Monday, February 18, 2013

vitamin shaklee nutrien ibu menyusu

Pengalaman menyusukan bayi memang tidak dinafikan sememangnya pengalaman dan saat paling indah dalam kehidupan seorang ibu. Lain anak lain ragamnya..namun perbezaan tersebut mampu membuatkan setiap ibu rindukan pengalaman tersebut dan tidak jemu untuk terus berusaha menyusukan anak mereka. Siapa yang tak nak yang TERBAIK untuk anak mereka kan???



SUSU IBU MEMANG TIDAK DINAFIKAN SEBAGAI SUSU TERBAIK YANG PATUT DIBERIKAN KEPADA SETIAP BAYI. PENYUSUAN EKSKLUSIF SELAMA 6 BULAN TERBUKTI MENINGKATKAN TAHAP IMUNITI DAN JUGA KECERDASAN BAYI-BAYI. MALAH SUSU IBU JUGA MAMPU MEMBERI KEBAIKAN BUKAN SAHAJA KEPADA BAYI MALAH IBU YANG MENYUSUKAN JUGA.

Bagi memastikan susu yang dihasilkan oleh ibu tersebut adalah susu yang berkualiti, pengambilan makanan yang seimbang & nutrien yang cukup sangatlah penting terutama untuk perkembangan bayi tersebut

Berikut adalah saranan nutrient yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya kekal pada tahap optimum.


Vitamin yang dimaksudkan adalah Multivitamin, Protein, Vitamin C, B Kompleks, Kalsium, Asid Lemak Omega 3 dan Alfalfa. Jom kita tengok kepentingan setiap vitamin ini.

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat disamping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang  baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi, dan mengambil vitamin c menunjukkan khasiat vitamin tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin c. Vitamin c  penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mengandungi pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi melalui susu ibu.  

Kalsium
40 % daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula,tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah  fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau Autisme.

Alfalfa
Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1,B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Ia dikatakan milk booster untuk ibu-ibu menyusu.

Baguskan vitamin-vitamin ni, memang patut kita amalkan pengambilan supplemen even bila dah tak menyusu lagi..semua tu penting untuk memastikan badan kita sihat supaya kita dapat menjaga orang disekeliling kita. Al maklumlah bile dah jadi ibu ni, we actually having another supporter in our life. Risau takut tak sihat sebab nak jaga anak kita kan?? semua ibu pun mempunyai perasaan begitu.

so, as a conclusion, ibu-ibu jangan lupa amik suplemen ye ;) Nak suplemen semulajadi? boleh try SHAKLEE

p/s : jgn lupa minum banyak air ye ;)

salam sayang,
umminuraini

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...