Monday, January 19, 2015

NASI GORENG PUTIH MUDAH DAN SEDAP

Holla everyone!!
Tak tahu masak nasi goreng putih?
Nak belajar masak nasi goreng putih?

Memang anda berkunjung ke blog yang tepat! 
Hari ini kita belajar masak nasi goreng putih versi yang mudah dan sedap. 
Budak sekolah rendah pun lulus masak nasi goreng putih ni, mudah sangat!

Mak - mak wajib terer buat nasi goreng putih ni, sebab budak-budak tak suka sangat makan pedas-pedas. Nasi goreng putih adalah salah satu pilihan menu yang mudah, tak pedas untuk dihidangkan kepada kanak - kanak.

Favourite Nuraini jugak nasi goreng putih ni.

Tak memerlukan bahan yang complicated, memang sesuai juga untuk si bujang menyediakan hidangan nasi goreng putih ini.
nasi goreng putih
Tadaa..ni dia nasi goreng putih yang uolls bakal masak..

Kita teruskan, untuk menyediakan nasi goreng putih untuk 3 org dewasa makan, kita memerlukan :

Bawang merah kisar  3 sudu besar
Bawang putih ketuk  3 ulas
Nasi putih yang telah dimasak
Isi ayam dipotong kecil
Minyak masak
Lada hitam
Kicap
Garam
Sawi 

Firstly, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Then, masukkan isi ayam dan tunggu sehingga ayam tersebut masak.
Next, masukkan nasi yang dah digaul.
Sebatikan nasi dan bahan tumis tadi biar sekata.
Tambah kicap dan garam secukup rasa.
Lastly, masukkan sayur sawi  dan masak sehingga sawi tu dah masak la...
Siap.

Mudah sangat kan? Gerenti korang semua boleh buat la.

Sebelum berundur, nak kasi tips masak nasi goreng putih ni dengan lebih sedap. Ikan goreng tu membangkitkan lagi kesedapan nasi goreng putih ini.

1. Ambik ikan goreng, perisikan ikan tu dan gaul dalam nasi putih.
2. Sejukkan nasi putih dalam peti sebelum jadikan ia nasi goreng.
3. Nak lebih 'kit', potong cili kecil dan masukkan sekali ngan sayur sawi tadi.
4. Sangat enak nasi goreng putih ini dimakan bersama keropok goreng.

Itu sahaja resepi nasi goreng putih mudah dan sedap untuk dikongsikan pada entri kali ni.
Selamat mencuba ye kawan-kawan sekalian.

Nak cari vitamin shaklee? roger saya ditalian 012 921 4064. Servis bagus punya^^^

Cooking is My Passion as well
suhailey




6 comments:

  1. nice entry
    Jemput Join segmen ekin di blog

    http://cikash.blogspot.com/2015/01/segmen-selamat-hari-lahir-by-cik-ash.html

    ReplyDelete
  2. teringat kt arwah tok dulu, selalu gak dia masakkan..orang lain tunggu je penuh sabar nasi goreng cenggini, tapi lagi simple

    ReplyDelete
  3. nasi goreng putih mmg sedap mkn ngan kopok...hehehe

    ReplyDelete

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...