Sunday, January 27, 2013

Mealshake - kenape perlu memilih mealshake shaklee?

Entri berkenaan shaklee pulak kali ni,

more specifically, the topic is about Mealshake! Why Mealshake? Due to high demand of Mealshake order received, wajib la sue tulis satu lg entri berkenaan Mealshake ni!!

Siapa yang cari Mealshake ni? 

Pastinya ibu-ibu yang sangat mementingkan kesihatan anak beliau. Di antara masalah yang sering dihadapi adalah seperti, anak susah makan, picky eater, sembelit, kerap demam..ekzema, lelah dan sebagainya.

JOM ikuti testimoni-testimoni ibu-ibu yang telah memberikan MEALSHAKE sebagai makanan tambahan anak-anak mereka.Enjoy reading ;)

FB :BEEHA YUNOS

'Since saya bagi anak saya MEALSHAKE + OMEGA, memang dia jarang selsema (kalo x, sebulan sekali g jumpa pakar kanak-kanak) dan susu pun mmg habis dan makan pun berselera..alhamdulillah sayur semua makan, dah xde masalah tak nak makan..and kalau demam dan selsema, 2 hari dah baik..alhamdulillah akhirnya saya temui suplemen yang serasi dengan anak saya.' cc mommyirfan




ni pulak, pengalaman pn.Nora, tentang mealshake untuk anak tersayang :)


Alhamdulillah....dapat juga sy membeli Meal Shake untuk anak2 sy. Mmg boleh tahan harga Meal Shake ni, tapi demi perkembangan minda & IQ anak sy, sy sanggup melabur untuk si manjaku agar dapat melihat mereka membesar dengan baik. 
Tak tentu arah hidup sy bl asyik risaukan masalah sembelit & kurang selera makan Puteri & Putera kesayangan sy tu. Anak sulung (kak Yong) sy ni mmg susah betul nak bagi makan. Mesti lari atau keluarkan balik makanan jika sy pakse makan. Dah macam2 ikhtiar sy cuba sjk kak yong de mslh sembelit & kurang selera makan ni. Sangat2 kesian tgk setiap kali kak yong ni nak buang air besar. Kadang2 sampai berdarah. Aduh hati ibu mana yang sanggup tgk anak dlm kesakitan camtu. Sy dh bwk jumpa pakar, tp still camtu. Hurmmm buntu...smlm sy mintak lah advice rakan Shaklee sy tentang mslh sembelit anak sy. Dia suggest try Meal Shake, hopefully ikhtiar sy ni menampakkan perubahan yg positif.
Si adik pun ada masalah juga. Masalah kurang selera makan. Letih betul nak pujuk setiap kali bagi makan kt adik. Kadang2 dh mcm main kejar2 kami kt rumah. hehehe...aduhhh...sabo je lah..
Semalam balik kerja terus gi Shaklee dekat subang beli Meal Shake ni. Masa mula2 nak beli takut sgt sb bdk berdua ni dh pandai rase. Takut sgt mereka x dapat terima rase lain dlm susu mereka...memamg cuak betul malam td. hehehe..tp alhamdulillah...masing2 abes minum susu yg ibu campur Male shake tu..hehehe...& terus lena sampai ke subuh...
Harap2 ini permulaan yang baik...InsyaAllah (^_^)

Alhamdulillah, ramai yang dah merasai kehebatan MEAL SHAKE SHAKLEE ni..yang pasti,semua ibu pun mahu yang terbaik untuk anak mereka!! anda, saya dan dia..pastinya sentiasa memikirkan yang TERBAIK untuk anak-anak kita.

bg yang ingin mencuba MEALSHAKE, blh hubungi saya..nak tambah pendapatan dengan SHAKLEE pun sangat dialukan..

salam mealshake

suhailey mohd noor
012 921 4064 /sueymn@yahoo.com
ID 886589

Monday, January 21, 2013

Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2013


Last week, hari khamis tanggal 10 Januari 2013, sue attend interview kat Putrajaya.

email tentang interview HLP ni, sue dah dapat dari bulan 12/2012 lg, tapi x tahu nak prepare ape..hehe confuse kejap...actually, terkejut pun ada, hari tu sue call bahagian latihan kkm tanye pasal HLP ni, pegawai kat situ cakap, anyone yg dh dapat cuti belajar bergaji penuh ni x dah layak for HLP..
so, sue senyap je la..x ambik tahu sgt pasal HLP ni..tup tup kawan sue msg cakap nama sue naik for the interview...huhu terima je la...

interview tu on khamis, so rabu g hkl kebetulan ade kes nk refer kt sana..mlm tu tido kat umah kawan kat putrajaya presint 5, thanks to norhidayah & family..



proceed terus ke soklan yg ditanya..
oh sebelum tu, panel interview sue n kwn sue skali tau..ade 3 panel semua..ketua profesion, wakil sumber kkm & ketua panel which is kali ni ketua program pegawai sains fizik!!

soklan tentang diri x tanya langsung ye...soklan isu semasa pun xde,..pasal kerajaan,,nama menteri bagai,,lagi la xde..so, korang yang nk g interview hlp ni, x yah la risau sgt..

soklan 1 : dah ade tempat nk belajar?
soklan 2 : famliy semua dah settle?
soklan 3 : surat tawaran dah ade la ye?

yg ni confirm boleh jawab la kan..soklan yg sama for both of us.

then, mereka tanye pasal research project final year kita..yg ni mmg kena jawab betul2 la
part ni, soklan berbeza antara sue ngn  kawan sue, depends on projek kita la..
btw, soklan yg mmg sama & standard..Apa benefit projek kita tu untuk KKM?

yang banyak tanye soklan, of course la wakil KKM, bahagian sumber!! Pasal profesion kita la basically..ape pendapat tentang masa depan profesion kita? compare profesion kite with profesion yang sama kat overseas.

ketua program plak tanye soklan agak general jugak, isu semasa pasal profesion kita...and how u can actually kembangkan lagi profesion u..

hahaha sue jawab je mane yang termampu..kejap mcm rase ade harapan nak dapat...kejap rase harapan tu hancur berkecai...huhu apa2 pun cuti belajar bergaji penuh dah lulus,.,so, dapat biasiswa ke x, perjuangan harus diteruskan..

calon master 2013
ummi nuraini ;)




setia hujung nyawa - maafkan aku by last minute

hi everyone,

sape tengok cite kat tv3, setia hujung nyawa! drama ni dah episod 16 dah sekarang, setiap kol 7pm, evry monday until thursday.

sue mmg minat sgt la cite ni, sangat la sweet kisah dia..btw, nuraini & abi pun dah terikut sama. Finally, last friday, whole nite sue x tido qadar tengok episdo yang terlepas kat tonton.com...hahahaha punye la minat..then, mase bfast on saturday, have to repeat the story to abi la..hehe dah terpengaruh die..



btw, hari ni sue nak share lirik lagu yg sue suka sgt ..

layan...

Lirik Lagu: Maafkan Aku - Last Minute 

(verse 1)
Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yg ku cinta sepenuh hatiku

(verse 2)
Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yg pertama..kucintai

(chorus)

(1)
Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yg dapat menemanimu

(2)
Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
I said i love youu..

Repeat verse 1 & 2

Chorus

Source: http://www.lagubestbest.com/2012/02/maafkan-aku-last-minute-lirik-video.html#ixzz2IaGzVSml


ni plak vidoe klik die...enjoy!!!

xoxo
suey

Friday, January 18, 2013

ANEMIA - INFO YANG PERLU DIKETAHUI


sharing pasal ANEMIA
Anemia atau kurang darah (hemoglobin) sering dikaitkan dengan keadaan lemah, letih dan lesu akibat kurangnya kandungan zat besi di dalam darah.Anemia bukan sahaja berlaku pada orang dewasa, malah kanak-kanak juga boleh dikaitkan dengan anemia.

Kita tengok apakah simptom-simptom anemia?

VITALEA


Terdapat beberapa keadaan dimana anemia boleh berlaku.
Berikut adalah antara punca utama berlakunya anemia :

- kekurangan zat besi
- kekurangan vitamin C
- kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
- masalah tiroid

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI
Ia boleh berpunca dari:

- Kecederaan/keadaan yang menyebabkan pendarahan luaran atau dalaman seperti kanser, menstruasi, gastrointestinal infection,
- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C
- Kurang pengambilan zat besi dalam diet
-Keperluan zat besi yang meningkat seperti semasa mengandung dan menyusukan anak
-Pengambilan makanan/minuman yang menganggu penyerapan zat besi seperti cereal, teh, kopi

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C

Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX

Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah. Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.

BAGAIMANA MENGATASI MASALAH ANEMIA?

-pengambilan makanan yang mengandungi tinggi zat besi seperti daging, kurma, kentang, tiram, asparagus dan kismis.
-suplemen yang tinggi zat besi, pilihan saya pasti VITALEA dari Shaklee
-pengambilan buah-buahan seperti aprokit, epal, anggur, ara kering untuk meningkatkan aliran darah dalam tubuh
-pengambilan sayuran hijau seperti bayam,kubis, lobak,kangkung dan kentang manis bagi mengawal berat badan dan seterusnya meningkatka jumlah darah dalam tubuh


cc supernanny azrin,ghiboo.com & medexpressrx jugak

walau ape pun, segala info adalah daripada pembacaan dari rujukan yang bertauliah..semoga mendapat manfaat.

sebarkan dariku walau satu ayat (sabda Rasulullah s.a.w)

xoxo
suhailey

NUTRIEN & IBU MENYUSU

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya, setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.


Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan esklusif disarankan diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Berikut adalah saranan nutrien  yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusu bagi memastikan kesihatan bayi dan ibu tersebut.


  • Multi vitamin
  • Protein
  • Vitamin C
  • Vitamin B Kompleks
  • Kalsium
  • Alfalfa
  • Asid Lemak Omega 3
Nutrien-nutrien  ini membekalkan keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. 

Thursday, January 17, 2013

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER SEBANYAK YANG MAMPU


salam semua,

Jom join yaya on segmen, Jom Tambah Follower sebanyak yang mampu!! idea yang menarik sebenarnya dr Yaya ni , untuk merapatkan silaturrahim dan juga meluaskan kenalan dikalangan geng blogger.

Mahu sertai segmen ini? klik link ini
http://yayaonly.blogspot.com/2013/01/segmen-jom-tambah-follower-sebanyak.html

ni plak  banner die

Photobucket

Klik Banner utk sertai ye!!

xoxo
suey


Wednesday, January 16, 2013

OSTEMATRIX KEPERLUAN SEMASA MENGANDUNG

Assamualaikum & salam sejahtera dear family & friends.

Sharing kali ni berkenaan OSTEMATRIX, atau nama lainnya adalah KALSIUM. Ostematrix ni sangat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai pembekal kalsium selain kalsium yang didapati dalam makanan harian kita. 

KALSIUM OSTEMATRIX

Ikuti artikel yang dipetik dari akhbar KOSMO berkenaan keperluan kalsium dan kenapa ia sangat penting semasa mengandung.


'APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.


Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

mmm sangat pentingkan kalsium ni sebenarnya..untuk mereka ingin mencuba supplemen kalsium dari SHAKLEE, boleh hubungi sue untuk keterangan lanjut.

semoga info ini memberi manfaat kepada semua.

SUHAILEY MOHD NOOR
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 886589
012 921 4064
sueymn@yahoo.com

p/s : ostematrix shaklee ni boleh bantu atasi masalah sembelit jugak tau ;)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...