Alhamdulillah,Tahniah di atas kelahiran seorang lagi khalifah di muka bumi ini..
Ibu bapa pasti teruja dengan kehadiran cahaya mata yang ditunggu - tunggu itu kan? Haaa..dah ada bayi kecil dalam jagaan tu, haruslah tahu beberapa perkara penting tentang penjagaan bayi kan?
So, hari ni nak kongsi tentang 4 cara sendawakan bayi terutama bayi berusia 3 bulan ke bawah. Tak kisah lah samada bayi tersebut menyusu susu ibu atau pun minum susu formula.
Kenapa penting sangat sendawakan bayi yang baru lepas menyusu ni?
Actually, kita perlu sendawakan bayi untuk mengeluarkan udara yang terperangkap di dalam perut bayi semasa menyusu.
Sekiranya udara yang terperangkap di dalam perut bayi tersebut tidak dikeluarkan, bayi tersebut akan berasa tidak selesa. Keadaan ini akan disusuli dengan kembung perut (kolik) dan lebih berbahaya sekiranya situasi ini menyebabkan bayi tersebut tersedak susu.
Pasti tiada ibu bapa yang inginkan bayi mereka tersedak susu bukan? Jom kita sebagai ibu bapa mahirkan diri dengan 4 cara sendawakan bayi ini.
1. BAYI MENIARAP DIPANGKUAN
Meniarapkan bayi anda pada salah satu paha anda. Kemudian, usap belakangnya perlahan - lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi daripada badan.
2. DUKUNG BAYI
Dukung bayi sambil mengajaknya berjalan - jalan di dalam rumah, sebelah tangan digunakan untuk menggosok bahagian belakang bayi. Gosok sehingga udara dalam badan bayi keluar.
Kebanyakan bayi memang seronok didukung ni ;)
3. BAHU
Gendung bayi di posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap bahagian belakang bayi perlahan - lahan sehingga dia sendawa.
4. DUDUK MENGHADAP KE DEPAN
Biarkan bayi duduk dalam pangkuan dengan selesa. Condongkan bayi sedikit ke hadapan, gosok dan tepuk punggung bayi sehingga udara dalam badannya keluar.
(sumber : majalah Pa&Ma)
Bagi saya, cara sendawakan bayi no .2 iaitu dukung bayi adalah cara sendawakan bayi paling mudah. Berbeza pula dngan encik suami yang gemarkan cara no.1. Ibu bapa diluar sana bagaimana pula?
Jom praktis sendawakan bayi selepas menyusu supaya bayi kita selesa dan selamat!
Practice Make Perfect!
UmmiHebatKepadaNuraini&Qamarulhuda
suhaileymohdnoor
No comments:
Post a Comment
Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much