Monday, July 15, 2013

Bengkak Susu? Bagaimana mengatasinya...

Assalamualaikum dan selamat membaca...

Bengkak susu??? ayoo, sakitnya..

Entri kali ni, kita cerita pasal bengkak susu memandangkan salah seorang sahabat sedang mengalami situasi ni ;) 

Semoga entri ni membantu beliau dan ibu-ibu menyusu lain..



Kenapa bengkak susu boleh berlaku??


Salah satu sebab berlakunya bengkak susu ialah payudara tidak dikosongkan dengan baik. Ini menyebabkan saluran susu tersumbat dan menganggu pengaliran susu seterusnya terjadi lah bengkak susu.


So, how to settle?


Jom tengok petua-petua dibawah, mana tahu boleh membantu kan..  


1. Cara yang paling senang adalah dengan mengosongkan payudara dengan kerap. maka, ibu disarakan menyusukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.


2. ibu juga disarankan untuk mengurut payudara semasa bayi sedang meyusu dengan perlahan-lahan. Cara ini membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan seterusnya membantu melegakan sakit akibat bengkak susu tersebut.


3. Bagi sesetengah ibu, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Memandangkan ada ibu yang mencuba dan ternyata berhasil, maka tidak salah mencuba kan!!. Daun kubis mempunyai kesan penyejukan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar bengkak susu iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.


4. Daun sirih juga dikatakan mampu mengatasi bengkak susu. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.


5.  semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.


6. Another tips is 'sikat payudara'. sikat payudara dari dari atas ke bawah (ke bahagian puting).


Bagi yang mengalami bengkak susu, diharap entri ini dapat membantu...


I am breastfed mother & I am proud of it,

suey

surah ar rad ayat 1-3

Surah Ar-Rad ; Ayat 1-3.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alif, Laam, Miim, Raa`. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman. 
(1) Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan). 
(2) Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.

cc blog otaksebelah

Friday, July 12, 2013

GLA COMPLEX SHAKLEE

salam ramadan...

cerita pasal supplemen yang saya baru nak start makan setelah melihat kesan yang best pada adik dan juga mak mertua x termasuk kawan-kawan dan ahli shaklee yang lain!! Opismate dah start makan, almaklumlah dah nak mendirikan rumah tangga tak lama lagi...pastinya ia adalah langkah yang sangat bijak memilih gla shaklee..dah boleh plan bila nak dapat 'baby' ;)


oh, jangan salah faham, sue bukan nak amik gla ni sebab nak tambah 'baby' tau! Actually, gla ni banyak lagi kebaikan lain selain untuk menambah baby ni. Sue kena ambik gla ni untuk mengatur balik kitaran cik P. sejak keguguran, cik P ni lain macam sket..maybe sebab stress jugak, umur pun dah makin meningkatkan, mana nak sama macam zaman muda remaja dulu kan? cik PMS ada jugak datang melawat sekali sekala, period pain pun ada..huhu ;(

Bagi yang tak rajin, diulangi ye,tak rajin, nak buat Pap Smear, boleh la consume gla ni, since one of the function is to helps in preventing cancer.

Kenapa sue pilih gla?
shaklee kan banyak produk! Ostematrix pun boleh legakan period pain tu!! Vitamin E pun boleh membantu!! By the way, efek sampingan berkaitan dengan kecantikan tu yang menggoda sue untuk memiliki gla complex ni. Tambahan pula, gla complex ni boleh membantu sue dalam mengurangkan ekzema, kulit kering, alergi dan jugak kegatalan yang kadang-kadang singgah kat hidung especially di pagi hari. Almaklumlah, sue ni tergolong dalam mereka yang ada sinusitis/resdung dan seangkatan dengannya!!

cabaran berGLA bermula...ade promosi pulak tu, memang semangat la..duit extra tu boleh beli buku....weee

i love myself & i love others too,

suhailey mohd noor
886589
012 921 4064



vivix shaklee di office

Cerita tentang vivix shaklee..

Vivix yang merapatkan hubungan 2 office mate, tanpa membezakan kaum dan identiti :) Vivix shaklee, the best supplement from  shaklee!!

By the way, we all start consume vivix since April 2013, if i not mistaken la. Vivix tu kami simpan dalam fridge office, since x ramai pun yang share fridge tu, so kami conquer lor!! lagi best sebenarnya rasa vivix ni bila dikongsi bersama-sama insan lain..feeling tu lain sket, saling ingatkan tentang vivix kat dalam peti tu. hehe sama-sama lari ke peti ais untuk dapatkan vivix and also ikut turn plak nak basuh sudu!! bila both of us lupa, hahahaha tak amik la vivix hari tu, if salah sorang cuti, yang sorang lagi pun x amik jugak...x best lor!!

At first, cuba-cuba je amik vivix ni, terus jatuh cinta, tahan lama jugak walaupun kami share 2 orang. Jimat pun jimat. sekarang dah masuk botol ke 2 pun...beli time promosi hari tu.. murah sikit!!


Inilah supplemen yang dimaksudkan, vivix shaklee, supplemen yang membantu melambatkan penuaan wajah!! Kami ni xde lah tua sangat, tapi menjaga kecantikan tu of course la pentingkan..since, vivix ni bukan sahaja untuk kecantikan, juga untuk kesihatan keseluruhan, memang sesuai lah vivix ni untuk kami berdua yang tak la rajin sangat nak makan begitu banyak suplemen dalam satu masa!

Since ambik vivix ni, perubahan yang paling dirasai ialah perubahan pada kulit especially pada kulit tumit kaki yang agak merakah tu :) memang mujarab la, tak sia-sia makan..hehe

Vivix shaklee ni, kandungan antioksidan dia memang tinggi, so bab-bab selsema, demam mmg settle lah..so far, dalam few months ni, memang kuranglah all those jangkitan tu..

Dah tersasul bagi testimoni plak..hehehe niat asal nak story pasal bestnya kongsi minum vivix ni..lain pulak jadinye ye..hihihi

Berminat nak order??



sharing is caring!!

salam vivix
suey



Friday, July 5, 2013

meat balls..an evening at ikea

Assalamualaikum...

Entri pasal makanan pulak kali ni, yang pasti ada jugak kaitan dengan Nuraini dan kami sekeluarga.
Isnin, 7 May 2013, which is hari Hol for Negeri Pahang (public holiday la ni..) sue diarahkan ke Putrajaya untuk Taklimat & Majlis Penyerahan Hadiah Latihan Persekutuan bagi Sarjana & Phd and also area of interest Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kami stay kat Hotel Quality Kuala Lumpur. Dah alang-alang kat Kuala Lumpur tu, apalagi, we took the opportunity untuk visit IKEA Shopping Centre lah. Hehe bukan nak shopping pun....



These are the reason we're here!!
Hi, IKEA, we would like to have your meatballs for dinner...hihihi..

we order meatballs with fries (could not remember the exact menu!!!) + menu of the day which is Chicken Rice + Kids Spaghetti Bolognese + of course Chicken Wings...
Btw, Abi cakap, chicken rice ikea ni pelik coz nasi ayam without sup..nak buat macamana kan, different Chef different style la, sue tak rasa pun nasi ayam tu, meatballs pun dah tak terlarat nak makan.hihihi

Actually, dah craving for these meatballs since last week lagi, tetiba teringat kat meatballs ikea ni, memang tak pernah miss makan meatballs setiap kali went to Ikea tu. Makanan wajib la kiranya...
Tak complete lawatan tapak if tak makan meatballs ni..hehehe kalah orang mengidam!!

To those yang belum try lagi Ikea Meatballs ni, especially yang berada di Kuala Lumpur, boleh lah cuba menimati keenakan meatballs Ikea tu.....memang tak rugi pun, sangat berbaloi dan worth for money too!!


sekian laporan kali ni :)

xoxo suey ummi nuraini xoxo 


Mealshake..kreatifnya kawan saya ni ;)

Mahu mencuba pelbagai cara untuk menikmati Mealshake? Bosan jugakkan asyik bancuh dengan air jek, kadang-kadang bancuh ngan ESP..Bagi mereka yang membuntuhkan ( indon sket) idea apa nak buat dengan Mealshake ni, meh kita tengok apa sahabat saya ni buat ngan Mealshake anak dia,

Btw, sahabat saya ni share mealshake dgn anak dia, Alhamdulillah mealshake works well with them ;) eh, jom kita tengok creativenya kawan saya ni




saya namakan kek ni 'nutritious cake' sesuka hati je kan, penat kawan sy buat, saya pulak tukang kasi nama ';)

Ni komen dia, siap ngan resepi sekali, tq mira & faheem ;)

Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH kek sedap menjadi.

Resepinya (serius main campak apa yg ada kat umah je)
1 cawan mentega
1 cawan gula
2 cawan tepung Kek
3 biji telur
1 sudu susu pekat larut dlm air sikit
1 sudu Mealshake shaklee
(Gaul dlm mixer siap!!)

**amik sikit adunan + milo 2 sudu kacau. Ala2 kek marble gitu. Hiasan atas tu terpulang pada mummy2 sekalian ye.
Hasilnya pasti lazat InsyaAllah ;)


Pada mommies diluar sana, boleh la cuba resepi sahabat saya ni, of course kanak-kanak suka, bapak pun join sekali ;)

sekian untuk entri kali ni, credit to mira ;)

salam shaklee
suey
886589

Thursday, July 4, 2013

New Segmen...Book Corner ;)

Assalamualaikum..

Happy sungguh dapat update blog hari ni, Alhamdulillah syukur"""" Hari ni tetiba ada mood untuk bukak segmen baru kat blog ni..dah lama difikiran, baru sekarang dapat diterjemahkan ke dalam blog ni...ntah apa-apa la bahasa  yang sue guna ni..

Actually, i have another so called 'hobby' yang jarang diketahui orang..hehehe bukan lah sebab hobi tu pelik, cuma masa yang digunakan untuk hobi yang satu ni, jarang dilihat orang...



Jeng..jeng..jeng...hobby tersebut adalah 'membaca novel & other related books'..hihi aktiviti ni selalunya sue buat di malam hari...masa weekend dan jugak masa jadi 'front seat pasengger' kepada incik suami Mohd Ezanni Abdul Razak...

sometimes, time kena outstation, travel wif kenderaan jabatan, memang of course la sue bawak bekal..hahaha org buat bekal 'food', sue plak bawak bekal buku....sekiranya tertinggal buku, memang habislah keBOSANan along the journey..

Hobi yang satu ni jugak, dah ada yag berjangkit tau..hahahaha sape lagu kalo bukan anakanda yang tersayang 'Nuraini Mohd Ezanni'...uni (panggilan manja Nuraini untuk ummi dia tersayang..) uni nak baca, dia  baca jugak, buku in malay, dia boleh pulak baca alif, ba, ta...bila uni tegur, uni pulak yang salah...mmmm layan saja lah ;)

so, ni kira hobby anak beranak la pulak...maka sue nk bukak satu slot kat blog ni...'Book Corner'..kat slot ni, sue akan review all books (hopefully ;)) yang sue dah baca...personal view je tau!! nak tahu lebih lanjut, kena la baca buku tu ;) happy reading!!!

out for now..
suey uni nuraini ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...