Saturday, May 5, 2018

CARA BUAT AYAM MASAK KICAP SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum wbt

Disebabkan Nuraini dan Qamarulhuda suka kicap, hari ni umi tulis resepi cara buat ayam masak kicap supaya kakak dan adik mudah nak rujuk dimasa akan datang.
Mane la tahu rindu nak makan bila duk berjauhan nanti...mudah nak rujuk.

Resepi ni simple sangat, takde alasan untuk tak memasak ye. Tak sampai 30 minit dan boleh siap masak ayam masak kicap versi resepi umi ni.

Bahan - bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :

6-7 ketul ayam
3-4 ulas Bawang putih
5 ulas Bawang merah
2 sudu Cili 
1/2 biji Bawang besar ( Bawang holland preferred)
Kicap
Sos cili 
Kunyit serbuk

*gambar google


Umi memang suka bawang holland. Tapi, kalau nak guna bawang biasa tu pun boleh jugak. Resepi ni boleh olah ikut selera masing-masing. Kalau nak tambah cili kering pun boleh. Umi tak suka pedas, so cili tu memang sikit je umi guna.

Bawang putih, bawang merah tu kena blend dulu. Then, gaul ayam yang dibersihkan dengan serbuk kunyit. 

Panaskan kuali, goreng ayam yang dah di gaul dengan serbuk kunyit. Dah masak, letak tepi dulu ayam ni.

Tumis bahan yang dah diblend, sekali dengan cili tau. Dah agak garing, masukkan sos cili dan kicap tu. Nak kuah banyak, campur air sikit. Kicap dan sos cili tu secukup rasa. 

Kakak tak suka pedas, jadi kurangkan sos cili tu. Adik suka pedas kan, isi banyak sikit sos cili tu. 

Pastu, masukkan ayam yang dah digoreng tadi kedalam bahan tumisan, gaul sebati dalam kuali tu. Jangan lupa hirisan bawang holland. Masukkan sekali.

Tambah gula garam mengikut selera masing-masing. Secukup rasa gitu.

Dah siap. Boleh hidang dan makan bersama nasi panas. :)

Mudahkan resepi Ayam Masak Kicap versi Umi ni ;) 

Suhailey
5 mei 2018
Kuantan,Pahang

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...