) Mengurangkan risiko kanser

Teh hijau mempunyai komponen zat yang mampu melawan sel kanser. Ia mencegah pertumbuhan sel tidak normal ini dan menghasilkan saluran darah baru bagi menggalakkan pertumbuhan sel yang baik. Kajian yang dijalankan menunjukkan teh hijau membantu mengurangkan kanser payu dara, perut, esofagus, kolon dan kanser prostat. Maka, wajarlah teh hijau ini diambil oleh seisi keluarga untuk melindungi daripada risiko kanser!

2) Mengatasi bengkak mata

Bagi mereka yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan mata, boleh cuba minum Teh Hijau tau. Memandang, teh hijau ini mengandungi antioksida yang tinggi, dengan mengambil dua kantung teh hijau yang sudah digunakan dan diletakkan pada mata selama 10 minit mampu mengatasi masalah bengkak mata. Malah mata menjadi segar dan cerah.


3) Antiseptik kulit

Kandungan semula jadi antiseptik pada teh hijau mampu mengurangkan kegatalan dan bengkak pada kulit; juga luka serta terbakar akibat pancaran matahari. Bagaimana? Ini boleh dilakukan dengan meletakkan sedikit teh hijau pada luka atau tempat yang terkena gigitan haiwan. Boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak juga.


4) Melindungi kulit

Produk mengandungi ekstrak teh hijau mampu melindungi kulit daripada masalah jerawat, gatal dan radang kulit. Tips yang bagus untuk wanita diluar sana yang memang mementingkan penjagaan kecantikan diri.


5) Menurunkan tekanan darah

Kandungan teanin di dalam teh hijau yang bersifat antihipertensif iaitu mampu membantu menurunkan tekanan darah dan berada pada tahap normal. Sangat bagus untuk dicadangkan kepada ibu bapa juga mertua yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Sesuai dijadikan stok bekalan harian buat mereka.


6) Menguatkan daya ingatan
Para pelajar, take note ok. Instead of ambil coffee untuk stay up, better ambil Teh Hijau Dengan meminum teh hijau dua gelas sehari dikatakan mampu menguatkan daya ingatan anda.

7) Awet Muda

Kandungan vitamin E membuatkan kulit lebih muda. Selain itu minuman ini juga membantu melancarkan peredaran darah sekali gus mengurangkan risiko sera­ngan jantung dan strok. Manfaat yang membuatkan saya teruja untuk minum teh hijau.

8) Memanjangkan Hayat

Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

9) Mencegah Keracunan Makanan Hayat 

Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

10) Mencegah Penyakit Gigi

 Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

10 manfaat teh hijau berjaya dikongsi.Alhamdulillah dipermudahkan.

Ingin mencuba teh hijau dari shaklee? hubungi 0129214064 or sueymn@yahoo.com

bersama membangunkan ekonomi ummah
suhailey

Thursday, March 20, 2014

Kurus dengan Teh Hijau?

Cerita tentang teh hijau.
Jom kenali teh hijau dengan lebih dekat. Nak kurus dengan teh hijau? 

Jom baca ni...

Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur terutama di Jepun. Malah penduduk dunia yang paling panjang umur­nya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun dan didapati ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun malah mereka jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana mereka menjadikan minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian.



Sebenarnya, bahan pembuatan teh hijau tidak mempunyai perbezaan dengan jenis tanaman teh lain namun teh yang berasal daripada pokok Camelia Sinesis mempunyai cara pengolahan berbeza berbanding teh hitam atau merah yang selepas dipetik akan dikeringkan kemudian mengalami proses pengoksidaan selama enam minggu.

Berbeza dengan teh hijau, sebelum dikeringkan daun teh yang baru dipetik dikukus terlebih dulu sehingga pering­kat oksidasinya berada pada tahap paling minimum.

Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi mendedahkan ekstrak teh hijau dikenal pasti memberi manfaat untuk mengaktifkan metabolisme dan mening­katkan tenaga. Ini kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin dalam jumlah yang besar dan mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau.

Malah minuman berkhasiat ini membantu mengatur (mengawal) glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah sekiranya diambil selepas makan.

Hasil kajian Universiti Chicago pada tikus yang disuntik ekstrak teh hijau selama tujuh hari mendapati teh ini mempunyai hubung kait de­ngan penurunan nafsu makan. Tikus yang disuntik itu makan kurang sehingga 60 peratus daripada biasa.

Walaupun terbukti berkhasiat untuk menurunkan berat badan, namun dengan hanya meminum teh hijau saja tidak akan memberikan hasil yang diinginkan tanpa melakukan senaman atau makan me­ngikut piramid makanan.

Ini kerana untuk mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram seminggu, seseorang itu harus me­ngurangkan jumlah kalori sebanyak 3,500 kalori. Ini bermakna dengan minum lima cawan teh hijau sehari ia akan hanya membakar 70 hingga 80 kalori sehari dan masih belum mampu mencapai tujuan asal. Oleh itu di samping mengamalkan teh hijau anda juga harus melakukan senaman secara teratur serta mengikut pola makan yang sihat. 

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan.

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.

Malas nak bancuh teh hijau yang perlu guna air panas tu? 
Anda boleh cuba Cinch Tea Mix dari Shaklee. 
Boleh dibancuh dengan air sejuk dan sangat mudah kerana ianya didatangkan dalam bentuk serbuk mudah larut.
Cinch Tea Mix Shaklee lazat diminum samada panas atau sejuk.


Selain, membantu untuk menguruskan badan, cinch tea mix ini juga membekalkan tenaga sepanjang hari. 

Berminat untuk mencuba cinch tea mix
Hubungi saya di talian 012 921 4064 atau email sueymn@yahoo.com.


cinch mix tea


Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
Id 886589

*gambar & info kredit to google & harian metro


Kelebihan CoQ Health Shaklee Yang Wajib Anda ketahui

CoQHealth? Apa tu? Vitamin jugak ye? Yup, CoQHealth ni memang sejenis vitamin. CoQHealth juga dikenali sebagai CoQ10 (coenzyme Q10) iaitu sejenis enzim yang dihasilkan oleh badan untuk kesihatan jantung.  Pada umur 20 tahun, badan kita kaya dengan CoQ10 ini, tetapi beransur berkurangan selaras dengan peningkatan usia. Selain untuk kesihatan jantung, CoQ10 ini juga menyumbang khasiat yang besar dalam penjagaan kulit untuk tampak lebih muda dan sihat.

CoQ10
CoQHealth
 
CoQHealth shaklee ini dirumus khas dengan gabungan CoQ10, vitamin E dan green tea extract. Gabungan mantap ini menghasilkan satu produk yang mantap untuk kesihatan jantung, penjagaan kecantikan dan juga untuk memastikan badan sentiasa bertenaga. Bagaimana CoQHealth mampu melakukan semua ini?

Umum mengetahui kepentingan vitamin E dalam penjagaan kesihatan di mana vitamin E merupakan antioksidan yang membantu membanteras radikal bebas yang berleluasa di dalam badan. Radikal bebas ini perlu dibebaskan agar ia tidak memusnahkan sel sel dan seterusnya menyebabkan kedutan dan menyebabkan kulit kelihatan kusam. 

Kajian mendapati, CoQ10 mampu untuk membasmi radikal bebas dan kerosakan yang disebabkan oleh mereka. Antioksidan di dalam CoQ10 juga boleh menahan dan menterbalikkan kerosakan kulit, memelihara kolagen dan elastin dalam sel-sel kulit anda untuk membuat anda kelihatan lebih muda.

Tidak dinafikan, CoQHealth ini bertindak sebagai pelindung dari sinaran ultraviolet (uv) dan seterusnya membuatkan kulit anda kelihatan lebih sekata.

CoQHealth menjaga kesihatan jantung melalui peredaran darah yang sihat. Beberapa penyelidik percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan keadaan jantung yang berkaitan, kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku, dan bertindak sebagai antioksidan.

Ekstrak teh hijau didalam CoQHealth shaklee ini pula bertindak untuk mengaktifkan metabolisme tubuh selain memberi tenaga. Teh hijau juga dipercayai mempunyai fungsi dalam penurunan berat badan. 

Kesimpulannya, CoQHealth mempunyai kesan yang baik berkaitan jantung, kecantikan, pemberi tenaga dan juga tinggi antioksidan. Bagus bukan? anda bakal memperolehi banyak kesan hanya dari satu produk.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
suey.0129214064

bersama meningkatkan ekonomi ummah
shaklee independent distributor
886589 







set kesihatan keluarga

Vitamin untuk keluarga? yup! set kesihatan keluarga nama dia. Dah nama pun keluarga kan, haruslah untuk manfaat seluruh keluarga. Set kesihatan keluarga ini saya kongsi bersama seluruh ahli keluarga. Bukan sahaja keluarga nukleus saya, malah keluarga besar saya juga. Kenapa saya sediakan set vitamin keluarga sihat untuk ahli keluarga saya? Sebab utama sudah pastilah kerana saya inginkan tahap kesihatan yang baik untuk ahli keluarga saya, agar mereka boleh terus menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar dan efisien. Saya tak sanggup nak lihat dan hadapi keadaan di mana ahli keluarga saya berada didalam keadaan kesihatan yang tidak memuaskan. Maka, saya ikhtiarkan dengan membekalkan set kesihatan keluarga untuk memastikan kesihatan ahli keluarga terjaga dengan baik. Mudah untuk beribadah apabila kita mempunyai tahap kesihatan yang baik. Bangun malam untuk beribadah/belajar pun mudah, kurang mengantuk di siang hari. InshaAllah.

Set Kesihatan Keluarga

Set Kesihatan Keluarga Shaklee ini terdiri daripada Energising Soy Protein (ESP), Vitalea, B Complex dan Vitamin C. Empat vitamin hebat ini boleh dikongsi seisi keluarga (dewasa berumur 13 tahun ke atas), ibu, ayah, suami, juga adik beradik. Ramai sangat nak kongsi ni, berapa set kesihatan keluarga nak kena beli sebulan ni?? hihi, jangan bimbang, jom kita kira. Ok, macam ni, kita boleh anggarkan ikut cara ni, ESP tu 850g (tahan 2-3 bulan utk 1 orang), Vitalea 120 biji, B Complex 120 biji dan Vitamin C 120 biji. Jika, set kesihatan keluarga ini dikongsi bersama  seramai 4 ahli keluarga, maka 1 set kesihatan keluarga sudah cukup untuk sebulan. Lagi jimat sekiranya, setiap ahli menyumbang duit (berkongsi duit) untuk pembelian set kesihatan keluarga ini ataupun pembelian set kesihatan keluarga ini dibuat mengikut giliran. Takde la rasa sangat pengeluaran duit tu kan.

Eh apa yang menariknya set kesihatan keluarga ni? Set kesihatan keluarga ini merupakan set asas dalam penjagaan kesihatan umum. Harus diingatkan, set keluarga keluarga ini tidak bertujuan untuk menyembuhkan apa-apa penyakit termasuk penyakit kencing manis atau pun tekanan darah tinggi. Set kesihatan keluarga ini membekalkan tenaga dan juga membekalkan nutrisi termasuk mineral untuk menampung keperluan harian. Nutrisi ini penting kepada otot, kulit, rambut, tulang dan juga kuku untuk tumbesaran dan pertumbuhan. 

Set kesihatan keluarga ini sesuai untuk diambil oleh semua golongan orang dewasa termasuklah warga emas dan golongan muda belia. Selain turut membekalkan tenaga harian, set kesihatan keluarga ini juga membantu menguatkan sistem imun badan. Bekalan antioksida yang terkandung di dalam  set kesihatan keluarga ini juga membantu membanteras radikal bebas yang bebas berada di dalam badan kita. Kandungan protein yang mencukupi dalam set kesihatan keluarga ini membantu membaiki struktur kulit dan seterusnya membantu dalam penjagaan kecantikan kulit. Set kesihatan keluarga ini juga turut membekalkan acid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan tetapi diperlukan oleh badan kita.

Banyak lagi sebenarnya khasiat dan manfaat set kesihatan keluarga ini. Cukup setakat ini dulu bagi entri kali ini. Apapun, segalanya adalah untuk kesihatan yang baik dan memuaskan. 
Apabila badan sihat, hati pun turut ceria. 

Jangan segan untuk hubungi saya bagi mendapatkan set kesihatan keluarga dan juga konsultasi yang berkaitan.
 suhailey mohd noor
012 921 4064
sueymn@yahoo.com
id 886589

bersama membangunkan ekonomi ummah

suey, si penjual shaklee



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...