Monday, October 19, 2015

7 Sebab Kenapa Anak Sukar Tidur

Dilema ibu-ibu bila bayi sukar tidur. Bila anak berjaga, of course ibu pun sama turut berjaga. Takkan nak biar anak main sorang-sorang kan? Bahaya tu.

Memang penat bila ibu pulak  perlu bangun awal untuk melaksanakan tugas sebagai pekerja dipejabat. Setuju tak?

Kesian ibu kan, tapi apa boleh buat. Kesian juga kat bayi tersebut. Saya ada baca artikel yang mengatakan, bayi yang kurang tidur, boleh mendatangkan banyak masalah. Huh, seram jugak baca tu.
7 sebab bayi sukar tidur

Artikel tersebut ada mention, pertumbuhan otak bayi mungkin terganggu sekiranya bayi kurang tidur kerana sebahagian besar kerja-kerja hormon terjadi ketika tidur. Ini termasuk hormon untuk pertumbuhan otak dengan pesat.

Dalam artikel tu, jelas membuktikan bahawa tidur adalah aktiviti penting buat bayi. So, bayi perlukan masa yang lama untuk tidur sebenarnya. Barulah otak dan tubuh mereka berkembang dengan baik.

Seeloknya, bayi berusia 0-6 bulan, tidur selama 16 jam sehari. Normal tau, bila usia semakin meningkat, waktu tidur bayi menjadi semakin berkurangan. Nak lebih bermain pulak kan.

Kenapa agaknya bayi sukar nak tidur terutama waktu malam? Teringin tak, nak tahu? Mesti ibu nak tahu kan? Betapa penting, bayi tidur lama. Malam kan memang waktu tidur.
Menurut pembacaan saya, ada beberapa sebab atau punca kenapa bayi sukar tidur tak kira la malam atau siang hari. Jom baca. Memang membantu sangat. 
7 sebab atau punca bayi sukar tidur. Jom Check
1. Lapar
Ye.Saya setuju sangat salah satu punca bayi sukar tidur sebab dia lapar. Anak kedua saya, Qamarulhuda macam tu. 
Selagi perut tak kenyang, memang tak tidur. Tengah tidur tu, kalau dia lapar memang dia akan bangun. Cari makanan.
2. Pampers penuh
Walaupun bukan semua bayi begitu, namun, ada bayi yang sukar tidur berpunca daripada pampers penuh. Tak selesa kot. 
So far, anak saya Qamarulhuda ok la. Bukan apa, kadang tak bangun pun tengah malam untuk tukar pampers, so saya assume ok la tu. ;) Tapi kalau siang, memang tak selesa dia nak tidur bila pampers penuh.
3. Suasana yang tidak selesa
Ada bayi yang sensitif dengan bunyi bising atau pun cahaya lampu. Persekitaran yang terlalu sejuk atau panas pun mempengaruhi anak atau bayi untuk tidur. 
Sebagai ibu, kena perhati dan fahami anak masing-masing. Lain bayi lain ragam kan?
4.Tumbuh gigi
Bergantung kepada bayi masing-masing jugak. Ada je bayi yang tak meragam bila tumbuh gigi. Ok je tidur macam biasa. Tapi, ada bayi yang memang tak selesa bila tumbuh gigi, asyik nangis je. 

Kesian. Menyusu pun kurang :(.


Boleh jugak cuba picit gusi anak dengan lembut untuk kurangkan rasa tak selesa. Just make sure basuh tangan dulu, untuk elak kuman membiak dalam mulut sikecil.
5.Gangguan kesihatan

Bila badan tak sihat, asyik meragam, tak selesa nak tidur. Ibu kena alert keadaan anak. Kena cek suhu, cepat -cepat usahakan turunkan suhu badan. Selesa sikit bayi nak tidur.


Tips ni mungkin boleh membantu : 5 TIPS KURANGKAN DEMAM ANAK
6.Terlalu akrab dengan ibu bapa
Memang syok tidurkan bayi, lagi-lagi kalo menyusukan dia. Tapi, hasil pembacaan, rupanya cara itu salah. Ibu sepatutnya, temankan anak sampai waktu hampir tidur je,bukan apa, untuk elakkan bayi terbiasa ok je bila dia terjaga, ibu tiada disisi.
7 sebab kenapa anak sukar tidur
Ini secara tidak langsung mendidik anak atasi kegelisahan dan membuatkan dia berkeyakinan di kemudian hari.


7.Tempat baru
Normal jika bayi sukar apabila berubah tempat tidur. Contoh paling mudah bila dihantar ke nursery atau rumah pengasuh, ambik masa jugak mereka nak sesuaikan diri. Bab tidur pun sama. 
Sekian, itulah 7 sebab kenapa bayi sukar tidur. Lepas ni, ibu-ibu tak perlu risau dah. Since dah tahu punca bayi sukar tidur, boleh plan penyelesaian ikut cara masing-masing. Lain bayi kan lain ragamnya.

Happy parenting!

SuhaileyMohdNoor
15Oktober2015
Kuantan,Pahang

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...