Monday, January 7, 2013

Slide lagi...

mmm..memang favourite aini main slides, hari khamis last week, sue bawak aini main slide kat casa limbong. Casa Limbong ni shopping place kat kemaman..die bukan mall, macam petaling street or jalan tar sket.
mase tu dah malam..sementara tunggu abi balik dari terengganu..sue x berani nak drive malam dr kemaman ke sg ular, kena ade abi follow dr belakang. Ahmad abang sepupu aini pun ade..die plan nak habiskan weekend kat umah sue..nak main ngan nuraini la tu..happy abang dapat datang umah mak ngah..

excited main slide

Nurani sibuk ajak gi CP..CP tu centre point,,x sure ape yg die suka sangat ngn cp tu..hehe tp x sempat pun bawak p CP tu.Btw, CP ngn Casa Limbong tu dekat sangat..Casa Limbong duk belakang CP je.
Seronok sangat aini main slide, dekat sejam jugak duk situ.Abang dah mula lapar,,,ajak pergi A&W.
ready,GO

Memang sue dah janji nak bawak aini and abang g A&W tu..diaorang nak makan ayam. Sebenarnye, sebelum gerak dari umah kakak tadi, kakak sue amik nuraini dr taska hari tu, mmg dah makan nugget,  lapar agaknye penat main slide. Aini macam biasa la,,x nak balik, nak main lagi...last2 sue angkat die, bawak die balik..meronta la die..,,, terpaksa buat gitu, x leh nak pujuk macam biasa, masa dh suntuk, A&W nak tutup dah...

aini x nak balik,,abang penat dah ajak
(ummi kat depan diaorang ni)

seronok betul aini main slide malam tu..x hirau ummi pun...sue pun happy tengok aini happy, ade mase lapang nanti, sue bawak aini lg!!

xoxo
suey,ummi nuraini

new school bag for new year

Sempena tahun baru, rezeki nuraini pulak dapat beg sekolah baru..beg tu memang la sangat besar..pok sue die punye...happy sangat la Nuraini tu dapat new bag..sibuk keliling umah..show off depan tok ma la...isi buku pok su sebijik.

esoknya, excited giller nak gi school,abi cakap, bangun je dari tidur terus cari bag die..amik baju g ummi dah susun atas sofa, die amik letak dalam bag die terus..ready for school!! selalu susah tol nak gi school..nak uni la..nak adi la...

sampai school je..cepat2 nak keluar kete, sebelum tu g belakang kete dulu amik beg die,,galas bag ready nk g school..gelak abi tengok gelagat die..dah la bag tu sgt besar..hihi umi yg dengar cite abi ni pun x tahan nk gelak!! suke betul die ngn bag tu...
bag lagi besar dr owner

dah sampai kat pintu taska, cikgu puji beg die besar..senyum lebar la die..terus angkut bag letak kat tempat letak bag...hehe mmg comel gelagat die..

tak sangka betul beg tu boleh buat aini rajin gi sekolah...hehe tokma dah janji nk beli bag utk aini jugak..x tahu la cane reaksi die nnt...

suey

Wednesday, January 2, 2013

Joint Health Tablet - The Poster

Presenting my first poster of the year,


meh nak explain sket berkenaan kandungan JHT ni;

Ekstrak Boswellia
Merupakan gum resin dari pokok Boswellia serrate. ekstrak Boswellia digunakan dalam perubtaan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA,asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak Jagung
Membekalkan satu sumber yang pekatdengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosamina yang dihasilkan tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang ditrbitkan menunjukkan yang suplemen ekstrak jagungdapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplemmen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C
Membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

JHT ni suggestion terbaik untuk dihadiahkan kepada ibu bapa anda!!

Shaklee ID 886589_0129214064_sueymn@yahoo.com, place your order now!!

sekian, shring untuk kali ini,
sueymn   

Advanced Joint Health Tablet - untuk kesihatan sendi anda

The Natural Way to Keep You Moving, moto or slogan shaklee Joint Helath tablet

Entri kali ni nak cerita pasal kesihtan sendi, sempena promosi ADVANCA JOINT HEATH TABLET buy 6 Free 1 sepanjang Januari 2013 ni.

Firstly, apa itu sendi?
 Sendi adalah tempat pertemuan dua atau lebih tulang pada tubuh. Tengok gambar kat bawah ni..tu la sendi!!!
Next, KESIHATAN SENDI pulak,
Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daipada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) yang memberikan keselesaan antar tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Then,SAKIT SENDI & KETIDAKSELESAAN la pulak,

Semakin umur meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan dan bebanan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetusakan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan dan menyebabkan ketidakselesaan sendi dan pergerakan terbatas.
bagi jutaan orang yang mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar,

SO, jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa yang akan datang. Sama ada anda mengidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda endapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.

Cadangan suplemen
SHAKLEE ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
2 biji tablet sehari
order @ 012 921 4064 (sms/call/whatsapp), email sueymn@yahoo.com


Tuesday, January 1, 2013

HAPPY NEW YEAR 2013

Alhamdulillah

Another year coming..terima kasih Ya Allah di atas kurniaan Mu yang tersangatlah banyak sepanjang 2012.

Just nak wish u all, happy new year & sue doakan 2013 membawa kerahmatan & keberkatan kepada semua, semoga kejayaan milik kita semua!! in sha Allah

welcome 2013.

xoxo
suey



year end entry..bye bye 2012

assalamualaikum..

entri last untuk tahun 2012, alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik & masih dipanjangkan usia untuk terus menikmati kurniaan tuhan, juga beribadat kepadaNYa.

as usual, tahun2 sebelumnya, kami sekeluarga memamng x celebrate new year eve, tengok kat televisyen pun jarang. Fireworks tu plak kalo kebetulan ade kat luar tengok ler, x pernah la pulak, outing out semta-mata nak celebrate new year eve, berparti lagi la tak!

Year end 2012 ni pun, the same tradition masih dikekalkan, malam  new year dihabiskan atas katil je..hahaha sue memang ngantuk giler..nuraini & husband tak tahu la buat apa..tengok tv la kot..memang awal sangat sue tido! Menjahit pun tidak..hehe

Kejut tido dah kol 11 lebih, malas nk bangun, continue tido sampai pagi..first time malam new year tido awal giler, penat sgt mase lunch tadi g cari kedai jual side mirror..hihi al maklum la x pernah buat kej2 gitu..tu semua keje incik suami..since kena langgar dek org side mirror tu pagi2 buta lagi, dalam hujan plak tu, terpaksa la kawan teman utk gi cari side mirror..hehe kalo x cane nak drive balik..huhu

itulah cerita end of the year saye..

xoxo

suey

Saturday, December 29, 2012

New Year is coming..

Alhamdulillah..

Tahun baru bakal bermula..azam tahun ni pun macam dah lupa tercapai ke x..plan for nuraini untuk next year belum buat lagi...since usia nuraini semakin meningkat ( x kan menurun plak ye!!) rasenye memang perlu la santapan rohani untuk budak yang nak berusia 3 tahun ni..sebagai ibu, pastinya mahukan yang terbaik untuk anakanda tersayang. Bukan bererti sebelum didikan rohani tidak diterapkan, cuma perlu dimantapkan lagi sesuai mengikut usia Nuraini..Mohon Allah swt permudahkan urusan semua ibu dalam mendidik & membesarkan anak-anak!!

Mohon diberi petunjuk juga rahmat dan keberkatan dalam menghadapi masa akan datang. Bagiku, untuk mendidik anak ni, wajib memantapkan diri dengan ilmu agama dulu, ye lah, kalo ibu bapa x solat, macamane nak suruh anak solat kan? Macam ketam ajar anak berjalan lurus plak...diri sendiri pun jalan senget! Bukan susaha nak mendidik anak, tapi x senang juga!! Akhlak anak memncerminkan ibu bapa, semoga kita semua diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa hebat teladan kepada anak-anak!!

Salam sayang
Suey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...