Showing posts with label Celoteh Ummi. Show all posts
Showing posts with label Celoteh Ummi. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

SALAM RAMADAN KAREEM

Assalamualaikum & happy ramadan gais!!

Didoakan semoga ramadan tahun ini membawa kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua.
Mohon maaf jua di atas segala kekhilafan dari kami sekeluarga.

O Allah, please bless us.
O Allah, please give us your hidayah.
O Allah, please make things ease for us.
O Allah, save us from hellfire.

May Allah always with us.

Salam Ramadan Kareem,
Suhailey
8 Jun 2016
Kuantan

Friday, January 1, 2016

HAPPY NEW YEAR

Alhamdulillah, new year is arrived.

Lets fullfil this coming year with great things.

Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kita semua. 


Ya Allah, bantulah kami dalam menjadi hambaMu yang bertakwa.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjadi hambaMu yang sentiasa menghidupkan agamaMu.

Ya Allah, bantulah kami dalam mencari rezeki yang Engkau berkati.

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami semua.


Suhailey
Kuantan
31.12.2015

Thursday, January 1, 2015

Happy New Year

Happy New Year Everyone on Earth!
May 2015 brings us barakah..happiness..closer to him as well!
Semoga Allah swt mudahkan urusan kita mendapatkan syurgaNya..
Amin


Suey

Friday, November 28, 2014

JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2015 | 4 KALI GAJI AWAL

Wah, cepatnya masa berlalu...dah nak masuk disember 2014. Tak lama lagi tahun 2015 akan menjelma.

Sementara Jadual Gaji Kakitangan Kerajaan Tahun 2015 dah keluar ni, marilah sama - sama kita buat perancangan perbelanjaan untuk tahun 2015. Bukan kakitangan kerajaan pun boleh merancang sama, dah boleh jangka bila musim perayaan dari jadual gaji kakitangan kerajaan tahun 2015 ni.

Jom semak tarikh gaji kakitangan kerajaan tahun 2015!
JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2015
JADUAL GAJI KAKITANGAN KERAJAAN TAHUN 2015
Amacam??
4 kali gaji awal bulan tau, kena rancang betul-betul ni, kalau tak, tak sampai hujung bulan dah kena makan maggi lor.

Eh, tak lupa juga, bayaran bonus kakitangan kerajaan dibayar pada bulan Januari 2015. Sila belanja secara berhemah tau.

Since Hari Raya Aidilfitri jatuh pada bulan Julai 2015, maka kena lah jugak pastikan puasa ramadan 2014 diganti sebelum Jun 2015 ye.

Nak semak Penyata Gaji anda? Klik PENYATA GAJI.

Rasa duit gaji dah tak cukup untuk kehidupan sekarang???
Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk sama - sama menjana tambahan melalui Shaklee. Tunjuk ajar disediakan dan sekiranya belum cuba, belum tahu lagi hasilnya kan??

Klik DAFTAR AHLI SHAKLEE untuk ketahui dengan lebih lanjut, cara untuk mendaftar sebagai ahli shaklee!


BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

suhaileymohdnoor
pengedarshakleekuantankemaman

Wednesday, November 26, 2014

6 KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN | TAK BAIK TAK BAYAR TAU

Haaa..kantoi...tak bayar PTPTN ye???
Aha, ramai je yang tak bayar PTPTN ni, tak pasti pulak kenapa, sepatutnya, dah berhutang tu, kenalah bayar kan???

hehe, mungkin belum dapat kerja atau tak tahu nak bayar pinjaman PTPTN ni kat mana! Kena bersangka baik tau.

Maka, untuk memudahkan kalian semua, di sini saya senaraikan 6 kaedah bayaran balik pinjaman PTPTN untuk panduan semua.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 1 - KAUNTER

Berikut adalah senarai kaunter di agensi / ejen yang menerima bayaran PTPTN. Korang boleh pilih nak bayar kat agensi mana tau. Caj RM1 dikenakan sekiranya kita memilih untuk bayar PTPTN di kaunter bank.
  • IBU PEJABAT PTPTN
  • PEJABAT PTPTN NEGERI DI SELURUH NEGARA
  • ONE STOP CENTER PTPTN, KL SENTRAL DAN PUTRAJAYA
  • URBAN TRANSFORMATION CENTRE (UTC) KUALA LUMPUR DAN PERAK
  • IBU PEJABAT LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)
  • BANK ISLAM
  • CIMB BANK
  • BANK SIMPANAN NASIONAL BANK KERJASAMA RAKYAT
  • POS MALAYSIA BERHAD
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 2 - POTONGAN GAJI

Kita pun boleh buat potongan melalui gaji untuk membayar pinjaman PTPTN ni tau! Dapatkan borang permohonan potongan gaji di Portal Rasmi PTPTN. Then, boleh borang permohonan berserta nama dan alamat majikan ke PTPTN. klik portal PTPTN

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 3 - PERBANKAN INTERNET

Kaedah ketiga ni paling senang, transfer je duit melalui perbankan internet.
  • CIMB BANK (www.cimbclicks.com.my)
  • MAYBANK (www.maybank2u.com.my)
  • BANK ISLAM (www.bankislam.biz)
  • PUBLIC BANK (www.pbebank.com.my)
  • RHB BANK (www.rhb.com.my)
  • AMBANK (www.ambankgroup.com.my)
  • BANK RAKYAT (www.irakyat.com.my)
  • POS ONLINE (www.posonline.com.my)
  • BANK SIMPANAN NASIONAL (www.mybsn.com.my)

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 4 - PORTAL RASMI PTPTN e-FES melalui Financial Processing Exchange (FPX)

Bank yang ada menawarkan khidmat e-FES ni termasuklah
  • BANK ISLAM
  • CIMB BANK
  • PUBLIC BANK
  • MAYBANK
  • HONG LEONG BANK
  • RHB BANK
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 5 - PENGELUARAN AKAUN II KWSP

Bagi yang dah pun bekerja dan ada mencarum KWSP, boleh juga membuat pengeluaran akaun II KWSP untuk membayar balik pinjaman PTPTN tersebut. Syarat -syarat pengeluaran akaun II KWSP adalah seperti berikut :

  1. Permohonan daripada penerima biaya :
  • Bagi peringkat pengajian ijazah dan diploma : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah 2 Januari 2001 dan ke atas
     2. Permohonan daripada ibu/bapa penerima biaya :
  • Bagi peringkat pengajian ijazah : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah April 2000 dan ke atas
  • Bagi peringkat pengajian diploma : Perjanjian pembiayaan pendidikan adalah 17 Januari 2006 dan ke atas.
KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN 6 - ELECTRONIC DATA CAPTURE (ECD) TERMINAL 

Boleh guna sebarang kad ATM atau kad debit bank - bank tempatan yang mempunyai logo MEPS untuk membuat bayaran pinjaman PTPTN ini.

So, kita ada 6 kaedah untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN seperti yang dinyatakan di atas. Tak ada alasan lagi untuk kita tidak membuat bayaran pinjaman PTPTN ni tau. Generasi akan datang pun ingin menikmati pinjaman yang sama juga tau. 

Eh, nak tahu macamana saya membuat kerja sampingan untuk membayar pinjaman PTPTN tanpa menggunakan duit gaji? Jom buat kerja mudah ini. 
Hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk menjana pendapatan bersama Shaklee. Extra income untuk membayar PTPTN tau ;)

Klik DAFTAR SHAKLEE untuk mendaftar sebagai ahli shaklee. Jangan bimbang kerana tunjuk ajar disediakan. Personal and group coaching tau.

BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH

SuhaileyMohdNoor
PengedarShakleeKuantanKemaman

Monday, November 3, 2014

JUALAN PROMOSI PEMBUKAAN BUTIK ZIEHAM COLLECTION

kain pasang...
kain pasang...
kain pasang...

Holla everyone!

Jadi loudspeaker untuk hebahan Jualan Promosi Pembukaan Butik Zieham Collection pulak hari ni. haha

Jom terjah Butik Zieham Collection ini. Eh, sebelum tu, jom berkenalan dulu dengan Butik Zieham Collection ini.
ZIEHAM COLLECTION

Siapa pemilik Butik Zieham Collection?

Zieham Collection ni sebenarnya butik milik kakak saya  yang baru beroperasi selama sebulan. Sebelum ini, bisnes butik ini dijalankan dirumah sahaja. So, sempena pembukaan butik Zieham Collection ini, pemilik zieham collection mengadakan jualan promosi pembukaan butik tersebut.

Butik Zieham Collection ni jual apa? 

Bukti Zieham Collection ini menyediakan perkhidmatan membekalkan dan menjual pelbagai jenis pakaian dewasa, kain pasang dan tudung secara borong dan runcit. Inner tudung, hanger, klip hanger pun ada dijual di sini.
KAIN PASANG
Dimana lokasi Butik Zieham Collection?

Berikut adalah alamat dan no telefon Butik Zieham Collection. 
Zieham Collection
No. FB91, Tingkat 1 (Berhadapan dengan kedai burger)
Bangunan Casa Limbong,
24000 Kemaman,
Terengganu.
012 922 9422

Waktu operasi pula bagaimana?

Waktu operasi Zieham Collection adalah seperti berikut :
Sabtu - Khamis
9.00 pagi - 6.00 petang
BUTTERFLY
Bila promosi ini akan berakhir?

Promosi pembukaan ini bermula daripada 15 Oktober sehingga 30 November 2014.
TUDUNG
Itulah serba sedikit tentang Butik Zieham Collection yang kini mengadakan jualan promosi pembukaan Butik Zieham Collection.

Kunjungi Butik Zieham Collection untuk mendapatkan pelbagai pilihan tudung, baju, skirt, kain pasang terkini pada harga berpatutan. Nak memborong pun boleh.

Happy Shopping everyone^^^

SuhaileyMohdNoor
shopaholic^^^

Wednesday, October 29, 2014

KONVOKESYEN UM 2014 IJAZAH SARJANA | IBU BAKAL ANAK DUA

Alhamdulillah, berkat usaha, kesabaran dan penat lelah selama hampir setahun, akhirnya berjaya jugak menamatkan pengajian ijazah sarjana di Universiti Malaya.
Macam tak percaya pun ada^^^

Hari bersejarah tersebut jatuh pada 14 Oktober 2014 yang lepas. Kelakar jugak rasa dengan perut memboyot, ibu bakal anak 2 ni naik pentas untuk terima ijazah sarjana tersebut.
konvokesyen UM 2014
KAMI
Thank you Allah swt, parents, husband, nuraini and fellow classmate di atas jasa kalian sehingga saya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.

Geng study group yang banyak membantu juga roomate yang baik hati^^^. Tak sangka jugak pihak Universiti Malaya sediakan tempat khas untuk ibu - ibu hamil semasa konvokesyen. Terasa diri begitu istimewa pulak..wink wink

Jom layan gambar sepanjang konvokesyen bersama keluarga dan kawan-kawan yang sama - sama menamatkan ijazah sarjana dalam masa 1 tahun.

Dalam Hall with student Kimia Analisis Batch 2012
Empat orang kat tengah tu je, Batch 2013/2014. Yang lain tu menamatkan pengajian dalam masa 2 tahun.
konvokesyen UM 2014
7 of Us...Batch 2013/2014
Pemegang Ijazah Sarjana Kimia Analisis dan Analisis Beralatan, Universiti Malaya, Batch 2013/2014.
Dari kiri, Laili, Shone, Shafiah, Suhailey, Mui, Fazrina, Didi. Semua pun belum kahwin ye, except mak buyung sorang tuh^^^. Sorang lagi takde dalam gambar, Saravanakumar.

Ummi dan Nuraini
Besar kan hadiah dari Nuraini...agak 'fishy' disitu..beli kat ummi ke beli kat diri sendiri tu??? hehe


Tahniah semua di atas kejayaan anda. Kita ambik Phd pulak nanti ye. InshaAllah dipermudahkan.

konvokesyen UM 2014
Mereka yang banyak berkorban sepanjang pengajianku
Gambar ni nampak clear tengah preggy, 32 weeks, untung betul baby dalam perut, belum lahir pun dah graduate.

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu sepanjang pengajian saya di Universiti Malaya. Jasa anda hanya Allah swt yang mampu membalasnya. Pengalaman yang sangat berharga dan indah.

It is not that easy but we do enjoy the moment!

SuhaileyMohdNoor





Friday, October 24, 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436

Assalamualaikum....

salam maal hijrah

SEMOGA TAHUN BARU BAKAL MEMBAWA SINAR CEMERLANG UNTUK KITA SEMUA, DUNIA DAN AKHIRAT...


suhaileymohdnoor

BERISTIGHFARLAH...SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSANMU

Nukilan dan pesanan khas untuk anakanda tersayang Nuraini dan bakal adik beradik...

Nak share pasal istighfar pula kali ini, semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Of course dalam kehidupan yang penuh mencabar ini, adakalanya kita dirundung rasa sedih, gelisah, susah hati, bimbang dan rasa payah..

Usah bersedih, kerana Allah swt itu sentiasa ada untuk menemani kita disetiap saat. Setiap kejadian buruk yang menimpa diri akan ada isyarat agar kembali kepada Tuhan yang satu.
JOM ISTIGHFAR
Teringat saya tentang kisah istighfar yang saya baca dalam Majalah Solusi. Cukup terkesan dihati kerana memang kisah tersebut hadir disaat rasa susah hati itu ada dalam diri....

Menurut penulis, 

Seseorang telah datang dan mengadu kepada Hassan al-Basri (ilmuwan pujaan saya ni..) bahawa hujan tidak pernah turun. 
Jawab Hasan al-Basri, 'Beristighfarlah kepada Allah'.

Lalu datang pula orang lain mengadu akan kefakiran yang dialami. 
Jawab Hasan al-Basri, 'Beristighfarlah kepada Allah'.

Kemudian datang lagi hamba Allah yang lain, kali ini wanita yang mandul mengadukan kepada Hasan al-Basri. 
Jawab Hasan al-Basri, 'Beristighfarlah kepada Allah'.

Para jemaah pun bertanya, 
'Apakah setiap orang yang mengadu, engkau hanya mengatakan istighfarlah kepada Allah?'

Hasan al-Basri menjawab,
'Tidakkah engkau membaca firman Allah : "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyakkan harta dan anak - anakmu, dan mengadakan kebun - kebun untukmu dan mengadakan sungai - sungai untukmu". (Nuh 71: 10 - 12) 

Duhai zuriatku, ingatlah Allah sentiasa, tetapkan Dia di dalam hati mu..inshaAllah syurga itu milikmu..

Terima kasih kerana membaca^^^ semoga syurga itu milik kita semua^^^

SuhaileyMohdNoor
Aku juga mengejar syurga sepertimu^^^

Saturday, October 18, 2014

3 HOBI BUAT SAYA KAYA RAYA

Cerita pasal hobi ni, memang menyeronokkan!

Saya ada banyak hobi tau, bukan sebab saya ada banyak masa lapang, tetapi sebab saya mencari masa untuk melaksanakan hobi saya.

Walau sibuk macamana pun, saya akan pastikan hobi saya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap tahun, biasanya saya akan ada hobi baru untuk upgrade diri saya^^^

Entri kali ni saya nak fokus kepada 3 Hobi Buat Saya Kaya Raya.

Eh jangan salah faham, saya tak cakap pasal kaya duit semata-mata. 3 hobi buat saya kaya raya ni melibatkan kaya ilmu, kaya sedekah, kaya kawan dan boleh dikatakan kaya duit jugak. Dapat extra money la^^^

Hobi 1 : Menjahit 

3 Hobi Buat Saya Kaya Raya
Hasil Jahitan : Baby Quilt 

Hobi menjahit ni bermula 4 tahun lepas, selepas saya melahirkan anak sulung saya Nuraini Mohd Ezanni. Kehadiran Nuraini membuatkan saya berkobar-kobar untuk menjahit memandangkan baju baby girl sangat cantik dan macam-macam fashion kita boleh buat.

Maka, bermulalah episod google tutorial berkaitan seni jahitan dan episod mengorder kain sampai nun jauh si United State (US) dan sempat la buat group buy pembelian kain dan panel dari US. 

Dengan hobi menjahit ini, saya berjaya menjana pendapatan sampingan disamping menambah kenalan baru. Semua group jahitan di facebook saya join.^^^ 

Mana yang tak pandai saya buat tu, saya belajar hands on daripada sifu bab jahitan ni iaitu sahabat saya Nurin, Najwa dan Kak Atie. Mereka ni sangat membantu saya. Seronok berguru dengan they all, dah la free of charge, baik pulak tu.

Barang yang paling suka nak jahit adalah baby quilt, dah banyak baby quilt yang saya jahit dan jual. Segala hasil jahitan yang pernah saya jahit, saya simpan dalam blog ni sueysignature


Hobi 2 : Bisnes

Bermacam-macam bisnes saya jalankan, jual baju baby, jual mainan budak-budak, jual hasil jahitan, ambik tempahan jahitan, jual kain dan macam-macam lagi. Saya memang suka dengan bisnes, dan kalau saya bosan nak bisnes barang yang saya hasilkan, saya tolong kawan-kawan, adik beradik atau sedara mara jual hasil jualan diaorang.

Of course hobi ke 2 ni beri saya lebih income dan kepuasan kerana dapat lebih memberi dan dapat meluaskan  kenalan. Kaya macam-macam dengan berbisnes ni. Duit, kawan,ilmu, amalan, dan lain-lain.

Hobi bisnes ni, paling saya suka, sebab bisnes membuatkan saya kaya dengan pengalaman hidup. Masa ni la macam-macam orang saya kenal. Buat saya lebih matang juga.

3 Hobi Buat Saya Kaya Raya
ID 886589

Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes Shaklee yang paling saya gemari. Its really upgrade myself. Tak dapat nak describe macamana. Nak order vitamin shaklee boleh hubungi saya ditalian 012 921 4064 ye.


Hobi 3 : Baca Novel

Dah dapat duit extra dari berbisnes macam-macam termasuk jual vitamin shaklee, sedikit hasil keuntungan saya reward diri dengan membeli novel. Nak beli guna duit gaji memang agak rasa bersalah la, mana tak rasa bersalah, sebulan beli novel beratus-ratus, memang kaya MPH dan POPULAR ada pelanggan setia macam saya ni. 

Dah start baca novel, join pulak group kaki novel. Bertambah kawan lagi, itu belum termasuk geng susu ibu lagi.hehe

Selain kaya dengan kawan-kawan, hobi membaca novel membuatkan saya kaya dengan amalan. Bagaimana tu??? 

Setiap novel yang berlambak saya beli tu, saya pinjamkan kepada kawan-kawan tanpa sebarang caj, so kawan saya tak perlu beli novel, baca je novel yang saya beli tu. Buat amal jariah sambil tolong jimatkan duit kawan-kawan.^^^

Penulis novel yang saya suka termasuklah Melur Jelita, E-man Sufi, Sophie Kinsella, Acik Lana, Evelynn Rose dan ramai lagi.

Novel yang paling saya suka ialah hasil tulisan Sophie Kinsella, iaitu semua buku The Shophalic Series.
3 Hobi Buat Saya Kaya Raya
Shophaholic Series

Itulah 3 hobi yang buat saya kaya raya, Memang kaya dengan kawan betul sejak menceburkan diri dengan hobi-hobi di atas. Kaya dengan ilmu tu of course la, macam-macam saya belajar dari ketiga-tiga hobi ini. Yang penting, hobi-hobi tersebut buat saya kaya dengan pengalaman hidup.

Begitulah sedikit perkongsian daripada saya.
Sebelum berundur diri, terima kasih kerana melawat blog saya dan membaca entri ini. Semoga informasi dalam blog ini berguna untuk anda.

p/s : hobi baru saya ialah blogging!^^^ 

#IbuBakalAnak2
suhaieymohdnoor

Saturday, September 21, 2013

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2013

Alhamdulillah...
Sesungguhnya ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku itu, kita merancang, dah tentulah Allah swt yang menentukan ;) Cantik sungguh percaturan Allah swt tu.


Awal tahun dulu sue pernah post pasal sue temuduga HLP ni, bulan Januari if i not mistaken la, the interview went quite well..chances is 50-50.Memang tak boleh nak bajet langsung dapat ke tak!!! Alhamdulillah, bulan 7 result keluar..both sue & kawan sue BERJAYA dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) tu.
Cantik betul percaturan Allah swt tu, sue actually sambung sarjana ni last year, tp belum rezeki nak sambung last year, Allah bagi rezeki sambung tahun 2013 dengan HLP sekali. Thank you Allah. Pengajarannya di sini, jangan cepat mengalah dan wajib bersabar. InshaAllah kalo dah rezeki tak kemana.

Korang mesti pelik kan, nape sue tak sempat sambung last year? actually, DG KKM tak sempat nak luluskan Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa HLP yang sue pohon. Pertukaran  Director General,MOH yang baru masa tu Dato' Hasan, bulan 10 dia baru dapat sign, sedangkan sue kena daftar kat Universiti bulan 9.  Another reason kenapa lambat adalah, pertukaran jadual masuk universiti kat Malaysia.

Before 2012, admission to university is around July, kira nak selaraskan time admission macam universiti kat oversea la ni,  so memang kelam kabut la sikit, universiti pun lambat nak keluarkan surat tawaran. Jenuh jugak nak dapat penangguhan. Course yang sue ambik pulak tak offer kemasukan semester 2, huh kena tunggu one year, plan hidup memang lari lah..redha sahaja dengan ketentuan tuhan, hikmahnya sekarang dah HLP. Memang memjimatkan duit sue, bukan setakat yuran je kementerian tanggung tau, hehe bagi duit saku lagi dan tak lupa duit untuk lain -lain keperluan. Next time sue buat entri pasal apa kemudahan yang kementerian kasi bila dapat HLP ni ok.



Alhamdulillah, sekarang dah minggu kedua sambung sarjana kat universiti. 
Back to university life!!! semoga Allah swt mempermudahkan perjuangan ku ini.

xoxo
suey@student master

Monday, July 15, 2013

surah ar rad ayat 1-3

Surah Ar-Rad ; Ayat 1-3.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alif, Laam, Miim, Raa`. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. 
(1) Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). 
(2) Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.

cc blog otaksebelah

Thursday, July 4, 2013

New Segmen...Book Corner ;)

Assalamualaikum..

Happy sungguh dapat update blog hari ni, Alhamdulillah syukur"""" Hari ni tetiba ada mood untuk bukak segmen baru kat blog ni..dah lama difikiran, baru sekarang dapat diterjemahkan ke dalam blog ni...ntah apa-apa la bahasa  yang sue guna ni..

Actually, i have another so called 'hobby' yang jarang diketahui orang..hehehe bukan lah sebab hobi tu pelik, cuma masa yang digunakan untuk hobi yang satu ni, jarang dilihat orang...



Jeng..jeng..jeng...hobby tersebut adalah 'membaca novel & other related books'..hihi aktiviti ni selalunya sue buat di malam hari...masa weekend dan jugak masa jadi 'front seat pasengger' kepada incik suami Mohd Ezanni Abdul Razak...

sometimes, time kena outstation, travel wif kenderaan jabatan, memang of course la sue bawak bekal..hahaha org buat bekal 'food', sue plak bawak bekal buku....sekiranya tertinggal buku, memang habislah keBOSANan along the journey..

Hobi yang satu ni jugak, dah ada yag berjangkit tau..hahahaha sape lagu kalo bukan anakanda yang tersayang 'Nuraini Mohd Ezanni'...uni (panggilan manja Nuraini untuk ummi dia tersayang..) uni nak baca, dia  baca jugak, buku in malay, dia boleh pulak baca alif, ba, ta...bila uni tegur, uni pulak yang salah...mmmm layan saja lah ;)

so, ni kira hobby anak beranak la pulak...maka sue nk bukak satu slot kat blog ni...'Book Corner'..kat slot ni, sue akan review all books (hopefully ;)) yang sue dah baca...personal view je tau!! nak tahu lebih lanjut, kena la baca buku tu ;) happy reading!!!

out for now..
suey uni nuraini ;)

Wednesday, May 29, 2013

flying without wings westlife

Hari ni hari mengimbau kenangan zaman sekolah with officemate....hahhaha buat kerja sambil dengar lagu lama-lama ni...dulu mungkin apply this song for jiwang2..cinta2..but of kos now relating this to daily life...flying without wings....a song that make our day today..inspring songs...inspired me ;)
here is the lyric...enjoy!!

[Shane:]
Everybody's looking for a something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be
Some find it in the face of their children
Some find it in their lover's eyes
Who can deny the joy it brings
When you've found that special thing
You're flying without wings
[Mark:]
Some find it sharing every morning
Some in their solitary lives
You'll find it in the words of others
A simple line can make you laugh or cry
You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much it means
You've found that special thing
You're flying without wings
So, impossible as it may seem
You've got to fight for every dream
‘Cause who's to know which one you let go
Would have made you complete
[Shane:]
Well, for me it's waking up beside you
To watch the sunrise on your face
To know that I can say I love you
At any given time or place
[Mark:]
It's little things that only I know
Those are the things that make you mine
And it's like flying without wings
‘Cause you're my special thing
I'm flying without wings
[Shane:]
And you're the place my life begins
And you'll be where it ends
[Mark:]
I'm flying without wings
And that's the joy you bring
I'm flying without wings

sueymn

Sunday, March 17, 2013

22 CARA MENDIDIK ANAK DENGAN BETUL

sementara tunggu Nuraini gi tapau dinner dengan Abi kesayangan die, its time for umi nak berblog!! hehe
kali ni nak story morry pasal 22 Cara Mendidik Anak dengan Betul. Baru je lepas baca pasal tajuk ni tadi, bagus untuk panduan kita semua as parents yang sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak-anak tersayang. Kena masuk dalam blog sebab takut lupa boleh rujuk dimasa hadapan!!
nuraini

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. Maka, kita lah yang perlu tentukan corak yang bagaimana kain tu nanti ;)

22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


i love no.20. we're not perfect rite. we do make mistake.what we can do is pray hard to ALLAH swt and asked Him to show us the way.

in sha Allah
ummi nuraini

Monday, January 21, 2013

Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2013


Last week, hari khamis tanggal 10 Januari 2013, sue attend interview kat Putrajaya.

email tentang interview HLP ni, sue dah dapat dari bulan 12/2012 lg, tapi x tahu nak prepare ape..hehe confuse kejap...actually, terkejut pun ada, hari tu sue call bahagian latihan kkm tanye pasal HLP ni, pegawai kat situ cakap, anyone yg dh dapat cuti belajar bergaji penuh ni x dah layak for HLP..
so, sue senyap je la..x ambik tahu sgt pasal HLP ni..tup tup kawan sue msg cakap nama sue naik for the interview...huhu terima je la...

interview tu on khamis, so rabu g hkl kebetulan ade kes nk refer kt sana..mlm tu tido kat umah kawan kat putrajaya presint 5, thanks to norhidayah & family..



proceed terus ke soklan yg ditanya..
oh sebelum tu, panel interview sue n kwn sue skali tau..ade 3 panel semua..ketua profesion, wakil sumber kkm & ketua panel which is kali ni ketua program pegawai sains fizik!!

soklan tentang diri x tanya langsung ye...soklan isu semasa pun xde,..pasal kerajaan,,nama menteri bagai,,lagi la xde..so, korang yang nk g interview hlp ni, x yah la risau sgt..

soklan 1 : dah ade tempat nk belajar?
soklan 2 : famliy semua dah settle?
soklan 3 : surat tawaran dah ade la ye?

yg ni confirm boleh jawab la kan..soklan yg sama for both of us.

then, mereka tanye pasal research project final year kita..yg ni mmg kena jawab betul2 la
part ni, soklan berbeza antara sue ngn  kawan sue, depends on projek kita la..
btw, soklan yg mmg sama & standard..Apa benefit projek kita tu untuk KKM?

yang banyak tanye soklan, of course la wakil KKM, bahagian sumber!! Pasal profesion kita la basically..ape pendapat tentang masa depan profesion kita? compare profesion kite with profesion yang sama kat overseas.

ketua program plak tanye soklan agak general jugak, isu semasa pasal profesion kita...and how u can actually kembangkan lagi profesion u..

hahaha sue jawab je mane yang termampu..kejap mcm rase ade harapan nak dapat...kejap rase harapan tu hancur berkecai...huhu apa2 pun cuti belajar bergaji penuh dah lulus,.,so, dapat biasiswa ke x, perjuangan harus diteruskan..

calon master 2013
ummi nuraini ;)




setia hujung nyawa - maafkan aku by last minute

hi everyone,

sape tengok cite kat tv3, setia hujung nyawa! drama ni dah episod 16 dah sekarang, setiap kol 7pm, evry monday until thursday.

sue mmg minat sgt la cite ni, sangat la sweet kisah dia..btw, nuraini & abi pun dah terikut sama. Finally, last friday, whole nite sue x tido qadar tengok episdo yang terlepas kat tonton.com...hahahaha punye la minat..then, mase bfast on saturday, have to repeat the story to abi la..hehe dah terpengaruh die..



btw, hari ni sue nak share lirik lagu yg sue suka sgt ..

layan...

Lirik Lagu: Maafkan Aku - Last Minute 

(verse 1)
Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yg ku cinta sepenuh hatiku

(verse 2)
Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yg pertama..kucintai

(chorus)

(1)
Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yg dapat menemanimu

(2)
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
I said i love youu..

Repeat verse 1 & 2

Chorus

Source: http://www.lagubestbest.com/2012/02/maafkan-aku-last-minute-lirik-video.html#ixzz2IaGzVSml


ni plak vidoe klik die...enjoy!!!

xoxo
suey

Thursday, January 17, 2013

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER SEBANYAK YANG MAMPU


salam semua,

Jom join yaya on segmen, Jom Tambah Follower sebanyak yang mampu!! idea yang menarik sebenarnya dr Yaya ni , untuk merapatkan silaturrahim dan juga meluaskan kenalan dikalangan geng blogger.

Mahu sertai segmen ini? klik link ini
http://yayaonly.blogspot.com/2013/01/segmen-jom-tambah-follower-sebanyak.html

ni plak  banner die

Photobucket

Klik Banner utk sertai ye!!

xoxo
suey


Tuesday, January 15, 2013

AMALAN KETIKA MENGANDUNG/PREGNANT

Assalamualaikum,,

Hari ni sue nak share pasal amalan ketika mengandung yang sue dapat dr satu page, in sha Allah salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat yang soleh & solehah.

Berikut adalah amalan-amalan yang dicadangkan semasa hamil, amalan rohani yang sepatutny akita amalkan even time x mengandung. semoga kita semua mendapat manfaat ye :)

Surah-Surah Amalan Ketika Hamil
Al-Fatihah
- Untuk menerangkan hati dan kuat ingatan.

Luqman
- Mendapat anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
(Amalkan pada minggu ke-24 kandungan)

Maryam
- Memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang soleh.

Hujurat
- Memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

Yusuf
- Mendapat anak yang cantik rupa dan akhlak.
(Dimulakan pada minggu ke-16 kerana ketika itu roh mula ditiupkan).

An-Nahl (ayat 78)
- Memudahkan ibu bersalin (dengan izin Allah)

Ayatul Kursi
- Melindungi diri dari sebarang godaan syaitan dan kemudaratan.

Al-Araaf (ayat 189)
- Doa memohon dikurniakan anak yang soleh.

Al-Imran (ayat 8)
- Doa memohon rahmat.

Ibrahim (ayat 40)
- Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

Al-Baqarah (ayat 128)
- Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t

Yaasin (ayat 22-23)
- Untuk menjaga akidah / memberi hidayah kepada anak.

As-Sajdah (ayat 7 - 9)
- Doa agar diperelokkan dan disempurnakan sifat anak dalam kandungan.

Al-Furqan (ayat 74)
- Doa agar dikurniakan anak yang menyenangkan hati ibu bapa / doa untuk mendisplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


thank you for reading..
in sha Allah will share more!!

Tuesday, January 1, 2013

HAPPY NEW YEAR 2013

Alhamdulillah

Another year coming..terima kasih Ya Allah di atas kurniaan Mu yang tersangatlah banyak sepanjang 2012.

Just nak wish u all, happy new year & sue doakan 2013 membawa kerahmatan & keberkatan kepada semua, semoga kejayaan milik kita semua!! in sha Allah

welcome 2013.

xoxo
suey



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...