Showing posts with label 9 TIPS ATASI MASALAH SUSAH TIDUR MALAM. Show all posts
Showing posts with label 9 TIPS ATASI MASALAH SUSAH TIDUR MALAM. Show all posts

Friday, July 3, 2015

9 TIPS ATASI MASALAH SUSAH TIDUR MALAM

Entri khas untuk mereka yang susah nak tidur malam. Perasan tak, satu pertiga daripada hidup kita, kita habiskan untuk tidur. Kalau susah nak tidur, susahlah hidup kan.


Kenapa kita kena tidur malam? tidur siang je tak boleh ke?



Tidur yang sihat dan berkualiti penting untuk tubuh berfungsi secara optimum terutama otak dan organ - organ lain.



Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.



Orang yang tak cukup tidur ataupun tak lena tidur malam ni, biasanya mereka akan kelihatan tidak bermaya dan kulit pun nampak kusam. Buruk sebenarnya rupa orang yang susah tidur malam ni. Boleh jadi rupa zombi tau ;)



Kenapa kejadian susah tidur  malam ini boleh berlaku?



Menurut Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.


Susah tidur malam atau pun insomnia ini boleh berlaku disebabkan oleh tekanan yang dihadapi, perubahan tempat tidur (berhijrah), sakit atau pun disebabkan oleh faktor persekitaran seperti cuaca yang sangat panas atau sejuk.

Apa kita boleh buat untuk atasi masalah susah tidur malam ni?


Berikut adalah 9 tips yang mungkin membantu anda untuk mudah tidur malam :)

# Jangan makan berat pada waktu malam terutamanya pada waktu nak tidur. 

# Lakukan senaman pada waktu siang tapi sebolehnya elakkan sebarang senaman pada waktu hampir nak tidur . Contohnya, jika anda biasa tidur pada pukul 10 malam, elakkan sebarang senaman sebelum pukul 9 malam.

#Kurangkan pengambilan kafein pada siang hari. Bukan sahaja kopi, malah coklat dan minuman bercoklat juga merupakan sumber kafein.


#Elakkan tidur pada waktu tengahari. Ini mengganggu tidur anda di malam hari ;)

#Berlatih untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari. Aktiviti ini dapat merangsang untuk memperbaiki 'alarm clock' tubuh dan seterusnya kita akan terbiasa tidur pada waktu tersebut.

#Belajar untuk menangani tekanan supaya ia tidak mengganggu tidur kita. Mungkin kaedah meditasi boleh diaplikasi.

#Pastikan persekitaran bilik adalah selesa untuk tidur. Bilik yang terlalu terang dan bersepah memang tidak memudahkan kita untuk tidur.


#Elakkan menjadikan tempat tidur sebagai tempat selain untuk tidur. Contohnya, jangan makan, menonton TV, membuat kerja pejabat di atas tilam tempat anda tidur.

#Makan Vitamin B Kompleks dan Ostematrix. Ia membantu memudahkan mereka yang susah untuk tidur kembali tidur lena.

Haru betul kalau susah nak tidur malam. Mahu tergendala urusan esok hari sebab lambat bangun, muka tak bermaya dan tiada tenaga juga.


Anda nak cuba produk shaklee yang hebat ini? Jangan buang masa lagi, bertindak dengan cepat. Hubungi saya SEKARANG JUGA! Suhailey 012 921 4064.


Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan memerlukan konsultasi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWAKHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.


SuhaileyMohdNoor
012 921 4064
COD : Kuantan Kemaman

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...