Wednesday, April 25, 2018

CARA KURANGKAN JERAGAT DENGAN CEPAT, BERKESAN DAN SELAMAT

Assalamualaikum...

Topik hari ni nak ulas tentang perihal jeragat.
Perempuan, kalau jeragat dah mula menyerang kulit muka, memang sedih.

Perkara paling nak elak tau, jeragat ni, jerawat ok lagi.
Orang kata, mintak sisih kalau dapat jeragat ni.

Tapi tu lah, susah nak elak jeragat ni, sebab usia kita semakin tua kan, ciri-ciri penuaan pun pasti akan bermula juga :(

Tapi, jangan la bimbang sangat, proses penuaan ini boleh ditangguhkan jika kena dengan kaedahnya :)

Kalau kulit muka kita tu, jeragat dah mula timbul, kita cuba kurangkan jeragat ni. 

Pudarkan sekali keamatan warna jeragat tu, tidak lah nampak obvious sangat :)

cara kurangkan jeragat dengan cepat, selamat dan berkesan

Firstly, kita kena tahu apa faktor - faktor yang menyumbang kepada proses penuaan ini. Lebih spesifik lagi, macamana jeragat ini boleh terbentuk atau terjadi.

Dengan, mengeksplotasi faktor penyumbang terjadinya jeragat ini, mungkin kita mampu melambatkan proses kemunculan jeragat ini di kulit muka kita.

Jeragat didefinisikan sebagai :

"mana - mana bintik -bintik kecil berwarna coklat di kulit yang diakibatkan oleh pengeluaran melanin yang bertambah. Bilangan dan keamatan bintik -bintik coklat ini meningkat seiring dengan pendedahan kepada cahaya matahari"

Jeragat ini biasanya terjadi/ terbentuk akibat daripada pendedahan kepada sinaran UVB yang mengaktifkan melanocytes yang seterusnya meningkatkan penghasilan melanin. Apabila pengeluaran melanin bertambah, jeragat akan terbentuk dengan jelas. 


Semakin terdedah kepada sinaran UVB ini, semakin jelas jeragat akan kelihatan. Jeragat ni, bukan sahaja terbentuk di kulit muka tau, tetapi di mana sahaja bahagian kulit yang terdedah kepada sinaran UVB. Bahagian badan lain yang biasa ditemui jeragat ini, termasuklah pada bahagian kulit bahu, leher dan lengan.



Apa nak buat untuk elakkan jeragat terbentuk pada kulit muka kita?

Paling mudah, elakkan diri daripada sinaran UVB.

Tapi, boleh ke kita nak elak, hari-hari mesti keluar rumah kan, nak pergi sekolah, nak pergi kerja, nak meniaga dan macam-macam lagi aktiviti harian kita.

Memang tak boleh nak elak.....

Cara paling mudah, kita kurangkan jeragat tu, nak elak dah tak boleh kan, pada waktu tertentu usia kita ni, memang jeragat ini mula timbul.


Cara sihat untuk kurangkan yang terbukti berkesan adalah dengan pengambilan suplemen /vitamin dan produk kecantikan yang betul.


1. YOUTH


youth

Youth ni produk skincare terbaru dari Shaklee Corporation. Bukan sahaja direka khas oleh pakar bertaraf antarabangsa, Youth ini juga merupakan produk skincare yang dihasilkan oleh 100% daripada sumber tumbuhan. 

Kandungan utama Youth ini, dapat membantu mengurangkan jeragat dengan berkesan dengan cara melindungi sel kulit daripada sinaran UVB yang menjadi punca terbentuknya jeragat. 

Muscadine grape, Vital Repair, Apple Stem Cell Extract antara bahan kandungan Youth yang berfungsi untuk melindungi sel kuit daripada radikal bebas dan juga mempercepatkan pembaharuan sel kulit supaya kulit kelihatan berseri dan tidak kusam lagi. 

Youth ini juga terbukti melalui kajian klinikal, menyihatkan sel kulit dan mampu membuatkan kulit kelihatan muda 10 tahun.

2. VIVIX


vivix dan jeragat

Vivix mengandungi Resveratrol yang sangat tinggi antioksidan. Kulit yang berjeragat memerlukan antioksidan ini bagi melawan radikal bebas yang menyumbang kepada pembentukan jeragat.

Apabila radikal bebas ini dihalang, pembentukan jeragat pada kulit muka atau mana-man bahagian yang terdedah, boleh dihalang.

3. VITAMIN C


kurangkan jeragat dengan cepat,berkesan dan selamat

Pengambilan Vitamin C yang konsisten mampu membantu untuk menghalang pembentukan jeragat daripada berlaku. Sebagai antioksidan yang kuat pula, vitamin c membantu mencerahkan kulit dan secara tidak langsung dapat memudarkan jeragat sedia ada.

Istimewanya vitamin c ni juga, ia mencegah enzim dalam badan daripada mengeluarkan melanin yang berlebihan apabila kulit terdedah kepada sinaran matahari.

Paling best, vitamin c juga membantu penghasilan kolagen untuk keanjalan kulit :). Banyak lagi fungsi vitamin c ni tau, boleh klik VITAMIN C untuk bacaan tentang vitamin c selanjutnya. 

4. GLA COMPLEX


gla jeragat

Salah satu punca jeragat terbentuk adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon. Fungsi khas GLA adalah kawal atur hormon supaya kembali stabil. Apabila hormon mula stabil, jeragat susah untuk terbentuk. 





Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SET KURANGKAN JERAGAT ini, hubungi sahaja : 

Suhailey Mohd Noor
sueymn@yahoo.com
COD di kawasan Kemaman/Kuantan
Penghantaran dengan Pos Laju/Gedex ke seluruh negeri dalam Malaysia
Penghantaran ke luar negara juga disediakan


*Penafian:   Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat daripada pakar perubatan yang diiktiraf.

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...