Showing posts with label Breast Feeding. Show all posts
Showing posts with label Breast Feeding. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

Panduan Ringkas Cara Simpan Susu EBM untuk Ibu Bekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis disini. Seronok tau berkongsi ilmu ni. Minggu lepas konsult ibu baru bersalin tentang susu ibu. Seronok kami berbual.

Bukan la nak kata pandai sangat dalam bidang penyusuan ibu ni, bersandarkan pengalaman susu kan dua anak ni, inshaAllah ada sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama.

So, untuk panduan ibu-ibu yang baru nak belajar dan mungkin juga ibu-ibu yang dah lama tinggalkan alam penyusuan bayi ni, semoga entri kali ini bermanfaat untuk anda.

Lepas lahirkan Qamarulhuda, memang rasa kekok sekejap nak susukan dia. Almaklumlah dah lama tak menyusukan anak. Nuraini dah stop breastfeed umur 3 tahun. Ibu nak gi belajar kan, terpaksa lah stop. Alhamdulillah memang cukup susu ibu untuk dia sepanjang lebih jugak lah 3 tahun. Rezeki dia.

Qamarulhuda ni tak pasti lagi rezeki dia banyak mana, so far alhamdulillah, ada lagi bekalan susu untuk dia walaupun memang boleh dikatakan mencabar juga perjalanan breastfeeding Qamarulhuda sepanjang 8 bulan ni. 

Banyak kali outstation dalam tempoh yang agak lama. Memang mencabar. Nak cukupkan bekalan ebm sepanjang berkursus tu, Tuhan je yang tahu. Apa pun alhamdulillah, dah lepas pun exclusive breastfeeding. Itu pun dah cukup bersyukur. So, our journey still have 16 months to go. Doakan kami murah rezeki ye.

As promised, dibawah ni ada jadual cara penyimpanan susu ibu yang diperah (EBM) untuk panduan ibu-ibu semua terutama ibu menyusu yang bekerja. 

Panduan Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

Tempat Penyimpanan
Tempoh
Suhu bilik
4-6 Jam
Bilik berhawa dingin
8 Jam
Peti 1 Pintu
Bahagian Beku
Bahagian Suhu Biasa


2 Minggu
8 Hari

Peti 2 Pintu
Bahagian Beku
Bahagian Suhu Biasa

3 Bulan
8 Hari
Deep Freezer
6 Bulan atau lebih

Panduan simpan susu ibu EBM dah ada. Jangan skip pam tau.
Nak tahu makanan yang boleh banyakkan susu?

Baca ni: 7 MAKANAN BANYAKKAN SUSU

Selain makanan harian yang boleh bantu banyakkan susu seperti dalam entri tersebut, sepanjang tempoh penyusuan, saya biasanya akan mengambil vitamin untuk keperluan nutrien diri saya untuk pastikan susu saya bernutrisi.

Sebenarnya, saya memang kagum dengan ibu menyusu yang tak perlukan vitamin tambahan sepanjang proses penyusuan. Saya memang perlukan vitamin tersebut terutama vitamin asas untuk pastikan saya terus bertenaga. Bukan mudah nak bagi nak dapatkan semua nutrien yang diperlukan oleh badan hanya melalui makanan, bila dah busy kerja, kadang-kadang, tak sempat nak makan pun.

Dengan nak uruskan anak lagi bila balik kerja, tambah  pulak nak bangun susu kan anak lagi malam-malam, memang vitamin dalam bentuk tablet wajib untuk saya. Penat la saya rasa. Bila cukup nutrien, baru badan rasa best. Takde la lemau jek. Susu pun banyak.

Antara vitamin wajib sepanjang penyusuan saya adalah Vitalea, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix.

Takde 4 vitamin ni, lemau den. Masing-masing ada fungsi tersendiri yang saya memang elakkan untuk terlupa makan. Sayang anak punya pasal..

Set Lengkap Vitamin Sepanjang Penyusuan

Saya doakan perjalanan breastfeeding kita semua dimudahkan Allah swt. Jangan lupa banyakkan berdoa dan jangan skip pumping tau!

Contact saya mengetahui dengan lebih lanjut tentang vitamin yang saya amalkan,
SuhaileyMohdNoor
012 921 4064

Sunday, January 19, 2014

Tips Menjayakan Penyusuan Ibu

 Holla..
sedikit tips dalam menjayakan penyusuan ibu khas untuk pembaca sekalian..

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.

Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan.

Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu
Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu.

Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam lihatlah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.

5. Berdisiplin Berdisplin ketika memerah susu.
Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip #6 dan #7.

6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Disamping anak dapat menyusu, kita dapat juga mengumpul stok.

7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.

So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalau dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampak sikit, tapi ada beza.

8. Menyusu / Mengepam Lebih Lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain.

Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.

Mengepam lebih lama juga boleh buat let down 2-3kali. Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap.

Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting.

Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

Sumber Kump ibu ibu menyusu muslim

Happy breastfeeding dearest frens.

Ingin cuba set penyusuan shaklee?
Jgn lupa roger saya..012 921 4064

mommy suey
Pengedar Shaklee Kuantan
Pengedar Shaklee Kemaman

Monday, July 15, 2013

Bengkak Susu? Bagaimana mengatasinya...

Assalamualaikum dan selamat membaca...

Bengkak susu??? ayoo, sakitnya..

Entri kali ni, kita cerita pasal bengkak susu memandangkan salah seorang sahabat sedang mengalami situasi ni ;) 

Semoga entri ni membantu beliau dan ibu-ibu menyusu lain..



Kenapa bengkak susu boleh berlaku??


Salah satu sebab berlakunya bengkak susu ialah payudara tidak dikosongkan dengan baik. Ini menyebabkan saluran susu tersumbat dan menganggu pengaliran susu seterusnya terjadi lah bengkak susu.


So, how to settle?


Jom tengok petua-petua dibawah, mana tahu boleh membantu kan..  


1. Cara yang paling senang adalah dengan mengosongkan payudara dengan kerap. maka, ibu disarakan menyusukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.


2. ibu juga disarankan untuk mengurut payudara semasa bayi sedang meyusu dengan perlahan-lahan. Cara ini membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan seterusnya membantu melegakan sakit akibat bengkak susu tersebut.


3. Bagi sesetengah ibu, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Memandangkan ada ibu yang mencuba dan ternyata berhasil, maka tidak salah mencuba kan!!. Daun kubis mempunyai kesan penyejukan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar bengkak susu iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.


4. Daun sirih juga dikatakan mampu mengatasi bengkak susu. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.


5.  semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.


6. Another tips is 'sikat payudara'. sikat payudara dari dari atas ke bawah (ke bahagian puting).


Bagi yang mengalami bengkak susu, diharap entri ini dapat membantu...


I am breastfed mother & I am proud of it,

suey

Monday, February 18, 2013

vitamin shaklee nutrien ibu menyusu

Pengalaman menyusukan bayi memang tidak dinafikan sememangnya pengalaman dan saat paling indah dalam kehidupan seorang ibu. Lain anak lain ragamnya..namun perbezaan tersebut mampu membuatkan setiap ibu rindukan pengalaman tersebut dan tidak jemu untuk terus berusaha menyusukan anak mereka. Siapa yang tak nak yang TERBAIK untuk anak mereka kan???



SUSU IBU MEMANG TIDAK DINAFIKAN SEBAGAI SUSU TERBAIK YANG PATUT DIBERIKAN KEPADA SETIAP BAYI. PENYUSUAN EKSKLUSIF SELAMA 6 BULAN TERBUKTI MENINGKATKAN TAHAP IMUNITI DAN JUGA KECERDASAN BAYI-BAYI. MALAH SUSU IBU JUGA MAMPU MEMBERI KEBAIKAN BUKAN SAHAJA KEPADA BAYI MALAH IBU YANG MENYUSUKAN JUGA.

Bagi memastikan susu yang dihasilkan oleh ibu tersebut adalah susu yang berkualiti, pengambilan makanan yang seimbang & nutrien yang cukup sangatlah penting terutama untuk perkembangan bayi tersebut

Berikut adalah saranan nutrient yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya kekal pada tahap optimum.


Vitamin yang dimaksudkan adalah Multivitamin, Protein, Vitamin C, B Kompleks, Kalsium, Asid Lemak Omega 3 dan Alfalfa. Jom kita tengok kepentingan setiap vitamin ini.

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang  baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi, dan mengambil vitamin c menunjukkan khasiat vitamin tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin c. Vitamin c  penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mengandungi pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.  

Kalsium
40 % daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula,tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah  fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau Autisme.

Alfalfa
Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1,B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Ia dikatakan milk booster untuk ibu-ibu menyusu.

Baguskan vitamin-vitamin ni, memang patut kita amalkan pengambilan supplemen even bila dah tak menyusu lagi..semua tu penting untuk memastikan badan kita sihat supaya kita dapat menjaga orang disekeliling kita. Al maklumlah bile dah jadi ibu ni, we actually having another supporter in our life. Risau takut tak sihat sebab nak jaga anak kita kan?? semua ibu pun mempunyai perasaan begitu.

so, as a conclusion, ibu-ibu jangan lupa amik suplemen ye ;) Nak suplemen semulajadi? boleh try SHAKLEE

p/s : jgn lupa minum banyak air ye ;)

salam sayang,
umminuraini

Friday, January 18, 2013

NUTRIEN & IBU MENYUSU

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya, setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.


Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan esklusif disarankan diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Berikut adalah saranan nutrien  yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusu bagi memastikan kesihatan bayi dan ibu tersebut.


  • Multi vitamin
  • Protein
  • Vitamin C
  • Vitamin B Kompleks
  • Kalsium
  • Alfalfa
  • Asid Lemak Omega 3
Nutrien-nutrien  ini membekalkan keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. 

Tuesday, October 2, 2012

extended breastfeeding :soal jawab

here is some info on extended bf..enjoy reading;

Petikan dari utusan malaysia 26/03/2010


Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?
Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.
Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.
Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.
Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.
Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm#ixzz286djswZh
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Soalan:
Oleh: Karina:
Salam Ustaz, tempoh penyusuan ibu menurut islam adalah 2 thn utk anaknya jika dia mampu; Soalan saya: Apakah hukumnya jika ibu menyusukan anaknya lebih dari 2 thn? terima kasih ustaz

Jawapan:
Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233: 

ÙˆَالْÙˆَالِدَاتُ ÙŠُرْضِعْÙ†َ Ø£َÙˆْلادَÙ‡ُÙ†َّ Ø­َÙˆْÙ„َÙŠْÙ†ِ ÙƒَامِÙ„َÙŠْÙ†ِ Ù„ِÙ…َÙ†ْ Ø£َرَادَ Ø£َÙ†ْ ÙŠُتِÙ…َّ الرَّضَاعَØ©َ 

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan: “Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam. 

sumber dari: http://bin-sahak.blogspot.com/2009/10/hukum-menyusukan-anak-lebih-dari-2.html) 


cukup jelas dengan jawapan2 diatas..extended bf x haram ye,,
apa pun...ummi akan tabahkan hati wean off aini before she is 2 1/2 y.o..ummi nak membesarkan badan sayang...hihi

wean off

nuraini is already 2y1month2days..cepat nye masa berlalu..
ummi and abi plan nak wean off nuraini..
semalam cuba la letak syrup kat breast..huhu terkejut nuraini tengok, terus die tak nak..die cakap..encu (susu) akit..sayu hati ummi, dekat ngan ummi pun die tak nak..sakit katanye..x boleh encu..

perasaan seorang ibu, huhu nak nangis ummi,  keluar dah air mata ni..abi malas nak layan..for him, its the time..aini dah besar..xde problem pulak tu pasal makanan..sapu bersih any menu pun..

ummi jugak yang tak tahan..memang aini x nak dah encu..mase nak tido, die macm keresahan..asyik mintak itu ini..nak air la..puding la..ummi layan je..

by 10 pm..ummi x blh tahan lagi..terus gi basuh syrup tu..tutup lampu adn pujuk nuraini..encu x sakit dah..boleh encu dah..since dah gelap, die pun x nampak merah2 tu..die pun start menyusu balik..walaupun teragak2..at first tu, nmpk la die mcm rasa pelik..agaknye rasa syrup kot..after dah ok dah..cuma x la menyusu lama mcm biasa..

huhu..lega hati ummi..sue yang x bersedia sebenarnya nye..x sampai hati..
pagi tadi pulak..after 7am..ummi cakap ngn nuraini,,encu sakit lg..so, die pun x nak la menyusu...die continue tido mcm tu je..

ummi kena sangat tabah nak wean off die..slow2 la kot..sgt x sampai hati..

Wednesday, June 27, 2012

Alhamdulillah


alhamdulillah..syukur..syukur

at the age of 1yr 9mos..saya masih dikurniakan Allah swt..susu yang sangat best dalam dunia ini iaitu SUSU IBU....insyaAllah dipermudahkan Allah swt untuk menikmati susu ummi saya at least 2 years of my life...



nuraini..manis berbaju kurung...besar dah anak umi ni...insyaAllah menjadi hamba Allah yang beriman..

ummi

Wednesday, May 16, 2012

4 months to go :)

Alhamdulillah, Nuraini turn 1y 8mos on 1st May... Stok ebm mencukupi walaupun demand lebih tinggi berbanding dulu..gi school aini dibekal at least 2x3oz..average 3 x 3oz..bile balik umah..mmm melekat la kat umi die..cant imagine if i am not arond when she back from school..sampai2 je terus cr umi..p bilik jahit or our room if tgk umi xde kat living hall..pastu g dapur and even bathroom pun...huhu bile x jumpe ummi, which mean ummi menyorok, mula la die nangis...erm, bile dh jumpa tu...melekat la die ngn breast kesayangan die..huhu I think i will miss this bonding time bile die dah x menyusu lg...:( Hopefully, rezeki nuraini ngan susu ibu ni berpanjangan at least 2 yr old...insyaAllah dipermudahkan..semoga usaha semua ibu2 untuk menyusukan anak dipermudahkan Allah swt... Salam sayang Ummi

Monday, March 12, 2012

breastfeeding journey..another 1/2 year to go

syukur alhamdulillah..1.5 years berlalu...another 0.5 years to go..stok ebm alhamdulillah seperti biasa masih mencukupi..pernah juga cuma ade 4oz shj and nuraini tolerate well with it..cikgu kat nursery cakap..if susu ade 2 botol je..nuraini mcm faham, die x mintak pun..kalo cikgu cakap xde..die ok je..and akan mintak botol air die...pernah juga terjadi inside macam ni 2 kali..gara2 lupa nk prepare extra ebm before cik period dtg mengunjugi diri..

there is some day yg situation where, stok hari ni untuk esok...sekarang ni ummi tgh bekerja keras untuk kumpul extra ebm untuk nuraini tersayang..

last conversation ngn cikgu last week, cikgu ade mentioned, kejap je habis ebm nuraini minum..mungkin it is a signal that kena up amount of ebm per bottle..alhamdulillah pg td bekalkan 10oz for 4 session...

mungkin jua berkat pesanan utk anakanda setiap kali having meals together..nuraini kena makan apa yg ade je..kalo dh habis kena sabar..cannot be greedy also...itu yg die x demand sangat..alhamdulillah

semoga bf journey berjalan lancar..

wish the best for nuraini
ummi

Wednesday, December 14, 2011

Medela vs spectra

Afternoon all,

Today our topic is all about breastpump. Actually, kedua-dua pam pernah digunakan oleh diriku ini, hahaha pernah addicted to breastpump suatu mase dulu....Semua pam daku nk beli, hahaha,sib baik x beli semua..semangat nk mengepam la katakan..

Actually, i owned a medela swing...and sekarang ade spectra 3 yang dipinjamkan oleh seorang SAHABAT..so, bile dh guna both pam ni, leh la review pros & cons both pump tersebut.sebelum terlupa, penggunaan pam ni xdela memperbanyakkan susu seperti yg dipercayai oleh ramai orang..bagi diriku, pembelian pump dan pemilihan adalah berdasarkan kepada keperluan dan situasi masing2..

So, here is my review on both pumps"

Medela swing
Of course sgt ringan..
Blh guna plug n battery jugak..
X heavy duty sgt..
X blh wat double pump..
Ade stimulation phase..Bagus nih
Leh pump mase drive or dlm kete cos leh pakai battery
Price..>rm500

Spectra 3
Berat..Susah utk dibawa kemana-mana..
Guna plug je..
Blh wat double pump
Xde stimulation phase
Heavy duty
X leh pump dl kete lor..
Price..
as for me, both pam adalah bagus,satu daku guna kt opis, satu lg kat umah n for travel..setiap orang ade keperluan masing2, daku sudah memilih mengikut keperluanku..kamu bagaimana?

Bye..

Tuesday, September 13, 2011

degree of breastfeeding

setahun berlalu..alhamdulillah rezeki untuk Nuraini breastfeed still melimpah ruah..syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaNya tersebut.........ebm stock untuk nuraini masih banyak..syukran..syukran..

1 september 2011, hari dimana ummi was awarded a DEGREE OF BREASTFEEDING by my own self due to successfully breastfed nuraini for a year..will try my best to continue this usaha till u r 2 yrs old... I have high hope that ummi dapat tunaikan tanggungjawab sebagai sbg ibu menyusukan anak and aini juga dapat hak aini sebagai anak..

Dengan pertolongan drp Allah swt insyaallah, nuraini akan dapat breastfeed till 2 years old

Thursday, February 24, 2011

Expressed Breast Milk (EBM) Storage Bags & Bottles

Salam semua..
anda sihat? saya juga!!
Buat mase ni..sekarang..huhu,,nak cerita pasal..huhu kena stop jap..time utk susukan nuraini..
okeh,dh boleh samb. citer...actually nk citer pasal botol or plastik bag utk simpan susu perahan atau dlm english nye adalah...ebm..expressed breast milk. 

Bile sepatutnya kite perlu start search pasal storage nih? 
me, myself start search info on storage nih mase preggy lg..huhu mmg excited sgt nk membeli beli ni..i can be considered as SHOPAHOLIC la jugak..hehe..shopping tu best kan kawan2...hahaha i'm sure semua agree!! 

Lets move straight to the point....storage ni ade 2 jenis..bottle n bag..bukan handbag ye kawan2.it is plastic bag which was designed specifically for ebm storage..made from specific material just nice to put/store ebm inside..same jugak ngn botol..
Oh..botol/plastic bag yg macamane saya patut beli? 
Jawapannye adalah..plastik or botol tu perlulah BPA free..phalates free is another advantage..juga perlu diselidiki samada produk tersebut mengikut standard FDA or not...

Mane nk beli nih?
Oh..jangan risau..banyak kedai kat Malaysia ni ade jual..kat parkson or any shoppig complex pun ade jual..online pun ade jugak..cthnya my blogshop ler http://melittleshoppe.blogspot.com
Contoh-contoh? saya nak contoh...
sabar ye kawan2..hehehe..berikut adalah antara storage botol yg terdapat di pasaran..which one i have?
erm..i have almost all brand..already addicted in buying storage bottles & plastic bags...

For bottles..Medela..Bumblee bee..Autumnz..safety plus..MLO..Mom's Precious  & etc
For bags..You Have A Baby (sgt menjimatkan ni!)..Jingle Jungle..Autumnz (my best choice)..


Oh lupa lak..saya juga pernah guna bekas dadih as ebm storage container..kejap je sy guna coz sy lebih suka guna botol2 n plastic storage bag yang seperti yang dinyatakan...

Setiap orang ade pilihan masing-masing..ini pilihan saye...adakah ia juga pilihan anda?
sampai jumpa lagi....happy breastfeeding..muahh

*p/s penaja: item di atas boleh didapati di http://melittleshoppe.blogspot.com

Expressed Breast Milk (EBM) Storage Guideline :)

Dear kawan-kawan..Mari Menyimpan Susu..
Berikut adalah Panduan Untuk Menyimpan Susu Perahan..
Place of storage Duration
Room Temperature 4- 6 hours
Air cond room Up to 8 hours
Refrigerator (1 door)
Atas (tempat beku)
Bawah

2 weeks
up to 8 days
Refrigerator (2 door)
Atas (tempat beku)
Bawah

3 months
up to 8 days
Deep Freezer 6 months or longer

Wednesday, February 2, 2011

Used BreastPump

Sharing is Carring..kena baca artikel ni dulu..:)

The concern of buying a used pump is something many breastfeeding moms encounter. Although a used pump may be more affordable than a new one, there are real health implications involved.

The practice of re-using single user pumps may be dangerous because some disease organisms are know to be present in the breast milk of infected women. Additionally, if a woman has used the breast pump during an episode of cracked bleeding nipples, blood contamination may have also occurred. Home sterilization methods are not always reliable to ensure the safe destruction of all pathogens especially in the rubber parts such as washers and diaphragms. Some pumps have internal diaphragms that cannot be removed and cleaned or replaced. In addition, even if you get a new collection kit (the part the touches your breast and collects the milk) it may be possible for air-born pathogens or droplets of milk that are not visible to the naked eye to get into a pump motor and cause contamination to the next user. Most single user pumps are "open system" pumps and do not have any protective barrier to prevent cross contamination to multiple users.

Many of the diseases that can be found in the milk of infected women are very serious or life threatening. Pathogens like Human immunodeficiency virus (HIV), hepatitis, cytomegalovirus (CMV) and others can be found in the breastmilk of infected women. (Lawrence 94) These diseases frequently go undetected for long periods of time, so even if the former user of the pump is trustworthy and willing to share this personal health information with you, she may not be aware she or her partner are carriers. Though there have not been any documented cases of mothers or babies being infected through the use of a second-hand pump, I don't believe sharing single user pumps is worth even a very small or theoretical risk.

Other very difficult to clear fungal infections like candidiasis, more commonly known as yeast or thrush, may also be transmitted. Yeast organisms are very stubborn pathogens that can live on surfaces for long periods. Some lactation consultants will go as far as recommending replacing old pump equipment when working with a mom who has an especially persistent yeast infection because of the difficult in ensuring the complete destruction of the fungus even with careful cleaning.

In addition to the health risks of borrowing a pump there are ethical ones as well. I have worked with several moms who purchased or borrowed a used pump from a friend or relative, only to have that pump break or stop operating while they were using it. These moms then felt obligated to purchase a new pump,if it was a borrowed pump, the new pump had to be returned and the mom had spent a lot of extra money that she didn't need to. The approximate cost to formula feed a baby for one year is $2,300.00 , a new breast pump is very reasonable compared to that price.

Most breast pumps come with a one year warranty, but this only applies to the original owner, any sharing of the pump negates the warranty.
The FDA states "Only FDA cleared, hospital-grade pumps should be used by more than one person."

The following pumps are are designed to be used by multiple users:

These pumps operate on a "closed system", meaning that it is impossible for milk reach the motor, hence these are safe to be used my multiple mothers.

Hollister Elite® Hollister Lact-e®

Hollister SMB® Breast pump®

Medela Classic® Breast pump

Medela Lactina® Breast pump

Medela Symphony® Breast pump

Bailey Nurture III®

Above list subject to change, please consult the FDA site for the most up to date information.

All other pumps are desigened to be single user pumps and shoud not be shared. Please note that even pumps that cost over $100.00 to $300.00 are still single user pumps.

"You should never buy a used breast pump or share a breast pump."

Only FDA cleared, hospital-grade pumps should be used by more than one person. With the exception of hospital-grade pumps, the FDA considers breast pumps single-use devices. That means that a breast pump should only be used by one woman because there is no way to guarantee the pump can be cleaned and disinfected between uses by different women.

The money you may save by buying a used pump is not worth the health risks to you or your baby. Breast pumps that are reused by different mothers can carry infectious diseases, such as HIV or hepatitis.

Buying a used breast pump or sharing a breast pump may be a violation of the manufacturer’s warranty and you may not be able to get help from the manufacturer if you have a problem with the pump."

ooo..mcm tu rupenye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...