Hai korang, busy ke tu?
Entri hari ni khas untuk ibu - ibu yang tengah pening nak prepare makanan apa untuk sikecil tersayang. Usia bayi dah nak masuk 6 bulan, ibu penyayang...mesti nak yang terbaik untuk anak mereka. Kan? Kan? Kan?
Soalan yang biasa muncul dalam fikiran ibu-ibu...
Makanan apa yang sesuai untuk anak saya ye?
Boleh ke dia makan makanan ni?
Elok ke untuk penghadaman dia?
Saya patut mulakan dengan makanan yang macamana ye?
Geram tengok bayi ni makan tau
Walaubagaimana pun, susu ibu masih tetap perlu diteruskan.
Sebaiknya, ibu-ibu mulakan memberi bayi dengan makanan bertekstur halus, samada puree ataupun bubur. Paling baik adalah makanan yang disediakan sendiri dirumah atau home made demi memastikan kebersihan makanan tersebut lebih terjamin.
Dalam entri ni, saya cuba kongsikan 7 makanan bayi seawal 6 bulan yang selamat dan sesuai bayi pada umur tersebut yang ibu-ibu boleh cuba :) Mudah je ni :)
Sedapkan nampak puree dalam gambar di atas. Ibu boleh sediakan puree macam dalam gambar dan simpan frozen untuk bayi ibu.
1. Puree Lobak Merah
Puree lobak merah antara makanan yang biasa diberi kepada bayi apabila berusia 6 bulan. Cara untuk sediakan puree lobak merah sangat mudah. Lobak merah mudah didapati, senang kerja ibu.
Jangan lupa stim kan lobak merah terlebih dahulu. Kemudian, lobak merah tersebut perlu dikisar
halus dan tapis sekiranya perlu.
Siap Puri Lobak merah.
2. Puri Epal
Nampak sedap kan, puri epal dalam gambar tu.
Puri epal memang menjadikan pilihan utama ibu-ibu untuk menjadi makanan pertama si kecil.
Puri epal juga mudah disediakan. Boleh pilih untuk stim dulu buah epal atau pun tidak.
Boleh guna hand blender untuk blend epal menjadi halus. Potong dulu tau epal tu dalam bentuk dadu, mudah nak blend.
3. Puri Pir
Potong buah pir (dadu), stim dan kisar halus.
4. Puri Keledek
Lemak lemak gitu rasa dia. Rasa manis buah. Biasanya, budak-budak memang suka.
Kena rebus dulu keledek sampai empuk. Kisar atau lenyek je keledek yang siap direbus sehingga penyek halus.
Siap.
5. Puri Labu
Puri yang juga mudah disediakan. Ambil sebahagian isi labu, penyek dan seterusnya boleh suap bayi makan.
Yang lebih boleh ibu masukkan dalam masakan ibu.
Alang alang dah buat puri labu untuk bayi tu, labu yang lebih tu boleh buat sayur lemak labu ataupun pengat labu.
Satu keluarga boleh makan!
6. Puri Pisang
Paling mudah nak buat puri pisang ni, hanya perlu lenyek pisang sampai tekstur pisang tersebut sesuai untuk bayi.
Anggaran pisang yang diperlukan untuk untuk satu hidangan adalah lebih kurang 1/4 saiz pisang biasa.
7. Puri Avocado
Avocado ni buah yang sangat berkhasiat sebenarnya, tapi kadang-kadang susah nak dapat avacado ni.
Avocado ni kena stim dulu sebelum kisar jadi halus.
Kos pun agak tinggi untuk sebiji avocado ni berbanding 6 resepi sebelumnya :)
Ok, siap dah 7 resepi makanan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.
Jangan lupa air masak secukupnya untuk bayi tau. Bila dah start makan, kena la minum air masak jugak.
Diharap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu diluar sana.
Terima kasih kerana membaca.
Suhailey Mohd Noor
Kuantan,Pahang
9 Disember 2016
012 921 4064
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much