Saturday, December 10, 2016

5 CARA INI BANTU HADAPI KURANGKAN ANAK DEMAM

Assalamualaikum wbt

Didoakan anda semua sihat dan menjalani kehidupan dengan baik

Semua orang pun nak sihat, kan? Bila tak sihat, banyak urusan tergendala, termasuklah ibadah seharian. Paling merisaukan apabila si kecil tersayang yang sakit. Anak demam pun ibu risau sangat, ini kan pula kalau anak sakit teruk.

Faham sangat apa yang ibu sekalian rasa, hari ni Qamarulhuda demam, Nuraini pulak batuk kahak, diri sendiri pun dah rada lemau ni. Suara pun keluar tak keluar ni

Kena gagahkan diri jugak untuk jaga mereka yang tersayang..ibu macam tu lah. Tak sihat pun wajib pastikan isi rumah tak terabai.

Just nak kasi tips untuk redakan demam anak memandangkan tengah aplikasi kat Qamarulhuda :)

1. Cek Suhu Badan Anak
Firstly, bila anak demam, cek suhu badan anak. Termometer wajib ada kat rumah. Kalau boleh, standby ubat demam sekali.

Cek suhu kerap dan pantau suhu jugak selepas makan ubat.

2. Beri ubat

Selepas dah cek suhu, kalau ada ubat standby dirumah, boleh kasi anak ubat sebelum ke klinik jika perlu.

Pastikan dos ubat yang betul, kalau tak pasti, lebih baik bawa anak ke klinik atau hospital.

Suhu 37 dah dikira demam dan incase ada ubat demam samada cecair atau ubat masuk ikur punggung tu, pastikan ubat tersebut belum tamat tarikh luput.

Cek dulu sebelum guna tau.

3. Sapu minyak

Kali ni, demam Qamarulhuda tak teruk, demam sekejap sekejap, tapi muntah pun ada.

Mungkin angin, sebab tak lalu makan sangat. Itu muntah. Sapu minyak angin kat betis dan tapak kaki.

Jangan biarkan anak tak pakai baju pulak. Musim hujan macam sekarang, dingin sejuk tu lain macam sejuk dia.Kadang rasa sejuk sampai ke tulang.

Make kalau muntah banyak kali sangat, terus bawa anak ke hospital tau

4. Cuba turunkan suhu

Salah satu cara untuk turunkan suhu badan anak ialah dengan melakukan sponging.

Lap tubuh anak dengan kain basah terutama didahi dan kawasan belakang badan.

Kerapkan mandi jika perlu. Boleh juga basahkan kepala anak dengan air. Cara ini cepat turunkan suhu badan anak.

Mengikut pengalaman sendiri, suhu lebih cepat turun jika kita guna air rendaman beras dan asam jawa untuk membasahkan rambut anak secara berterusan.

5. Minyak bawang putih

Sekiranya anak juga batuk dan selsema, buat minyak bawang putih. Sapu pada dada, betis dan hidung.

InshaAllah cepat baik.

Sekian, untuk entri pendek hari ni, anak tak berapa sihat, kita sambung next time ye.
Semoga bermanfaat :)

Suhailey
Kuantan,Pahang
0129214064



No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...