Sunday, October 26, 2014

5 PETUA KURANGKAN BENGKAK SUSU BUAT IBU MENYUSU SUKA HATI

Aduh...sakit nye!!!! denyut denyut nie...

Bengkak susu?? 
Huh memang seksa!!  Kesian ibu menyusu kan???
Ibu menyusu yang pernah alami bengkak susu je tahu macamana sakitnya bengkak susu ni. Boleh demam tau...

So, apa yang ibu menyusu boleh buat jika terkena bengkak susu ini, amalkan petua kurangkan bengkak susu. Ada juga vitamin shaklee yang boleh membantu kurangkan bengkak susu ni, lepas ni saya share.


bengkak susu
Bengkak Susu
Ada 5 petua kurangkan bengkak susu yang boleh diamalkan oleh ibu menyusu iaitu :

PETUA 1 : URUT PAYUDARA

Ibu menyusu disarankan untuk mengurut payudara semasa bayi sedang menyusu dengan perlahan-lahan untuk kurangkan bengkak susu. 

Cara ini membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan seterusnya membantu melegakan sakit akibat bengkak susu tersebut.

Urut payudara juga turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.


PETUA 2 : KOSONGKAN PAYUDARA KERAP

Cara yang paling senang untuk kurangkan bengkak susu adalah dengan mengosongkan payudara dengan kerap. Maka, ibu disarankan menyusukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. 

Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuba pastikan sebelah payudara yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan sebelah payudara lagi. 

Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.



PETUA 3 : DAUN KUBIS

DAUN KUBIS
DAUN KUBIS
Bagi sesetengah ibu menyusu, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu kurangkan bengkak susu dan seterusnya melegakan kesakitan yang dialami walaupun tiada bukti saintifik untuk menyokong fakta ini. 

Tetapi, memandangkan ada ibu menyusu yang sudah mencuba dan ternyata berhasil, maka tidak salah untuk ibu menyusu lain juga turut mencuba kan!!. 

Walaupun daun kubis mempunyai kesan penyejukan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar bengkak susu iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.


PETUA 4 : DAUN SIRIH

Daun sirih juga dikatakan mampu kurangkan bengkak susu. 


Daun Sirih
Daun Sirih
Caranya, ambil beberapa helai daun sirih dan sapu minyak zaitun di permukaan hadapan daun tersebut. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. 

Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak susu tersebut.


PETUA 5 : SIKAT PAYUDARA


Petua kurangkan bengkak susu seterusnya ialah 'sikat payudara'. Sikat payudara dari atas ke bawah (ke bahagian puting). Tujuannya adalah untuk melancarkan pengaliran susu dan seterusnya kurangkan bengkak susu.


Oh, sebelum terlupa, untuk vitamin shaklee yang boleh membantu kurangkan bengkak susu, saya cadangkan pengambilan vitamin shaklee, Lecithin. Selain membantu kurangkan bengkak susu, Lecithin juga membantu ibu untuk melangsingkan badan dengan cara mengemulsikan lemak-lemak yang terkumpul pada badan ibu. Kesan 2 dalam 1 kan, bengkak susu berkurang, badan ibu pun langsing.



Order LECITHIN di talian 012 921 4064 atau ikuti langkah ini :
LECITHIN
Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL
lecithin
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor
ID 886589




No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...