Showing posts with label VITALEA. Show all posts
Showing posts with label VITALEA. Show all posts

Saturday, May 12, 2018

Cara Mudah Naikkan Hb Semasa Mengandung

Assalamualaikum, 

Risaunya Hb rendah, nak buat macamana ni?
Setiap kali mengandung, Hb tak pernah lebih dari pada 9?
Macamana ye tak naikkan nilai Hb ni, ubat telan dah?
Hb tak naik pun, makan ubat pun sudah, aish...

Keluhan biasa yang kita dengar daripada ibu mengandung yang alami masalah Hb rendah. Hb rendah memang bahaya, boleh mendatangkan beberapa risiko kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.


Jangan sesekali memandang remeh pada masalah Hb rendah semasa mengandung! 
Buruk padahnya.

ibu hamil Hb rendah


Antara risiko yang mungkin dihadapi oleh ibu mengandung dan bayi termasuklah:

1) Ibu mengandung sentiasa letih dan lesu
2) Tumbesaran bayi terbantut
3) Keguguran
4) Ibu tumpah darah semasa bersalin
5) Postpartum depression (meroyan lepas bersalin)
6) Bayi lahir dengan dengan kurang berat badan (IUGR)
7) Bayi mati dalam kandungan
8) Kematian ibu 

Semua ibu pasti tak nak hadapi masalah Hb rendah semasa mengandung, apalagi nak menanggung risiko seperti di atas. Untuk itu, ibu perlu cari jalan penyelesaian untuk naikkan Hb semasa mengandung.

Klik Makanan Naikkan Hb untuk senarai makanan yang mampu membantu ibu untuk naikkan Hb semasa mengandung.

Cara mudah untuk naikkan adalah dengan makan vitamin. Mudah dan cepat. Telan je ikut dos. Tapi bukan semua vitamin mampu naikkan Hb tau.

Vitamin shaklee yang boleh bantu naikkan Hb ibu mengandung adalah Vitalea dan Vitamin C Sustained Release

Konsisten makan 2 vitamin ni semasa mengandung, inshaAllah Hb ibu mengandung kembali normal.

Bagaimana Vitalea dan Vitamin C SR bantu ibu mengandung naikkan Hb?

Salah satu mineral dalam vitalea adalah ferous fumarate ataupun iron yang diperlukan untuk membina sel darah darah dan merupakan zat yang diperlukan oleh ibu dan bayi juga. Vitalea dengan iron formula ni jugak mengandungi vitamin b12 yang membantu dalam pembentukan hemoglobin semasa pembentukan sel darah merah.

ibu hamil Hb rendah

Vitamin C pula membantu dalam penyerapan iron atau zat besi oleh badan untuk membolehkan sel darah merah mengangkut zat besi dan nutrien lain ke seluruh badan termasuk oksigen.

ibu hamil Hb rendah


Kenapa begitu penting iron, vitamin c dan vitamin b12 ni?

Semasa hamil, badan perlu menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk sokong perkembangan bayi dan jugak untuk kesihatan ibu mengandung itu sendiri.

 Apabila sel darah merah kurang dihasilkan, risiko berbahaya seperti senarai di atas akan dialami oleh ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.

Dalam sel darah merah, Hemoglobin (Hb) yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. 

Keadaan dimana paras Hb ini rendah dipanggil anemia dan diukur dengan cara ujian darah iaitu bacaan paras Hb kurang daripada 11mg/dl.

Dalam keadaan paras Hb terlalu rendah, transfusi darah kepada ibu mengandung diperlukan.

Bahaya kan Hb rendah ni, sebaiknya amalkan vitalea dan vitamin c semasa mengandung untuk mengelakkan daripada paras Hb rendah dalam darah.


Hubungi saya segera (kak suey 012 921 4064) untuk dapatkan vitalea dan vitamin c sr shaklee dan saya akan kongsikan cara makan terbaik sesuai dengan diet puan. Konsultasi ini penting untuk memastikan puan mendapat kesan yang optimum daripada kedua vitamin ini ;).

Suhailey Mohd Noor
sueymn@yahoo.com
COD di kawasan Kemaman/Kuantan
Penghantaran dengan Pos Laju/Gedex ke seluruh negeri dalam Malaysia
Penghantaran ke luar negara juga disediakan



*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.


Monday, October 13, 2014

Zat Besi I 6 Tanda -Tanda Kurang Zat Besi I Ibu Hamil Take Note

Zat besi atau pun dalam bahasa inggeris dipanggil Iron.

Ramai yang tak kenal bila sebut pasal zat besi ni, tapi bila cerita pasal Hb rendah, Hb tak cukup, tahu je kan...suplemen zat besi tu pulak memang perkara wajib sepanjang kehamilan.

Tahu tak sebenarnya zat besi ni sangat penting untuk badan kita. Zat besi ni kalau tak cukup dibekalkan kepada badan kita, boleh sebabkan anemia tau.

'Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang bertugas untuk menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup.' Harian Metro pun cakap gitu, apalagi ahli perubatan kan.

tanda - tanda kurang zat besi

Memang penting sungguh la zat besi ni.

Bagi ibu hamil, mereka memerlukan kira-kira 50% lebih banyak berbanding biasa iaitu pertambahan dalam 15-27mg/dl sehari.

Tanda-tanda kurang zat besi...

1. Pening

Pening yang berulang tau, asyik pening je kerjanya, memang tanda - tanda kurang zat besi la tu terutama pada ibu hamil.


2. Muka Pucat


Muka pucat ni senang sangat kita  nak tengok. Kurang pengaliran darah menyebabkan muka nampak pucat. Ibu hamil bila datang check up memang akan diberi bekalan folate bila nurse tengok muka ibu hamil pucat lesi.


3. Sakit Kepala


Tanda - Tanda Kurang Zat Besi

Bila kurang oksigen dibawa oleh darah, sakit kepala memang boleh terjadi. Memang betul  
kalo tak cukup tidur pun boleh sakit kepala jugak, tetapi bezanya sakit kepala yang disebabkan kurang zat besi ni biasanya berlaku kerap, disertai pening sekali. 



4. Lemah atau tidak bermaya


Tanda - Tanda Kurang Zat Besi
Lemah dan tidak bermaya betul kan, bear ni?? Korang macam ni jugak ke??

Untuk ibu hamil, memang tanda-tanda kurang zat besi seperti lemah dan tidak bermaya ni senang untuk diperhatikan, bagi yang tak hamil pula, lemah atau tidak bermaya ini mungkin berlaku kerana terlalu banyak kerja atau pun kekurangan nutrisi lain jugak.

Ibu hamil yang kurang zat besi biasanya akan cepat penat apabila buat kerja dan kadang tu tak buat kerja pun penat jugak. ^^^

Mereka memerlukan lebih rehat dan tidur yang cukup selain bekalan zat besi yang mencukupi sepanjang kehamilan, penting untuk bayi dalam kandungan tau.

5. Tangan dan Kaki Sejuk



Kurang darah orang tua-tua kata kalau tangan dan kaki sejuk nih. Memang pun, kurang darah di sini bukan bermaksud darah tinggal je dalam badan eh. Komponen zat besi dalam darah tu yang berkurang sebenarnya.

6. Kurang Selera Makan


Tanda - Tanda Kurang Zat Besi
Makanan dah sedap. tapi takde selera pulak!! Korang macam ni jugak ke??

Bila kita lemau, lemah, penat, sudah pasti selera makan juga berkurang kan. Selera makan entah kemana dah. Sebab tu biasanya, orang yang kurang zat besi ni dia kurang selera makan. 

Faktor-faktor seperti yang dinyatakan di atas adalah faktor penyumbang. 
Dan disebab itu juga lah biasanya, ibu hamil yang kurang zat besi, berat badan mereka menurun. Perasan tak?


Cara Check zat besi kurang atau tidak...

Jika anda mempunyai hampir semua tanda - tanda di atas, elok lah sekiranya anda menjalankan pemeriksaan paras zat besi di dalam darah anda. 

Ujian pemeriksaan darah sekali dengan zat besi ni dipanggil  FBC (Full Blood Count). Kalo tak nak buat ujian darah penuh ni, cakap je nak cek Hb (Hemoglobin). Ibu hamil memang setiap bulan pun cek Hb ni.

Boleh cek HB ni kat hospital atau mana-mana klinik especially klinik yang buat pemeriksaan ibu hamil, confirm ada servis cek Hb.

Atasi masalah zat besi kurang...

Sebenarnya banyak sangat makanan yang boleh meningkatkan nilai zat besi dalam darah. 
Baca sini : 7 MAKANAN NAIKKAN Hb

Tapi, sekiranya nak lebih efektif dan cepat, saya cadangkan anda amalkan vitamin shaklee Vitalea, saya sekeluarga memang mengamalkan pengambilan Vitalea untuk bekalan nutrisi harian kami dan juga untuk bekalan zat besi yang mencukupi.

Boleh baca tentang Vitalea di sini : KELEBIHAN DAN KEBAIKAN VITALEA

Nak order Vitalea? 

Hubungi saya di talian 012 921 4064. Konsultasi dan cara makan yang betul disertakan secara PERCUMA.

Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
Id 886589

Saturday, October 4, 2014

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN VITALEA SHAKLEE

Vitalea Shaklee atau pun multivitamin Shaklee adalah multivitamin pertama yang dicipta di dunia.

Hebatkan Vitalea Shaklee ni, mampu bertahan dan menjadi pilihan ramai sehingga sekarang!

Nama asal Vitalea Shaklee adalah Vitaled minerals dan wajah asal vitalea adalah dalam bentuk cecair. Kini, vitalea shaklee yang sama didatangkan dalam bentuk tablet yang menggunakan Teknologi Salutan Mikro Asid Folik Berpaten.

kelebihan dan kebaikan


Kelebihan dan Kebaikan Vitalea Shaklee?

Di sinilah letaknya salah satu kelebihan dan kebaikan Vitalea Shaklee, dimana teknologi salutan mikro asid folik berpaten ini membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B yang membantu menghasilkan dan memelihara kesihatan tubuh.

kelebihan dan kebaikan
setiap tablet Vitalea Shaklee disaluti lapisan spirulina

Apa yang membuatkan Vitalea Shaklee ini lebih yakin untuk diamalkan adalah kerana terdapat lebih daripada 340 ujian kualiti dijalanakan untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan Vitalea Shaklee ini.

Ynag penting, Vitalea Shaklee ini disokong oleh 7 kajian klinikal. Produk yang ada menjalankan kajian klinikal lebih menyakinkan untuk dimakan sebenarnya. 

Lebih menarik apabila Vitalea Shaklee ini sebenarnya membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral yang mana sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk menjalankan fungsi harian.

Senarai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Vitalea Shaklee adalah seperti berikut :

Vitalea Nutrition Facts
Wahh...makan sebiji Vitalea Shaklee dah dapat semua nutrien ni? Bagus bangat bukan???

Sekiranya diambil setiap hari, Vitalea Shaklee boleh memberi kelebihan dan kebaikan seperti berikut:

  • Meningkatkan kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata
  • Memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.

kelebihan dan kebaikan
Sebotol Vitalea Shaklee mengandungi 120 biji

Kenapa kita perlukan Vitalea Shaklee ni?

Sebenarnya Vitalea Shaklee ini diperlukan oleh badan kita kerana Vitalea Shaklee memberikan kebaikan dan kelebihan seperti berikut :
  • Membantu mencegah kekurangan nutrien
  • Membantu memelihara kesihatan  tulang kita
  • Membantu memelihara kesihatan jantung kita
  • Membuatkan kulit kita lebih berseri 
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membantu memelihara kesihatan emosi kita

Kesimpulannya, Vitalea Shaklee ini memberikan kesihatan optimum kepada tubuh badan kita. 

Vitalea Shaklee juga biasanya diambil oleh ibu hamil untuk mengatasi masalah Hb (hemoglobin) rendah sepanjang kehamilan.

Senang untuk mereka juga kerana selain membekalkan zat besi yang cukup untuk ibu dan bayi, Vitalea Shaklee juga lengkap dengan vitamin -vitamin lain yang diperlukan oleh ibu hamil.

Tak perlu susah - susah nak ambil banyak pil, tablet Vitalea Shaklee pun dah ada semua vitamin yang diperlukan. 


Berminat nak cuba Vitalea Shaklee ni?

Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee anda ditalian 012.921.4064. Konsultasi percuma berkenaan produk dan tips kesihatan eksklusif dengan setiap pembelian.


Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR


KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
Id 886589

Wednesday, October 1, 2014

7 MAKANAN NAIKKAN Hb SUPAYA IBU HAMIL TAK PERLU CHECK UP SETIAP 2 MINGGU

Entri pasal 7 makanan naikkan Hb pulak hari ni. Hb tu hemoglobin lor.

Hb ni memang popular masa ibu sedang hamil. Pendek kata, memang jadi topik hangat la sepanjang proses kehamilan. Selagi tak bersalin,memang setiap bulan cerita Hb ni takde kesudahan. Silap haribulan, setiap 2 minggu kena datang check up sebab Hb rendah.

Ibu hamil yang memang mengidap Anemia lagi la kan..memang asyik check up je la...

So, memang penting untuk ibu hamil pastikan paras Hb dalam darah sentiasa melepasi standard yang diperlukan sepanjang kehamilan. Macam mana nak naikkan Hb yang rendah itu?

Syarat untuk naikkan Hb sudah pastilah dengan makanan yang kaya dengan zat besi.
Zat besi  diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. 

Jom cek 7 makanan naikkan Hb untuk panduan kita semua tau. Harus diingatkan, senarai makanan naikkan Hb yang tersenarai di sini hanyalah yang dirasakan sesuai dan tidak memudaratkan kita serta mudah didapati. 

Basically, semua senarai makanan naikkan Hb yang tersenarai di sini memang naikkan Hb cuma banyak or sedikit bergantung kepada individu.




We start with food that easy to find, affordable and proven to be work for everybody

Jambu Batu

Mudah sangat nak dapatkan makanan naikkan Hb ni. Jambu batu memang dijual secara meluas di Malaysia. Murah pulak tu, dengan RM1 pun dah boleh dapat makanan naikkan Hb ni. 


jambu batu


Jambu batu memang kaya dengan zat besi dan vitamin lain jugak. Ia juga kaya dengan serat untuk melegakan sembelit. Klik 7 MAKANAN KURANGKAN SEMBELIT untuk senarai penuh, makanan kurangkan sembelit.

Kiwi


kiwi


Juga termasuk dalam kategori makanan naikkan Hb yang mudah untuk didapati. Cari je kat pasaraya, confirm ada. Harga kiwi sedikit mahal berbanding jambu batu tetapi kiwi mempunyai khasiat lain yang banyak berpadanan dengan harga kiwi tersebut. Khasiat lain selain naikkan Hb adalah seperti tinggi asid folik, mengurangkan sembelit, tidur nyenyak dan merendahkan tekanan darah.

Bagi yang tak suka kiwi, jangan risau, ada lagi pilihan lain makanan naikkan Hb ni. Teruskan membaca,


Bayam

bayam


Pencinta sayur bayam pasti sukakan fakta ini. Bayam bukan sahaja kaya dengan zat besi untuk menggalakkan penghasilan hemoglobin, malah bayam juga kaya dengan Vitamin A yang bagus untuk kulit dan kesihatan mata.


Petai

Petai tu ulam kegemaran korang?? Ini sudah sangat bagus! 


Petai


Tahukah anda semua yang petai sangat kaya dengan zat besi. Petai mampu untuk merangsang penghasilan Hb (hemoglobin) dalam darah dan pasti lah sangat membantu anemia anda. 

Ternyata petai merupakan makanan naikkan Hb yang bagus dan mudah didapati.
Nak buat ulam boleh, nak masak sambal pun boleh, sambal udang petai memang membangkitkan selera. 


Ikan Bilis

Ikan bilis juga salah satu makanan naikkan Hb. Ikan bilis sangat disyorkan untuk diamalkan bagi menaikkan Hb kerana mudah didapati didalam pelbagai jenis masakan. Dalam nasi goreng boleh letak ikan bilis, dalam sayur pun boleh.


ikan bilis


Untuk mendapatkan zat besi daripada ikan bilis, disarankan makan ikan bilis beserta kepala ikan bilis tu sekali. Ikan bilis menjadi pilihan saya sudah pastilah ikan bilis yang saiz kecil macam dalam gambar tu. 


Prune

Berbanding epal dan betik, prune mengandungi zat besi yang lebih tinggi, namun sekiranya stok prune kehabisan, boleh ambil epal atau betik juga untuk naikkan Hb anda.


prune


Penggemar prune pasti gembira mendengar berita baik ini.


Daging merah

Walaupun hati ayam dipercayai boleh naikkan Hb, namun umum sedia maklum bahawa organ dalaman haiwan tidak digalakkan untuk dimakan memandangkan hati adalah tempat pengumpulan toksik terbesar dalam badan ayam.


Daging merah

Maka, daging merah yang juga mengandungi zat besi lebih disarankan untuk diamalkan bagi tujuan naikkan Hb. 

Dalam 100 mg daging merah, terdapat 2.4 mg zat besi. Zat besi dari sumber daging merah dipercayai lebih mudah diserap oleh badan berbanding zat besi dari sumber kekacang.  


Eh, sebelum menamatkan entri kali ni, jom layan video pendek cerita ibu hamil yang kurang Hb tiap-tiap kali mengandung ni, bayangkan setiap kali hamil dia mesti anemia. Tapi baby ke 4 ni tak pulak!^^^


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Untuk diri saya sendiri, Jambu Batu, Kiwi, Prune, Ikan Bilis dan Petai sangat berkesan untuk saya.

Tetapi bila hamil, saya tetap ambil vitamin untuk naikkan Hb saya. Just to make sure baby get enough zat besi dan kita pun tak mudah penat. 

Vitamin pilihan saya sudah semestinya Vitalea Shaklee. It works well for me and it might work well for you too.

Boleh hubungi saya jika ingin memiliki Vitalea Shaklee ditalian 012 921 4064.
Konsultasi Percuma sudah pasti.


Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman

Sihat untuk beribadah dengan lebih cemerlang.

Friday, January 18, 2013

ANEMIA - INFO YANG PERLU DIKETAHUI


sharing pasal ANEMIA
Anemia atau kurang darah (hemoglobin) sering dikaitkan dengan keadaan lemah, letih dan lesu akibat kurangnya kandungan zat besi di dalam darah.Anemia bukan sahaja berlaku pada orang dewasa, malah kanak-kanak juga boleh dikaitkan dengan anemia.

Kita tengok apakah simptom-simptom anemia?

VITALEA


Terdapat beberapa keadaan dimana anemia boleh berlaku.
Berikut adalah antara punca utama berlakunya anemia :

- kekurangan zat besi
- kekurangan vitamin C
- kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
- masalah tiroid

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI
Ia boleh berpunca dari:

- Kecederaan/keadaan yang menyebabkan pendarahan luaran atau dalaman seperti kanser, menstruasi, gastrointestinal infection,
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet
-Keperluan zat besi yang meningkat seperti semasa mengandung dan menyusukan anak
-Pengambilan makanan/minuman yang menganggu penyerapan zat besi seperti cereal, teh, kopi

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C

Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH ANEMIA?

-pengambilan makanan yang mengandungi tinggi zat besi seperti daging, kurma, kentang, tiram, asparagus dan kismis.
-suplemen yang tinggi zat besi, pilihan saya pasti VITALEA dari Shaklee
-pengambilan buah-buahan seperti aprokit, epal, anggur, ara kering untuk meningkatkan aliran darah dalam tubuh
-pengambilan sayuran hijau seperti bayam,kubis, lobak,kangkung dan kentang manis bagi mengawal berat badan dan seterusnya meningkatka jumlah darah dalam tubuh


cc supernanny azrin,ghiboo.com & medexpressrx jugak

walau ape pun, segala info adalah daripada pembacaan dari rujukan yang bertauliah..semoga mendapat manfaat.

sebarkan dariku walau satu ayat (sabda Rasulullah s.a.w)

xoxo
suhailey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...