Sunday, March 17, 2013

vitamin E dalam diet harian

Pernah makan vitamin E?
Ramai sebenarnya yang amik vitamin E dalam bentuk supplemen cuma tak la sepopular pengambilan vitamin C yang memang rata-rata rakyat Malaysia ambiklah..

Main reason orang ambik Vitamin C adalah disebabkan kandungan antioksidan yang terdapat dalam vitamin c tersebut. Namun, tahukah anda antioksidan di dalam vitamin E adalah 50 kali lebih banyak daripada antioksidan di dalam vitamin C. Ternyata lebih banyak kan!! Agak-agaknye la kan, kenape orang lebih prefer ambik vitamin C berbanding Vitamin E yang ternyata tinggi antioksidan nya?

Apa yang boleh disimpulkan di sini, vitamin C lebih dipromosikan daripada vitamin E dan juga faktor harga dimana vitamin C lebih murah daripada vitamin E.Walaubagaimana pun pengambilan vitamin C dan E dalam diet harian adalah satu gabungan vitamin yang mantap untuk kecantikan dalaman dan luaran.

so, dari mana sebenarnya kita boleh dapat sumber vitamin E ni sekiranya tak nak ambik vitamin?
nak supplemen, tentukan vitamin E shaklee menjadi pilihan!!

Di sini sue listkan makanan-makanan yang kaya dengan vitamin E yang sungguh berkhasiat ini :)

# minyak jagung # Badam # Jagung # kacang # biji bunga matahari # cotton seed oil # sayuran berdaun hijau # zaiton # wheat germ #

by the way, kenape nak kena makan vitamin E ni? bagus sangatkah?
Vitamin E sebenarnya menjalankan pelbagai fungsi yang penting dalam tubuh kita. Salah satu fungsinya adalah untuk melindungi vitamin A dan B kompleks serta zat Biotin terhapus oleh tindakan zat lemak yang perat. Ia melindungi Vitamin A, asid lenoleic dan lain-lain zat makanan dari terhapus oleh tindakan zat oksigen dalam tubuh.
Vitamin E juga sangat mustahak dalam memelihara otot kita terutama otot jantung agar sentiasa dalam keadaan sihat dan kuat.
Selain itu, vitamin E juga digunakan untuk merawat dan menyembuhkan penyskit kencing manis atau diabetes. Vitamin E juga berkesan dalam rawatan pesakit yang mengidap gastric ulser.
Vitamin ini juga dikatakan sebagai paling mujarab bagi mencegah kemandulan dikalangan lelaki dan wanita serta berbagai gangguan sakit pada organ peranakan atau rahim wanita.
Banyak betul manfaat pengambilan vitamin E ini, maka haruslah kita semua memastikan keperluan vitamin E yang cukup dalam diet seharian kita ;)

sekian perkongsian untuk hari ini.

22 CARA MENDIDIK ANAK DENGAN BETUL

sementara tunggu Nuraini gi tapau dinner dengan Abi kesayangan die, its time for umi nak berblog!! hehe
kali ni nak story morry pasal 22 Cara Mendidik Anak dengan Betul. Baru je lepas baca pasal tajuk ni tadi, bagus untuk panduan kita semua as parents yang sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak-anak tersayang. Kena masuk dalam blog sebab takut lupa boleh rujuk dimasa hadapan!!
nuraini

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. Maka, kita lah yang perlu tentukan corak yang bagaimana kain tu nanti ;)

22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


i love no.20. we're not perfect rite. we do make mistake.what we can do is pray hard to ALLAH swt and asked Him to show us the way.

in sha Allah
ummi nuraini

Monday, March 4, 2013

Energising Soy Protein Shaklee untuk berTENAGA & KURUS???

Energising Soy Protein Shaklee? 

Produk best seller keluaran Shaklee Products (M) Sdn Bhd. Kaya dengan protein dan zat mineral yang lain, Energising Soy Protein aka ESP merupakan pilihan terbaik  rakyat Malaysia masa kini. 
energising soy protein

Ia diperbuat daripada kacang soya NON GMO (tidak diubahsuai secara genetik) dan diproses pada suhu yang rendah untuk menghalang khasiatnya hilang semasa proses pembuatan. 

Tahukah anda, Protein kacang soya adalah dua kali lebih tinggi dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Kenape ESP dikatakan mampu memberi tenaga kepada badan? Boleh kurus jugak? 

Buat pengetahuan anda, 1 canister ESP diperbuat daripada 30kg kacang soya NON GMO ini,umum mengetahui soya kaya dengan protin, maka memang patut la ESP ni membekalkan tenaga berpanjangan. Logik bukan?

Sbb tu la mereka yang mengamalkan ESP setiap hari mampu menurunkan berat badan juga kerana mereka tidak perlu lagi mengambil makanan dalam kuantiti yang  banyak memandangkan kacang soya yang juga kaya dengan kalsium, asid lemak omega 3, vitamin B (juga membekalkan tenaga), zat besi, zink, fosforus & juga serat mampu membuatkan mereka kenyang dan seterusnya juga bertenaga. Nak diet pun senang dengan ESP tau!!
Kasi lawas jugak tau sebab ia kaya dengan serat!! sembelit? meh amik esp ;)

Best kan ESP ni...nak try? jom order ngn saya suhailey mohd noor.012 921 4064.sueymn@yahoo.com

sharing is definitely caring,
ummunuraini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...