Showing posts with label CINCH TEA MIX. Show all posts
Showing posts with label CINCH TEA MIX. Show all posts

Tuesday, April 1, 2014

Cinch Energy Tea Mix untuk kuruskan badan ke?

peminat teh pasti suka dengar info tentang teh yang boleh membantu anda menguruskan berat badan disamping tidak menjejaskan kesihatan. entri ini juga ada kaitan dengan khasiat teh hijau yang telah saya tulis sebekum ini. klik sini untuk rujukan, bagaimana teh hijau boleh membantu menguruskan berat badan dan juga memelihara kesihatan. Teh yang saya maksudkan pada tulisan kali ini bukan sahaja melibatkan teh hijau tetapi juga teh merah dan teh putih. Teh yang saya maksudkan ialah Cinch Energy Tea Mix keluaran shaklee (M) sdn bhd.

Cinch Energy Tea Mix
Cinch Energy Tea Mix Shaklee merupakan salah satu produk dalam set pengurusan berat badan yang terdiri daripada cinch shake mix, alfalfa, lecithin, omega guard, herblax dan juga Cinch Energy Tea Mix shaklee ini. 

Kenapa Cinch Energy Tea Mix ini termasuk dalam set kurus shaklee? Apa kandungan Cinch Energy Tea Mix ni? Untuk menjawab soalan tersebut, jom kita lihat kandungan dan kebaikan yang Cinch Energy Tea Mix boleh berikan.

Kandungan utama Cinch Energy Tea Mix shaklee ini adalah seperti berikut :
# teh hijau matcha
# ekstrak teh hijau
# teh putih 
# teh roibos merah. 
# taurina

Kebaikan Cinch Energy Tea Mix adalah :

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x
2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak
3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.
4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat
5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol -
pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.

Khasiat CINCH ENERGY TEA MIX  bukan sahaja seperti di atas, malah ia juga memberikan khasiat seperti berikut :

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti asma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Banyak betul khasiat cinch energy tea mix ni, bukan setakat boleh membantu kuruskan badan ni, memang bagus untuk kesihatan kita. Maka nya, cinch energy tea mix ni boleh juga dikongsi satu keluarga, tak semestinya untuk mereka yang kurus sahaja, malah ianya sesuai untuk kita semua.

setiap pembelian akan disertakan dengan cara makan eksklusif dari saya dan juga tips penjimatan cinch energy tea mix ini.

hubungi saya untuk mencuba di talian 0129214064.

bersama membangunkan ekonomi ummah

suey
SID Shaklee anda




Thursday, March 20, 2014

Kurus dengan Teh Hijau?

Cerita tentang teh hijau.
Jom kenali teh hijau dengan lebih dekat. Nak kurus dengan teh hijau? 

Jom baca ni...

Teh hijau adalah di antara olahan teh yang sangat popular di Asia Timur terutama di Jepun. Malah penduduk dunia yang paling panjang umur­nya ditemui berada di pulau Okinawa, Jepun dan didapati ramai penduduknya berusia melebihi 100 tahun malah mereka jarang dijangkiti penyakit. Ini kerana mereka menjadikan minuman ocha iaitu sejenis teh hijau sebagai minuman harian.



Sebenarnya, bahan pembuatan teh hijau tidak mempunyai perbezaan dengan jenis tanaman teh lain namun teh yang berasal daripada pokok Camelia Sinesis mempunyai cara pengolahan berbeza berbanding teh hitam atau merah yang selepas dipetik akan dikeringkan kemudian mengalami proses pengoksidaan selama enam minggu.

Berbeza dengan teh hijau, sebelum dikeringkan daun teh yang baru dipetik dikukus terlebih dulu sehingga pering­kat oksidasinya berada pada tahap paling minimum.

Menurut Journal Amerika berdasar kajian klinikal Nutrisi mendedahkan ekstrak teh hijau dikenal pasti memberi manfaat untuk mengaktifkan metabolisme dan mening­katkan tenaga. Ini kerana ia mengandungi sejenis bahan polyphenois katekin dalam jumlah yang besar dan mampu membakar lemak sehingga empat peratus dalam tempoh 24 jam selepas meminum teh hijau.

Malah minuman berkhasiat ini membantu mengatur (mengawal) glukosa, karbohidrat dan mengurangkan peningkatan gula dalam darah sekiranya diambil selepas makan.

Hasil kajian Universiti Chicago pada tikus yang disuntik ekstrak teh hijau selama tujuh hari mendapati teh ini mempunyai hubung kait de­ngan penurunan nafsu makan. Tikus yang disuntik itu makan kurang sehingga 60 peratus daripada biasa.

Walaupun terbukti berkhasiat untuk menurunkan berat badan, namun dengan hanya meminum teh hijau saja tidak akan memberikan hasil yang diinginkan tanpa melakukan senaman atau makan me­ngikut piramid makanan.

Ini kerana untuk mengurangkan lemak sebanyak setengah kilogram seminggu, seseorang itu harus me­ngurangkan jumlah kalori sebanyak 3,500 kalori. Ini bermakna dengan minum lima cawan teh hijau sehari ia akan hanya membakar 70 hingga 80 kalori sehari dan masih belum mampu mencapai tujuan asal. Oleh itu di samping mengamalkan teh hijau anda juga harus melakukan senaman secara teratur serta mengikut pola makan yang sihat. 

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan.

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.

Malas nak bancuh teh hijau yang perlu guna air panas tu? 
Anda boleh cuba Cinch Tea Mix dari Shaklee. 
Boleh dibancuh dengan air sejuk dan sangat mudah kerana ianya didatangkan dalam bentuk serbuk mudah larut.
Cinch Tea Mix Shaklee lazat diminum samada panas atau sejuk.


Selain, membantu untuk menguruskan badan, cinch tea mix ini juga membekalkan tenaga sepanjang hari. 

Berminat untuk mencuba cinch tea mix? 
Hubungi saya di talian 012 921 4064 atau email sueymn@yahoo.com.


cinch mix tea


Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
Id 886589

*gambar & info kredit to google & harian metro


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...