Showing posts with label CABARAN 7 HARI ENTRI. Show all posts
Showing posts with label CABARAN 7 HARI ENTRI. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Tempat Melantak Paling Saya Suka | Day 6

Assalamualaikum semua,

Wah, sudah tiba hari ke 6, begitu pantas masa berlalu! 
Tak sangka dah 5 entri telah selamat dikongsi bersama dalam Cabaran 7 hari Entri ni.
Memang menarik lah.

Meh nak cerita tentang tempat melantak paling saya suka.
Hahaha masa tajuk ni keluar, ramai kawan-kawan teka termasuklah husband tercinta, yang saya akan menulis tentang Restoran Sara Thai Kitchen!


Maaf ler korang, Restoran Sara Thai Kitchen jatuh nombor 2 di hati ai ye..^^^
Perasaan excited nak habiskan entri ni semakin tinggi bila korang teka SALAH! hahahaha

Actually, tempat melantak Paling Saya Suka adalah......

CROCODILE ROCK

Terkejut ke??? Tak sangka eh, oh incik husband, ingat awak sorang je ke suka crocodile rock ni, saya pun suka giler lah..hehehe malas nak heboh je!

Tempat Melantak Paling Saya Suka
signage pun dah awesome kan??

Saya suka Crocodile Rock kerana...

Basically, suasana restoran crocodile rock tu sendiri yang membuatkan saya jatuh hati dan memang suka nak lepak kat tempat ni selalu.
Setiap Hari khamis malam jumaat pulak, pengunjung dihiburkan dengan live band yang santai dan relax sambil menikmati hidangan makan malam!
Memang syok la dating kat situ^^^kan kan kan ;)


History Crocodile Rock...

Restoran ni diasaskan oleh pasangan suami isteri romantik, incik suami orang Malaysia dan puan isteri pulak orang Itali.

Makanan yang dihidangkan memang resepi dari Itali lah. Both owner memang peramah and sokmo datang kedai beramah mesra dengan pelanggan they all. 

Restoran ni sebenarnya diolah dari sebuah rumah banglo lama zaman british dulu, memang klasik dan romantik la decoration dia dan kalau nak celebrate wedding anniversary tu memang sangat sesuai sekali.


Menu kegemaran...

Makanan kat crocodile rock ni of course la menjilat jari weh! 
Incik husband order macam-macam lor, ai paling suka spagetti kat crocodile rock ni, kasi la spagetti jenis mana pun, memang terbaik!!

Tempat Melantak Paling Saya Suka
Pizza, Spagetti, Chicken Grill yang awesome!

Spagetti Aglio Olia kat sini yang sokmolah menjadi pilihan. 
Pizza dia memang marvelous lor! Crunchy crunchy gituu...
Chicken Grill crocodile rock ni mantap jugak, nak nak makan ngan rosemary sauce, memang awesome lah!!!


Lokasi...

Crocodile Rock,
Jalan Dato' Mahmud, 
Off Jalan Teluk Sisek,
Kuantan,
25000 Pahang.
09 567 5707
(Landmark : Depan Annexxe Guest House, Tepi Kondominium 4 Tingkat)


Operation hours...

Selasa - Ahad
5 PM - Midnight
Tutup : Selasa


Rakan-rakan yang suka pizza & grill, saya rekomen menjamu selera di Restoran Crocodile Rock ni. Memang terbaik dan pasti berbaloi^^^

Last but not least, thank you so much for reading^^^

nak baca entri sebelum ini...

DAY 1 | 3 Fakta Menarik Tentang Saya Yang Ramai Orang Tak Tahu
DAY 2 | Percutian Idaman Saya
DAY 3 | Harta Karun Dalam Handbag Saya
DAY 4 | Vitamin Shaklee Pertama Daku Makan
DAY 5 | Homemade Recipe


Life is about sharing & giving. Indahnya hidup apabila memberi....

Lots of love,
suey

Sunday, October 12, 2014

Mee Hun Goreng Chendor Perdana | Resepi Homemade | Uijan Cipta Rasa | Day 5

Holla.

Day 5, so entri ke 5 la ni..
Task day 5, entri anything about homemade recipe!

Tuan tanah ni takde la hari-hari pun masak, bila datang mood memasak tu, mmm bersedia la 2 orang mangsa untuk menghabiskan. Sedap ke tak sedap tu cerita nombor 2, cerita nombor 1, makanan yang dimasak wajib dihabiskan..

If not...so sorry dear darlings, no more homemade food for you all ok! Ganas betul ibu ini kan???hahahaha

day 5

Nama resepi...

Basically, nama resepi ini of course dicipta oleh orang paling kiasu dalam rumah ni iaitu incik husband. Everything pun, if can lor, nak letak nama 'chendor perdana' at the end. Dah jatuh hati sangat la tu dengan tempat ni.

Kenapa mee hun goreng chendor perdana???

Ok. Resepi ni menjadi pilihan kerana, kalau dihitungkan, setelah ditolak dibahagi, boleh dikatakan, kejadian memasak mee hun goreng ini hanya terjadi mengikut musim kehamilan sahaja! 

Tuan tanah memang tidak berminat dengan mee hun di hari biasa tetapi mee hun goreng adalah makanan kegemaran ketika hamil, sampai ke tahap, tiap-tiap hari pun nak me e hun. Maka, mee hun goreng adalah makan istimewa keluarga kecil tuan tanah buat masa sekarang.

mee hun Goreng Chendor Perdana

Resepi...

Bahan yang diperlukan
  1. Mee hun (1/3 peket dah cukup)
  2. Bawang merah 4 ulas
  3. Bawang putih 1 ulas
  4. Cili boh 1 sudu (nuraini tak digalakkan makan pedas)
  5. Udang kering (2 sudu besar - incik suami suka udang kering!)
  6. Ayam di potong kecil-kecil
  7. Sayur (kami suka sawi je!)
  8. Sos cili
  9. Sos tomato
  10. Gula
  11. Garam
  12. Cuka


Cara nak masak...

  1. Rendam mee hun dalam air panas.
  2. Tumis bawang yang dah ditumbuk bersama udang kering.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sehingga garing.
  4. Then,masukkan sos cili, sos tomato dan gula secukup rasa. 
  5. Boleh dah nak masukkan ayam dan sedikit air. Kasi berkuah sikit.
  6. Dah agak ayam tu masak, boleh masukkan sayur dan mee hun tadi. 
  7. Masukkan garam dan cuka. Gaul sehingga sebati.
  8. Siap untuk dihidangkan.

Settle entri day 5, pada yang suka mee hun, boleh cuba mee hun goreng chendor perdana versi tuan tanah ini.

Nak baca entri terdahulu 


Terima kasih sekali lagi keran sudi meluang masa membaca entri tuan tanah yang bakal bersalin tak lama lagi.^^^

Life is about sharing & giving. Indahnya hidup apabila memberi....

Lots of love,
suey





Saturday, October 11, 2014

Vitamin Shaklee Pertama Daku Makan | Day 4

Holla..

Cepat betul masa berlalu, dah masuk day 4 Cabaran 7 Hari Entri. 3 days to go la ni.
Untuk day 4, tajuk yang diberi adalah Vitamin Shaklee Pertama Saya Makan.

Tajuk tu senang macam senang jek, macam kacang putih aje ^ ^haha tapi since jawapan soalan tu pendek sangat, memang kena kreatif lor untuk mengolah entri ni supaya panjang la sikit dari 3 patah perkataan kannn.
Vitamin Shaklee
vitamin shaklee
Bagaimana bermula...

Nak cerita dulu macamana boleh berjodoh dengan vitamin shaklee nan satu ni.

Actually segalanya bermula apabila asyik penat, letih, lesu, tak bermaya dan seangkatan dengannya atas sebab kekurangan nutrien kot, menyusu lagi, travel hari-hari ulang alik keje dalam 40 km sehala. Buat kerja kita tak minat kan iaitu driving, memang la rasa penat, jauh pulak tu. Memang bersabar ler hari-hari.^^

So, since sahabatku nan satu tu masa tu duk gila jual vitamin, makanya kena la support kawan kan! Serius,kalo hang tak jual, memang takda maknanya aku nak beli vitamin-vitamin ni...hahaha selalu dapat free dari incik boyfriend je^^^ 

3 kali try makan, baru la decide nak amik...hahaha memang keladak la masa tu, tapi itulah kan, jodoh kuat gila dengan vitamin shaklee nan satu ni,memang sampai sekarang pun masih bercinta dengan vitamin tersebut.

Yang paling menarik, vitamin shaklee pertama daku makan ni, daku dapat secara PERCUMA! 
Jangan jeles u..eh, takde maknanye sahabatku itu nak kasi, kasi try dia punya ade la..hehe 3 kali beb!

Masa tu kebetulan promosi vitamin tu, beli 6 percuma 1, so, apalagi, daku mulakan projek pengaruh rakan sebaya, dan kebetulan 13 kawanku terpengaruh, so vitamin ke 14 tu sah-sah la beta punya kan!

Kesan..

Vitamin Shaklee pertama daku makan ni memang marvelous lor!

Tiap - tiap hari daku minum, sambil drive sambil minum, memang berkesan la, tak tipu punya, sangat bertenaga la lepas tu, susu pun boleh tahan banyak dan pekat. Cik Nuraini memang happy lor. Incik boyfriend plak sibuk cakap kulit daku yang kering nih lebih moist, muka pun tak nampak kusam sangat. Orang penat ni weh, serius hodoh, muka macam apa je kan, layu semacam.

Since dia dah happy, next stok vitamin, si dia la tolong sponsor. Bukan mahal pun, syok tengok bini, bayarkan je la..takut aku tak makan dah la tu..bini dia, he know better la...

Dah makan vitamin shaklee tu, memang settle masalah daku, bukan 1 je masalah daku yang diselesaikan, banyak pulak tu.^^^

Stok wanita moden yang serba serbi tak sempat macam daku ni, memang make up or lotion ke hatta tisu pun bukan aku ler, memang vitamin ni membantu sangat, sebab tu sampai sekarang pun masih jatuh cinta lagi. Kulit tumit pecah pun vitamin ni boleh settlekan, memang mantap la beb.

Disebabkan vitamin shaklee pertama daku makan ni la, tiap-tiap bulan daku dapat duit extra, hehe best giler beb, sape nak kasi kan??? 
Free tu, 20 sen pun belum tentu orang nak kasi weh!!
dan duit tu, sampai sekarang pun daku dapat lagi. Jumlahnya bergantung kepada tahap kemalasan aku lor. Malas dapat sikit, rajin dapat banyak la. hehe yang penting dapat...^^^

Baiklah, cukup sampai situ dulu, Vitamin shaklee yang daku maksudkan itu adalah ESP atau nama penuh Energising Soy Protein. Nama pun dah energising, of course la sapa yang makan memang energetic!^^

Ni rupa sebenar vitamin shaklee kesayanganku, ESP.
ESP
ESP

Ni plak link RESEPI BANCUH ESP yang biasa aku amalkan. Amik plain gitu pun best je. Kalo rasa nak order, sila contact no ni 012 921 4064, nak dapat duit extra pun boleh sembang dulu. 

Itulah sedikit sebanyak cerita Vitamin Shaklee Pertama Daku Makan. 
Untuk entri day 1 -3, boleh baca sini :


Terima kasih meluangkan masa membaca entriku ini. 


Life is about sharing & giving. Indahnya hidup apabila memberi....

Lots of love,
suey



















Friday, October 10, 2014

Harta Karun Dalam Handbag Saya | Day 3

Holla...

Cabaran 7 Hari Entri diteruskan dengan jayanya! Alhamdulillah masih ada idea nak menulis ni..

Tapi, tajuk day 3 ni agak kelakar dan tak sabar untuk dikongsikan.

Kenapa kelakar???
Hahaha dah terbayang dah sure macam-macam yang ada dalam handbag korang kan? harta karun tu...

Meh baca entri versi saya pulak. Apa ada dalam handbag saya yang agak besar gedabak, yang diusung ke hulu ke hilir tuh! hihihi

Jom list satu-satu...

Ada apa dalam handbag saya
Current item..

1. Wallet

Since banyak duit syiling, resit dan kad-kad yang berkaitan, memang gemuk lor wallet saya ni! Duit je yang tak gemuk.

2. Wrislet

Wrislet ni mak shaklee saya yang kasi..tq tq..lepas ni boleh kasi lagi ye mak!

3. Handphone

Yang ni wajib ada, handphone buruk pun takpe asal boleh whatsapp, FB, tepon & sms. Amik gambar sikit-sikit..edit sikit-sikit..ok lar tuh.

4. Biskut

Biskut adalah perkara wajib ada dalam handbag saya ye! Nampak sangat kuat mengunyah kan!

5. Pendrive

Senang nak save apa -apa maklumat penting. Kadang yang tak penting pun save jugak.

6. Pen dan buku nota

Dah macam wartawan pulak kan? Penting 2 item ni, kalau bukan saya yang menulis, si Nuraini yang menconteng!

7. Buku Pink 

Dah 8 bulan duk carry benda alaf ni dalam handbag, sebulan je lagi riwayat mu dalam beg daku ye!

8. Kunci

Kunci kereta & kunci opis, kunci rumah memang tak minat nak pegang. So, laki kena balik awal la, sian bini duk luar rumah...hehe

9. Sepit Rambut, Klip Rambut, Getah Rambut dan seangkatan

Aish, dah jadi macam pasaraya pulak bag i nih...ni barang-barang Nuraini yek!

10. Pill Box

Yang ni nampak sangat pengedar shaklee. Vitamin dibawa kemana-mana tu..

11. 3 in 1

Kena ada stok at least 2 sachet..mane best minum sorang-sorang kan!

12. Air Mineral

Bekalan untuk Nuraini, Mohd Ezanni & diri sendiri la

13. Broadband

Sumber internet penting walaupun kat handphone dah ada bekalan 4G. Kuat sangat berinternet ni.

14. Barang Peribadi

Wajib ada..tak yah citer la kenapa..ahhahaha

Uih..dah macam pasaraya sudah! Hahaha 14 item tuh, patut la bag berat, semua benda pun nak sumbat!

Soon to have dalam bag..bakal baby punya barang la ni!

1. Pampers
2. Toys

Tak lama lagi jadi 16 item pulak!..hahahanhhha boleh gelak je la..next time kena timbang berapa kg berat bag ni.

Jumpa di next entri ye rakan blogger sekalian. Terima kasih di atas masa kalian.

Life is about sharing & giving. Indahnya hidup apabila memberi....

Lots of love,
suey
                        




Thursday, October 9, 2014

Percutian Idaman Saya | Day 2

Percutian Idaman????

Alamak, topik ni tak berapa nak minat nak tulis lor. Kenapa tajuk ni? Kenapa? Oh my....

hahaha saya memang tak minat bercuti! Tapi anak saya Nuraini tu, semua tempat dia nak pergi. 

Umi, bila kita nak gi KL?
Umi, bila kita nak gi Legoland?
Umi, gi Sunway Lagoon nak?
Umi, kita cuti ke, gi jalan-jalan?

Langsung tak macam ibu dia ni!


Sebut tentang percutian idaman ni, saya ada satu tempat saya teringin nak pergi dan itupun baru tahun ni rasa nak pergi. Macam keladak je saya ni, langsung tak nak tengok tempat orang! hehe

Percutian Idaman saya adalah ke Kundasang, Sabah. Tempat yang ada lembu ala New Zealand tu. Tempat ada rumah terbalik tu. Dalam Malaysia je pun.

Rumah Terbalik

So far itu je tempat saya teringin nak pergi setakat ni. InshaAllah suatu hari nanti bila Nuraini dah besar sikit dan suami pun ada masa terluang saya akan pergi bercuti ke sana. 

Sekarang ni memang tak boleh la nak bercuti, tengah sarat mengandung dah ni. Bulan depan dah boleh bersalin dah pun.

Oh kenapa saya teringin pergi ke Kundasang tu???

Basically, sebab nak tengok lembu new zealand dan rumah terbalik. Itu je yang menarik minat saya! Nak buat macamana, minat tu belum datang. Mana tahu next time jadi backpacker pulak, who knows rite?
Percutian Idaman Saya
Lembu New Zealand

Kopak la incik suami bila bini dia ni dah start suka travel..twice a year la jadinya!

Itu sahaja cerita pendek tentang Percutian Idaman saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entri day 2 saya. Tak sabar pulak nak tulis entri Day 3 :)

Tunggu..........



Life is about sharing & giving. Indahnya hidup apabila memberi....

Lots of love,
suey



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...