Alhamdulillah...
Sesungguhnya ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku itu, kita merancang, dah tentulah Allah swt yang menentukan ;) Cantik sungguh percaturan Allah swt tu.
Awal tahun dulu sue pernah post pasal sue temuduga HLP ni, bulan Januari if i not mistaken la, the interview went quite well..chances is 50-50.Memang tak boleh nak bajet langsung dapat ke tak!!! Alhamdulillah, bulan 7 result keluar..both sue & kawan sue BERJAYA dapat Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) tu.
Cantik betul percaturan Allah swt tu, sue actually sambung sarjana ni last year, tp belum rezeki nak sambung last year, Allah bagi rezeki sambung tahun 2013 dengan HLP sekali. Thank you Allah. Pengajarannya di sini, jangan cepat mengalah dan wajib bersabar. InshaAllah kalo dah rezeki tak kemana.
Korang mesti pelik kan, nape sue tak sempat sambung last year? actually, DG KKM tak sempat nak luluskan Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa HLP yang sue pohon. Pertukaran Director General,MOH yang baru masa tu Dato' Hasan, bulan 10 dia baru dapat sign, sedangkan sue kena daftar kat Universiti bulan 9. Another reason kenapa lambat adalah, pertukaran jadual masuk universiti kat Malaysia.
Before 2012, admission to university is around July, kira nak selaraskan time admission macam universiti kat oversea la ni, so memang kelam kabut la sikit, universiti pun lambat nak keluarkan surat tawaran. Jenuh jugak nak dapat penangguhan. Course yang sue ambik pulak tak offer kemasukan semester 2, huh kena tunggu one year, plan hidup memang lari lah..redha sahaja dengan ketentuan tuhan, hikmahnya sekarang dah HLP. Memang memjimatkan duit sue, bukan setakat yuran je kementerian tanggung tau, hehe bagi duit saku lagi dan tak lupa duit untuk lain -lain keperluan. Next time sue buat entri pasal apa kemudahan yang kementerian kasi bila dapat HLP ni ok.
Alhamdulillah, sekarang dah minggu kedua sambung sarjana kat universiti.
Back to university life!!! semoga Allah swt mempermudahkan perjuangan ku ini.
xoxo
suey@student master