Thursday, December 22, 2016

MEE REBUS MUDAH SEDAP

Assalamualaikum swt

Semalam balik kerja pun dah lambat. Perut dah lapar. Nak masak nasi, karang lambat pulak. So, kita buat mee rebus je.  

Mee rebus versi terengganu tau. Korang pernah cuba?
Resepi mee rebus versi terengganu ni mudah sangat, ambil masa yang cepat pulak tu. Bahan untuk menumis pun tak banyak. 


Bukan tak nak masak menu lain, tapi cili blend dah habis. Kita masak apa yang ada je lah. Asal berkhasiat dan banyak sayur.hihi

Menu mee rebus ni sesuai untuk mereka yang bujang, sebab senang nak sediakan serta sesuai jugak untuk ibu-ibu yang busy, memandangkan cara masak mee rebus ni sangat la mudah dan cepat.
Lama sikit daripada masak maggi segera je.

Bahan - bahan yang diperlukan untuk masak mee rebus versi Terengganu adalah seperti berikut :

Mee Kuning - 1 bungkus
Ayam (bahagian isi) - 2 ketul potong dadu
Bawang besar - separuh
Bawang putih -  6 ulas
Lada hitam -  separuh genggam (dalam 20-25 biji)
Sayur
Telur
Air

Cara masak mee rebus ni senang sangat. Firstly, kisar bawang putih, bawang besar dan lada hitam. Kisar sampai lumat. Kalau stok bawang besar dah habis, boleh guna bawang merah.
Kalau nak kuah banyak, perbanyakkan kuantiti bahan untuk kisar ni.

Then, tumis bahan kisar dalam kuali besar. Guna periuk pun boleh, tapi saya lagi suka masak mee rebus ni guna kuali sebab bukaan kuali yang besar berbanding periuk.

Masukkan air dan ayam yang dah dipotong dadu. Biar ayam masak dahulu sebelum masukkan sayur. Kitaorang sangat suka sayur, jadi sayur tu memang pelbagai dan banyak.


Ikut suka nak letak sayur apa pun, tapi biasanya, sayur yang sesuai ialah seperti sawi, lobak merah, kubis, bunga kubis, cili benggala dan saderi.

Agak-agak sayur dah nak masak tu, masukkan telur. Siap.

Hidangkan bersama mee kuning yang dah dicelur tadi.

Selain untuk dinner, best jugak mee rebus ni kalau buat sarapan atau makan petang. Makan tengahari memang nak cari nasi je.

Thanks korang, sudi baca sampai habis!

Boleh jugak nak cuba resepi mee rebus versi chendor perdana, Boleh klik link kat bawah ni:

Suhailey
Kuantan, Pahang
012 921 4064

Saturday, December 10, 2016

5 CARA INI BANTU HADAPI KURANGKAN ANAK DEMAM

Assalamualaikum wbt

Didoakan anda semua sihat dan menjalani kehidupan dengan baik

Semua orang pun nak sihat, kan? Bila tak sihat, banyak urusan tergendala, termasuklah ibadah seharian. Paling merisaukan apabila si kecil tersayang yang sakit. Anak demam pun ibu risau sangat, ini kan pula kalau anak sakit teruk.

Faham sangat apa yang ibu sekalian rasa, hari ni Qamarulhuda demam, Nuraini pulak batuk kahak, diri sendiri pun dah rada lemau ni. Suara pun keluar tak keluar ni

Kena gagahkan diri jugak untuk jaga mereka yang tersayang..ibu macam tu lah. Tak sihat pun wajib pastikan isi rumah tak terabai.

Just nak kasi tips untuk redakan demam anak memandangkan tengah aplikasi kat Qamarulhuda :)

1. Cek Suhu Badan Anak
Firstly, bila anak demam, cek suhu badan anak. Termometer wajib ada kat rumah. Kalau boleh, standby ubat demam sekali.

Cek suhu kerap dan pantau suhu jugak selepas makan ubat.

2. Beri ubat

Selepas dah cek suhu, kalau ada ubat standby dirumah, boleh kasi anak ubat sebelum ke klinik jika perlu.

Pastikan dos ubat yang betul, kalau tak pasti, lebih baik bawa anak ke klinik atau hospital.

Suhu 37 dah dikira demam dan incase ada ubat demam samada cecair atau ubat masuk ikur punggung tu, pastikan ubat tersebut belum tamat tarikh luput.

Cek dulu sebelum guna tau.

3. Sapu minyak

Kali ni, demam Qamarulhuda tak teruk, demam sekejap sekejap, tapi muntah pun ada.

Mungkin angin, sebab tak lalu makan sangat. Itu muntah. Sapu minyak angin kat betis dan tapak kaki.

Jangan biarkan anak tak pakai baju pulak. Musim hujan macam sekarang, dingin sejuk tu lain macam sejuk dia.Kadang rasa sejuk sampai ke tulang.

Make kalau muntah banyak kali sangat, terus bawa anak ke hospital tau

4. Cuba turunkan suhu

Salah satu cara untuk turunkan suhu badan anak ialah dengan melakukan sponging.

Lap tubuh anak dengan kain basah terutama didahi dan kawasan belakang badan.

Kerapkan mandi jika perlu. Boleh juga basahkan kepala anak dengan air. Cara ini cepat turunkan suhu badan anak.

Mengikut pengalaman sendiri, suhu lebih cepat turun jika kita guna air rendaman beras dan asam jawa untuk membasahkan rambut anak secara berterusan.

5. Minyak bawang putih

Sekiranya anak juga batuk dan selsema, buat minyak bawang putih. Sapu pada dada, betis dan hidung.

InshaAllah cepat baik.

Sekian, untuk entri pendek hari ni, anak tak berapa sihat, kita sambung next time ye.
Semoga bermanfaat :)

Suhailey
Kuantan,Pahang
0129214064



Friday, December 9, 2016

7 MAKANAN BAYI 6 BULAN IBU IBU PATUT CUBA

Assalamualaikum wbt

Hai korang, busy ke tu?
Entri hari ni khas untuk ibu - ibu yang tengah pening nak prepare makanan apa untuk sikecil tersayang. Usia bayi dah nak masuk 6 bulan, ibu penyayang...mesti nak yang terbaik untuk anak mereka. Kan? Kan? Kan?

Soalan yang biasa muncul dalam fikiran ibu-ibu...

Makanan apa yang sesuai untuk anak saya ye?
Boleh ke dia makan makanan ni?
Elok ke untuk penghadaman dia?
Saya patut mulakan dengan makanan yang macamana ye?

Geram tengok bayi ni makan tau

Pening macamana pun, si kecil tu perlu diberi makan tau. Pada usia 6 bulan ke atas, bayi mula memerlukan keperluan gizi berbeza berbanding sebelum ini. Sebagai contoh, bayi memerlukan zat besi daripada sumber lain setelah masuk usia 6 bulan.

Walaubagaimana pun, susu ibu masih tetap perlu diteruskan.

Sebaiknya, ibu-ibu mulakan memberi bayi dengan makanan bertekstur halus, samada puree ataupun bubur. Paling baik adalah makanan yang disediakan sendiri dirumah atau home made demi memastikan kebersihan makanan tersebut lebih terjamin.

Dalam entri ni, saya cuba kongsikan 7 makanan bayi seawal 6 bulan yang selamat dan sesuai bayi pada umur tersebut yang ibu-ibu boleh cuba :) Mudah je ni :)


Sedapkan nampak puree dalam gambar di atas.  Ibu boleh sediakan puree macam dalam gambar dan simpan frozen untuk bayi ibu.


1. Puree Lobak Merah

Puree lobak merah antara makanan yang biasa diberi kepada bayi apabila berusia 6 bulan. Cara untuk sediakan puree lobak merah sangat mudah. Lobak merah mudah didapati, senang kerja ibu.

Jangan lupa stim kan lobak merah terlebih dahulu. Kemudian, lobak merah tersebut perlu dikisar
halus dan tapis sekiranya perlu.

Siap Puri Lobak merah.




2. Puri Epal

Nampak sedap kan, puri epal dalam gambar tu.
Puri epal memang menjadikan pilihan utama ibu-ibu untuk menjadi makanan pertama si kecil.

Puri epal juga mudah disediakan. Boleh pilih untuk stim dulu buah epal atau pun tidak.

Boleh guna hand blender untuk blend epal menjadi halus. Potong dulu tau epal tu dalam bentuk dadu, mudah nak blend.

3. Puri Pir

Potong buah pir (dadu), stim dan kisar halus.


4. Puri Keledek

Lemak lemak gitu rasa dia. Rasa manis buah. Biasanya, budak-budak memang suka.

Kena rebus dulu keledek sampai empuk. Kisar atau lenyek je keledek yang siap direbus sehingga penyek halus.

Siap.

5. Puri Labu

Puri yang juga mudah disediakan. Ambil sebahagian isi labu, penyek dan seterusnya boleh suap bayi makan.

Yang lebih boleh ibu masukkan dalam masakan ibu. 

Alang alang dah buat puri labu untuk bayi tu, labu yang lebih tu boleh buat sayur lemak labu ataupun pengat labu.

Satu keluarga boleh makan!


6. Puri Pisang

Paling mudah nak buat puri pisang ni, hanya perlu lenyek pisang sampai tekstur pisang tersebut sesuai untuk bayi.

Anggaran pisang yang diperlukan untuk untuk satu hidangan adalah lebih kurang 1/4 saiz pisang biasa.


7. Puri Avocado

Avocado ni buah yang sangat berkhasiat sebenarnya, tapi kadang-kadang susah nak dapat avacado ni.

Avocado ni kena stim dulu sebelum kisar jadi halus.

Kos pun agak tinggi untuk sebiji avocado ni berbanding 6 resepi sebelumnya :)

Ok, siap dah 7 resepi makanan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

Jangan lupa air masak secukupnya untuk bayi tau. Bila dah start makan, kena la minum air masak jugak.

Diharap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu diluar sana.

Terima kasih kerana membaca.

Suhailey Mohd Noor
Kuantan,Pahang
9 Disember 2016
012 921 4064

Thursday, December 8, 2016

Tips Sediakan Makanan Untuk Si Kecil Supaya Pengasuh Tak Pening

Assalamualaikum uolls ;) :)

Ada yang tengah pening anak dah nak masuk 6 bulan ke? 
Anak dah mula makan, nak fikir menu lagi, nak fikir macamana nak uruskan kat pengasuh atau pun taska lagi. 

Macam - macam dalam fikiran, kan? Dah pernah melaluinya, faham sangat..hihi
Ibu berkerjaya memang gitu. Kena plan betul-betul, baru semua terurus.

Since kita ni bekerja kan, tak kisah lah waktu pejabat ataupun shift, mungkin gajet-gajet seperti warmer sangat membantu untuk memudahkan kita menyediakan makanan untuk anak kita. Kalau kita boleh prepare makanan sendiri lagi baik. 

Berdasarkan pengalaman saya, gajet berikut sangat membantu dalam penyediaan makanan anak saya.
Menyediakan Makanan Si Kecil Bukan lagi Mimpi Ngeri dengan adanya Gajet-gajet  Ini.

1. Blender

Saya memang guna blender yang jenis macam gambar ni, senang sebab ade container dia yang kecik tu, mudah untuk blend makanan yang sikit. Lagipun, blender macam ni banyak container, so each container tu boleh khaskan untuk blend bahan tu je.

Biasanya saya blend bubur brown rice. Makanan lain macam kurma, kena blend jugak. Bubur ayam pun.


2. Thermos

Thermos ni kegunaan untuk simpan makanan dan pastikan makanan tu tak sejuk. Biasanya, untuk hantar kepada pengasuh atau taska, thermos ni sangat berguna. Anak boleh makan makanan pada suhu yang tidak sejuk. Pengasuh atau pihak taska pun tak perlu susah susah nak panaskan. 

Macam thermos kat dalam gambar di atas tu, sudu pun disertakan sekali.

Zaman sekarang ni, macam - macam design thermos yang ada. Pelbagai saiz pulak tu. Tunggu sediakan duit sahaja. :)


Good thing bila guna thermos ni, brand ni tahan lama. Nuraini punye beli tahun 2010 pun masih elok boleh pakai.

3. Warmer

Untuk warmer, saya memang beli warmer yang boleh panaskan  expressed breast milk (ebm) dan makanan sekali. Kiranya 2 in 1 la ni. Nuraini dan Qamarulhuda both breastfeed, bottle & babyfood warmer ni sangat berguna.

Mudahkan kerja pengasuh dan taska jugak. Sometime, saya bekalkan frozen homemade food untuk anak-anak saya. Pengasuh/taska saya bekalkan warmer ni untuk panaskan makanan anak saya.

Banyak brand warmer yang cantik dan canggih dah zaman sekarang. Boleh buat pilihan nak warmer yang macamana :)
4. Electric Lunch Box


Haa..inilah rupa lunch box. Certain parents memang guna lunch box ni untuk masak makanan anak mereka. Agak mudah sebenarnya, since kita memang masak dalam kuantiti sedikit kan. Lagipun, penyediaan makanan menggunakan electric lunch box ni lebih cepat berbanding slow cooker.

Mommies boleh consider beli electric lunch box ni berbanding slow cooker. Apa pun ini hanya pendapat saya sahaja, berdasarkan pengalaman kawan - kawan yang memang guna electric lunch box ni. 

Kesemua gajet ni saya memang ada untuk mudahkan urusan apabila anak saya mula makan, cuma electric lunch box tu saya tak beli sebab dah ade rice cooker yang serbaguna dan multifunction.

Terima kasih kerana membaca. Jika anda idea yang lebih menarik dan mudah, boleh lontarkan idea korang diruangan komen.

thanks a lot uolls ;)


Suhailey
Kuantan,Pahang
8 Disember 2016

Wednesday, December 7, 2016

Tortila Wrap Mudah & Sedap

Mood Tortila sejak minggu lepas lagi :)
Alhamdulillah incik asben dan anak anak layan je kerenah mak diaorang ni. Maka, berTortilla lah sepanjang minggu :)

Adik request Popia Seaweed, umi pun dah buat kan, so tortilla ni kena la makan jugak :)

Untuk tortilla yang saya buat ni, ikut resepi sesuka hati jek. First attempt grill kan ayam tu, tapi rasenye ayam versi goreng lebih sedap.


Untuk wrap, saya suka wrap dari brand mission. Ade a few perisa tapi saya suka perisa garlic. Harga dia less than RM10 untuk 10 keping.

Filing dia pulak ikut suka hati tukang makan. Biasanya mesti ade fillet ayam, salad, cili benggala, tomato, timun dan kubis purple. 

Jangan bimbang, boleh add vege lain yang rase sesuai. Incase tak cukup bahan, boleh mix apa sahaja asal kena dengan selera.

Filing wrap 
Tortila wrap versi ni ada fillet ayam goreng crispy, hirisan tomato, salad dan cili benggala. Sos cili dan thousand island jangan dilupa. Boleh tambah mayonaise kalau ada dan suka.

Saya guna wrap Garlic :)

Nuraini punye

Tortila wrap versi Nuraini ni at last tinggal fillet ayam jek :)

Umi punye

Saiz tortila wrap ikut kuantiti filing :)

Tortila saiz besar tu umi punye & tortila saiz kecil tu, nuraini punye. Size tortila adalah berdasarkan filing tortila kat dalam tu..hehe

wrap versi gini 

Maka, siaplah tortila wrap untuk dimakan. Untuk dinner best ni, kalau diet lah. Kalau tak, mesti cari nasi punye..hihi


Mudah sangat kan nak buat tortilla ni, kacang putih orang kata! Cepat dan mudah. Express gittew.

Cukup untuk kali ini, jumpa uolls di next entry ok!

Suhailey
Kuantan,Pahang
7 Disember 2016

Tuesday, December 6, 2016

5 Testimoni Vitamin C Shaklee Kulit Kusam Kini Kembali Berseri

Holla,

Nice to meet uolls again!
Nak tanya, korang ada ambil suplemen vitamin c tak? Tak kisahlah brand apa, janji vitamin C. Share kat komen ok :)

Since, iolls suka sangat dengan vitamin C shaklee ni, teruja nak share testimoni vitamin c shaklee. Apa specialnye vitamin C shaklee ni? Orang duk sibuk cerita kat facebook kan...

Paling special ialah Vitamin C Shaklee ni bersifat sustained release! Apa itu sustained release?
Maksudnya, dos vitamin c disalurkan secara berperingkat ke dalam badan kita. Maka, vitamin C dibekalkan kepada badan dalam secara berterusan selama 5 jam untuk dos 1 biji vitamin C shaklee ni.
Bestkan, sekali makan untuk 5 jam. Bukan sekali telan supply vitamin c untuk time tu jek!

Vitamin C ni banyak fungsi, bukan untuk mencegah penyakit skurvi sahaja. Dalam pembetukan tulang, gigi dan gusi yang kuat.

Tapi, hari ni nak share testimoni vitamin c untuk keishatan kulit yang cantik :). 
Testimoni 1 :  Kulit dah tak kusam, kulit makin cerah, jarang demam, kulit rasa lembut je

Testimoni 2 : Muka dah tak macam jalan tar :)



Testimoni 3 : Muka berseri walaupun tanpa make up

Testimoni 4 : Tumit kaki tak pecah dah, Jerawat pasir menghilang & kulit makin lembut


Testimoni 5 : Kulit makin cerah, Jerawat surut, Parut jerawat cepat hilang & jeragat berkurangan

Haa, happy tau untuk mereka yang dah merasai kebaikan vitamin c shaklee ni. Kulit semakin terjaga kan, siapa tak nak?

Testimoni dari diri sendiri pulak, muka ni susah jeragat or even jerawat nak hinggap. Segan sungguh nak muncul! 

Bab selsema pulak, bye bye loratadine and ubat selsema yang lain, telan vitamin C ni biasanya berkuranglah selsema. Alhamdulillah sangat, breastfeed si kecil kan, memang elak makan any ubat tau.

You guys, belum try vitamin C tapi nak jaga kulit? This vitamin C is must have item tau.
Contact saya ditalian 012 921 4064 untuk maklumat lanjut. Kita diskus dulu sebelum beli.

Cash on delivery and postage di seluruh Malaysia disediakan :)

Suhailey
Kuantan,Pahang
5 Disember 2016


Monday, December 5, 2016

RUMAH UNTUK DIJUAL TERES 2 TINGKAT DI BINJAI KEMAMAN

RUMAH UNTUK DI JUAL 

Lokasi : Binjai, Kemaman

BAHAGIAN HADAPAN RUMAH

RUANG TAMU

SILING RUMAH

DAPUR

KABINET DAPUR

Cantikkan rumah dia ni? Dah siap renovate bagai.

In case korang berminat, boleh tengok-tengok dulu. Rumah ni bukan rumah saya, saya tolong iklankan kat blog saya ni je.

Boleh Hubungi owner rumah Encik Hamizie di talian 019 928 6080 untuk maklumat lanjut.

Boleh jugak panjangkan iklan ni kat kawan-kawan yang lain. Thank you gais.


SuhaileyMohdNoor
Kuantan,Pahang
012 921 4064

Monday, August 1, 2016

KIOSK ANIS COFFEE KEMAMAN KINI DIBUKA

Hai uolls, lama betul blog ni tak berupdate^^ my bad.sorry uolls.

Entri hari ni, khas untuk iced coffee lovers, iced green tea lovers & iced chocolate lovers! 

Sebenarnya kan uolls, Anis Coffee Kemaman dah lama jugak la beroperasi. Dalam 4 bulan gitu. Tapi disebabkan asyik takde masa nak update, hehe maka hari ni baru sempat nak up date sket blog ni.

Eh, lupa nak tanye, uolls dah try anis coffee belum ni? rugi tau tak cuba, kopi premium kot tu, harga murah bangat, tak setanding kualiti kopi dia tau.

meh nak citer sikit, anis coffee ni actually under same roof as anis chocolate moist yang super glamer tu. Cuba uolls tengok kat Kedai Mesra Petronas, confirm ade, kat mana-mana pun Kedai Mesra Petronas. Kalau takde tu, confirm stok dah habis. almaklum lah stok laku keras!

Berbalik kepada anis coffee tadi, ada lima (5) perisa yang uolls boleh pilih.

# iced chocolate
# iced mocha
# iced green tea
# iced coffee latte
# iced cappucino

Ada lima (5) je, so takde la pening nak pilih kan? 
Yang pasti, rasa dia memang sedap. 

Bukan nak puji sebab saya jual tapi disebabkan rasa yang sedap, berkualiti dan harga yang berpatutan, itu menjadi salah satu strong reason masa decide untuk sertai team anis coffee ni. 

Mana nak dapat kopi yang best, halal, team malay pulak tu kan yang handle bisnes ni. Of course we are proud to be in the team.

Dari segi harga, ada jugak yang cakap mahal, since other brand boleh jual RM 5 kan, but  for me, tak fair nak judge anis coffee sebab harga tanpa rasa dan tahu asal usul mana asal kopi anis coffee ni.

Setiap minuman keluaran anis coffee ni, ada ujian yang dijalankan (ujian makmal) supaya ianya selamat diminum bukan sekadar hanya untuk menjalankan perniagaan demi mengaut keuntungan semata - mata. Kiranya, aspek kesihatan juga diambil kira.

Makin jatuh cinta tau bila tahu pasal anis coffee ni. Matlamat founder anis coffee yang inginkan kopi yang bertaraf premium sampai kepada setiap penggemar kopi tapi pada harga mampu dimiliki semua golongan juga membuatkan kami berkobar-kobar meneruskan legasi anis coffee ini.

Eh, rasenya cukup dulu perkongsian entri kali ini. Dont worry, saya akan teruskan berkongsi tentang anis coffee ni dilain entri.

Sebelum terlupa, berikut adalah lokasi Kiosk Anis Coffee Kemaman :

Gerai No. 10,
Medan Selera Pasar Chukai 
(Belakang Gerai Buah)
24000 Kemaman
Terengganu

waktu operasi : 9 am - 4 pm
Nombor untuk dihubungi : 012 921 4064 / 012 211 5574

Jemput menikmati anis coffee yang super sedap, gerenti puas hati!

till then, assalamualaikum

Suhailey
Kuantan, Pahang
1 Ogos 2016

Wednesday, June 8, 2016

Resepi Scrambled Eggs Sedap & Mudah

Holla,

Entri ringkas just nak share resepi baru^^^. Macam dah tak reti nak menulis sebab dah lama sangat tak update blog ni tau. (blog owner ni, ntah busy ngan ape ntah :(.hihi)

Resepi ni memang mudah sangat, sedap tu of course la mengikut citarasa tukang masak yang rekacipta resepi ni kan! Ala, uolls mesti suka lah. sedap je ;)

Nuraini dan Qamarulhuda memang sangat sangat suka makan telur especially telur dadar. Memang makanan ruji they all telur dadar ni, mudah kerja mak tau, kasi makan telur dadar, nasi putih dan kicap sikit. Settle. Kenyang dan puas hati dah budak berdua tu.
telur hancur

Tapikan, sebab dah bosan asyik masak telur dadar je, mak dia ni buat scrambled eggs pulak. Korang pun sure bosan kan asyik masak telur dadar je. So far, depa tak komplen dan paling syok they all request more. So, kira sedap la kan, scrambled eggs versi mak dia ni (bangga kejap tau!)

Scrambled eggs ni senang sangat nak buat, malas or rajin je penentu segalanya tau. Nah resepi scrambled eggs mudah dan sedap versi mak nuraini & qamarulhuda ni :)

1. Telur gred A 3 biji
2. Susu Cair 100 mL (agak -agak je lah, berapa mL pun)
3. Bawang Holland  1/2 biji
4. Garam secukup rasa
5. Serbuk lada hitam 1 sudu teh
6. Tomato 1/2 biji (potong dadu)
7. Udang (optional) - rebus dulu tau
8. Minyak 4 sudu besar

Firstly, of course la kena pecahkan telur tu dulu. Then, masukkan susu cair, bawang holland, garam, serbuk lada hitam, tomato dan udang.

Kacau sampai sebati. Guna egg beater lagi bagus. Tapi kalau takde, sudu garfu pun boleh.

Jangan lupa masukkan air putih sikit, dalam 1 sudu. Ada beza tau kalau letak air ni. Ce try, baru nampak apa beza dia :).

Finally, panaskan kuali, masukkan minyak, then silalah goreng bancuhan telur tadi. Jangan lupa scramble kan ia, kang jadi telur dadar pulak.hihi

Mudah sangat kan? Sila cuba ye. Confirm sedap.

Thank you gais melawat blog ni & sudi baca entri tak seberapa ni tau.

Suhailey
8Jun2016
Kuantan

SALAM RAMADAN KAREEM

Assalamualaikum & happy ramadan gais!!

Didoakan semoga ramadan tahun ini membawa kerahmatan dan keberkatan kepada kita semua.
Mohon maaf jua di atas segala kekhilafan dari kami sekeluarga.

O Allah, please bless us.
O Allah, please give us your hidayah.
O Allah, please make things ease for us.
O Allah, save us from hellfire.

May Allah always with us.

Salam Ramadan Kareem,
Suhailey
8 Jun 2016
Kuantan

Friday, January 1, 2016

HAPPY NEW YEAR

Alhamdulillah, new year is arrived.

Lets fullfil this coming year with great things.

Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kita semua. 


Ya Allah, bantulah kami dalam menjadi hambaMu yang bertakwa.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjadi hambaMu yang sentiasa menghidupkan agamaMu.

Ya Allah, bantulah kami dalam mencari rezeki yang Engkau berkati.

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami semua.


Suhailey
Kuantan
31.12.2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...