Wednesday, May 16, 2012

syukran ya Allah

Salam n evening, Sejenak ditugaskan sebagai panel temuduga membuatkan aku lebih mengerti hakikat kehidupan dan realiti zaman sekarng..risau dan bimbang..perasaan berbaur, sedih jua mengenangkan masih ada insan yang hidup penuh kedaifan. 

3 hari berlalu, episod tugasan hari ini begitu menggugat hati dan perasaan. Macam2 kisah dan ragam calon yang ditemuduga..ade yang begitu tekun dan serius untuk mendapatkan kerja, namun ada juga yang masih tidak sedar erti kehidupan walaupn umur telah mencecah 1/4 abad.. 

Tugas yg di amanahkan dipikul bersama seorang pegawai lain..partner kali ini boleh dikatakan serasi..kami mempunyai pendapat yang sama dan urusan temuduga berjalan dengan lancar. 

Walaupun hari ini dilalui dengan agak mencabar, namun tugas tersebut harus aku lunaskan jua..sepanjang sesi temuduga berjalan, hati ini tidak putus2 mengucapkan syukur kepadaNya di atas nikmatyan telah dikurniakan..rata-rata calon penemuduga berusia 24-35 tahun. 

Tak jauh beza pun umur mereka dengan aku..melayan kerenah adik2 yang kurang matang dan begitu kebudak budakan adakala nya membuatku stress..ada jua yang begitu sombong...mungkin kerana telah mempunyai pengalaman kerja berbanding orang lain..keangkuhan diri begitu terserlah..yang pasti..semua yang datang rata-rata memilih untuk bekerja di sektor kerajaan kerana nak mudah..Nk senang..kerja senang,.nk buat loan pun senang... 

Lebih menyedihkan apabila, seorang bapa yang masih muda tetapi mengharapkan pendapatan isteri untuk menampung kehidupan dan tidak serius untuk mendapatkan kerja..tiada persediaan dibuat untk menghadiri temuduga..senarai tugasan jawatan dipohon pun tidak tahu..tidak bertanya pun apatah lg berusaha untuk mencari diinternet..ada juga yang datang temuduga tetap x tahu jawatan apa yang dipohon..nak pengsan juga dibuatnya. 

Apa-pun sesi temuduga akan diteruskan esok, semoga calon yang datang lebih bersedia dan betul2 layak.. 

Suey

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...