Showing posts with label kisahDAKU. Show all posts
Showing posts with label kisahDAKU. Show all posts

Saturday, October 19, 2013

aidil adha part 2

happy eid adha everyone!

as usual, sambutan eid adha for sure la kat surau favourite abi, of course umi tak blh memilih bab ni! Nuraini pun sangat la suka surau ni sebabbbbb dia boleh main air kolah kat surau tu...which is takde orang marah and siap berjemaah lagi main air kolah ngan anak-anak ahli surau yang lain...so, since 2 lawan 1, umi kena la mengalah ok!

Sesi bergambar kat umah mak selepas solat sunat eid adha
semua orang berkumpul kat umah nenek sue, except for us & adik sue...we all ber eid adha kat surau kan...will join they all sesi petang lor!!

 Ezanni,Nuraini,Suhailey

Nuraini
Nuraini berhijab sekarang......the day before eid adha dah mention kat sue dh, aini nak pakai tudung..aini girl! macam uni, abi boy...tak pakai tudung! Bijak anak uni ni..

sesi pakai baju kurung ni, bertahan sekejap je...she kencing dalam seluar,hahaha she forgot that she is now diaperless..layan saja lah...so pergi surau pakai jeans & tshirt, bagus sangat anak umi nih!!

ok lah, kita sambung event kat surau in next entry ok!!

da..
suey


Friday, October 18, 2013

salam aidil adha 1435 hijrah part 1

alhamdulillah...

Masih dipanjangkan umur untuk sama-sama menjalani ibadah qurban pada tahun ini. Seperti tahun-tahun lepas, ibadah qurban kami sekeluarga di Surau Banggol, Chukai Kemaman.
A bit different this year since i am student rite now, mmm nasib baik dapat cuti extra sehari sebelum dan selepas cuti sambutan aidil adha.

oh, tahun ni jugak, kami sekeluarga bermalam di rumah kami pada malam raya, which is kat sg ular la, tak balik bukit kuang & geliga jugak!! Pagi tadi, gerak dari sg ular lebih kurang jam 7 pagi, sempat la sampai kemaman, singgah umah mak sue jap tukar baju raya.

Memang sepatutnya bermalam di kemaman, tapi kami dah terlajak jalan-jalan kat kuantan sampai  lewat malam, maka bermalam sahajalah di rumah. Pengalaman yang indah juga, first time bermalam di rumah sendiri, rasa lain, a bit berbeza, walaupun kawasan kejiranan dah ramai yang balik kampung. Jiran sebelah rumah ni dah balik kemaman awal petang lagi, kami pulak memilih untuk ronda-ronda di kuantan..hehe sambung 'dating' bertiga dengan nuraini.

seronok beraktiviti sekeluarga macam ni. sejak sambung study ni, memang masa bersama keluarga sangat dimanfaatkan! lepak-lepak around kuantan, dinner @ Johnnys (abi buka puasa!)
around 12 am baru sampai umah. Bersiap sedia untuk esok pulak!!

salam aidil adha
mommy suey

Thursday, February 7, 2013

Nasihat untukmu wahai anakku

sedikit perkongsian dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man...
untuk tatapan anak ummi tersayang..semoga dirimu sentiasa dibawah perlindungan dan rahmat Allah swt.
                                            

Wahai anakku,
Bersyukurlah bilamana kamu dipilih oleh Allah berada dalam perjuangan bagi menegakkan agamaNya, sedang engkau bukanlah orang yang terbaik. Bersyukurlah kerana penggabungan ini. Lihatlah dikelilingmu, renungilah sahabat dan mereka yang bertungkus lumus siang malam bagi membantumu dalam perjuangan ini. Mereka sedia berkorban harta yang mereka miliki dari penat lelah seharian mencari rezki bagi memenangkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Janganlah engkau khianati perjuangan kerana engkau tidak akan selamat dari cercaan dan tohmahan manusia. kenanglah di saat mana seluruh orang- orang tuan menadah tangan setiap malam, merayu agar Allah memenangkan perjuangan ini. Engkau dirai bagai pengantin dan pahlawan. Mereka memandangmu dengan penuh kasih sayang, harapan dan keinginan agar engkau berjaya. Mereka sanggup memecahkan tabung bagi membantumu dikala kamu susah ketiadaan wang, ibu- ibu miskin sedia menanggalkan gelang bagi membantu perjuangan ini, sedang anak- anak muda sedia berjaga malam demi memenangkan perjuangan.,

Wahai anakku,
Aku ungkitkan semua ini kerana terkadang silauan dunia akan melupakan kamu dari hakikat hidup yang pernah kamu lalui. Bilamana bertukar kawan- kawan sekelilingmu dari orang kampung yang keras tapak tangan, berkematu dek kepayahan membanting tulang mencari sesuap nasi menanggung anak isteri dan perjuangan; mungkin kini engkau tidak lagi dilingkungi oleh mereka. Di saat engkau semakin kehilangan mereka dalam hidup dan masa depanmu, jangan sesekali kamu mengkhianati mereka.

Wahai anakku,
Perjuangan ini sangat panjang dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Aku sering menadah tangan berdoa agar Allah tidak menguji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku hadapi. Aku sering memohon keampunan Tuhanku agar dia sedia mengampuni dosaku yang banyak ini, dan menegakkan kakiku dalam perjuangan. Kerana tiada satu jaminan istiqamah dalam perjuangan ini melainkan rahmat Allah.

Wahai anakku,
Bilamana aku menasihatimu, bukanlah kerana aku tidak yakin kepadamu. Tetapi aku sekadar mengigatkan kamu kepada apa yang boleh melekakan kamu. Tentulah kamu ingat akan hadis Rasulullah S.A.W, maksudnya " apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya". Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan- bulan namun bilama ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan.

Wahai anaku,
Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur. Bersamalah dalam majlis ilmu, engkau akan mendapat suluhan cahaya petunjuk, bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu, berkawanlah dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya. Doalah kebaikan sesaorang yang membencimu, nescaya kamu mengecewakan syaitan yang ingin merosakkan pergaulanmu.

Wahai anakku,
Lebih banyak engkau bersangka baik kepada sahabatmu, lebih tenang jiwamu, lebih ikhlas pergaulanmu, dan akan bertambah rahmat Allah ke atas kamu. Namun bilamana menebal kebencianmu, akan pudar cahaya uhkwahmu, akan terserlah keburukanmu, dan syaitan akan gembira dengan tindakanmu.

Senyumlah kerana Allah menciptamu dengan kasihsayangNya.


salam kasih sayang
ummi nuraini

Wednesday, January 16, 2013

slide again

Ya Allah, anak ummi yang sorang ni suka sangat main slide.

setiap kali melintas kat taman permainan ke? tadika ke? or any tempat yang ada slide la, die akan tunjuk and mintak nak slide. Both ummi and abi of course pernah terfikir to buy her slide, ingat nak hadiahkan on her 2nd birthday la..dah survey dah playground yang sesuai untuk letak kat dalam rumah, price dalam seribu lebih..ok la dapat banyak mainan lain jugak. Tapi, kitaorang x jadi beli sebab ummi nak aini learn to SHARE things and as well as GIVE & TAKE.

Bagi ummi & abi, sharing tu penting utk diterapkan dalam diri Nuraini, perasaan memliki sesuatu tu harapnye x la ketara sangat dalam diri aini. Ummi & Abi sentiasa doakan Nuraini membesar menjadi insan yang lebih banyak memberi daripada menerima. sifat yang positif dan sifat mahmudah, sape yang x nak segala sifat tu ade dalam diri anak mereka kan? ;)

Kat sini la antara tempat favourite aini untuk main slide. Playground ni kat Padang Astaka Kemaman. Near to taska aini jugak, that is why la chances die nk main tu tinggi sgt..Almost setiap hari lalu kat tempat ni.

playground aini

riang ria aini main kat sini. suka sangat la kalo dapat main slide yang ade cover tuh..bagus bagi anak2 main kat playground ni, untuk memupuk semangat berkongsi barang, beratur untuk ikut turn, bersabar tunggu giliran dan sebagainya. 

Aini enjoying her day at playground

Apa pun ingatan kepada ibu bapa, jangan leka berbual pulak tau, kena perhatikan anak2 semasa berada kat sini. Teman anak-anak main..they will enjoy it!!

suey

Monday, January 7, 2013

Slide lagi...

mmm..memang favourite aini main slides, hari khamis last week, sue bawak aini main slide kat casa limbong. Casa Limbong ni shopping place kat kemaman..die bukan mall, macam petaling street or jalan tar sket.
mase tu dah malam..sementara tunggu abi balik dari terengganu..sue x berani nak drive malam dr kemaman ke sg ular, kena ade abi follow dr belakang. Ahmad abang sepupu aini pun ade..die plan nak habiskan weekend kat umah sue..nak main ngan nuraini la tu..happy abang dapat datang umah mak ngah..

excited main slide

Nurani sibuk ajak gi CP..CP tu centre point,,x sure ape yg die suka sangat ngn cp tu..hehe tp x sempat pun bawak p CP tu.Btw, CP ngn Casa Limbong tu dekat sangat..Casa Limbong duk belakang CP je.
Seronok sangat aini main slide, dekat sejam jugak duk situ.Abang dah mula lapar,,,ajak pergi A&W.
ready,GO

Memang sue dah janji nak bawak aini and abang g A&W tu..diaorang nak makan ayam. Sebenarnye, sebelum gerak dari umah kakak tadi, kakak sue amik nuraini dr taska hari tu, mmg dah makan nugget,  lapar agaknye penat main slide. Aini macam biasa la,,x nak balik, nak main lagi...last2 sue angkat die, bawak die balik..meronta la die..,,, terpaksa buat gitu, x leh nak pujuk macam biasa, masa dh suntuk, A&W nak tutup dah...

aini x nak balik,,abang penat dah ajak
(ummi kat depan diaorang ni)

seronok betul aini main slide malam tu..x hirau ummi pun...sue pun happy tengok aini happy, ade mase lapang nanti, sue bawak aini lg!!

xoxo
suey,ummi nuraini

Monday, December 24, 2012

Nuraini Jatuh,Sandal baru,lutut cedera!!

Salam..

since abi went to JB, ummi bawak aini balik kemaman, hantar mok teh aini balik jugak, lepas gi kenduri kahwin jiran lama, kami singgah di bandar kemaman, sempat la jalan2 sekejap..actually teman makcik aini cari kasut..so, we went to kedai BATA, famous shoe shop..i think everyone know about this kedai kasut...thery have branches all over Malaysia.
Sampai kat kedai BATA as usual la, aini akan try any shoe /sandal yang die berkenan, dah try a few sandal..she found one that fit to her petite sole, apalagi,,terus ajak ummi gi bayar...uni, muat!! kalo dah cakap macam tu, ummi kena beli la..amik duit ngan ummi, terus gi bayar,..dan terus pakai..x nak bukak pun...aini oh aini!!

Ni la sanadal yang aini pilih...blue in color, bubblegums
x nak colur lain, nak jugak warna biru tu..ummi layan je la..abi xde, g outstation..ummi ikut je kemahuan die, risau die nangis nak abi die..td pun mase lalu depan area office abi, die dah request abi..macam biasa ayat die..nak abi!! nak Abi!!lepas explain abi work tempat lain..jauh, baru paham...alhamdulillah..

since, sandal baru, possiblity untuk jatuh tu mesti la ada..sepanjang x sampai setengah hari, dah 2 kali aini jatuh..2nd time jatuh atas jalan tar, menangis x henti..sampai la tertido..aini ni bukan jenis yang x tahan sakit..die x suka tengok benda yang x perfect..macam x puas hati..same la macam biskut, die x nak yang dah patah, kena bagi seketul yang elok kat dia..

puas meraung terus tido, bile angun, x nak tengok pun luka dia..masih tidak dapat menerima kenyataan...lutut dah luka!!
teruk jugak luka dia..laceration injury..

sian aini, ummi harap aini cepat sembuh..hari ni better sket,dah boleh tengok luka sendiri...
ummi doakan aini sentiasa dibawah lindungan Allah swt dan tough menghadapi dugaan dari Nya.

xoxo
ummi nuraini

Nuraini budak RAP..abi outstation

Alhamdulillah,

anakanda Nuraini membesar dalam suasana yang damai dan diberi kesihatan yang baik.Almaklumlah musim tengkujuh, ramai kanak-kanak seusia Nuraini demam & selsema..ada juga nuraini batuk sikit2..alhamdulillah x berlarutan.

malam tadi, kami bertiga keluar dinner di sebuah restoran di Balok, Restoran Jempal, actually meraikan kepulangan abi dari Johor Bharu. First time abi outstation untuk tahun ni, nuraini pulak xde selera nak makan nasi..banyak kali ummi ajak, still with her answer..tak nak!!!

mungkin aini rindu abi, apatah lagi dengan insiden jatuh kelmarin..mungkin nuraini sudah mengerti erti abi outstation..semalaman aini x jumpe abi, almaklumlah, teman bergdauh setiap hari..rindu pada abi sampai x lalu makan...dinner tadi, penuh berselera dia makan..nasi ngn telur dadar ngn ikan...makanan favourite nuraini!!

Abi, pakaikan nuraini baju ni untuk dinner tadi, macam budak Rap pulak ummi tengok..hihi..seronok la aini abi melayan die..abi cakap kena pakai baju ni, sejuk kat luar..aini menurut perintah je, sampai balik rumah pun x bukak hood sweater tu..hihi
 budak rap alaf baru
while waiting for her food

Berselera aini makan malam ni..maklumlah abi dah balik!!!

salam,
ummi

Monday, December 10, 2012

Ujian Cipta Rasa

Hi,

Cuaca yang mendung ala ala nak hujan buat ummi rase nak tido je..better update blog ni daripada tido..hehe

Kali ni nak share pasal hobi & minat Nuraini yang terpancar sejak kecik lg..iaitu MEMASAK. n of course la fav TV show die adalah MasterChef. Boleh tahan minat anak ummi ni..

No wonder bile ummi memasak je, die terlebih busy, potong bawang la...potong sayur la..everythin single about memasak ummi kena ummi ngn nuraini..kalo bab tumbuk bawang, memang favourite die..sue ni kalo memasak, prefer bawang yg ditumbuk guna mortar & pestle tu compare dgn blend..apalagi, nuraini pun terikut sama la..mmg wajib bagi die can utk guna mortar & pestle tu..:)

So, me & husband decide to buy her PLAYDOH..so that, she can practice her cooking skill..peralatan memasak dah ade dah..her aunty bagi hadiah..

Memang seronok tengok die main PLAYDOH tu..yang tak tahan..rumah la sepah ngan playdoh tu..huhu apa pun demi anak..sabar je la..

Kadang2 dibalingnye playdoh yang dah diuli2 tu..ade yg dilenyek ke lantai..hahaha..stress abi nuraini..ummi maintain relax je...

Main masak masak

Ummi nuraini

Skirt baru..

Alhamdulillah..

Entry kali pasal skirt..skirt yang ummi jahit untuk nuraini tersayang..nuraini semakin tinggi la..need to renew her wardrobe!! Walaupun usia nuraini baru 2 tahun 3 bulan...nuraini dah pakai saiz 4..saiz 3Y tu muat2 je...huhu

Ummi suka beli baju brand PIGEON..made from Japan..kualiti yang baik pada harga yang berpatutan. The problem is, size paling besar adalah 3Y huhu..untuk pergi nursery and lasak2 time, brand ni paling bagus..affordable la

Al kisah, ummi pun jahit lah skirt utk membantu abi renew wardrobe nuraini tu..ooh..skirt ni jugak, hasil projek sepetang bersama kawan ummi...

Tadaa.. ni skirt terbaru nuraini..

Big size colourful dots skirt

In sha Allah will sew more skirts for Nuraini

UmmisayangAini


Thursday, October 4, 2012

nuraini muntah-muntah

semalam, lebih kurang pukul 12.30 tghari dapat sms daripada hubby..forward msg from kak lin, owner taska khairina..kak lin bagitahu, nuraini dah muntah 2 kali..keluar semua lendir2..tapi tak demam...asyik menangis je..sue dah cuak bile dpat sms mcm tu dari hubby...

nuraini bukan jenis yang suka menangis..die budak yang periang...susah nak tengok die nangis..kecuali dia sakit..sue dapat rasa, yang threshold kesakitan die agak rendah. sakit sikit pun dah mula mengadu, akit..akit..
mungkin ikut perangai abi die..kalo die demam, semua org pun susah hati..x boleh buat kerja

berbali kepada cite aini td..sue pun call husband...to gain more details of the situation..lepas discuss ngan husband, sue kena off petang, amik nuraini dr skool and bawak p klinik..husband sue kena standby kat ikbn kemasik,sultan terengganu nak datang kemaman semalam..nak buat few lawatan dan perasmian...so, memang sue kena handle nuraini sendiri..

lunch time, sue terus gerak dari HTAA ke kemaman..traffic plak agak slow..semua orang keluar time lunch kot..sejam lebih jugak nak sampai kemaman..terus p taska and amik nuraini..

cikgu bagitahu, aini muntah 2 kali..pastu asyik nangis je...masa datang sekolah pun aini macam manja je..actually, mase sue nak kerja pagit u pun,,aini dah start merengek..selalu x macam tu..die x kisah pun sue gi kerja, die paham sangat yang pagi2 die naik car abi..x naik car ummi..

masuk dalam kete, sue perasan,tangan aini lebam. ade kesan gigitan..terus call husband..die suruh sue datang kat die, otw p opis husband, dpt msg dr taska,,cikgu lupe bgtahu td, aini kena gigit ngn budak umur 1 tahun..sue agak, nuraini memang x sihat la tu..kalo x, jangan harap budak tu ade can nak gigit tangan die..baru budak kecik datang dekat die dah menjerit..nuraini x uska sangat ngan budak kecik..die x nak kawan..die nak kawan ngan orang besar je

btw, aini nampak kurus.. sue risau tengok die..lepas gi klinik, doc cakap, perut die kembung, banyak angin..
doc bagi ubat kembung ngan ubat untuk tahan muntah..

mak sue pesan, sapu minyak yu yi kat perut ngn betis aini..kasi hilang kembung tu..banyak jugak aini makan nasi kat umah mak sue td..2 round..sue suapkan ngn mak sue suapkan..

bile anak sakit..ibu bapa akan runsing..xde yang lebih merunsingkan dari hal tersebut..sebab tu la agaknya Allah swt suh kite sangat hormati ibu bapa..kasih sayang mereka tak ternilai untuk kita ;)


Friday, September 14, 2012

nuraini beraksi..momo dress made by ummi

tq ummi for this dress..

jalan-jalan ikea and sogo 7sept2012..
ummi got work to do at putrajaya..so, we went shopping lor after that..........



nuraini in her momo dress shopping at ikea and sogo

i really love shopping ;) macamummiand abi

i am 2 y.o but i do look like 3 y.o :P

syukur alhamdulillah..

Allah swt masih memberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifah di bumi yang indah ini.....

berikut adalah laporan burfday celebration 2 year old with tok ma, mokteh, poksu..abang dan cik long..and of course la ummi ngan abi..


and here is my burfday present..



thank you so much for suach a lovely birthday present..

next entry boleh cite pasal burfday celebration wif my twins nur adyan darwisya

weloveyousomuch

allergic ubat

on 24th of august 2012, and its friday..

Nuraini warded at Hospital Tengku Ampuan Afzan due to allergic to mefenamic acid or also known as ponstan..
syukur alhamdulillah, keadaan Nuraini tak teruk...ade hikmah rupanya selama ni, nuraini sangat susah nak makan ubat...kerana die muntahkan balik ponstan syrup tu keadaan die x teruk..yelah..lepas makan ubat tu kami sekeluarga terus tido..mane la nak sedar kalo tetiba die sesak nafas or any anaphylactic effect ke berlaku mase tu..

lepas die muntahkan ubat tu, ummi decide x nak bg 2nd dose, kesian tgk aini x nak makan ubat...syukur Allah buka hati ummi supaya x kasi ubat dah kat die..
bangun pagi esoknye, ummi bersiap nak gi kerja, tetiba aini bangun..so susukan die dulu..then mandikan die..mase nak pakaikan baju, baru perasan mulut die bengkak...

mula2 plan nk bawak gi klinik je..kami memang x tahu itu adalh allergic reaction, x pernah terlintas pun nuraini will allergic to any medicine since kami memang xde masalah ngan ubat...gerak hati ummi suruh call doktor kat ofis..tanye dulu cane..that doktor suruh p hospital and bagitahu that might reaction due to allergic ubat..

abi pun terus bersiap and bawak gi emergency HTAA...terus kena admit for observation 24 hours..

sedih ummi tengok aini kena pasang line.............
next time la citer plak

Wednesday, June 27, 2012

saya sangat la suka makan

Entri ni semata-mata nak bagi proof yang nuraini sangat suka makan..

ini adalah gambar masa attend birthday party alya (kawan nuraini kat taska khairina)..mak alya pulak adalah kawan ummi nuraini...hehe

birthday ni masa bulan april, maka mase tu aini dah 1yr 7mos..
jelas kelihatan pada gambar-gambar dibawah...she care about her nugget rather than orang lain sibuk nak potong cake burfday...huhu ain..aini..makan je dia..


sian alya..aini sibuk ngn nugget die je

still eating her nugget...
nugget lagi..

ummi aini

aktif 5..camera addicted

entri kali ini, 

ummi nak cerita pasal how addictive is nuraini with camera...
hairan ummi & abi..ikut sape ntah, suka sangat amik gambar..pposing bukan main lagi..

yang lebih mengejutkan, sanggup stop eating semata-mata nak amik gambor...both ummi & abi tot, eating is the most fav thing that u will not compromise with other thing..mmm rupenye posing dpn camera is ur priority now..ye sayang..

huh..letih ummi and abi nak melayan..paling sanggup layan nuraini, sape lagi..mokteh die la...hp mok teh dah full with aini nye picture..hehe anak saudara perempuan sorang kan...layan je la...
ape pun whole family sangat happy wif nuraini punye telatah...buat org happy selalu...x banyak kerenah...n independent...

kecik2 dah pandai nak jadi model....abi kena fikir balik pasal 'ustazah thing' tu..hehe

wif her ball

ready to shop


ummi nuraini ;)

Monday, May 28, 2012

playground

playground...
 mesti ramai teringat kenangan main kat playground kan?...antara kenangan zaman kanak-kanak yang takkan diluppakan and almost semua pun melaluinya...zaman mungkin berubah, namun playground tetap merentasi masa..saban tahun semakin canggih dan memenuhi spec keselamatan untuk kanak-kanak..
cuba tengok gambar ni...
saya pasti..reaction semua kanak-kanak pun seperti gambar di atas ketika bersuka ria di taman permainan...same goes to my daughter Nuraini..sangat happy bile dibawa bermain kat playground..

semalam adlh weeked yang sangat best..sangat berpuas hati dapat spend time wif nuraini enjoying her day at playground..walaupun penat..melihat telatah si kecil tu membuatkan daku sangat bahagia..kitaorang pergi playground kat padang astaka,chukai, kemaman...abi join lewat sket since abi have to finish her work at office...as usual la..budak-budakkan...x nak balik..huhu at last abi pujuk n she saw other children pun dh start nk balik...die mengalah jugak..she is so excited masa mula2 sampai...of course that is not her first time..but the reaction macam x pernah jumpa slide..she tried every games/activity there...rugi x amik gambar..huhu next time la...there will exactly much more next times for her....

i am doing the best as mother...the rest..i leave them to Allah swt..

Wednesday, May 23, 2012

9 months of your life in ummi's womb

akhirnya hajat ummi tercapai untuk sematkan kisah ini dalam blog sebegini..al maklumlah agak busy utk put every single story about u in a sort of journal laa..
erm..agak menarik kisahnye...tetibe je balik  kursus dari Seremban..ummi macam x selesa..asyik nak marah je..badan dah start tak sihat..mual-mual..muntah..kerap kencing dan sakit belakang..abi ajak p hospital tp since ummi think..that condition is quite normal, i ignored his advise..huhu..but, end up ummi p clinic..klinik zainab..i dont think i am pregnant since my period pun lum lewat...but the Doc suspect ummi pregnant..so, she asked me to do UPT and she prescribed only medicine suit to pregnant women..actually dah dapat urinary tract infection(UTI) at that time.
Abi paling excited nak buat UPT..huhu bile tahu ummi is carrying u..erm, sgt la excited abi tu...then, my life is messed..mmm, tahu sebab ape, morning sickness yg sgt la teruk..bukan setakat morning je..whole day..bermula episod muntah2..susah nak tidur, sgt la x selesa,,,nasib  baik abi sgt memahami..makan pun x lalu...

ape pun..after 12weeks of pregnancy, keadaan back to normal, cuma umii kuat makan je,,,cepat lapar...terpaksa la abi cari food walaupun dah tengah malam..my favorite food is of kos la fruit..one of the reason kulit nuraini cantik..

mood swing pun ade juga....menempuh 9 bulan tu bukan suatu yang mudah...penat..tapi sangat berbaloi,..

my hobby is..

sopin or in other word, shopping is my ever after so called hobby....al maklum lah. umi n abi asyik bawak g mall je..se awal umur 2 bulan, nuraini dah kenal mall..huhu teruk betul parents sy nie...
and as my age is 1y 8mos..i still love to shop...kalo x kat mall pun..kedai pun jadi la...huhu..
i choose what i want to eat..what i want drink an even what i want to wear....
pix ni sy kat east coast mall..buying a pair of shoe..the one i am wearing is what i am choosing.........yg saya pegang tu cantik jugak...


Thursday, May 17, 2012

Anak yang penyabar dan memahami

Alhmadulillah..berkat doa dan usaha serta pertolongan dari saudara semua...nuraini sihat dan membesar dalam keadaan positif..semuanya berkat izin Allah swt... Entri kali ni umi nk cerita oasal kesabaran anak ummi yg dikasihi ni..actually umi ngn abi,evn ur aunties/uncles think that nuraini is kurang sabar...she always with her nak..nak..when its matter to food la..semalam mmg terbukti anak ummi n mmg sgt sabar dan memahami,,. Seperti biasa lah, hari rabu adalah hari abi ade program kat surau kat kemaman, maka, menjadi tugas umi untuk amibi, nuraini dr sekolah ataupun umah tokma...nak dijadikan cerita, semalam umi x sihat, perut memamng rase x sedap, nk muntah..loya..dr pagi lg..ni semua penangan makan antibiotik ,.tp sblm tu makna roti je..huhu Maka, umi x mampu lah nk g amik nuraini..abi decide, abi akan amik nuraini after the programme end which is around 10pm..tok ma pun ok je,,blh je nk jaga nuraini, pok su pun ade utk main ngn die..cuma, ebm je yg xde... By 9.45 gitu, pok itam call umi, mase tu umi dengar nurain tgh menangis..actually he called to asked..ape yg nuraini nk..asyik sesbut..cu,,cu..that is what they heard la..mm nk susu la tu..her special word..encu ehich is susu. Then, umi pun cakap ngn nuraini, sabar dulu..jap lg abi dtg amik aini, nnt kite susu...She seem to understand what i am sayaing then terus diam,,n my mum said die tengok tv... At 10, i called my mum again, abi x sampai lg,,so, nk la cakap ngn nuraini woried if she nangis lagi kan..so, mi ckp kat nuraini..tunggu lg sekejap..abi dh gerak dh nk g kat aini...lepas je ngn umi, die terus tidur..my mum cakap, sian nuraini,,pandai budak ni..dengar suara mak die terus die tido..sayu jugak hati umi ni..last die susu around 4 kat sekolah.,,sure die lapar susu tu.. Terima kasih sayang sebab sabar dan memahami keadaan...semoga Allah swt sentiasa melindungi anak umi dan diberi kemudahan dunia akhirat.. Ummi

Wednesday, April 18, 2012

ustazah nuraini

this entri just to represent nuraini in her abi kopiah...she wear it her self.......semoga impian abi untuk nuraini menjadi seorang ustazah tercapai..so much impian of abi on this little girl ;)

nama saya nuraini
umur saya setahun lebih (masa ni belum 1yr 6 mo lg..)
kopiah abi ni cantik..saya sangat suka!!!


umi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...