Showing posts with label VITAMIN SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN SHAKLEE. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Vitamin Shaklee | 3 Fakta Buat Anda Tak Nak Pilih Vitamin Jenama Lain Selain Shaklee!!

ish ish ish..apalah yang hebat sangat tentang vitamin shaklee ni sampai famous sungguh!

Kalau dekat facebook tu, bersepah cerita tentang kebaikan vitamin shaklee disebarkan!

Hebat sangat ke vitamin shaklee ni? 

Buat mereka yang masih ragu-ragu, musykil atau tidak yakin dengan vitamin shaklee ni, anda pasti berubah fikiran selepas membaca entri ini.^^^

Bagi yang belum mencuba sebarang vitamin shaklee, lepas baca entri ni inshaAllah teringin nak cuba vitamin shaklee ni. 

vitamin shaklee
Vitamin Shaklee

Saya sudah merasai kebaikan vitamin shaklee ini, maka sudah pasti saya ingin berkongsi kebaikan vitamin shaklee ini dengan anda semua.

Selain fakta bahawa vitamin shaklee telah bertahan selama lebih 50 tahun dan masih bertahan sehingga sekarang, saya bawakan 3 fakta tentang vitamin shaklee yang buat anda tak nak pilih vitamin jenama lain selain shaklee.^^^


Fakta 1 | Vitamin Shaklee Sentiasa Selamat untuk dimakan

vitamin shaklee sentiasa selamat

Kenapa saya begitu yakin tentang vitamin shaklee selamat dimakan?

Tahukah anda, terdapat lebih 100 000 ujian kualiti tahunan dijalankan ke atas vitamin shaklee untuk memastikan vitamin shaklee sentiasa selamat untuk dimakan.

Terdapat lebih 350 ujian dijalankan kepada setiap bahan mentah baru (raw material) hanya untuk tujuan saringan bahan berbahaya. Teliti sungguh proses penghasilan vitamin shaklee ini kan???

Tambahan pula, vitamin shaklee ini selamat dimakan kerana vitamin shaklee :

  • Tiada Perasa Tiruan
  • Tiada Pemanis Tiruan
  • Tiada Bahan Perwarna
  • Tiada Lemak Trans
  • Tiada bahan tersembunyi
  • Tiada diuji pada binatang
  • Tiada bahan terlarang
  • Tiada Paraben
  • Tiada Peluntur Klorin
  • Tiada Petroleum Sulingan dan lain-lain
Yakin tak yang vitamin shaklee memang selamat untuk dimakan??? 

Boleh tinggalkan diruang komen sekiranya anda mengetahui mana-mana brand/jenama vitamin yang begitu teliti dalam penghasilan vitamin mereka.


Fakta 2 | Vitamin Shaklee Sentiasa Berkesan

vitamin shaklee sentiasa berkesan

Tahukah anda, pihak Shaklee telah memperuntukkan USD 300 juta hanya khas untuk Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) vitamin shaklee sahaja.

Budget khas hanya untuk memastikan vitamin shaklee sentiasa berkesan. Kagum betul saya!

Terdapat lebih daripada 65 saintis yang berkerja untuk memastikan vitamin shaklee yang dihasilkan bermutu tinggi dan berkesan apabila diambil oleh pengguna.

Apa yang lebih menyakinkan saya tentang vitamin shaklee ini adalah, keberkesanan vitamin shaklee disokong oleh kajian saintifik dan klinikal yang diterbitkan dalam lebih 100 saintifik jurnal!

Ingat senang ke nak terbitkan kajian dalam jurnal, sebagai seorang yang juga dalam bidang sains, memang saya tahu, proses untuk terbitkan 1 artikel dalam jurnal memang sangat banyak proses dan mencabar! Nak terbit dalam jurnal saintifik lagilah susah, macam-macam requirement diperlukan.

Disebabkan itulah saya begitu yakin dengan vitamin shaklee ini. Bukan sebarang vitamin, vitamin shaklee ni tau!

Apa yang lebih membuatkan vitamin shaklee ini lebih mantap adalah vitamin shaklee melalui Kajian Unggul.

Kajian Unggul ini atau pun landmark study adalah satu jenis kajian dimana ia dijalankan oleh pihak ketiga yang tidak ada kena mengena dengan pihak shaklee.

Kajian unggul ini akan mengkaji tahap keberkesanan vitamin shaklee dengan menjalankan ujian ke atas subjek yang telah lama mengamalkan vitamin shaklee. Ujian ini akan membandingkan tahap kesihatan mereka yang mengamalkan vitamin shaklee, yang mengamalkan vitamin jenama lain dan subjek yang tidak mengambil apa-apa vitamin. 

Hasil Kajian Unggul mendapati, mereka yang mengambil vitamin shaklee mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil vitamin jenama lain dan mereka yang tidak mengambil sebarang vitamin.

So, kenapa saya nak pilih vitamin jenama lain bila dah tahu vitamin shaklee boleh bagi yang lebih baik!!


Fakta 3 | Vitamin Shaklee Sentiasa Mesra Alam

vitamin shaklee sentiasa mesra alam

Sebagai salah seorang pencinta alam, sudah pasti saya akan memilih vitamin yang mesra alam kan!.

Tahukah anda, produk shaklee merupakan produk mampan yang selamat untuk anda, rumah anda dan bumi anda!

Produk Shaklee bebas daripada bahan pencemar seperti Paraben dan SLS.

Tahukah anda, Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral bagi menyekat pengeluaran gas sepenuhnya daripada rumah hijau! Gila bagus ni!!!

Pihak Shaklee juga menjalankan projek menanam pokok untuk setiap penggunaan sumber alam sekitar. Setakat ini, sudah lebih 1 juta pokok telah ditanam untuk menggantikan sumber alam sekitar yang telah digunakan. Sudah pastilah ianya bertujuan untuk mengimbangi kembali ekosistem bumi kita.

Boleh bagitahu saya mana-mana syarikat vitamin yang buat macam shaklee dah buat ni??? 
Tinggal nota kat komen kalau ada ye. At least saya ada pilihan vitamin lain apabila vitamin shaklee ni out of stock kan!^^^

Tahu tak siapa lagi antara yang mengamalkan vitamin shaklee ini??
Semak senarai dibawah :


  • Pendaki Gunung Everest - Pendaki Amerika pertama, Larry Nielson, mendaki tanpa bekalan oksigen pada 1983.
  • Ekspedisi Pelayaran - Jacques Cousteau Calypso & Alcyone.
  • Will Steger yang memecahkan tiga rekod ekspedisi polar bersalji di kutub utara.
  • Atlet Olimpik - ramai atlet terkenal dunia bergantung dengan produk shaklee dan telah memenangi lebih 100 pingat di Sukan Olimpik pada musim panas dan sejuk. 
  • Angkasawan - Shaklee menyokong setiap angkasawan di setiap misi NASA dengan minuman penghidratan semula, sejak 1983

Macamana? 

Teruja tak dengan 3 fakta yang saya bongkarkan di atas?? 

Mana nak cari syarikat vitamin yang begitu teliti dalam penghasilan produk mereka dan kajian-kajian yang dijalankan itu memang membuatkan kita terasa yang vitamin shaklee ini at least sangat selamat untuk dimakan. 

Vitamin yang terjamin selamat itu sangat penting untuk memastikan badan kita selamat daripada bahan berbahaya. Tak pasal pulak badan berpenyakit disebabkan vitamin yang tidak selamat dimakan, betul tak?

Itu sahaja perkongsian saya pada entri kali ini. Terima kasih kerana membaca.

Sekiranya anda memerlukan vitamin shaklee, hubungi saya ditalian 012 921 4064 untuk maklumat lanjut.

vitamin shaklee


Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL



Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
ID 886589












Monday, February 18, 2013

vitamin shaklee nutrien ibu menyusu

Pengalaman menyusukan bayi memang tidak dinafikan sememangnya pengalaman dan saat paling indah dalam kehidupan seorang ibu. Lain anak lain ragamnya..namun perbezaan tersebut mampu membuatkan setiap ibu rindukan pengalaman tersebut dan tidak jemu untuk terus berusaha menyusukan anak mereka. Siapa yang tak nak yang TERBAIK untuk anak mereka kan???



SUSU IBU MEMANG TIDAK DINAFIKAN SEBAGAI SUSU TERBAIK YANG PATUT DIBERIKAN KEPADA SETIAP BAYI. PENYUSUAN EKSKLUSIF SELAMA 6 BULAN TERBUKTI MENINGKATKAN TAHAP IMUNITI DAN JUGA KECERDASAN BAYI-BAYI. MALAH SUSU IBU JUGA MAMPU MEMBERI KEBAIKAN BUKAN SAHAJA KEPADA BAYI MALAH IBU YANG MENYUSUKAN JUGA.

Bagi memastikan susu yang dihasilkan oleh ibu tersebut adalah susu yang berkualiti, pengambilan makanan yang seimbang & nutrien yang cukup sangatlah penting terutama untuk perkembangan bayi tersebut

Berikut adalah saranan nutrient yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya kekal pada tahap optimum.


Vitamin yang dimaksudkan adalah Multivitamin, Protein, Vitamin C, B Kompleks, Kalsium, Asid Lemak Omega 3 dan Alfalfa. Jom kita tengok kepentingan setiap vitamin ini.

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang  baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi, dan mengambil vitamin c menunjukkan khasiat vitamin tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin c. Vitamin c  penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mengandungi pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.  

Kalsium
40 % daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula,tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah  fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau Autisme.

Alfalfa
Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1,B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Ia dikatakan milk booster untuk ibu-ibu menyusu.

Baguskan vitamin-vitamin ni, memang patut kita amalkan pengambilan supplemen even bila dah tak menyusu lagi..semua tu penting untuk memastikan badan kita sihat supaya kita dapat menjaga orang disekeliling kita. Al maklumlah bile dah jadi ibu ni, we actually having another supporter in our life. Risau takut tak sihat sebab nak jaga anak kita kan?? semua ibu pun mempunyai perasaan begitu.

so, as a conclusion, ibu-ibu jangan lupa amik suplemen ye ;) Nak suplemen semulajadi? boleh try SHAKLEE

p/s : jgn lupa minum banyak air ye ;)

salam sayang,
umminuraini

Friday, January 18, 2013

NUTRIEN & IBU MENYUSU

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya, setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.


Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan esklusif disarankan diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Berikut adalah saranan nutrien  yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusu bagi memastikan kesihatan bayi dan ibu tersebut.


  • Multi vitamin
  • Protein
  • Vitamin C
  • Vitamin B Kompleks
  • Kalsium
  • Alfalfa
  • Asid Lemak Omega 3
Nutrien-nutrien  ini membekalkan keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. 

Monday, January 7, 2013

FUNGSI VITAMIN SHAKLEE

 Salam semua,

Penat betul bekerja hari ni, maklumlah menanggung tugas rakan sekerja..walaupun penat, sangat berpuas jati dapat menghabiskan kerja hari ni. Walaupun sedikit pening sebab x bawak hp pergi kerja, alhamdulillah Allah mudahkan urusan sue hari ni..segala urusan berjalan lancar..TQ Allah s.w.t.

Hari ni sue nak share fungsi setiap vitamin dan supplemen yang Shaklee keluarkan. Jangan diragui dengan keberkesanan dan kehebatan suplemen Shaklee ni, kajian klinikal telah dijalankan kepada produk suplemen Shaklee ni, so memang confident sangat nak consume supplemen Shaklee ni!

Jom kita baca info tentang fungsi setiap vitamin & suplemen Shaklee ni,,credit to Naqysha for the informatiom.


  1. B Complex

B Complex Shaklee mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk asid folik. B Complex penting untuk metabolism dimana menukarkan makanan kepada tenaga, meninggikan sistem pertahanan badan, mengimbangi hormon, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang. Ianya juga membantu mengelakkan kulit kusam.

2.Vitamin C (Sustained Realesed Vita C)

Vitamin C Shaklee bertindak sebagai anti-oksidan. Ianya juga mencegah kelenjar daripada rosak dan berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen (hasilkan kulit cantik dan mulus). Ia juga penting untuk meningkatkan system imun. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Percaya atau tidak, Vitamin C ini benar-benar membantu mengurangkan/menghilangkan stretch marks!

Vitamin C dan B tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.
3. Vitalea (Multivitamin)

Vita Lea Shaklee adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian, formulasi lengkap dengan zat besi. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Ia benar-benar membantu tumbesaran anak supaya berat badan seimbang dengan umur bayi.
4. Alfalfa (Milk Booster)

Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan. Namun, perlu diingatkan Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.


5. Energizing Soy Protien (Shaklee ESP)
Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dan lain-lain.
Protein adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. 

♥ Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian. Selain membantu dalam penysuan ibu, bayi cepat kenyang, protein juga membantu anjalkan kulit, elak payudara kendur.
6.Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D)

Umum mengetahui Kalsium sangat penting dalam pembina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang enteng. Minimum 1000mg kalsium diperlukan dalam diet harian ibu menyusu. 1000mg bersamaan 1L fresh milk! Bayangkan anda perlu mengambil 1L fresh milk setiap hari, jika dicongak, Ostematrix jauh lebih jimat

Kekurangan kalsium kita boleh mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu dan kebas kaki atau tangan. Satu lagi perkara penting, jika anda mengambil kalsium pastikan bersama vitamin D, kerana Vitamin D membantu penyerapan Kalsium dalam tubuh dimana mengelakkan penghasilan batu dalam ginjal.


entri ni bersambung lg kerana banyak lagi suplemen lain dari shaklee yg belum diterangkan dengan jelas, kepentingan dan fungsi nya..

Tq kerana sudi baca ye kawan-kawan,

kalo nak order suplemen shaklee ni, boleh contact sue

0129214064, email pun boleh sueymn@yahoo.com...
kalo nak g beli sendiri kat shaklee pun boleh, ni id sue 886589

selamat bershaklee ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...