Monday, July 15, 2013

Bengkak Susu? Bagaimana mengatasinya...

Assalamualaikum dan selamat membaca...

Bengkak susu??? ayoo, sakitnya..

Entri kali ni, kita cerita pasal bengkak susu memandangkan salah seorang sahabat sedang mengalami situasi ni ;) 

Semoga entri ni membantu beliau dan ibu-ibu menyusu lain..



Kenapa bengkak susu boleh berlaku??


Salah satu sebab berlakunya bengkak susu ialah payudara tidak dikosongkan dengan baik. Ini menyebabkan saluran susu tersumbat dan menganggu pengaliran susu seterusnya terjadi lah bengkak susu.


So, how to settle?


Jom tengok petua-petua dibawah, mana tahu boleh membantu kan..  


1. Cara yang paling senang adalah dengan mengosongkan payudara dengan kerap. maka, ibu disarakan menyusukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.


2. ibu juga disarankan untuk mengurut payudara semasa bayi sedang meyusu dengan perlahan-lahan. Cara ini membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan seterusnya membantu melegakan sakit akibat bengkak susu tersebut.


3. Bagi sesetengah ibu, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Memandangkan ada ibu yang mencuba dan ternyata berhasil, maka tidak salah mencuba kan!!. Daun kubis mempunyai kesan penyejukan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar bengkak susu iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.


4. Daun sirih juga dikatakan mampu mengatasi bengkak susu. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.


5.  semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.


6. Another tips is 'sikat payudara'. sikat payudara dari dari atas ke bawah (ke bahagian puting).


Bagi yang mengalami bengkak susu, diharap entri ini dapat membantu...


I am breastfed mother & I am proud of it,

suey

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...