Monday, August 1, 2016

KIOSK ANIS COFFEE KEMAMAN KINI DIBUKA

Hai uolls, lama betul blog ni tak berupdate^^ my bad.sorry uolls.

Entri hari ni, khas untuk iced coffee lovers, iced green tea lovers & iced chocolate lovers! 

Sebenarnya kan uolls, Anis Coffee Kemaman dah lama jugak la beroperasi. Dalam 4 bulan gitu. Tapi disebabkan asyik takde masa nak update, hehe maka hari ni baru sempat nak up date sket blog ni.

Eh, lupa nak tanye, uolls dah try anis coffee belum ni? rugi tau tak cuba, kopi premium kot tu, harga murah bangat, tak setanding kualiti kopi dia tau.

meh nak citer sikit, anis coffee ni actually under same roof as anis chocolate moist yang super glamer tu. Cuba uolls tengok kat Kedai Mesra Petronas, confirm ade, kat mana-mana pun Kedai Mesra Petronas. Kalau takde tu, confirm stok dah habis. almaklum lah stok laku keras!

Berbalik kepada anis coffee tadi, ada lima (5) perisa yang uolls boleh pilih.

# iced chocolate
# iced mocha
# iced green tea
# iced coffee latte
# iced cappucino

Ada lima (5) je, so takde la pening nak pilih kan? 
Yang pasti, rasa dia memang sedap. 

Bukan nak puji sebab saya jual tapi disebabkan rasa yang sedap, berkualiti dan harga yang berpatutan, itu menjadi salah satu strong reason masa decide untuk sertai team anis coffee ni. 

Mana nak dapat kopi yang best, halal, team malay pulak tu kan yang handle bisnes ni. Of course we are proud to be in the team.

Dari segi harga, ada jugak yang cakap mahal, since other brand boleh jual RM 5 kan, but  for me, tak fair nak judge anis coffee sebab harga tanpa rasa dan tahu asal usul mana asal kopi anis coffee ni.

Setiap minuman keluaran anis coffee ni, ada ujian yang dijalankan (ujian makmal) supaya ianya selamat diminum bukan sekadar hanya untuk menjalankan perniagaan demi mengaut keuntungan semata - mata. Kiranya, aspek kesihatan juga diambil kira.

Makin jatuh cinta tau bila tahu pasal anis coffee ni. Matlamat founder anis coffee yang inginkan kopi yang bertaraf premium sampai kepada setiap penggemar kopi tapi pada harga mampu dimiliki semua golongan juga membuatkan kami berkobar-kobar meneruskan legasi anis coffee ini.

Eh, rasenya cukup dulu perkongsian entri kali ini. Dont worry, saya akan teruskan berkongsi tentang anis coffee ni dilain entri.

Sebelum terlupa, berikut adalah lokasi Kiosk Anis Coffee Kemaman :

Gerai No. 10,
Medan Selera Pasar Chukai 
(Belakang Gerai Buah)
24000 Kemaman
Terengganu

waktu operasi : 9 am - 4 pm
Nombor untuk dihubungi : 012 921 4064 / 012 211 5574

Jemput menikmati anis coffee yang super sedap, gerenti puas hati!

till then, assalamualaikum

Suhailey
Kuantan, Pahang
1 Ogos 2016

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...