Showing posts with label MEE REBUS. Show all posts
Showing posts with label MEE REBUS. Show all posts

Thursday, December 22, 2016

MEE REBUS MUDAH SEDAP

Assalamualaikum swt

Semalam balik kerja pun dah lambat. Perut dah lapar. Nak masak nasi, karang lambat pulak. So, kita buat mee rebus je.  

Mee rebus versi terengganu tau. Korang pernah cuba?
Resepi mee rebus versi terengganu ni mudah sangat, ambil masa yang cepat pulak tu. Bahan untuk menumis pun tak banyak. 


Bukan tak nak masak menu lain, tapi cili blend dah habis. Kita masak apa yang ada je lah. Asal berkhasiat dan banyak sayur.hihi

Menu mee rebus ni sesuai untuk mereka yang bujang, sebab senang nak sediakan serta sesuai jugak untuk ibu-ibu yang busy, memandangkan cara masak mee rebus ni sangat la mudah dan cepat.
Lama sikit daripada masak maggi segera je.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk masak mee rebus versi Terengganu adalah seperti berikut :

Mee Kuning - 1 bungkus
Ayam (bahagian isi) - 2 ketul potong dadu
Bawang besar - separuh
Bawang putih -  6 ulas
Lada hitam -  separuh genggam (dalam 20-25 biji)
Sayur
Telur
Air

Cara masak mee rebus ni senang sangat. Firstly, kisar bawang putih, bawang besar dan lada hitam. Kisar sampai lumat. Kalau stok bawang besar dah habis, boleh guna bawang merah.
Kalau nak kuah banyak, perbanyakkan kuantiti bahan untuk kisar ni.

Then, tumis bahan kisar dalam kuali besar. Guna periuk pun boleh, tapi saya lagi suka masak mee rebus ni guna kuali sebab bukaan kuali yang besar berbanding periuk.

Masukkan air dan ayam yang dah dipotong dadu. Biar ayam masak dahulu sebelum masukkan sayur. Kitaorang sangat suka sayur, jadi sayur tu memang pelbagai dan banyak.


Ikut suka nak letak sayur apa pun, tapi biasanya, sayur yang sesuai ialah seperti sawi, lobak merah, kubis, bunga kubis, cili benggala dan saderi.

Agak-agak sayur dah nak masak tu, masukkan telur. Siap.

Hidangkan bersama mee kuning yang dah dicelur tadi.

Selain untuk dinner, best jugak mee rebus ni kalau buat sarapan atau makan petang. Makan tengahari memang nak cari nasi je.

Thanks korang, sudi baca sampai habis!

Boleh jugak nak cuba resepi mee rebus versi chendor perdana, Boleh klik link kat bawah ni:

Suhailey
Kuantan, Pahang
012 921 4064

Friday, August 29, 2014

mee rebus chendor perdana

alahai tajuk entri...tak menahan tu! idea dari encik husband la tu, semua nama masakan pun dia nak letak 'chendor perdana' kat belakang. so inspired with this place i guess!

mee rebus chendor perdana atau pun nama pendek dia, mee rebus, asalnya dimasak untuk encik husband tersayang memandangkan sudah bosan makan nasi setiap hari dan juga disebabkan kesibukan yang melanda encik husband yang asyik tak sempat balik makan tengahari kat rumah!
So, kita masak mee rebus aje.

actually, nak masak mee rebus ni senang je, tapi sokmolah lupa resepi, resepi sebenar sebelum diubah sesuka hati saya berasal daripada kawan saya, kak azma, tak pasti la pulak dia ceduk kat mana resepi ni, yangpasti, saya dah ubah ikut selera kami..hehe jangan marah ye kakakku sayang!

mee rebus chendor perdana
Mee Rebus Chendor Perdana

Here is the recipe!

Korang perlukan bahan-bahan ni ye..

1. Mee kuning (sila celur ye!)
2. Udang / ayam /daging (kalo ada semua sekali, cantik!!)
3. Sos tomato & Sos cili
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Bawang blend/tumbuk
7. Cili blend
8. Gula & garam
9. Cuka
10. Telur Ayam
11. Sayur (sawi & lobak merah pun dah cukup)
12. Serbuk lada hitam

Dah cukup semua bahan-bahan??? ok jom mula masak!

Tumis bawang blend, cili blend & lada hitam, cili blend tu letak sikit sudah sekiranya hidangan ini akan dihidangkan kepada budak-budak jugak.

Agak-agak dah garing, masukkan ayam/daging/udang dan seangkatan dengannya dan reneh sampai masak.

Sambil-sambil tu, masukkan sos tiram, sos tomato,sos cili dan kicap. Banyak mana nak letak tu, terpulang kepada banyak mana mee yang korang nak masukkan nanti, biasanya untuk 1/2 paket mee kuning tu, sos-sos ni letak je 1-2 sudu, sos cili tu kalau nak pedas, sila letak lebih ye.

Air kena la masukkan sekali kan untuk kuah. Agak-agak amaun air tu setimpal la dengan mee dan bahan-bahan tadi.

Sekarang dah tiba masa nak letak gula dan garam secukup rasa korang! Pandai-pandai tambah bahan-bahan kat atas sekiranya kuah tu rasa kekurangan ye.

Dah boleh masukkan sayur dan sila masukkan telur sekiranya berminat. sebenarnya letak telur ni lagi best tau, tapi kalau tak nak letak pun takpe je.

Last sekali, boleh masukkan mee kuning yang dah dicelur tadi, tapi kalau nak asingkan kuah dan mee pun boleh.

Tadaaa..siap dah Mee Rebus Chendor Perdana  korang!

mee rebus
mee rebus ni cik nuraini punye...udang je yang banyak!


Tips :

1. Guna bawang yang ditumbuk lebih best daripada bawang blend sebab lebih terasa jus bawang tu berbanding bila blend/kisar.

2. Guna cili blend yang dimasak dan dikisar sendiri lagi best daripada beli cil boh kat kedai. terasa lebih 'kit' masakan tu tau!

3. Mee rebus chendor perdana ni lagi bertambah best bila dimakan dengan keropok goreng!

Sila cuba dan jangan segan-segan untuk ubah/tambah apa yang patut mengikut selera korang. selamat mencuba dan terima kasih kerana membaca!

suey yang kini hebat memasak!

saya jual shaklee jugak tau,

suhailey mohd noor


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...