Monday, October 27, 2014

CARA NAIKKAN BERAT BADAN VERSI SAYA | KISAH BENAR

Saya nak naikkan berat badan!
Eh, siapa kata takde orang nak naikkan berat badan? 
Tahu tak, sebenarnya nak naikkan berat badan lagi susah daripada nak turunkan berat badan tau. 

Tak percaya? 
Go and ask mereka yang kurus, tak pernah kita tengok dia gemuk hatta sedikit pun, memang susah betul nak naikkan berat badan orang macam ni.
ESP, MEALSHAKE
TOLONG!!!
Sebenarnya, saya adalah salah seorang antara mereka yang bertuah tu (bertuah ke?) yang makan la banyak mana pun, berat masih tak naik-naik. Kategori underweight je sentiasa!. 
Memang selalu la tipu berat untuk kira BMI (Body Mass Index) untuk keperluan rekod kakitangan hospital tu.^^^hehe

Tetapi..Tetapi...tetapi...
Itu kisah dulu lah, kisah 2 tahun lepas, sekarang ini saya dah dapat normal BMI tau. Tak main la tipu - tipu berat ni. Berlagak!!!

Tapi, serius, memang best bila dapat berat yang normal ni, setelah bersungguh berusaha kan. 
Just imagine, berat saya hanya 38 Kg semasa menyusukan Nuraini. Paling berat pun, 43 Kg. Memang underweight betul. 
naikkan berat badan
MAKAN BANYAK
Makan punya la banyak kali. Nasi 3 kali sehari tau. Belum lagi campur dengan kek la, roti la, biskut la, jajan apa ntah lagi ^^^^

Namun, berat badan ku tetap begitu jua. Menyusu ke tak menyusu ke, sama je :(

Setelah mencuba berbagai cara untuk naikkan berat badan, suatu hari tu tergerak hati nak cuba vitamin shaklee. Tujuan utama adalah untuk tenaga sebenarnya, kebetulan kawan baik yang jual. Of course la kena support. Kawan maa..kasi semangat la dia nak berniaga kan. 

So, bermula lah episod mengESPkan diri sendiri, awal-awal memang tak berapa nak konsisten, lepas tu ok la. Then, saya tambah Mealshake. Minum both vitamin shaklee ni setiap hari. erk...^^^

Tipu la kalau saya cakap, memang konsisten hari-hari kan. Memang ada je hari yang tak konsisten, terutamanya hari cuti hujung minggu. Memang hancur tahap konsistensi ni^^^^

Sebenarnya, untuk naikkan berat badan dengan vitamin shaklee ni, vitamin yang dicadangkan oleh pihak shaklee adalah ESP, Mealshake, Vitalea dan B Complex. Tapi, untuk saya, ESP dan Mealshake sudah mencukupi.
YEAY!!! BERAT DAH NAIK!!!
Yeay...lepas lebih kurang 2 bulan, berat badan saya dah naik. Hasilnya agak lambat bagi saya, tapi saya puas hati, lagipun masa tu memang tengah menyusukan si kecil Nuraini lagi. Dah lepas eksklusif breastfeeding dah dan memang Nuraini menyusu sehingga umur lebih kurang 3 tahun.

Selepas dah mencapai berat ideal yang saya nak, saya masih mengamalkan vitamin shaklee ESP dan Mealshake ni sehingga sekarang. Cuma tak sekonsisten dulu lah. Sekadar untuk menikmati kelebihan lain ESP dan Mealshake ni. Dos pengambilan pun dah saya kurangkan. 

Ambil vitamin ni, kena ikut keperluan jugak. Dah capai matlamat dengan vitamin yang kita nak tu, kita teruskan untuk terus mendapat manfaat.
SET NAIKKAN BERAT BADAN
SET NAIKKAN BERAT BADAN SAYA
Untuk naikkan berat badan dengan ESP dan Mealshake ni, ada cara makan yang tersendiri, kalau salah cara makan, both ESP dan Mealshake ni boleh buat anda KURUS tau!. 

Kesan lain yang saya dapat daripada mengamalkan ESP dan Mealshake ini adalah :

# Badan lebih bertenaga
# Tak cepat penat dan letih walaupun travel jauh setiap hari pergi kerja (1 jam /sehala)
# Kulit tampak lebih halus
# Kulit tak kusam dah
# Kulit lebih lembab (tak perlu pelembab muka dah!) yeay, jimat!
# Susu lebih pekat untuk Nuraini

Itulah kisah saya dan vitamin shaklee untuk naikkan berat badan. walaupun saya tak ambil set naikkan berat badan yang lengkap, namun sangat berpuas hati dengan kesan yang diberikan. ESP dan Mealshake dan cukup untuk naikkan berat badan yang saya nak.

Jika anda pun ingin naikkan berat badan seperti saya, hubungi saya (012 921 4064) untuk konsultasi dan pengambilan vitamin shaklee untuk naikkan berat badan yang sesuai untuk anda.
Daftar Ahli Shaklee
DAFTAR AHLI SHAKLEE SEKARANG
Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR
KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL

Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor
ID 886589

Struggle and Strength | Keep On Moving

Holla everyone!!

Motivation slot again...

To those who are almost GIVE UP...pasrah dalam kehidupan....

Remember this^^^

Don't Give Up..Keep on moving..we are all near SUCCESS as long as we keep on trying...do what we have to do..lets Allah decide the rest^^^

Lots of Love
SuhaileyMohdNoor

Sunday, October 26, 2014

5 PETUA KURANGKAN BENGKAK SUSU BUAT IBU MENYUSU SUKA HATI

Aduh...sakit nye!!!! denyut denyut nie...

Bengkak susu?? 
Huh memang seksa!!  Kesian ibu menyusu kan???
Ibu menyusu yang pernah alami bengkak susu je tahu macamana sakitnya bengkak susu ni. Boleh demam tau...

So, apa yang ibu menyusu boleh buat jika terkena bengkak susu ini, amalkan petua kurangkan bengkak susu. Ada juga vitamin shaklee yang boleh membantu kurangkan bengkak susu ni, lepas ni saya share.


bengkak susu
Bengkak Susu
Ada 5 petua kurangkan bengkak susu yang boleh diamalkan oleh ibu menyusu iaitu :

PETUA 1 : URUT PAYUDARA

Ibu menyusu disarankan untuk mengurut payudara semasa bayi sedang menyusu dengan perlahan-lahan untuk kurangkan bengkak susu. 

Cara ini membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan seterusnya membantu melegakan sakit akibat bengkak susu tersebut.

Urut payudara juga turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.


PETUA 2 : KOSONGKAN PAYUDARA KERAP

Cara yang paling senang untuk kurangkan bengkak susu adalah dengan mengosongkan payudara dengan kerap. Maka, ibu disarankan menyusukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. 

Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuba pastikan sebelah payudara yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan sebelah payudara lagi. 

Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.



PETUA 3 : DAUN KUBIS

DAUN KUBIS
DAUN KUBIS
Bagi sesetengah ibu menyusu, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu kurangkan bengkak susu dan seterusnya melegakan kesakitan yang dialami walaupun tiada bukti saintifik untuk menyokong fakta ini. 

Tetapi, memandangkan ada ibu menyusu yang sudah mencuba dan ternyata berhasil, maka tidak salah untuk ibu menyusu lain juga turut mencuba kan!!. 

Walaupun daun kubis mempunyai kesan penyejukan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar bengkak susu iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.


PETUA 4 : DAUN SIRIH

Daun sirih juga dikatakan mampu kurangkan bengkak susu. 


Daun Sirih
Daun Sirih
Caranya, ambil beberapa helai daun sirih dan sapu minyak zaitun di permukaan hadapan daun tersebut. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. 

Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak susu tersebut.


PETUA 5 : SIKAT PAYUDARA


Petua kurangkan bengkak susu seterusnya ialah 'sikat payudara'. Sikat payudara dari atas ke bawah (ke bahagian puting). Tujuannya adalah untuk melancarkan pengaliran susu dan seterusnya kurangkan bengkak susu.


Oh, sebelum terlupa, untuk vitamin shaklee yang boleh membantu kurangkan bengkak susu, saya cadangkan pengambilan vitamin shaklee, Lecithin. Selain membantu kurangkan bengkak susu, Lecithin juga membantu ibu untuk melangsingkan badan dengan cara mengemulsikan lemak-lemak yang terkumpul pada badan ibu. Kesan 2 dalam 1 kan, bengkak susu berkurang, badan ibu pun langsing.



Order LECITHIN di talian 012 921 4064 atau ikuti langkah ini :
LECITHIN
Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR

KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL
lecithin
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman
Suhailey Mohd Noor
ID 886589




Saturday, October 25, 2014

FAQ PHYTOCOL ST | VITAMIN CEGAH KOLESTEROL

Pada bulan Jun 2014 yang lepas, Shaklee telah memperkenalkan vitamin terbaru mereka iaitu Phytocol ST. Vitamin Phytocol ST ini telah dilancarkan semasa National Conference 2014 di Sunway, Petaling Jaya. Phytocol ST ini adalah vitamin shaklee yang direka khas untuk membantu menurunkan kolesterol secara semulajadi.

Jom kita kenali dengan lebih lanjut tentang Phytocol ST Shaklee ini.

1. Apa itu Phytocol ST Shaklee?

Phytocol ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000 mg Fitosterol setiap hari.

2. Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) di temui  dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah - buahan, sayur - sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200 - 400 mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50 mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Fitosterol membantu menghalang penyerapan kolesterol.

3.  Apa fungsi Phytocol ST Shaklee?

Phytocol ST Shaklee membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi. Fungsi lain termasuklah Phytocol ST Shaklee dapat menurunkan berat badan selain menurunkan risiko sakit jantung sebanyak 20%.

4. Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol ST Shaklee? 

Untuk hasil yang terbaik, anda boleh mengambil Phytocol ST Shaklee sebanyak 2 tablet 2 kali sehari bersama makanan.

5. Bolehkah saya mengambil Phytocol ST Shaklee dan Omega Guard Shaklee pada masa yang sama?

YA. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil Phytocol ST Shaklee dan Omega Guard Shaklee untuk memelihara kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil Phytocol ST Shaklee bersama CoQ Health Shaklee yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol ST Shaklee.

6. Adakah Phytocol ST Shaklee hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi sahaja?

Phytocol ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

7. Apakah keistimewaan Phytocol ST Shaklee ini?

Phytocol ST Shaklee membekalkan 2000 mg Fitosterol sehari seperti yang disarankan oleh National Institute of Health. 

Lebih 80 kajian membuktikan fitosterol membantu untuk menghalang penyerapan kolesterol dalam salur darah.

Phytocol ST Shaklee bebas gluten.

*********************************************************************************
Dah kenal Phytocol ST Shaklee?
Order Phytocol ST Shaklee di talian 012 921 4064.


Phytocol ST
Daftar Ahli Shaklee
Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR
KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL


Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
ID 886589





Friday, October 24, 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436

Assalamualaikum....

salam maal hijrah

SEMOGA TAHUN BARU BAKAL MEMBAWA SINAR CEMERLANG UNTUK KITA SEMUA, DUNIA DAN AKHIRAT...


suhaileymohdnoor

BERISTIGHFARLAH...SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSANMU

Nukilan dan pesanan khas untuk anakanda tersayang Nuraini dan bakal adik beradik...

Nak share pasal istighfar pula kali ini, semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Of course dalam kehidupan yang penuh mencabar ini, adakalanya kita dirundung rasa sedih, gelisah, susah hati, bimbang dan rasa payah..

Usah bersedih, kerana Allah swt itu sentiasa ada untuk menemani kita disetiap saat. Setiap kejadian buruk yang menimpa diri akan ada isyarat agar kembali kepada Tuhan yang satu.
JOM ISTIGHFAR
Teringat saya tentang kisah istighfar yang saya baca dalam Majalah Solusi. Cukup terkesan dihati kerana memang kisah tersebut hadir disaat rasa susah hati itu ada dalam diri....

Menurut penulis, 

Seseorang telah datang dan mengadu kepada Hassan al-Basri (ilmuwan pujaan saya ni..) bahawa hujan tidak pernah turun. 
Jawab Hasan al-Basri, 'Beristighfarlah kepada Allah'.

Lalu datang pula orang lain mengadu akan kefakiran yang dialami. 
Jawab Hasan al-Basri, 'Beristighfarlah kepada Allah'.

Kemudian datang lagi hamba Allah yang lain, kali ini wanita yang mandul mengadukan kepada Hasan al-Basri. 
Jawab Hasan al-Basri, 'Beristighfarlah kepada Allah'.

Para jemaah pun bertanya, 
'Apakah setiap orang yang mengadu, engkau hanya mengatakan istighfarlah kepada Allah?'

Hasan al-Basri menjawab,
'Tidakkah engkau membaca firman Allah : "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyakkan harta dan anak - anakmu, dan mengadakan kebun - kebun untukmu dan mengadakan sungai - sungai untukmu". (Nuh 71: 10 - 12) 

Duhai zuriatku, ingatlah Allah sentiasa, tetapkan Dia di dalam hati mu..inshaAllah syurga itu milikmu..

Terima kasih kerana membaca^^^ semoga syurga itu milik kita semua^^^

SuhaileyMohdNoor
Aku juga mengejar syurga sepertimu^^^

Thursday, October 23, 2014

TIBI | Cegah Sebelum Parah

Anda pesakit Tibi? 
Ada ahli keluarga yang merupakan pesakit Tibi? 
Ada kontek dengan pesakit Tibi?
Kenali penyakit Tibi dan vitamin yang boleh membantu pesakit Tibi.

Tibi tu apa?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna.
pesakit tibi
Kuman Tuberculosis
Tibi disebabkan oleh apa?

Penyakit Tibi ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Kuman ini juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

Tanda & Gejala Penyakit Tibi Paru-paru?
  1. Batuk berterusan lebih 3 minggu
  2. Kahak yang mengandungi darah
  3. Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
  4. Susut berat badan dan hilang selera makan
  5. Sakit dada apabila batuk atau semasa tarik nafas panjang
  6. Mudah letih
pesakit Tibi
Batuk berterusan
Bagaimana Tibi boleh berjangkit?

Kuman Tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

Bagaimana nak cegah Tibi?

Suntikan BCG diberi kepada bayi yang baru lahir atau semasa darjah 1 (7 tahun) sekiranya tiada parut di lengan.

Jika anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu, dapatkan pemeriksaan segera. Selain diri sendiri, kontek iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi perlu membuat pemeriksaan.
Vivix, Nutriferon, Vitamin C, Garlic
Cegah Tibi
Menakutkan betul penyakit Tibi ni kan, senang betul nak berjangkit terutamanya kepada mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah. Jom,kita lihat pula vitamin shaklee yang sesuai untuk pesakit Tibi dan mereka yang mempunyai kontek secara langsung dengan pesakit Tibi ini. Cegah sebelum parah

Tibi dan vitamin shaklee?

Secara umumnya, untuk mengelakkan atau pun bagi pengidap penyakit Tibi, vitamin shaklee yang tinggi antioksida dan vitamin shaklee yang boleh meningkatkan tahap imuniti boleh membantu pesakit Tibi melawan penyakit tibi ini.

Vitamin Shaklee yang boleh membantu adalah seperti Vivix, Nutriferon,Vitamin C dan Garlic. Secara umumnya, berikut adalah fungsi setiap vitamin shaklee yang saya cadangkan secara ringkas.

Vivix adalah pilihan utama memandangkan vivix tinggi antioksida dan bertindak dari peringkat DNA.

Nutriferon seperti sedia maklum sememangnya berfungsi untuk menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi dalam badan. Pesakit Tibi memang memerlukan sistem imun yang kuat untuk melawan penyakit tibi ini.

Vitamin C diperlukan kerana tinggi antioksida selain membantu dalam pembaikpulih tisu terutama tisu paru-paru bagi pesakit tibi.

Garlic pula bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang diperlukan untuk pesakit tibi melawan penyakit tibi ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan vitamin shaklee serta konsutasi berkaitan, hubungi saya ditalian 012 921 4064.

Pengedar Shaklee Kemaman
Pengedar Shaklee
Sekiranya anda disekitar Kuantan dan Kemaman, berikut adalah kawasan COD (cash on delivery) saya,

KUANTAN
BANDAR KUANTAN-AIR PUTIH-HTAA-UIA-BALOK-BESERAH-SG KARANG-SG ULAR-GEBENG-CHERATING-CHENDOR
KEMAMAN 
TAMAN PERWAJA-BERENJUT-GELIGA-FIKRI-JAKAR-GONG PAUH-BUKIT MENTOK-BANDAR CHUKAI-BUKIT KUANG-TELUK KALONG-KIJAL
Daftar ahli shaklee
Daftar Ahli Shaklee
Bersama Membangunkan Ekonomi Ummah

Pengedar Shaklee Kuantan 
Pengedar Shaklee Kemaman

Suhailey Mohd Noor
ID 886589


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...