Showing posts with label ZINC COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label ZINC COMPLEX. Show all posts

Friday, March 20, 2015

ATASI RAMBUT GUGUR SUPAYA LEPAS BERSALIN TAK BOTAK LICIN

Masalah rambut gugur memang menghantui ibu bersalin sejak dari dulu lagi. Tak dinafikan memang ada ibu yang bertuah, rambut mereka tak gugur banyak, sebab selalunya selepas bersalin, memang rambut akan gugur banyak la.

Tak cantik pulak bila rambut dah jarang sangat, jangan sampai botak sudah. Serabut tau rambut asyik gugur ni. Klik video pendek dibawah untuk tonton pengalaman beliau dengan rambut gugur kronik dan bagaimana beliau mengatasinya.


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Basically, kenapa rambut boleh gugur selepas bersalin?
Salah satu sebab kenapa rambut gugur selepas bersalin disebabkan oleh pola pemakanan yang tidak sihat.

Biasanya, ibu-ibu bersalin akan mengawal pemakanan supaya dapat mengembalikan semula bentuk badan langsing seperti sebelum hamil. Ini menyebabkan mereka kekurangan nutrisi yang amat diperlukan tubuh.

Tambahan pula, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat berbanding lelaki. Oleh sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua lebih cepat berbanding lelaki. Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.

Bagi wanita, tempoh dua hingga tiga tahun sudah cukup membuatkan wanita kelihatan 'botak' kerana liang-liang rambut cepat tertutup. Bayangkan umur kita dah 30 sekarang, by 33, alamak,,,kita dah BOTAK!!!

Eh, tak nak jadi gitu kan? Karang kan, tak pasal-pasal suami cari lain. Isteriku botak??? Sebelum apa-apa kesan buruk berlaku, lebih baik kita atasi masalah rambut gugur ni.

Vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur ini termasuklah sumber protin dan mineral seperti zink. Vitamin ini juga bagus kesihatan optimum semasa berpantang tau!

Tak lupa juga pemilihan syampu yang tepat untuk mengatasi masalah rambut gugur.

Hubungi saya sekarang ditalian 012 921 4064 untuk order vitamin berkenaan sebelum rambut gugur menjadi lebih kronik. Tak kan nak tunggu kepala dah botak baru nak cari penyelesaian kan? Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna :). Konsultasi PERCUMA hanya untuk pelanggan saya :)

Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
ID 886589


Monday, September 1, 2014

8 KELEBIHAN ZINK KOMPLEKS YANG PATUT ANDA NIKMATI!

Zink?? Ye zink! bukan zink atap tuh, zink suplemen la..vitamin!!

Zink merupakan elemen surih yang sangat diperlukan oleh manusia, tumbuhan dan juga haiwan untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat kepentingan zink si elemen surih ini kepada tubuh badan. Kenapa zink begitu penting kepada badan walhal kuantiti yang diperlukan tidak lah begitu banyak seperti protein?? Klik ESP.

Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi badan dan juga lebih 300 enzim di dalam badan kita memerlukan zink untuk memberi fungsi yang sempurna. Tanpa kehadiran zink, enzim-enzim ini ada yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

zink
zink kompleks

Tanpa membuang masa, jom kita terokai kenapa zink penting untuk badan kita! 8 kelebihan zink yang perlu anda nikmati!


KELEBIHAN ZINK 1 : ZINK MENCEGAH BUTA, RABUN MALAM & KATARAK

zink


Kajian mendapati, kandungan zink yang tinggi dijumpai pada retina mata kita. 

Faktor usia menyebabkan kandungan zink ini semakin berkurang pada retina dan seterusnya boleh menyebabkan Age-related macular degeneration (AMD) yang secara tidak langsung akan menyebabkan kehilangan penglihatan. 

Zink juga melindungi mata daripada rabun malam dan juga pembentukan katarak.


KELEBIHAN ZINK 2 : ZINK SANGAT PENTING KEPADA IBU MENGANDUNG!

Ramai ibu mengandung yang tidak menyedari yang mereka sangat memerlukan zink sepanjang kehamilan mereka. 

Biasanya ibu hamil hanya tertumpu kepada vitamin lain seperti zat besi dan b kompleks juga asid folik. 

Tahukah ibu mengandung sekalian bahawa dengan mengambil suplemen zink yang mencukupi ibu-ibu hamil dapat mengelak daripada kelahiran pra-matang dan juga kecacatan sejak lahir (congenital abnormalities). 

Zink diperlukan oleh bayi fetus dalam kandungan untuk berkembang dengan jayanya!


KELEBIHAN ZINK 3 : ZINK DAN KESUBURAN

Terdapat perbezaan fungsi di antara kesan zink untuk wanita dan lelaki apabila bercerita tentang kesan zink terhadap kesuburan.

Ya, memang tidak dinafikan lagi zink mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita. 

zink dan kesuburan


Bagaimana tu? 

Sebenarnya, zink berfungsi dalam mengekalkan jumlah dan pergerakan sperma selain mengekalkan tahap normal testosterone serum. 

Bilangan sperma dan pergerakan sperma yang konsisten diperlukan oleh lelaki untuk memastikan ada diantara berjuta-juta sperma milik mereka dapat bergerak dilandasan yang betul kearah ovum untuk disenyawakan. 

Maka, persenyawaan bakal berlaku. 

Bagi wanita pula, zink membantu dalam masalah kitaran haid dan juga sindrom pra menstrual atau PMS.


KELEBIHAN ZINK 4 : ZINK MENJAGA PROSTAT LELAKI

zink dan prostat


Jangan main-main dengan zink ni tau, walaupun ia nya hanya elemen surih sahaja, tetapi zink diperlukan untuk melindungi prostat daripada jangkitan (PROSTATITIS) dan juga mencegah pembesaran tidak normal prostat (PROSTATIC HYPERTROPHY).



KELEBIHAN ZINK 5 : ZINK HAPUSKAN JERAWAT

Zink merupakan salah satu suplemen/vitamin yang bagus dalam membantu menghapuskan jerawat dan kajian juga mendapati zink memberi impak positif dalam rawatan psoriasis dan neurodermitis.


KELEBIHAN ZINK 6 : ZINK UNTUK KULIT, RAMBUT DAN KUKU YANG CANTIK & SIHAT

Tidak ramai yang tahu tentang peranan zink dalam kecantikan & kesihatan kulit, rambut dan juga kuku. Zink sebenarnya mempercepatkan proses pembaharuan sel kulit. 

Apabila proses pembaharuan sel kulit kita berlaku dengan pantas, kulit akan sentiasa nampak baru atau dengan kata lain kulit kita tampak berseri lah.

Zink juga terkenal sebagai agen anti radang (anti-inflammatory agent) dan dapat membantu melegakan tisu kulit terutamanya dalam kes sunburn, (lepuh) blisters dan sesetengah penyakit gusi. 

Bagi rambut pula,  kekurangan zink akan menyebabkan rambut gugur, rambut tidak bermaya dan meningkatkan kebarangkalian untuk rambut menjadi uban lebih awal. Zink juga bertindak membantu menghalang kelemumur berlaku.


KELEBIHAN ZINK 7 : ZINK UNTUK PERTUMBUHAN DAN PEMBAHAGIAN SEL BADAN!!

Di sini zink memainkan peranan penting dalam pertumbuhan yang berterusan seperti pada pertumbuhan tulang, ketinggian dan berat badan individu terutama kanak-kanak yang sedang membesar dan juga remaja.


KELEBIHAN ZINK 8 : ZINK DAN SISTEM IMUN

Bagaimana zink bertindak dan kenapa ia begitu penting untuk system imun kita?? 

Dalam melawan penyakit atau pun sebarang jangkitan, system imun badan memerlukan T-Cell yang kuat untuk melawan kerintangan terhadap penyakit dan juga jangkita yang sedang dihadapi. 

Kekurangan zink menyebabkan T-cells ini lemah dan berkurang. Apabila T-cells berkurang, badan sukar untuk mencegah jangkitan terhadap penyakit dan sukar untuk melawan jangkitan yang sedang dihadapi. 

Dalam kuantiti yang tinggi, zink dipercayai efektif untuk melawan radang paru-paru (pneumonia). Zink juga dapat membantu memulihkan cirit birit jika diambil dalam dos yang tinggi. Selain itu, zink membantu dalam mempercepatkan dan mengurangkan demam yang teruk.


Tak sangka kan, begitu banyak manfaat zink yang sememangnya penting untuk badan kita. Walaupun kuantiti yang diperlukan hanya sedikit berbanding vitamin lain, tetapi peranan yang dimainkan sangat besar! Ayuh kita jangan lupakan zink dalam diet harian kita.


Shaklee ada menyediakan suplemen zink dalam bentuk tablet iaitu ZINC COMPLEX Shaklee. Harganya begitu murah (RP: RM33.75/120 biji) berbanding khasiat yang diberikan. 

Hubungi saya SUHAILEY di talian 012 921 4064 untuk mendapatkan ZINC COMPLEX SHAKLEE. Konsultasi cara makan mengikut kesesuaian akan diberi secara PERCUMA. 


zink kompleks


Nak keahlian Shaklee secara PERCUMA? klik sini Keahlian Percuma Shaklee.

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah!

Pengedar Shaklee Kemaman

Pengedar Shaklee Kuantan

suey
886589
012 921 4064



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...