Sunday, November 16, 2014

KEK COKLAT SEDAP

Hujan, hujan ni, syok layan kek coklat ni tau...
Lagi puas hati bila kek coklat tu homemade, buat sendiri.

Bukan susah sangat sekarang ni, nak buat kek coklat yang sedap, google je resepi kat internet, confirm jumpa! Tapi, nak cari yang betul-betul kena dengan taste kita, kena la cuba dulu resepi-resepi tersebut dan ubah ikut selera kita.
KEK COKLAT SEDAP
KEK COKLAT SEDAP
Resepi kek coklat sedap kita hari ni adalah seperti berikut ;

Bahan A (1 cawan each)
Air
Minyak Masak
Susu segar
Gula
Serbuk Koko
KEK COKLAT SEDAP
SERBUK KOKO
Bahan lain
Telur 2 biji
Tepung 1 cawan
Soda bikarbonat 1/2 sudu teh
Baking powder 1/2 sudu teh

Topping
Coklat masakan
Butter
Whipping Cream

Masak bahan A pada api sederhana. Agak-agak semua gula dah larut dalam air, masukkan telur yang sudah dipukul asing. Masak sekali dengan bahan A tadi.
masukkan Tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
Kukus.
KEK COKLAT SEDAP
KUKUS
Biasanya kukus mengambil masa dalam 20-30 minit sahaja.
Siap!

Mudah sangat kan? Cepat pulak tu!
Apalagi kawan-kawan, sila cuba ye...

Mudah, cepat dan sedap!

#bakingdengansikecilmemangmeriah

SuhaileyMohdNoor

No comments:

Post a Comment

Your Comment Is Our Motivation!
Thank You Very Much

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...