Monday, October 7, 2013

RESEPI SOTO AYAM

Assalamualaikum korang....

Seronoknya kalau dapat memasak, rindu pulak nak memasak Soto. Masakan kegemaran husband ni. Isteri WAJIB la kena tahu masak kan! 

okey jom tengok bahan apa nk guna and macamana nak masak soto ni ok!!

soto ayam

Bahan-bahan
Sup
Ayam (1 ekor,potong 4)
Buah Keras 8bj
Bawang Merah 20bj
Bawang Putih 2bj
(item 2-4, sila blend ok)
4 Beradik 1 each cukup
serbuk jintan putih 2 sudu
serbuk ketumbar 2 sudu

Bergedil
Ubi kentang 10 biji (nak banyak sila beli lebih k)
Serbuk jintan putih
Telur 2 bj
Garam

Sos Kicap Berlada
Kicap
Cili
cuka

Mari memasak kuah/sup soto ni dulu.
1. Tumis blend item ni dalam minyak yg banyak, agak-agak dh ade bau & masak , masukkan serbuk jintan putih & serbuk ketumbar tu.
2. Jangan lupa 4 beradik td, campak je dalam kuali..hehe
3. menumis ni yang agak lama, masukkan lg minyak masak bila dh tengok tumisan tadi makin pekat. Tumis sampai brownish tau.
4. Then, masukkan air, bila air dh mendidih, baru masukkan ayam.
5.Biarkan sampai ayam tu masak k.

sementara tu, meh buat bergedil dulu.

1. Basuh dan potong ubi kentang. Potong macam potato chips tp tebal sket.
2. Goreng mcm biasa. Then, toskan bila dah masak.
3. Tumbuk ubi kentang yang dah masak tu sampai lumat.
4. Masukkan serbuk jintan putih dan gaul rata.
5. Bentukkan bulat-bulat. celup dalam telur(letak garam sikit), pastu goreng!
6. Dah siap!!

Untuk sos kicap pulak, blend cili dan add kicap + cuka sikit.Siap!!

*Soto ni boleh dimakan dengan nasi impit atau meehoon/mee. Kami suka nasi impit! Beli yang saiz kecik, senang nak potong dan simpan!
*Ayam yang dah siap masak tu, sila carik-carikkan dengan garfu ye..memerlukan sedikit kesabaran di sini.
*Boleh goreng sohoon, campur taugeh, kacang dan lain-lain aksesori dalam sup/kuah mengikut selera masing-masing!
*Masa masak tu, jangan lupa banyakkan zikir ok!

cc kak atie sayang for the resepi soto yang best best!

selamat mencuba!!

#sueypunmemasakok#

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...