Wednesday, August 4, 2021

Cara Mudah Buat Makaroni Goreng Sedap

Assalamualaikum & Good day,

Alhamdulillah, tempoh berpantang akhirnya habis jugak. Semput nak tunggu 44 hari tau :)
Since dalam pantang ni tak boleh makan sembarangan, nak tapau pun tak sampai hati, jadi mari lah kita masak anything yang simple dan sihat je :)

Menu hari ni, Makaroni Goreng. Tak pedas pun makaroni kak suey goreng ni sebab lepas bersalin, tak dinasihatkan makan makanan pedas.
.
.
.
.
.
.
uih, lamanya tertangguh entry ni :)
Sufiyullah dah 4 bulan pun sekarang..
So, sebelum umi busy lagi, meh nak kongsi cara mudah nak buat Makaroni Goreng :)
Semoga bermanfaat untuk 3 kesayangan umi 💕

Bahan - bahan yang diperlukan :

Makaroni (umi prefer sans remo or prego)
Ayam/Daging
Lobak Merah
Sawi Pak Choy
Tomato
Bawang Putih
Bawang Merah
Sos Tomato
Sos Cili/Cili Blend
Sos Tiram
Kicap Manis
Gula
Garam

Cara masak Makaroni Goreng 💜
.
.
.
.
.
Tertangguh lagi rupanya entri ni. Hmm dahsyat :). Ambil masa bertahun untuk dipublish entri ni. hihi.
Hari ni kita cuba sambung tulis sampai terus boleh publish hari ni jugak. Dah lama jugak tak buat makaroni goreng ni. Ingat-ingat lupa dah cara nak masak. :)

Cara nak masak makaroni goreng ni agak simple je sebenarnya. Ringkas dan tak ambil masa yang lama. Jom ikuti langkah-langkah memasak makaroni goreng versi kak suey seperti dibawah :)

1. Tumis bawang putih dan bawang merah dalam kuali.

2. Masukkan cili kisar. Kak suey lebih suka cili kering yang dimasak dan dikisar berbanding cili boh yang dibeli dikedai. Memang terasa perbezaan antara keduanya.

3. Agak-agak dah garing, masukkan ayam/daging. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis.

4. Tambah sedikit air jika nampak begitu kering. Setelah ayam/daging hampir masak, masukkan lobak merah dan sayur sawi. Teruskan menggoreng sehingga agak-agak lobak dah lembut.

5. Masukkan makaroni yang telah direbus dan ditoskan ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati perencah tadi dan semua makaroni tersebut.

6. Last sekali, perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing- masing. :)

Mudah je kan? Now, everyone also can cook :)

Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat untuk semua :)


KakSuey
CookingForLovedOne




Resepi Tomyam Seafood Thai Mudah

 Assalamualaikum and good day everyone,


Lama tak meninggalkan jejak di sini. Dah bertahun tiada entri baru. Alhamdulillah, hari ni tergerak hati untuk menulis lagi.

Lately, sedikit rajin untuk mencuba resepi baru. Teringat zaman-zaman rajin memasak, cuba resepi baru, paling best memasak kat rumah mak. Seronok memasak kat sana kerana dapur yang luas, semua bahan complete and ramai yang akan menghabiskan masakan tersebut :)

Berbalik kepada tujuan asal menulis hari ini, sebenarnya nak kongsi resepi je. Simpan di sini untuk rujukan sendiri pada masa hadapan dan juga sebagai peninggalan kepada Nuraini, Qamarulhuda dan Sufiyullah.  Suatu hari nanti, mana la tahu, diaorang rindu nak makan tomyam macam umi they all masak, boleh rujuk sini untuk resepi ;).

Resepi yang saya nak kongsikan hari ni, simple dan mudah untuk disediakan. Saya suka resepi ni sebab ia mudah disediakan dan mengambil masa yang singkat. Rasa pun sedap je. Sesuai untuk disediakan kepada para tetamu juga :).

Jom check peti ais, ada tak bahan-bahan ni, boleh terus cuba jika ada. Bahan - bahan yang diperlukan untuk masak Tomyam Seafood kegemaran saya ni adalah seperti berikut :

Air
Udang 
Sotong
Serai
Lengkuas (optional)
Perencah Tomyam Thai
Kicap Sotong
Air Perahan Limau
Daun Limau Purut
Susu Cair

Sikit je kan, bahan-bahan yang diperlukan. Boleh sangat kalau korang nak cuba. Dah banyak kali juga saya masak tomyam seafood thai guna resepi ni, memang menjadi kegemaran saya dan anak-anak dah.

Kita teruskan dengan cara untuk masak Tomyam Seafood Thai ni. Mula-mula, panaskan kuali. Bila kuali dah panas, boleh masukkan air, sebelum masukkan udang dan sotong :). Kuantiti air tu, boleh agak-agak sampai tenggelam semua haiwan dalam kuali tersebut. Hihi. Lagi banyak haiwan yang kita masukkan dalam kuali, lagi banyak air yang diperlukan.

Kemudian, masukkan serai. Satu atau dua batang serai dah cukup. Next, boleh masukkan perencah tomyam thai. Perencah tomyam thai yang saya guna ni, saya beli dari LYC. Tunas Manja pun ada jual rasanya. Perencah tomyam thai yang memainkan peranan yang penting untuk pastikan tomyam seafood thai ni, begitu sedap. Pilih perencah yang sedap, recommended by orang lain, inshaAllah tomyam tu sedap. Untuk seorang makan, saya masukkan lebih kurang sesudu besar perencah tersebut. 

Dah kacau sehingga sebati, masukkan pula kicap sotong dan air perahan limau. Kemudian, masukkan susu cair sikit dalam 1-2 sudu besar. Perasakan tomyam seafood thai dengan gula dan garam mengikut selera masing-masing. Dah siap! :)  

Tips memasak :
Kalau masakan tu ada rasa terlebih masam sikit, boleh counter dengan tambah air dan letak garam. Kalau masaka tu terlebih manis pulak, boleh counter dengan garam  juga. 


KakSuey
CookingForLovedOne




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...