Thursday, December 8, 2016

Tips Sediakan Makanan Untuk Si Kecil Supaya Pengasuh Tak Pening

Assalamualaikum uolls ;) :)

Ada yang tengah pening anak dah nak masuk 6 bulan ke? 
Anak dah mula makan, nak fikir menu lagi, nak fikir macamana nak uruskan kat pengasuh atau pun taska lagi. 

Macam - macam dalam fikiran, kan? Dah pernah melaluinya, faham sangat..hihi
Ibu berkerjaya memang gitu. Kena plan betul-betul, baru semua terurus.

Since kita ni bekerja kan, tak kisah lah waktu pejabat ataupun shift, mungkin gajet-gajet seperti warmer sangat membantu untuk memudahkan kita menyediakan makanan untuk anak kita. Kalau kita boleh prepare makanan sendiri lagi baik. 

Berdasarkan pengalaman saya, gajet berikut sangat membantu dalam penyediaan makanan anak saya.
Menyediakan Makanan Si Kecil Bukan lagi Mimpi Ngeri dengan adanya Gajet-gajet  Ini.

1. Blender

Saya memang guna blender yang jenis macam gambar ni, senang sebab ade container dia yang kecik tu, mudah untuk blend makanan yang sikit. Lagipun, blender macam ni banyak container, so each container tu boleh khaskan untuk blend bahan tu je.

Biasanya saya blend bubur brown rice. Makanan lain macam kurma, kena blend jugak. Bubur ayam pun.


2. Thermos

Thermos ni kegunaan untuk simpan makanan dan pastikan makanan tu tak sejuk. Biasanya, untuk hantar kepada pengasuh atau taska, thermos ni sangat berguna. Anak boleh makan makanan pada suhu yang tidak sejuk. Pengasuh atau pihak taska pun tak perlu susah susah nak panaskan. 

Macam thermos kat dalam gambar di atas tu, sudu pun disertakan sekali.

Zaman sekarang ni, macam - macam design thermos yang ada. Pelbagai saiz pulak tu. Tunggu sediakan duit sahaja. :)


Good thing bila guna thermos ni, brand ni tahan lama. Nuraini punye beli tahun 2010 pun masih elok boleh pakai.

3. Warmer

Untuk warmer, saya memang beli warmer yang boleh panaskan  expressed breast milk (ebm) dan makanan sekali. Kiranya 2 in 1 la ni. Nuraini dan Qamarulhuda both breastfeed, bottle & babyfood warmer ni sangat berguna.

Mudahkan kerja pengasuh dan taska jugak. Sometime, saya bekalkan frozen homemade food untuk anak-anak saya. Pengasuh/taska saya bekalkan warmer ni untuk panaskan makanan anak saya.

Banyak brand warmer yang cantik dan canggih dah zaman sekarang. Boleh buat pilihan nak warmer yang macamana :)
4. Electric Lunch Box


Haa..inilah rupa lunch box. Certain parents memang guna lunch box ni untuk masak makanan anak mereka. Agak mudah sebenarnya, since kita memang masak dalam kuantiti sedikit kan. Lagipun, penyediaan makanan menggunakan electric lunch box ni lebih cepat berbanding slow cooker.

Mommies boleh consider beli electric lunch box ni berbanding slow cooker. Apa pun ini hanya pendapat saya sahaja, berdasarkan pengalaman kawan - kawan yang memang guna electric lunch box ni. 

Kesemua gajet ni saya memang ada untuk mudahkan urusan apabila anak saya mula makan, cuma electric lunch box tu saya tak beli sebab dah ade rice cooker yang serbaguna dan multifunction.

Terima kasih kerana membaca. Jika anda idea yang lebih menarik dan mudah, boleh lontarkan idea korang diruangan komen.

thanks a lot uolls ;)


Suhailey
Kuantan,Pahang
8 Disember 2016

1 comment:

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...